PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI BEGEDIL AYAM

Posted on: November 19, 2009


BEGEDIL AYAM

Begedil Ayam atau ” Chicken Cutlet ” adalah makanan ringan yang amat sedap dimakan bersama dengan sebarang menu utama. Di Johor Bahru mamak pernah dihidangkan begedil daging bersama dengan mee soto. Maka mamak rasa begedil ini boleh juga dimakan bersama hidangan bihoon sup, nasi lemak atau makan bersama dengan nasi . Walau pun begedil ini disediakan berbagai seperti isi ikan, daging atau ayam mamak pilih ayam kerana daging ayam adalah putih dan ia boleh dikategorikan makanan sihat. Begedil adalah masakan yang paling mudah disediakan, kos dan bahan masakan yang paling minima, dan sedap untuk dimakan. Pengusaha Kantin dan Restoren boleh mencuba resepi ini sebagai menu sampingan tambahan kepada resipi-resipi harian yang sedia ada dengan menggunakan ketulan lauk ayam yang  yang berlebihan dari jualan harian. Tapi kena ingat, basuh bersih ketulan dan rebus ketulan ayam itu kembali sekurang-kurang dengan api sederhana selama 30 minit.

Bahan-bahan.

  • Daging Ayam 1/2 kg. (3 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan dan direbus dengan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  • 5-7 bji kentang sederhana besar.
  • 1 biji bawang besar dicincang.
  • 2 batang daun sup dicincang.
  • 2 cili hijau atau cili merah dipotong halus.
  • 1/2″  halia dicincang.
  • 1/2 sudu jintan putih (kalau suka berempah).
  • Secubit serbuk lada putih.
  • 1 biji telur dipukul rata untuk disalut dan goreng begedil.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk goreng.

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan ketulan ayam dan rebus. Setelah isi daging ayam cukup masak, keluarkan dan carikan isi ayam. Tulang daging ayam perlu dihindarkan.

2. Kopek kulit ubi kentang, potong dadu ubi kentang dan goreng sehingga lembut. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Terus masukan dan bekas dan lenyek ubi bersama ayam tadi. (ubi mudah dilenyek semasa masih lagi panas).

3. Masukan daun sup, bawang dihiris halus, cili hijau, , lada putih, Jintan putih dan garam.

4. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda ingin dan diakhiri dengan leperkan sedikit (seperti cucur badak).

5. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan  dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak dengan masuk dua tiga titik telur yang dipukul yang disediakan.

7. Setelah minyak panas, Celurkan dalam  telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng  dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Anda yang pertama kali buat cuba goreng satu persatu. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya.  Terbalikan gorengan dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna.  Gorengan ini cuma dalam 3-4 minit saja. Keluarkan begedil dari kuali dan letakan di atas tuala kertas  dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan.

Selamat Mencuba!.

About these ads

2 Respons to "RESEPI BEGEDIL AYAM"

Saya dah buat bergedil ayam ni. Memang thumbs up. Sedap sampai menjilat pinggan. Tapi saya tambah sedikit serbuk lada hitam. Saya rate resepi ini 5 bintang. Terima kasih Encik Roslan untuk resepi yang lazat ini. Semoga murah rezeki. Minggu ini nak try pulak nasi beriani. Nak bagi abang i pengsan. hehehhe.

Encik Roslan lauk apa yang sesuai makan dengan nasi beriani? Terima kasih.

Salam,
Terima Kasih. Nasi beriani boleh bersama dengan Ayam Masak Merah dan juga Daging masak hitam. Ayam Masak merah mamak tak pedas dan sesuai untuk anak-anak. Jangan lupa cuba Dalca Sayuran…sekali dan sedikit kerabu timun+nenas. Pehhh…suami tak akan ke restoren Mamak lagi, untuk nasiq kandaq Mamak Penang..hahaha!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,877,007 hits
November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: