PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Entries from September 2009

SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG

September 12, 2009 · Tinggalkan Komen

kari ikan

Kali ini Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih kurang 1 kg seekor. Ada juga ikan bawal jenis kecil ia itu boleh didapati 3 ekor dalam satu kilo. Ikan bawal kecil ini lebih sesuai untuk goreng buat sweet sour atau pun di Penang ini popular dengan Ikan Bawal Goreng Panas-Panas dengan dicicahnya kicap berlada…disediakan nasi panas, sambal belacan dengan ulam timun dan daun salom dan gulai ikan.Sepinggan cuma RM5.00 boleh di cuba di gerai makan MPSP , ASTAKA Bandar Perda, Bulit Mertajam, Pulau Pinang….memang sedap. Cara garingkan gorengan ikan ialah…ikan yang digoring perlu ditos dan kering dipermukaan ikan…gunakan kertas tisu dapur untuk mengeringkan permukaan ikan…2 . Minyak perlu panas(api yang kuat sedikit) ia itu pada permulaan goreng supaya kulitnya garing tetapi perlu sederhanakan api goringan untuk ikan itu masak secukup…3. tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak…selamat mencuba.

IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm. Santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
2 biji Tomato (dipotong empat)
6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN.

1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan memebuang sega sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendih ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis (penggunaan minyak untuk menumis perlu tidak lebih dan kurang) 1 senduk besar minyak masak memadai.

3. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili +serbuk kas-kas. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.

4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.

5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.

5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). Masukan bendi dan tutup api dapur. kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka Tuadang bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.

Kategori: Pengurusan Kantin & Restoren

SIRI 3 : AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG

September 5, 2009 · Tinggalkan Komen

ayammasakmerah

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg).Bersihkan. Potong 10 bahagian.
10 biji cili masak.
1 batang Karot sederhana besar.
1 biji tomato.
1/2 Tin “Kimball Sup Tomato”.
1/2 Tin Susu cair.
2 sudu Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).
1 helai pandan dipotong 2″.
3 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
1 biji bawang untuk dikisar.
1″ inci halia dikupas kulit untuk dikisar.
3 ulas bawang putih untuk dikisar.
2 Kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu kecil perasa makanan ( jika perlu)
1 Sudu Besar Gula .
1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis.
2 sudu besar serbuk cabai ( perlu untuk mendapatkan warna masakan).
Garam secukupnya.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang keras menjadi keras dan sukarkan rempah menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung adalah dsyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai.Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar.Tumis sehingga keluar bau yang harum dan hirisan bawang akan bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia dan masukkan kisaran tomato+cili+ carrot. Tumiskan sehingga keluar bau yang wangi (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.

7. Masukkan Puri Tomato, Sup Kimball Tomato dan susu cair.Sekiranya mahu gunakan santan untuk warna yang cantik dibolehkan dengan masuk 250 gm santan pekat. (di Pulau Pinang Santan pekat RM1.00 sudah memadai).

8. Masukan Gula, perisa makanan (aji-no-motto) dan garam secukup.

9. Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuanya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan apai apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Nota:

1.Fuuuh, banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama. Bagi pengetahuan saudara-saudari masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya. Sekiranya and nakkan cair bolehlah tambah airnya.Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap keranan kuahnya likat melekat…hahah. Dengan itu kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau.Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti. Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga. kerana tetangga semua tertanya-tanya apakah hidangan yang anda sedang dimasak…hehehe… Kalau sekali tak jadi cuba lagi perbetulkan resepi sendiri. Selamat Mencuba…tunggu SIRI4…AYAM MASAK KAPITAN…Kalau resipi ini masih ada masalah bolehlah e-mail kepada Mamak : mohd.roslan99@gmail.com.

Kategori: Pengurusan Kantin & Restoren