PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Menu Rumah Terbuka Hari Raya – MEE KARI

Posted on: Oktober 2, 2008


Mi Kari

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning – 1kg.

1 ekor Ayam (<1.8 kg).Dipotong.

1 kilo kerang (direbus dan ambil isinya) 

1/2 kg Santan pekat/1 biji kelapa diambil santan.

5 keping taufua/taukua di goring dan di potong dadu.

250 gm Bebola ikan (di goreng).

4 keping Fish kek .Digoreng dan potong tegak menjadikan kepingan kecil.

8 biji telur ayam di rebus dan kopekkan kulit dan di di potong dua (semasa rebus masukan 1 sudu besar garam untuk senang kopek kulit telur)

1 ikat kacang panjang (250gm/secekak)celurkan dalam air mendidih dan serta merta sejukan dengan air sejuk untuk kacang ranggup dan kekalkan kehijauannya.potong berukuran 25mm.

1/2 kilo santan pekat atau 1 biji kelapa diambil santan.

Bahan untuk kisar:

3 biji bawang merah sederhana besar di potong empat untuk senang dikisar.

6 Ulas bawang putih

25 cm halia.

Bahan untuk Tumis:

Bahan kisaran di atas.

Daun kari 2-4 tangkai

2 btg. Serai.

125gm rempah kari daging.

Minyak masak dua enduk sederhana/lapan sudu besar.

Cara menyediakannya:

1.Kisar bahan kisaran hingga lumat/hancur.

2.Masukan minyak masak.Apabila cukup panas,tumis bahan kisaran dan bahan-bahan tumis sehingga garing/keluarkan bau harum.(jangan biarkan hangus).Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.

3.Masukan ayam ,diikuti air sebanyak  1.5liter ,santan, 2 ketul kiub ayam,garam,2 sudu gula pasir seckup rasa.Biarkan

mendidih sehingga ayam masak secukup.Matikan api dan keluarkan ayam dari kuahnya.Carikan isi ayam dam asingkan.Tulangnya masukan kembali kedalam kuah dan hidupkan api perlahan untuk kuahnya sentiasa dalam keadaan panas  semasa hidangan.

4.Dalam bekas yang berasingan celurkan mi dalam 1 minit dalam air yang mendidih.keluarkan mi dan sejukan mi tersebut dalam bekas air sejuk supaya mi tidak terlalu masak.Tapis dan asingkan.

5.Sedia untuk hidang.Hiaskan dengan kacang panjang,isi kerang ,bebola ikan,fish kek,carikan isi ayam,tahufufa,bawang goreng,daun sup dan bawang dan telur.

Nota;

a.Kepekatan kuah bergantung pada santan dan air.Resipi di atas adalah pengalaman sendiri penulis untuk jualan komerdsial.Rahsia kesedapam Mi Kari terletak pada kuah yang sentiasa panas.Oleh itu untuk hidangan tetamu hidangan-hidangan perlu dihiaskan terlebih untuk tamu.Kuah perlu diletakan dalam bekas yang sentiasa panas supaya tetamu ceduk sendiri kuah yang mereka perlukan.Selamat mencuba.Segala kemusyikilan boleh dihantar untuk penjelasan terperinci.SELAMAT MENCUBA.

Hidangan untuk 15 orang tetamu.

Masa untuk penyediaan: 45 minit.

Anggaran kos :RM28.00

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,529,121 hits
Oktober 2008
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 450 other followers

%d bloggers like this: