PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RAHSIA REMPAH BERIANI.

Posted on: Julai 5, 2010


Ramai pengunjung blog ini e-mail Mamak bertanyakan tentang Resepi rempah Nasi Beriani. Masalah mereka adalah mendapatkan serbuk rempah beriani. Membuat serbuk rempah beriani bukanlah satu perkara yang sukar. Sesiapa saja boleh buat resepi serbuk beriani ini dan simpan untuk kegunaan. Isteri Mamak (Mami) mempunyai resepi rahsia ini, sukar dipujuk untuk mendedahkan resepi beriani ini yang sangat harum. Dalam masakan tiada rahsia. Allah melarang kita kedekut Ilmu. Ilmu yang ada pada kita perlu dikongsi bersama. Maka Mamak ucapkan jutaan terima kasih pada Mami yang sanggup dedahkan rahsia cara membuat rempah beriani ini yang sangat harum ini.

Tapi jangan salahkan Mamak kerana bahan-bahan rempah untuk membuat serbuk beriani ini memang terlalu banyak. Anda boleh dapatkan rempah-rempah ini dari kedai rempah dengan membeli ikut quantiti supaya tidak membazir. Rempah-rempah ini boleh dapatkan di kedai-kedai Mutaya’s di bandar-bandar. Tetapi di Pulau Pinang (tanjung) tidak ada sebarang masalah.

Bahan-Bahan:

10     biji  Cengkih (clove).

4     biji  Buah Pelaga putih (Cadamom).

10    biji Lada Hitam (pepper corn).

4     keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).

10   buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).

3     helai daun beriani (Bay leaf).

3     sudu besar  Jintan Manis ( Fennel Seed)

2   sudu besar bawang Goreng.

1/2  sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)

2   sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)

1   sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).

1/4 sudu besar serbuk kunyit.

1/2 sudu serbuk cili.

Cara:

1. Kisar semua bahan tersebut yang pejal.

2. Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.

3. Kadar Kegunaan ialah  3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam. Sekiranya ingin buat Nasi beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1 kg. beras.

4. Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap udara. Selamat  mencuba.


About these ads

2 Respons to "RAHSIA REMPAH BERIANI."

Salam , saya mak minta petua pes bawang halia tu cari tak jumpa . drmuss@gmail.com

Salam,
Tak apa. Pes halia dan bawang putih banyak digunakan dalam setiap masakan Nasi Kandar atau masakan dari benua India. Ia bukan saja mengharumkan masakan tetapi mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bawang putih mempunyai bahan anti-oksidan dan halia yang boleh menghindarkan kanser atau pun boleh menurunkan kadar kolestral dalam darah. Sehari mengambil 2 ulas bawang putih mentah akan memberi kesan yang baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi atau kolestrol tinggi. Bawang putih kini dijual dalam bentuk pil di farmasi-farmasi. Cara pengunaan dalam masakan ialah apabila bawang hirisan dan rempah ratus sudah mulai mengeluarkan bau yang harum, masukkan pes dan dikuti dengan rempah serbuk seperti jintan putih dan jintan manis atau serbuk kari. Biarkan pes adun dengan rempah ini menjadi pecah minyak , barulah masukan air bawang atau pun air biasa. Kalau pes ini tidak pecah minyak lagi, sekiranya anda masukkan air bawang atau air biasa, rempah-rempah akan mulai timbul di atas permukaan kari anda atau masakan anda akan menjadi seperti gulai Melayu.Dan nasihat Mamak satu lagi, bila anda dapati kuah kari anda pekat jangan sekali masukkan air sejuk dan mendidihkan. Air yang dimasukan akan timbul dipemukaan kari anda. Kesilapan ini sering dilakukan penjual roti canai dari kalangan orang Melayu. Bila buat bungkusan, kuah paruppu dibawah dan air timbul di atas.

Ok bagaimana buat pes ini ada tiga cara. Ikut tradiosal pes ini disediakan dengan cara mengiling supaya tidak mengandungi air yang banyak. Cara gunakan batu lesung juga amat sesuai tetapi perlu lumat untuk masakan jumlah sedikit. Tetapi kita ada blender (pengisar) unntuk memudahkan kerja ini. Air yang perlu masukkan untuk mengisar biar sama paras dengan kandungan halia dan bawang putih dibalang pengisar. Berapakah jumlah bawang putih dan halia perlu untuk pes ini?. Ini mengikut kehendak kita. Biasanya mamak gunakan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia untuk 5 hidangan.Maka anggaran menjadi 3:1. Jangan ambil terlalu berat tentang pes ini. Bila anda masak, anda tahu kuantiti yang diperlukan. Kurang. Ini perlukan membuat dua tiga kali baru anad akan dapat caranya. Ikut resepi orang kadangkala lidah kita tak sama. Cuma ada mamak-mamak dlm masakan mereka lebihkan pes ini tetapi mamak rasa orang Melayu suka hidangan yang sederhana bau bawang putih. Sekiranya masak untuk keluarga lebih baik gunakan batu lesung kerana tak perlu jaga sangat untuk pes ini pecah minyak. Sekiranya masak kuantiti besar mana tahan pakai batu lesung?. Cuba buat pes sendiri mengikut selera saudara dan pasti lebih baik dari yang Mamak nasi kandar buat itu…yang perlu adalah cara dan bagaimana menggunakan tetapi rasanya kitalah juri yang menentukan. Harap maaf kerana lambat balas e-mail saudara.Tapi saudara minta kali kedua Mamak haji perlu juga tulis mengenainya. Masakan adalah seni..ia perlu wujud dari bakat kita sendiri cuma kita mahu tahu caranya saja. Maka mamak haji cuma boleh tunjuk caranya yang lain terpulang kepada empunya diri untuk berusaha untuk mengelokan lagi setiap resepi yang Mamak Haji berikan. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,903,373 hits
Julai 2010
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 473 other followers

%d bloggers like this: