PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG

Posted on: September 12, 2009


kari ikan

Kali ini Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih kurang 1 kg seekor. Ada juga ikan bawal jenis kecil ia itu boleh didapati 3 ekor dalam satu kilo. Ikan bawal kecil ini lebih sesuai untuk goreng buat sweet sour atau pun di Penang ini popular dengan Ikan Bawal Goreng Panas-Panas dengan dicicahnya kicap berlada…disediakan nasi panas, sambal belacan dengan ulam timun dan daun salom dan gulai ikan.Sepinggan cuma RM5.00 boleh di cuba di gerai makan MPSP , ASTAKA Bandar Perda, Bulit Mertajam, Pulau Pinang….memang sedap. Cara garingkan gorengan ikan ialah…ikan yang digoring perlu ditos dan kering dipermukaan ikan…gunakan kertas tisu dapur untuk mengeringkan permukaan ikan…2 . Minyak perlu panas(api yang kuat sedikit) ia itu pada permulaan goreng supaya kulitnya garing tetapi perlu sederhanakan api goringan untuk ikan itu masak secukup…3. tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak…selamat mencuba.

IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm. Santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
2 biji Tomato (dipotong empat)
6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN.

1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan memebuang sega sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendih ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis (penggunaan minyak untuk menumis perlu tidak lebih dan kurang) 1 senduk besar minyak masak memadai.

3. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili +serbuk kas-kas. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.

4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.

5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.

5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). Masukan bendi dan tutup api dapur. kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka Tuadang bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.

About these ads

7 Respons to "SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG"

[...] SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG September 2009 2 comments and 1 Like on WordPress.com, 5 [...]

Salam Mamak Haji..
Masak kari ikan pun masuk pes haia bwg putih yaa?Sy ingatkan sesuai utk jenis2 ayam & daging jaa..

Salam mamak Haji.. Kari ikan pun pakai ‘pes halia bwg puteh’ ya? then kalu kari ni x boh kas-kas leh kan..?

Salam, sebenaRNYA pes halia bawang putih dlm masakan kari India atau mamak sinonim. Boleh katakan semua masakan digunakan pes ini.Dari gunakan hirisan bawang putih dan halia, guna pes halia akan mengharumkan lagi masakan. Ia juga digunakan dlm masakan nasi dalca, nasi beriani, nasi beriayani dan lain-lain. Bahan masakan kas-kas perlu ingat ia adalah “biji poppy” atau opium poppy atau dlm bahasa kita digelar “candu”. Dalam bahasa Tamil tempatan digelar kasa-kasa atau dlm Hindi atau bahasa Melayu digelar kas-kas.Kegunaan dlm makanan bermula sejak ribuan tahun dahulu untuk pekat, rasa dan keharuman resepi.Bahan ini banyak digunakan dalam masakan “korma”. Tanpa kas-kas korma tidak pekat dan cair. Anda boleh bezakan masakan korma mamak dan korma yg disediakan orang Melayu.Adalah dikatakan kas-kas ini tak ada alahan dan ia sangat baik untuk menghindarkan kanser.Walau pun candu dihasilkan melalui getah dari buah poppy tetapi dipercayai masih terdapat opium dibiji poppy (kas-kas) dadah jenis morphine dan kodin. Sekiranya anda peminat tegar dan kerap makan nasi kandar kemungkinan dlm pemeriksaan dadah dlm air kencing anda akan menunjukkan positif..hahaha!.Kas-kas in lama telah diharamkan di Negara Singapura. Anda jgn terkejut kalau singgah di Pulau Pinang..peminat nasi kandar sanggup beratur 1/2 km untuk hidangan nasi kandaq diawal pagi di “nasi kandaq beratur”. Sekiranya anda tak tahu gunakan lebih baik lupakan kas-kas ini dan kalau nak masak pekat korma gunakan “buah keras” atau santan yang pekat dan perahkan sedikit jus limau nipis. Wassalam.

Salam, dalam masakan India pes halia -putih sangat sinonim. Kas-kas kalau boleh elakan. Ia adalah poppy seed..walau pun kandungan candunya kurang tetapi tetap akan ada sedikit..hahaha!. kalau nak pekat kuah guna sedikit santan atau pun buah keras..wassalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 1,432,372 hits
September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: