PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

AKAUN PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN (pengenalan)

Posted on: Jun 21, 2008


Usahawan di bidang Katering,Restoren,Kafeteria dan Kantin perlu memahami dan mempraktikan sistem akaun untuk mengira untung ataupun rugi perniagaan diceburinya.Sistem Akaun juga memberi suatu gambaran yang tepat mengenai kedudukan kewangan syarikatnya.Ia juga membantu para usahawan tersebut untuk mempermudahkan lagi mengira pelbagai jenis kos-kos sebelum harga jualan hidangan di tetapkan.Akaun perniagaan tidak boleh dipisahkan dari walau apa jenis perniagaan yang diceburi.

Apa itu Sistem Akaun Perniagaan.

Kebanyakan usahawan katering dan Restoran mahu pun Kantin terkeliru dengan perkataan’sistem’ dan Akaun.Ramai yang beranggapan ia cuma boleh guna pakai untuk syarikat besar sahaja,ia tidak relevan dengan mereka yang menjalankan perniaga-peniaga kecil-kecilan.Ada yang kata ‘apalah akaun-akaun,bagi pening kepala saja,beli barang tunai lepas itu kita jual pun tunai..yang baki itu untunglah’!.Apa jual pisang goreng pun nak akaun ke?.Untuk soalan itu perlu jawab persoalan-persoalan ini:

  1. Sebagai penjual goreng pisang di bawah pokok,tidakkah kita perlu mengetahui untung atau rugi perniagaan kita?
  2. Tidakkah kita ingin tahu berapa untung atau punruginya?.
  3. Tidakkah kita perlu membuat kiraan harga yang kita tawarkan untuk jual itu untung atau rugi?

Kalau jumlah untungnya kita harapkan kita akan teruskan perniagaan itu,kalau tidak hanya mendatangkan kerugian kita kan berusaha membaiki,mengawal kos dan memperhebatkan perniagaan itu atau pun terus tutup perniagaan itu.

Sistem Perniagaan Pemilikan Tunggal.

Perniagaan ini adalah yang biasa dilakukan oleh majoriti darpada usahawan katering atau pun restoren.Peniagaan jenis berasaskan pada seorang pemilik iaitu tuan punya syarikat yang juga pengurus bagi perniagaannya.Pemilik itu bertanggungjawab untuk menyuntik modal permulaan bagi memulakan perniagaan,menikmati kesluruhan keuntungan,dan menanggung semua risiko seperti kerugian dan lain-lain.Biasanya modal tidak melibatkan yang besar.Pendaftaran syarikat tidak rumit.Tidak perlu menghantar akaun syarikat untuk di audit dengan auditor yang berlesen.

Apa yang berlaku ialah ia syarikat seperti ini tidak ada pengawasan dan sistem pentadbiran yang tidak bersistem.Semuanya terpulang pada pemilik.Yang menjadi masalah besar ialah usahawan seperti kurang memahami konsep seperate legal entity yang diterima pakai dalam perakaunan.Usahawan perlu memahami pemilik adalah badan berasingan daripada perniagaan yang mereka jalankan.Segala kegunaan wang syarikat perlu diasingkan daripada perniagaan itu sendiri.Contoh yang mudah adalah usahawan menggunakan hasil perniagaannya untuk tujuan peribadi seperti membeli susu anak,membayar sewa rumah yang didiami,dan lain-lain.Walaupun ia tidak menyalahi undang-undang.Pengunaan harta perniagaan untuk tujuan peribadi perlu di rekodkan berasingan untuk tujuan peribadi perlu direkokkan bersingan untuk tujuan perakaunan perniagaan.

Usahawan tanpa mengira jenis dan saiz perniagaan yang dijalankan sepatutnya mengetahui kesan sistem akaun akaun yang lengkap kepada perniagaan mereka.Kepentingan merekod transaksi dengan baik dan sempurna dinyatakan dalam Quran ayat 282 Surah al-Baqarahyang bermaksud:

“Hai orang-orang beriman,apabila kamu berpiutang dengan sesuatu piutang,hingga masa yang ditetapkan,hendaklah kamu tuliskan,Dan hendakalah melantik seorang penulis di antara menuliskannya dengan keadilan.”.

Rungutan-rungutan usahawan katering terhadap sistem akaun yang biasa kita dengar ialah:

“saya dah lama berniaga tanpa sistem akaun ini yang lengkap,perniagaan saya masih bertahan hingga sekarang!”.

Kebanyakan usahawan Katering tidak mengetahui jumlah keuntungan perniagaan dengan tepat.Mereka menyatakan mereka dapat untung kerana ada duit penuh dalan dompet.Ada juga kalangan katerer buat jualan berpuluhan ributapi masih menghadapi masalah membayar pemiutang atau pembekal dalam masa yang ditetapkan.Kejayaan yang dikejar perlulah  dalam erti kata sebenar dan tidak seperti pepatah “Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”.Ada juga yang membuat jualan sehingga juta dala setahun dan mengikut kiraan paling rendah keuntungan 10% pun cecah ratusan ribu tetapi akhirnya menutup perniagaan kenapa?.Perniagaan juga akan lebih menguntungkan dengan adanya akaun perniagaan yang lengkap dan kemas ini.

2.”Saya sibuk,tiada masa hendak ambil tahu pasal akaun-akaun ini.”

Cara begini selalunya di utarakan usahawan-usahawan yang tidak jelas dengan kepentingan menyediakan akaun kepada perniagaan mereka.Perakaunan yang hanya dilihat sebagai data dan nombor itu tidak memberikan impak terus kepada peningkatan keuntungan.Dalam mengejarkan keuntungan keutamaan dan penumpuan mesti diberikan kepada aktiviti meningkatkan jualan dan juga kontrak-kontrak dan melayan pelanggan.Tetapi apalah salahnya melantik seorang kerani untuk menguruskan hal ehwal akaun dan pentadbiran kewangan syarikat?.Kalau gajinya di kira kita dapatkan khidmat kerani-kerani sambilan seperti pesara-pesara tentera atau persara kerajaan untuk dapatkan gaji rendah.Atau pun jenis usahawan ini terlalu sibuk hingga tiada masa nak menggaji kerani ini walaupun mereka berbuat demikian?.

Nota:Sila ikuti Bab dua dalam siri akaun ini sedikit lama lagi!

About these ads

4 Respons to "AKAUN PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN (pengenalan)"

Assalamualaikum…..terima kasih kpd penulis blog kerana telah memberi ilmu yang berguna..sangat2 berguna….sudah lama saya mencari blog sebegini….memang dr kecil lg saya telah memasang niat untuk memulakan perniagaan ini sesua dengan minat dan jiwa saya…terima kasih sekali lagi…..boleh saya thu untuk memulakan perniagaan ini berapa modal minimum yang diperlukan???sbb saya hnya lah student…dari segi modal bnyak kekurangan….harap boleh tolong….

Mualaikum Wassalam ismirramadan,
Perniagaan Makanan sebenarnya tidak memerlukkan kewangan yang besar. Kecuali anda ingin membuka sebuah restoren yang canggih tinggi modalnya diantara RM100,000 – RM200,000. Tetapi berniaga makanan ini boleh bermula dengan kantin-kantin perusahaan yang punyai 100 -200 pekerja. Anda sebagai tukang masak, cashier, dan pengurus. Seorang pembantu masak bergaji RM30 – RM40 sehari dan seorang steward yang bergaji RM30.00 sehari. Modal permulaan lebih kurang RM2000.00. Kadangkala Pihak kilang akan menyediakan semua peralatan , pinggan mangkok, cawan, sudu, dapur, periok nasi, kuali besar, gas memasak, dan air, letrik dan tempat niaga percuma. Dan anda mempunyai pelanggan tetap untuk berkunjung. Modal harian yang diperlukan ialah RM250.00 – RM300.00. Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan jangan sekali-sekali beli semua peralatan dapur kerana apabila tender anda akhir, barangan anda tidak akan bernilai lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah sewa mingguan atau bulanan peralatan tersebut. Anda juga boleh mencari peralatan yang telah digunakan (second hand) untuk mengawal kos permulaan anda. Dalam perniagaan Makanan ini wang adalah perkara kedua..yang utama ialah sudahkah anda bersedia untuk kerja 18 jam sehari…kerja keras akan membuahkan hasil yang nyata. Kena kerja keras saudara ismiramadan!. Hubungi saya kalau ada masalah…wassalam

Tuan terimakasih sudi berkongsi ilmu. Tak sabar tunggu sambungan akaun ni…. :)

Salam, Insyallah mamak haji akan sambung..pada bulan april ini. Terima kasih. wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,785,775 hits
Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 461 other followers

%d bloggers like this: