PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

TEMUDUGA MELANTIK PENGENDALI KANTIN

Posted on: Julai 16, 2010


Pengurusan Kantin/ Kafeteria di Kilang Industri ini biasanya diuruskan oleh seorang Penolong Pengurus atau pun seorang pegawai yang dilantik oleh pengurus HR atau pun dipanggil bahagian ” Pengurus Human Resources Department”.  Sila rujuk tulisan mamak yang lepas tentang ” Canteen Commitee” atau pun dipanggil Jawatan-kuasa Kantin. Ramai kalangan Pengurus HR ini tidak memahami kepentingan dan Fungsi “katerer” yang bakal dilantik untuk Kantin mereka. Ramai di antara mereka cuma memandang Kantin/ Kafeteria di kilang mereka itu adalah satu tempat yang berlaku pembaziran wang syarikat yang tak kena mengena dengan produktiviti. Pengurus dan pihak majikan seperti ini tidak memahami apakah tujuan utama Kantin pekerja berada di perusahan mereka.  Ada pegawai-pegawai syarikat cuma berfikir Kantin Kilang cuma untuk pekerja bawahan yang cuma menjual makanan murah dan kantin pkerja terlalu jijik untuk mereka yang berstatus tinggi dan bergaji besar jamu selera di tempat seperti ini. Mereka perlu menjamu selera di tempat yang berstatus dan bukan dengan pekerja bawahan mereka. Dengan sebab ini mereka tak ambil berat tentang apa yang disajikan di Kantin mereka atau apakah katerer yang dilantik menjalankan kewajipan sebagai katerer.  Fungsi Kantin Perusahan yang utama ialah menyediakan makanan yang berzat seimbang untuk pekerja yang tidak dapat pulang ke rumah untuk menjamu selera. Harga yang dikenakan perlulah pekerja mampu,  makanan yang sedap, bersih dan Halal untuk pekerja yan beragama Islam. Makanan seimbang yang murah yang di makan oleh pekerja akan menyihatkan tubuh badan dan mereka boleh memberi kembali tenaga yang bidang kerja memerlukan. Dengan ini bukankah Kantin di Kilang memeberi produktiviti yang tinggi untuk syarikat itu. Maka pengurus atau Jawatankuasa kantin mempunyai tugas yang amat penting dan tanggung jawab dalam memilih katerer baru untuk kantin mereka. Kebanyakan Kilang-kilang yang diusahakan oleh usahawan warga tempatan langgsung tidak memahami tanggung jawab mereka terhadap pemakanan dan kebajikan pekerja mereka. Manfaat dari Kantin langgsung mereka tidak ambil peduli. Kadangkala kantin kilang-kilang syarikat warga tempatan kotor, busuk, permis kantin yang penuh dengan sampah sarap, kemudahan menjamu makanan seperti tempat basuh tangan, tempat masak, stor menyimpan bahan makanan dan saluran gas masak yang selamat tidak diadakan. Dasar pengelolaan kantin seperti tempat makan “kongsi” (tempat tinggal) pekerja lombong tahun 50-an lagi. Pihak majikan dan pengurusan tidak langsung perihatin kepada pekerja bawahan yang seharian membanting tulang dan keringat mereka membantu majikan memperolehi kekayaan berlipat kali ganda. Bagi staff pejabat yang bergaji tinggi yang berkenderaan mendapat keistimewaan untuk keluar menjamu selera berjam-jam. Tetapi pekerja bawahan hanya dapat 20minit hingga 30 minit makan dikantin yang teruk ini.  Makanan yang dihidangkan oleh katerer ini kadangkala haiwan peliharaan pun menolak hidangan yang disajikan. Bukan hina makanan tapi cara masakan yang begitu teruk sekali. Kenapa perkara sebegini  ini berlaku?.  Ini disebabkan pihak pengurusan hanya memikirkan tugas mencari katerer baru ialah mendapatkan harga se minima yang boleh. Maka tugas mereka menjaga kebajikan pekerja bawahan terlaksana. Sebut harga murahan selalu menjadi kegemaran mereka bukan mencari kelayakan katerer. Pemikiran kolot pengurusan seperti ini cuma memikirkan pekerja bawahan hanya perlukan makanan murah. Bila nak murah dalam segala hal maka dapat katerer yang murah juga. Bak pepatah bahasa Inggeris berkata ” if you give peanut…you will get monkey”. Kadangkala persalahkan katerer juga tak boleh kerana ada katerer yang terjebak dengan ghairah nak berniaga tanpa sebarang subsidi dari pihak kilang. Pihak pengurusan kilang yang menemuduga katerer sepatutnya memberi maklumat yang cukup bagi kepada katerer  yang berminat menawarkan perkhidmatan mereka.

Setiap pihak pengurusan kantin yang menawarkan tender kantin sekurang-kurangnya menyediakkan borang pelawaan tender kepada katerer yang berminat. Borang berkenaan boleh memberi maklumat syarat-syarat kontrak, subsidi yang diberi untuk katerer, ruang untuk megetahui harga makanan sajian ditawarkan oleh katerer, sedikit latar belakang syarikat katerer, pengalaman lampau. Tak perlulah tanya latar belakang kewangan syarikat kerana bukan mereka ingin beli produk kita cara beransuran. Memegang deposit adalah salah segi aturan kementeterian kewangan. TNB pun kalau memegang deposit bayar faedah tahunan. Tak memegang deposit orang ramai. Apa yang perlu ialah segala syarat diberikan itu, adalah  sah dari segi undang-undang perjanjian negara ini. Maka katerer yang berkelayakan saja dipanggil untuk temuduga. Janganlah nak buang masa anda memangil semua katerer ramai-ramai berseronok pulak dengan temuduga. Segala subsidi yang dijanjikan perlu di patuhi oleh pihak pengurusan kerana harga yang ditawarkan oleh katerer dalam borang itu berpandukan kepada subsidi yang wajib diberikan oleh pengurusan kilang. Tanpa komitmen dari pengurusan kilang ia adalah sukar menentukkan harga makanan. Bagaimana tentukan katerer yang layak?. Ini masalah besar bagi pengurusan kilang. Semasa temuduga memang katerer akan akui dan terima semua syarat-syarat yang akan bakal perlu ikuti tetapi masalah katerer pulak sekiranya perniagaannya untung tidak mengapa, kalau rugi siapa yang perlu terima padah?…maka pihak pengurusan kilang yang baik selalunya mengwujudkan keadaan “menang-menang” dalam situasi ini.  Terima pandangan dan pendapat katerer dan fikir jalan tengah. Tidak perlulah setiap kali tukar katerer yang baru untuk dapatkan harga murah atau berangan katerer baru akan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sekiranya katerer yang sedia ada baik dan masih boleh perbetulkan kekalkan. Kalau seringkali katerer “cabut lari” kemungkinan masalah itu adalah pengurusan kantin kilang itu sendiri.

Asas perniagaan adalah mendapatkan untung. Kadangkala katerer yang baru dan tanpa mengira risiko harga jualan makanan akan terjebak dengan hutang yang banyak selepas tempuh perniagaan. Berikan masa untuk katerer itu plih dari kesilapan. Pihak pengurusan kilang sekurang-kurangnya ada perasaan “give and take” dengan memberi sedikit subsidi sebagai balasan untuk dapatkan hidangan makanan yang murah untuk pekerjanya melalui kaedah subsidi atau pemberian percuma seperti air, letrik, gas memasak, tempat perniagaan, dewan makan yang disediakan meja dan kerusi, kemudahan air batu minuman (mesin ais), Dapur masak, Dapur masak nasi, Baine Merry (tempat pemanas hidangan), pinggan, sudu dan garpu. dengan ini katerer ada ruang untuk bernafas. Lagi pun perkakas yang diberikan adalah hak dan harta benda syarikat seperti anada tukar komputer yang baru selalu. Sekiranya harga makanan yang dijual perlu murah dan berkualiti maka pengorbanan dari pihak syarikat adalah amat perlu. Kemudahan yang diberikan kepada katerer kantin bukanlah untuk mereka tetapi ia adalah untuk pekerja mereka dengan dapatkan satu perjanjian, “ada budi, ada balasnya” dengan minta katerer harga jualan murah, bersih, dan berkualiti.

Yang  amat menduka-citakan ialah apabila tender-tender kantin sekolah rendah yang ditawarkan kepada pengendali-pengendali kantin sekolah rendah oleh pengurusan sekolah.  Sistem borang amatlah dibanggakan tetapi sewa bulanan yang  perlu ditawarkan oleh pengusaha kantin bersyaratkan kepada nilai yang perlu dibayar kepada pengurusan sekolah amat dipentingkan. Di sini pada lazimnya pihak pengurusan sekolah akan meluluskan sebutharga yang tinggi sewa bulanan dan juga harga makanan yang ditawarkan yang paling murah. Seringkali pengendali kantin yang baru menceburi dalam bidang ini akan menjadi mangsa. Tanpa mengira kiraan yang tepat pengendali kantin yang baru ini akan mengalami kerugian yang besar. Sepatutnya pihak pengurusan sekolah perlu menetapkan harga sewa yang berpatutan. Harga makanan terpulang kepada pengendali kantin yang ingin ditawarkan. Harga dan saiz makanan perlu dipantau selalu oleh pihak sekolah. Sekiranya tidak harga makanan akan menjadi konflik yang terbesar dalam mengendalikan kantin sekolah. Mangsanya adalah murid-murid. Semua Harga makanan seperti ayam, nasi dan sayur perlu mengikuti size atau dengan kuantiti yang ditetapkan dengan sukatan dari pihak menawarkan perkhidmatan. Sukatan seperti senduk yang diseragamkan akan memudahkan kuatiti dan harga yang ditawarkan. Pihak pengurusan kantin janganlah terburu dalam  memileh dalam harga terendah yang ditawarkan oleh pengendali kantin. Minta contoh size atau kuantiti yang berkait dengan harga yang ditawarkan dalam temuduga. Maka inilah sebab utama kantin  sekolah rendah selalunya menghadapi masalah dalam kualiti hidangan disebabkan pengendali kantin yang tak mampu menguruskan kantin dengan sempurna disebabkan harga tawaran yang salah dan pihak pengurusan kantin sekolah yang amat tamak inginkan sewa yang tinggi. Kebanyakan pengurusan sekolah mengharapkan sangat sumbangan kewangan dari Kantin sekolah yang berlebihan adalah salah. Kita sebagai ibubapa dan guru perlu mementingkan kesihatan makanan kanak-kanak kecil yang dahaga dan lapar mencari kantin. Maka kantin sekolah adalah tempat yang patut jadikan pengenalan kepada makanan nuterasi dan makanan kesihatan bertukar menjadi pusat penyediaan makanan yang berminyak berlebihan dan minuman yang tak berkualiti. Kantin Sekolah sepatutnya menjadi wadah untuk kepda kanak-kanak mengenal makanan kesihatan dan berzat yang ramai ibubapa yang gagal dalam tunjuk ajar kepada makanan kesihatan.

"Tempat Penyediaan Makanan Yang Jijjik"

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,908,105 hits
Julai 2010
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 473 other followers

%d bloggers like this: