PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

MASAKAN ‘ALA CINA : AYAM KUNG PAO

Posted on: Januari 18, 2010


Menu Masakan di Kantin/ Kafeteria perlu diambil kira Inovatif dalam mencipta menu baru termasuk memikirkan kehendak pelangan  pekerja Melayu dan Bukan Melayu. Pelbagaian menu bukan saja memberi kepuasan kepada pelangan yang ingin mencuba menu baru tetapi ia boleh menambahkan pendapatan tuan punya syarikat katering. Walau pun tujuan utama berniaga ini adalah untuk kepuasan diri tetapi keuntungan perniagaan adalah faktor utama. Maka dalam siri ini mamak akan mempertengahkan menu masakan terkenal antara-bangsa. Selamat mencuba!.

AYAM MASAK KUNG PAO

A.Bahan untuk Pemerapan daging ayam:

1 Kg. Daging Dada Ayam ( Chicken Breast). Dibersihkan dan dipotong dadu bersaiz 1 inci.

2 sudu besar kicap.

3 sudu besar tepong jagung.

1 sudu kecil garam/ cukup rasa.

1 biji telur ( untuk daging ayam tidak melekat pada permukaan kuali semasa goreng.

1. Perapkan selama 15-20 minit. Goreng ketulan ayam dengan tidak terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak  dalam 3/4.

2. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.

Penyediaan campuran sayur-sayuran:

Berbagai jenis sayuran yang berwarna -warni boleh digunakan seperti Sengkuang Cina, cendawan butang, Cili Bombay (labu), Carrot, Celery dan bawang besar belah empat. Gunakan sayuran yang lambat masakk seperti karot, sekuang Cina terawal masak diikuti bell pepper (Cili Bombay), celery dan cendawan butang (dlm tin).

B. Penyediaan Kuah/ Sauce.

1 ketul kiub ayam / Chicken stock kiub.

2 sudu besar kicap cair.

1/2 sudu serbuk lada putih.

1/2 sudu besar Cuka .

Perasa Makanan atau 1 sudu kecil gula.

2 sudu besar sos cili

1 biji cili masak potong memanjang.

C. Cara Penyediaan Ayam Kung Pao:

1. Panaskan kuali,  masukkan minyak  2 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan 4-5 helai cili kering yang dipotong 3 bahagian. (cili ini boleh ditambah mengikut kepedasan yang diperlukan). Garigkan cili didalam minyak panas tetapi jangan sampai terbakar hitam. Kecilkan api dapur. Keluarkan cili garing dar kuali dan asingkan.

2. Masukan halia dicincang (2cm halia) dan bawang putih yang dicincang (5 ulas).

3. Sederhanakan api dapur dan masukkan cili kering yang telah goreng di atas,  sayur-sayuran yang telah disediakan diatas mengikut berperingkat keliatan sayur itu. Sayur-sayur di goereng perlu dimasak 1 hingga 1.5 minit sahaja. Jangan melecurkan sayur sehingga Sayur kehilangan warna asli dan rasa garing semulajadi semasa dimakan.

4. Masukkan sos (B) yang telah disediakan diatas dalam kuali. Masukkan ayam yang tlah digoreng dan telah sediakan di atas. Tentukan daging ayam ini dimasak cuma beberapa minit sahaja.

5. Masukkan kacang Tanah yang tersedia goreng.

6. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung kedalam kuali. Biasanya dalam sukatan  1 sudu besar tepung jagung dengan 3 bahagian air. Kepekatan kuah adalah bergantung kepada anda…kalau ingin pekat tambahkan lagi campuran tepung jagung dan air.

7. Semasa memasukkan campuran tepung jagung perlu kacau serata supaya ia tidak berkental. Dalam beberapa minit Kung Pao Chicken anda sudah sedia. Jangan masak lama kuahnya sekadar satu didihan kuah sudah memadai.  Selamat Mencuba.





About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 1,423,575 hits
Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 298 other followers