PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

KAEDAH PENYEDIAAN CENDOL YANG LAZAT

Posted on: Jun 18, 2008


Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa.Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Melayu.Wala pun resipi Cendol telah berubah mengikut perederan Zaman dan ia juga menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia.Para pengemar tak perlu mencari tepong cendol ini di merata dalam puasa atau pun untuk Majlis keramaian.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.

10 Helai Daun Pandan yang segar.

650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)

250ml Air

250ml air yang asingĀ  digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.

Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.

1/2 Sudu kecil Air Abu (Ash Water).

Cara-Cara Penyediaan:

1.Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).

2.Setelah daun lumat kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.

3.Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.

4.Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.

5.Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.

6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.

7.Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA

350gm gula Melaka

100 gula kastor (atau gula batu)

250 ml air

3.4 helai daun pandan.

Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.

PENYEDIAAN SANTAN

1.Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.

2.1/4-1/2 sudu teh garam.

3.Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan.(kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja).

Semoga para pembaca mencuba dan beri komen untuk mempertulkan.

About these ads

9 Respons to "KAEDAH PENYEDIAAN CENDOL YANG LAZAT"

salam tuan haji, cendol yg sy buat tk tk menjadi,jadi relai,ada yg tk kene ke?semua yg tuan tulis dh sy ikut .mintak respon terima kasih

Salam, Cendol ini mamak buat tahun 70-an..k nanti Mamak Haji cheq balik!. Sila e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com

salam tuan haji,sy dah exjas skit.sy cuba ltk tepung beras,menjadi.rasa dia mmg sedap.rasa kcg hijau&pandan.cuma air abu susah nk dpt,byk kedai dh tanya,jawapan tk tahu,tk pernah dgr.cuma kedai hardware jer tk tanya lagi.haha..

Air abu sebenarnya caustic soda yang pekat dan diluar negara dianggap sebagai bahan kawalan. Ia amat “corrosive” dan perlu simpan ditempat yang selamat dan jauhi dari kanak-kanak. Air abu biasa dijual di kedai runcit apek-apek yang lama. Rasa mamak haji hardware tidak menjualnya. Air abu selalunnya digunakan untuk membuat kueh lompang dan digunakan dalam pembuatan sabun sendiri. Cara buat sabun mudah..tuang air abu pada minyak masak panas dan membiarkan membeku. Air abu juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah paip sinki didapur sumbat disebabkan oleh lemak atau minyak yg berlebihan dibuang kedalam sinki. Cari kat kedai runcit apek di pekan-pekan kecil pasti ada. Kalau di Pulau Pinang, di Bukit Mertajam.Cuba di kedai menjual bahan kimia (Industrial Chemical) atau kedai menjual barangan kueh muih atau kek. Pasti ada.Insyallah.Wassalam.

Terima kasih…saya akan mencuba resepi cendol kegemaran saya…dah biasa makan cendol cuma belum pernah cuba membuatnya…

salam tuan,kenapa cendol saya buat buat bila direndam dier menjadik kembang?.saya tengok cendol yang dijual di kedai yang dibungkus ataupun yang mamak jual bukan main cantek lagi walaupun sudah direndam lama?

assalamualaikum tuan hj mamak yg budiman….
saya nak minta resepi sos char keow teow ada tak…..
terima kasih…

Mualaikum salam Tuan Riang Ria, Wah!, siapa tuan puteri comel dengan spek hitam…sangat cute!. Ish! dah lama mamak haji dah posting sos char kuoy Teow kat blog ini..sampai kawan mamak haji taukeh char kuoy teow tak tegur sapa lagi dah.balas salam pun tengok atas…hahaha!.Wassalam. cuba klik Link ini :http://balannambiar.wordpress.com/2010/12/25/char-kuey-teow-pulau-pinang/.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,521,815 hits
Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 449 other followers

%d bloggers like this: