PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG

Posted on: September 12, 2009


kari ikan

Kali ini Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih kurang 1 kg seekor. Ada juga ikan bawal jenis kecil ia itu boleh didapati 3 ekor dalam satu kilo. Ikan bawal kecil ini lebih sesuai untuk goreng buat sweet sour atau pun di Penang ini popular dengan Ikan Bawal Goreng Panas-Panas dengan dicicahnya kicap berlada…disediakan nasi panas, sambal belacan dengan ulam timun dan daun salom dan gulai ikan.Sepinggan cuma RM5.00 boleh di cuba di gerai makan MPSP , ASTAKA Bandar Perda, Bulit Mertajam, Pulau Pinang….memang sedap. Cara garingkan gorengan ikan ialah…ikan yang digoring perlu ditos dan kering dipermukaan ikan…gunakan kertas tisu dapur untuk mengeringkan permukaan ikan…2 . Minyak perlu panas(api yang kuat sedikit) ia itu pada permulaan goreng supaya kulitnya garing tetapi perlu sederhanakan api goringan untuk ikan itu masak secukup…3. tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak…selamat mencuba.

IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
  • 100 gm. Santan pekat kalau anda inginkan, kalau tak masukkan pun tak apa, ia cuma bagi lemak saja.
  • 125 gm. Rempah Ikan (kalau belum pandai buat rempah sendiri pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
  • 1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll).
  • 2 biji bawang labu merah sederhana besar, dikisar dengan 1 liter air. Terpulang pada kuatiti kuah yang anda menghendaki.
  • 2 biji Tomato masak.
  • 2 sudu besar asam jawa jadikan jus  1 cawan.
  • 6 biji sayur bendi (basuh dulu dan potong tangkainya.
  • 1 biji bawang besar merah dipotong hiris memanjang.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih. (bagi kaw lagi rempahnya)
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
  • 3 ranting daun kari.
  • 2 ranting daun pudina untuk hidangan.
  • 1 senduk besar minyak masak.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN.

1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan membuang segala sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini akan menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperam dengan sedikit  garam dan perahan jus limau nipis i biji atau gunakan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 20 -30 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis. Masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit, ia akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul di atas kuah kari nanti. Apabila saja rempah ini mula letup-letup, segera masukan bawang yang telah dihiris. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan pes halia bawang putih.

3. Tumis hingga keluarkan bau yang harum dengan api dapur yang kecil. Sediakan pes rempah  ia itu serbuk kari, serbuk jintan manis , jintan putih serbuk cili, serbuk kas-kas dengan adunkan dalam sebuah bekas dan isikan sedikit air dijadikan pes pekat seperti rempah giling, masukkan dalam dalam kuali kacau serata dengan bawang dalam 1 atau 2 minit saja.  Masukkan daun kari. Jangan hangus pulak, api dapur dalam keadaan api kecil. .

4. Masukkan air bawang yang telah kisar, kacau rata. Buka api dapur keadaan tinggi. Bila air bawang mula keluarkan bau yang harum rempah,  kalau kuah anda rasa pekat tambah 2 cawan  air dan biarkan sebatian ini mendidih dengan kedudukan api yang tinggi (Proses ini untuk rempah disebatikan. Air mungkin sejat, tambah jika perlu).

4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama lebih kurang 20 minit, bawa api dapur ke medium dan masuk ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Ramaskan buah tomato jadi hancur dan masukkan (air tangan mamak noo). Masukkan kacang bendi. Biarkan kari itu mendidih selama selama 3-5 minit lagi.

5. Masukkan santan kalau nak tambah kalau tak ada pun tak apa. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tidak pecah/ hancur. Bila mula didih lagi masuk jus asam jawa. Biarkan kari anda mendidih (jangan kuat!)semula dalam 3-4 minit lagi.

6. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah).  kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Taburkan ranting daun pudina keatas kari dan tutup bekas hidangan supaya haruman rempah kari tidak terbebas. Buka tudang bekas hidangan kari ini hanya semasa hidang untuk makan. Selamat mencuba!.

9 Respons to "SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG"

[…] SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG September 2009 2 comments and 1 Like on WordPress.com, 5 […]

Salam Mamak Haji..
Masak kari ikan pun masuk pes haia bwg putih yaa?Sy ingatkan sesuai utk jenis2 ayam & daging jaa..

Salam mamak Haji.. Kari ikan pun pakai ‘pes halia bwg puteh’ ya? then kalu kari ni x boh kas-kas leh kan..?

Salam, sebenaRNYA pes halia bawang putih dlm masakan kari India atau mamak sinonim. Boleh katakan semua masakan digunakan pes ini.Dari gunakan hirisan bawang putih dan halia, guna pes halia akan mengharumkan lagi masakan. Ia juga digunakan dlm masakan nasi dalca, nasi beriani, nasi beriayani dan lain-lain. Bahan masakan kas-kas perlu ingat ia adalah “biji poppy” atau opium poppy atau dlm bahasa kita digelar “candu”. Dalam bahasa Tamil tempatan digelar kasa-kasa atau dlm Hindi atau bahasa Melayu digelar kas-kas.Kegunaan dlm makanan bermula sejak ribuan tahun dahulu untuk pekat, rasa dan keharuman resepi.Bahan ini banyak digunakan dalam masakan “korma”. Tanpa kas-kas korma tidak pekat dan cair. Anda boleh bezakan masakan korma mamak dan korma yg disediakan orang Melayu.Adalah dikatakan kas-kas ini tak ada alahan dan ia sangat baik untuk menghindarkan kanser.Walau pun candu dihasilkan melalui getah dari buah poppy tetapi dipercayai masih terdapat opium dibiji poppy (kas-kas) dadah jenis morphine dan kodin. Sekiranya anda peminat tegar dan kerap makan nasi kandar kemungkinan dlm pemeriksaan dadah dlm air kencing anda akan menunjukkan positif..hahaha!.Kas-kas in lama telah diharamkan di Negara Singapura. Anda jgn terkejut kalau singgah di Pulau Pinang..peminat nasi kandar sanggup beratur 1/2 km untuk hidangan nasi kandaq diawal pagi di “nasi kandaq beratur”. Sekiranya anda tak tahu gunakan lebih baik lupakan kas-kas ini dan kalau nak masak pekat korma gunakan “buah keras” atau santan yang pekat dan perahkan sedikit jus limau nipis. Wassalam.

Salam, dalam masakan India pes halia -putih sangat sinonim. Kas-kas kalau boleh elakan. Ia adalah poppy seed..walau pun kandungan candunya kurang tetapi tetap akan ada sedikit..hahaha!. kalau nak pekat kuah guna sedikit santan atau pun buah keras..wassalam

Assalamualaikum Mamak Haji, Hujung minggu teringin pulak nak masak kari ikan ala mamak. Terus teringat laman blog mamak haji yang famous ni. Boleh kot ganti ikan bawal hitam dengan ikan bawal emas?
Memang dah lama nak tanya mamak haji tentang penggunaan kas-kas ni. Pernahlah saya dengaq, depa kata kas-kas ni macam ganja dan banyak terdapat dalam masakan nasi dan lauk kandaq. Patutlah siapa yang pernah pekena nasi kandaq, ketagih nak makan lagi. Saya pun guna jkas-kas ni untuk masak kari dan kurma. Tetapi letak sedikit aja. Patutlah lepas makan, cik abang terleleh ngantuk. Tapi memang betullah mamak haji, kalau saya dan cik abang makan nasi kandaq kat kl ni, balik mesti mengantuk. Tak tahulah disebabkan penggunaan kas-kas ataupun disebabkan usia yang dah dekat separuh abad ni. Tengok anak-anak ok aje… Ada tak orang letak kas-kas dalam nasi lemak?

[…] Siri 4 : kari ikan bawal mamak penang | perniagaan […]

Tinggalkan Jawapan kepada ayumieka Batal balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,883,053 hits
September 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930