PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Resipi Kueh Donat.

Posted on: Februari 1, 2010


GLAZE DONUTS

Doughnut” atau pun disebut “Donat” adalah sejenis makanan ringan yang amat digemari oleh semua golongan di Malaysia. Sekian lama saya menceburi dalam bidang penyediaan makanan dan saya amat tertarik untuk mengetahui rahsia membuat donat ini mengikut selera orang Malaysia. Resepi ini amat bersesuain untuk para peniaga kafeteria/ kantin. Para peniaga kecilan atau surirumah juga boleh mencuba resepi ini tanpa sebarang keraguan.

Bahan-Bahan:

1 kg Tepung Gandum berprotein (wau/blue key/ dll bukan tepung buat roti canai).

1 paket Yis Kering  (Mauripan) 11 gm.

1 cawan (180gm) Majerin / vegetable shortning .

1 cawan  Gula Pasir.

1 tsp Esen Vanilla.

2 butir telur.

1/2 kg Gula Halus (Gula Kastor untuk salut)

1 tsp Serbok Penaik/ Baking Powder.

1/2 tsp Soda Bikarbanate.

1 kg  Minyak Masak Untuk Goreng.

1 cawan Susu Penuh Krim(Susu dlm Kotak).

1 cawan air suam (jangan panas).

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung gandum , serbok Penaik (baking Powder) soda sama rata. Masukkan majerin dan gaul rata dengan tepung. Masukan Yis dalam air (secawan suam) dan larutkan gula didalam air yanag sama. Biarkan 10 minit untuk yis serap air.

2. Masukan adunan yis + gula kedalam tepung. Masukan esen vanila dan garam dan susu. Uli adunan itu sehingga sebati. Masukan telur satu demi satu dan uli kembali. Pengulian perlu dilakukan dengan sempurna untuk dapatkan permukaan adunan doh yang licin. Adunan doh dibentukan bulat dan biarkan selama 2 jam. Adunan doh perlu di selimuti dengan kain/atau tuala dapur yang lembab (basahkan dan perah),  Supaya permukaan doh tidak terbentuk selaput keras.

3. Canaikan adunan doh tadi menjadi tebal 1/2″ . Potong dengan alat pemotong donat. Letakan adunan yang telah dipotong di dulang yang ditaburkan dengan tepung (supaya tidak melekat). Biarkan kepingan donat yang telah dipotong berada di tempat yang sedikit panas (untuk tindakan Yis ) selama 15 – 20 minit.

Ambil potongan donat itu dan perbesarkan lubabg donat dengan menggunakan dua jari. Goreng adunan donat dalam minyak yang panas (160 – 185 C). Sebelum masukan suhu minyak tidak terlalu tinggi atau rendah. Tentukkan api dapur gorengan anda tidak terlalu keras- Low memadai supaya donut tidak hangus sebelum tepungnya masak. Warna donat yang telah masak akan bertukar ke Kuning ke emasan. Tanda masaknya donat anda ialah semua bueh-bueh kecil akan kehilangan (wap air dari donat mula hilang). Api yang terlalu kecil akan merosakkan adunan donat dengan menyerap minyak yang lebihan. Apabila donut bertukar warna kuning ke emasan keluarkan donat dan segera di selaputkan dengan gula kastor kalau mahu gunakan gula aising daripada kisaran gula  biar suhu donut suam sedikit . Elakkan Gula yang berlebihan kerana donat anda boleh dimakan begitu sahaja kerana gula telah diadunkan di dalam donat anda. (28- 32 keping donat boleh diperolehi).

Tip Tambahan: Glaze Donut (Dunkin Donat).

Anda boleh lakukan glaze keatas donut anda yang telah goreng dan dimasukan ke dalam Glaze gula / Sirap Gula:

Penyediaan Glaz Gula/ Sirap Gula:

Dengan api yang kecil masukkan 1 cup air dan 2 cup gula pasir. Apabila gula telah sedia larut dan masak;  masukkan 1/2  sudu kecil air lemon/ limau. Kacau rata. Air lemon  untuk menentukan gula tidak menjadi keras. Api dapur perlu dijaga supaya air sirap anda tidak hangus. Matikan api dapur.  Masukkan donut anda kedalam sirap gula dan segera keluarkan( sekiranya lama, donut anda akan diserap terlalu banyak gula). Biarkan donat anda sejuk. Sedia untuk hidangan.

About these ads

2 Respons to "Resipi Kueh Donat."

wow! menyelerakan donut ni…….nak try wat tp takut takmenjadi

Kalau sekilo itu berat nak uli..cuba dengan 1/2 kilo…mudah dan cepat..setiap resepi kena cuba dan cuba modify ikut selera kita. Memasak adalah seni untuk mendapatkan hasil yang terbaik terpaksa membuat ulang kali…hehehehe!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,531,765 hits
Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 450 other followers

%d bloggers like this: