PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

HADIS NABI DAN ADAB MAKAN SECARA ISLAM.

Julai 6, 2009 · Tinggalkan Komen

makan2

Setiap manusia hidup pasti memerlukan makan minum. Ini sudah menjadi keharusan, seban tanpa makan sudah pasti manusia akan mati. Tetapi makan dan minum perlu mengikut aturannya, jangan asal suka, terus di masukkan dalam mulut, sehingga perut menjadi sesak dan sendat dan tiadak ada rongga lansung dalam perut.
Rasulallah s.a.w sangat menitik beratkan tentang makanan untuk umatnya. Seperti hadis-hadis:

1. “Kita kaum muslimin – adalah suatu kaum yang tidak akan makan sehingga kita merasa lapar dan apabila kita makan tidak sampai kekenyangan.”
2. ” Yang paling saya takuti di antara hal-hal yang saya takuti atas ummatku ialah besarnya perut, gemuk, kerana banyak makan terus tidur, kegemaraan tidur yang melampui batas, malas dan lemah keyakinan, tidak mempunyai pendirian yang tegas dan mantap.”
3. Dari Jabir r.a , katanya: ” Saya mendengar Rasullulah s.a.w. bersabda: ” Apabila seseorangitu masuk ke rumahnya, lalu ia berzikr kepada Allah di waktu masuknya dan ketika makannya, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya: “Engkau semua tidak dapat memeperolehi tempat bermalam serta makanan. Tetapi jikalau orang itu masuk lalu tidak berzikir kepada Allah Ta’ala ketika masuknya, maka syaitan berkata: ” Engkau semua dapat memeperolehi tempat bermalam.” Selanjutnya jikalau orang tadi tidak pula berzikir kepada Allah Ta’ala ketika makannya, maka syaitan tadi berkata: ” Engkau semua dapat memeperolehi tempat bermalam serta makanan.” – (Riwayat Muslim)
4. Dari Abu Hurairah r.a.,katanya: ” Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.”
5. Dari Abu Hurairah r.a.,: katanya “Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Apabila seseorang di antara engkau semua diundang – untuk menghadiri sesuatu jamuan makan, maka hendaklah mengkabulkan undangan itu. Jikalau ia berpuasa, maka hendaklah ia berdoa sesuatu yang baik untuk keluarga yang mengundang itu – dan jikalau ia berbuka – yakni tidak berpuasa, maka hendaklah makan. – (Riwayat Muslim)
6. Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a. bahawasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w. dengan tangan kirinya, lalu beliau s.a.w bersabda: ” Makanlah dengan tangan kananmu. Orang itu menjawab: “Saya tidak dapat makan dengan tangan kanan.” Beliau bersabda: “Engkau tidak dapat?” Tidak ada yang menyebabkan ia berbuat demikian itu kecuali kerana kesombongannya. Maka ia tidak dapat mengangkatnya tangan kanan ke mulut – untuk selama-lamanya sejak saat itu. – (Riwayat Muslim).
7. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘ anhuma dari Nabi s.a.w sabdnya: ” Keberkahan itu turun di tengah makanan itu dan janganlah makan dari tengah” (Riwayat Imam Abu Daud dan Termidzi)
8. Dari Abu Juhaifah ia itu Wahab bin Abdullah r.a katnya: ” Rasululah s.a.w bersabda : “saya tidak akan makan sambil bersandar – mttaki.” – (Riwayat Bukhari).
9. Dari ka’ab bin Malik r.a.,katanya: “Saya melihat Rasullulah s.a.w makan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatnya.” – (Riwayat Muslim).
10. Dari Anas r.a bahawanya Rasulullah s.aw. itu bernafas ketika minum sebanyak tiga kali.”Ia itu bernafas tiga kali diluar bekas minuman.

Kategori: Pengurusan Kantin & Restoren

0 responses so far ↓

  • Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.