PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Resepi Mee Udang Pulau Pinang.

Oktober 30, 2009 · Tinggalkan Komen

mee udang

Mee Udang Penang

Mee Udang Pulau Pinang sebenarnya tidak mempunyai resepi yang standard untuk dipertengahkan. Setiap daerah di Pulau Pinang mempunyai resepi mee udang yang berlainan. Seperti yang ramai kenal Mee Udang Sg.Dua. Di sini kita akan dapati udang segar untuk dijamu dengan Mee dijual mengikut  kehendak pelanggan. Pelanggan perlu memileh menimbang berat udang-udang sebelum mee udang disediakan. Harga udang itu dikira mengikut harga pasaran. Resepi Mee Udang  di Sg.Dua mementingkan kesegaran udang daripada kesedapan resepi kuahnya. Maka jangan terkejut sepinggan Mee udang boleh mencecah kepada RM40.00 kerana Udang yang anda pilih. Mee Udang di Teluk Kumbar di Pulau  pula mementingkan keaslian kuahnya. Tetapi untuk merasa Mee Udang yang sedap perlulah dipilih mengikut standard sepinggan,  amat menjimatkan. Biasanya Mee Udang standard sepinggan mengandungi Udang segar class A  tiga ekor, separuh biji telur masak dan kuah yang sedap. harganya sekitar RM5.00 adalah sangat memadai untuk jamu selera untuk keluarga. Maka resepi Mamak syorkan adalah resepi standard untuk sekeluarga. Resepi-resipi yang disyorkan diblog ini kebanyakannya resepi kelurga Mamak. Resipi  Mee Udang ini adalah resepi dari mami (Mami adalah Tukang Masak Masakan Asli Pulau Pinang Asli).  Saudara-saudari yang banyak mengirim e-mail kepada mamak bertanyakan Resepi Nasi lemak Pulau Pinang sabar nooo….tak lama lagi mamak akan dapatkan pix untuk  cara membungkus nasi lemak daun pisang dan resepi nasi lemak Mami yang terkenal di Pulau Pinang. Dalam blog ini juga Mamak ingin “promotekan” sikit kedai-kedai Makan,  makanan Melayu di Pulau Pinang  asli yang semakin pupus. Kalau ada yang ingin menjemput Mamak untuk mempromosikan perniagaan mereka diblog ini sila e-mail kat mamak. Tiada bayaran atau apa juga imbuhan seperti makan free tidak di terima, tidak diminta dan cuma mahu kedai Makan anda meenyediakan resepi asli  Pulau Pinang yang diusahakan oleh 100% orang Melayu Pulau Pinang. e-mail: mohd.roslan99@gmail.com.

Penyediaan Kuah Mee Udang.

Bahan-bahan:

1. Ubi keledek kuning kemerahan     – 2 kilo (di rebus lembut, dibuang kulit dan di lenyek).

2. Udang Sederhana besar                   – 1 kilo (dibuang kepala. Kepala udang digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dan kepala udang tersebut sehingga halus. Tapis hasil pengisaran tersebut dan asingkan untuk menjadikan kuah mee udang.

3. Bahan Tumis kuah Mee Udang.

     a. Bawang Besar – 1  dihiris

      b. Bawang putih 5 ulas – dihiris halus

      c. minyak masak 4 sudu besar

      d. 80gm – 120gm cili giling atau cili kering yang dimesin (sila baca post terdahulu cara penyediaan cili kering   

          untuk  masakan – kepedasan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera). 

      e. Sos tomato – 2 sudu besar dan sos cili – 2 sudu.

Masukkan minyak masak dalam periok sedang. Apabila minyak mulai panas masukkan bawang putih, bawang merah; apabila naik bau harum masukan cili giling, cili sauce dan tomato sauce. Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapis kedalam periok. Masukan ubi keledek yang telah lenyek kedalam periok. Kacau rata. Kepekatan kuah terpulang pada Ubi yang telah dilenyek. Sekiranya kuah nya pekat bolehlah ditambah air. Masukkan garam secukup. Kuah ini perlu sentiasa dalam keadaan panas untuk menjamu.

Penyediaan Mee:

1. Mee dihidangkan perlu direndam air panas untuk masak separuh dan apabila kuah yang panas di masukkan mee ini akan masak secukup sekiranya hidangkan untuk keluarga demi mementingkan kesihatan. Mee yang disediakan untuk dicelur dalam air yang panas memerlukan kemahiran. Untuk penyediaan dirumah;  Panaskan air dan sehingga mendidih. Tutup api dapur. Sebelum keluarkan mee dari bungkusan tepuk bungkusan mee ini dalam semua arah supaya mee ini tidak tergumpal. Keluarkan dari bungkusan dan menguraikan mee supaya gumpalan dileraikan. Masukkan kedalam air panas cuma 30 saat dengan serta merta keluarkan mee itu dengan menggunakkan penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk (paip). Ini bertujuan mee itu tidak akan masak lagi dalam suhu kepanasan sendiri. Kelurkan mee tersebut dari besin apabila suhu kepanasan mee telah berkeadaan biasa (jangan terlalu lama ia kan menyebabkan mee tersebut menyerap air dalam besin tadi akan kembang). Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang dimasak separuh masak tadi dalam keadaan asala dan juga tidak cepat kering kalau terbiar di atas meja. Wow! susah juga ya…tapi kita kalau cuba selalu ia akan menjadi mudah dan segala bahan kimia yang digunakan untuk pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga.

Mee yang telah ditoskan boleh dihidangkan dengan Udang yang  telah dikopek kepala…udang yang kopek kepala perlu direbus dengan air panas seketika sehingga bertukar menjadi merah. Elakan rebus terlalu lama ia akan menghilangkan kesegaran udang dan tektil yang terdapat di isi udang. Sayur sawi dan juga taugeh boleh direbus  dengan cara yang sama; apabila dikeluarkan udang tersebut tadi. 

Goreng Tauhu , Fish ball atau Fish kek. Potongkan ikut saiz kesukaan anda. Hidangkan dengan Bawang Goreng, hirisan cili merah,  daun bawang & sup dan potongan limau nipis dan telur rebus. Selamat mencuba. 

Catitan: satu kilo Mee untuk  10 – 14 orang dewasa . Anggaran kos: RM25.00 termasuk 1 kg udang berharga RM15.00

Kategori: Resipi Mee

0 responses so far ↓

  • Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.