Bahan-Bahan:
1 kg Beras Basmathi.
2 sudu besar Minyak Sapi.
1 cawan Minyak Masak.
4 ulas bawang merah besar dihiris halus.
3 keping kulit kayu manis.
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawa.
5-8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.
1 sudu besar rempah beriani tulin.
Bahan untuk dikisar:3 biji bawang besar + 5-6 ulas bawang putih.
2 batang serai di ketuk.
3 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.
1/2 tin sup tomato kimboll
2 sudu besar tomato puree.
1 tin susu cair.
Cara menyediakan:
1.Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
2.Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.
3.Hidupkan api atau rice cooker.Apabila panas masukan minyak masak satu senduk sederhana diikuti dengan Minyak sapi.(Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu kepada minyak masak.hasilnya adalah amat memuaskan.
4.Masukkan minyak diperiok sederhana atau rice cooker bersama minyak sapi,bila minyak panas masukan rempah ratus kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.Masukan bawang dan bawang putih yang telah dikisar dan diikuti oleh Bawang yang dihiris dan juga cili merah dan rempah beriani.
4.Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup.Tutup dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.Taburkan bawang goreng dan daun pudina.Nasi sedia untuk hidangan.
Nota:
(Anggaran untuk 10 orang dewasa).Masa Masakan 45 minit.(Harap mencuba sebarang masalah atau kekeliruan boleh diutarakan dalam kotak komen).Selamat mencuba!.


1 respon so far ↓
cendana287 // September 28, 2008 pada 3:01 pm |
Terima Kasih kerana telah sudi melawat dan meninggalkan komen di blog saya.
By the way, template Banana Smoothie ni memang menarik, dan sesuai dengan thema blog saudara. Jika saudara tak ada bantahan, saya akan masukkan link blog “Nasi Beriani” ni kategori “Malaysians” pada blog saya.
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.