Terjatuh atau tergelincir adalah faktor utama dalam kemalangan tempat kerja di industri restoren atau katering.Risiko ini banyak mengakibatkan kecederaan yang kritikal , hilang upaya sementara atau kekal , kadang kala pernah kehilangan nyawa.Kerugian dalam perniagaan seperti tuntutan di mahkamah atau kehilangan pekerja yang di anggap kritikal.Insuran yang meliputi untuk kemalangan seperti ini selalunya jumlah yang kecil tidak begitu menjamin.Pepatah bahasa Inggeris “Remedy is better than cure” perlu dikuti.Setiap pengusaha atau pengurus Kafeteria perlu mengetahui dan memahami tata cara mengelak dari kemalangan “ tergelincir atau terjatuh” dalam premisis perniagaan mereka.
1.Kecederaan Jatuh Tergelincir (Sliping Injuries).
Kecederaan seperti ini berlaku disebabkan permukaan lantai yang licin,basah atau berminyak (minyak masakan),sisa makanan bertaburan yang tidak dibersihkan segera.
Cara mengatasi :
a. Sentiasa menjaga tidak ada kebocoran dari bekas minyak,semua gorengan yang dibawa keluar perlu dipindahkan kedalam bekas terlebih dulu.
b. Tentukan paip air yang terdapat di bahagian dapur tidak mengalami kebocoran. Pengaliran air disinki perlu di kawal pemancutanya dengan span mengurangkan percikan di bahagian kepala paip. Segala kerosakan pembocoran perlu lapurkan dan dibaiki segera.
c. Jangan membiarkan makanan yang sedang masak membuak di atas dapur sehingga air atau minyak dari membuak itu membasahi lantai dapur.
d. Jangan biarkan bekas pembalut makanan atau beg-beg plastik bersepah di lantai dapur.Plastik mempunyai permukaan licin boleh menyebabkan jatuh tergelincir apabila terpijak.
e. Kebersihan lantai dapur sewaktu sibuk perlu diberi perhatian supaya kesibukan tidak melalaikan kebersihan lantai dapur.Jadual waktu pembersihan perlu dipatuhi tanpa mengira dapur dalam keadaan sibuk atau tidak.Menyediakan jadual pembersihan termasuk pemeriksaan hygine perlu di titik beratkan pengurusan dapur.
f. Tentukan tapak kasut pekerja dapur tidak disaluti air dari bahagian luar dapur tidak di bawa masuk kedalam dapur.Tapak kasut perlu dikesat dengan ‘mat perangkap air’ di lantai luar pintu dapur.Penyediaan mat perangkap air perlu diadakan.
g. Bekas (tray) hidangan makanan yang siap dimasak perlu di bawa dengan cermat dan pastikan ditutup supaya tidak melimpah dari bekas.
h. Tentukan kawasan dapur mempunyai pengudaran yang baik dan kalau perlu gunakan kipas letrik pengering lantai di gunakan selepas mop.
i. Tentukan Papan tanda “Lantai basah” di setiap kawasan yang basah atau makanan tertumpah.Lantai yang basah perlu dikeringkan segera.
j. Sentiasa menggunakan cara yang terbaik dalam pembersihan (good house keeping) seperti apabila sedikit makanan tertumpah dilantai ,membersihkan dengan melapkan makanan itu dengan tisu kitchen atau kain yang kering saja.Jangan menggunakan mop yang basah dengan merebakan makanan yang tertumpah ke seluruh kawasan.
k.Mop perlu dibersihkan setiap kali digunakan dengan air panas atau suam untuk nyahkan minyak di mop. kebersihan dan Keringan mop perlu di menitik beratkan.
- Kebanyakan insiden tergelincir dan terjatuh berlaku pada lantai yang basah.
- Tidak mempunyai tata cara pembersihan (house keeping) yang teratur menyebabkan jatuh tergelincir di kawasan dapur.
- Perlu ada perancangan teratur untuk pembersihan.
- Memasang ‘Anti Slip’ di lantai dapur yang berisiko tinggi.
- Perhatian khusu perlu di beri pada pemakaian kasut yang mempunyai ciri anti slip.
- Sentiasa perlu memberi kursus ringkas ‘ keselamatan dapur’ untuk pelerja baru syarikat.

0 responses so far ↓
Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.