PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESIPI :PUTU MAYAM

Posted on: Oktober 6, 2010


Soalan: Asssalamualaikum mamak,
Terima kasih atas penjelasan dan resepi mamak yang ikhlas. Saya ingin mendapatkan tunjuk ajar serta resepi membuat putu mayung dan roti canai bagi tujuan berniaga. Harap membantu, Deen.

Mualaikum salam saudara deen,

Tahniah atas niat saudara ingin ceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan. Sekurang-kurangnya niaga sambilan boleh membaiki kedudukan kewangan keluarga. Tentang Perniagaan niat roti canai itu tangguhkan dulu. Perniagan Roti Canai ini memerlukan kemahiran dan daya ketahanan fizikal yang tinggi. Walau pun doh bola roti canai boleh dapati dari pengilang tetapi kemahiran dan kecekapan untuk menebar roti canai amat perlu dalam perniagaan roti canai. Mamak cadangkan lebih baik mengupah seorang penebar roti canai.  Kadangkala roti canai kalau buat dalam kuantiti sedikit rugi. kos sampingan raoti canai seperti dua jenis kuah dan  perlu mengikut selera pelangan pulak. Mengejar masa satu hal. Dalam perniagaan apa pun kalu nak untung perlu mengira point “break-even”. Apakah jumlah roti canai yang kita jual itu memadai dengan kos membuat roti canai yang dijual. keuntungan adalah sasaran perniagaan. Insyallah mamak akan tulis mengenai break even point ini dalam masa terdekat. Dengan sebab inilah Mamak belum menulis tentang resepi roti canai.  Tentang “Putu Mayam” itu mamak memang setuju dan boleh diniagakan kerana resepi ini amat mudah dan jimat kos.

RESEPI PUTU MAYAM.

“Putu Mayam” atau di Penang dipanggil “putu mayung” atau pun orang India Selatan gelar “Idi Apom”. Mana satu betul?. Entalah tapi mamak rasa nama “Putu Mayam”  adalah betul kerana dalam bahasa Inggeris di panggil ” String Hoppers”.  Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).

BAHAN-BAHAN:

Tepung Beras 1 kg.

Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter.

Garam secukup rasa.

Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

CARA MEMBUAT:

1. Masukan tepung beras  dalam sebuah bekas. Didihkan air dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian.

2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak.

3. Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.  Mudah bukan.  Selamat mencuba. Masih ada masalah boleh email kat mamak . mohd.roslan99@gmail.com.




About these ads

11 Respons to "RESIPI :PUTU MAYAM"

susah nye nk buat ‘putu mayam ‘ ni mamak

Salam, hahaha..putu mayom paling senang, kukus tepung beras, uli dgn aiir mendidih, jadikan doh..tekan dengan acuan..kukus!. Ia boleh dibuat dalam 15-20 minit. Cuba buat dan chek akan rasa senang..”agal biasa, tegal bisa”..masih ada masalah .selepas buat..e-mail mamak haji. Wassalam.

assalammualaikum tn.hj, saya teringin nak belajar buat putu buluh. sebelum ni ada buat tapi tak menjadi. mentah dan acuan yg saya guna (buluh) mengering n pecah. jika tak keberatan n jika ada resepinya di harap tn.hj dapat beri tunjuk ajar. untuk pengetahuan tn.hj saya kini menetap di sibu sarawak. dah lama tak merasa putu buluh yg ori punya

Salam, Putu buluh atau pun apa sahaja jenis putu ini adalah berasal dari Selatan India. Ia hijrah ke Indonesia dan path balik ke negara kita.Putu paling mudah untuk membuat cuma tip-tipnya 1. Tepung beras yang kita beli itu perlu jaga. Dulu emak mamak haji buat putu ini, rendam beras, tapis airnya dan tumbuk dan ditapis. Tepung ini lembab sedkit dan bau beras sangat harum. Tetapi bila beli tepung yang telah siap, tepung ini dikisar kering dan juga kualiti beras yg paling selekeh. Sudah tentu baunya hapak. Biar buat putu mayom atau pun putu bambu, piring atau pun putu India. Tak sedap.hahaha!. sekiranya gunakan tepung seperti gunakan daun pandan dan warna hijau untuk samarkan kualiti beras untuk jualan.. Untuk melembab tepung seperti ini perlu dikukus dahulu.Tip kedua tentukan apabila gunakan air untuk melembabkan tepung gunakan air panas untuk cepat masak. Tepung yang dihasilkan dengan percampuran tepung putu perlulah halus dan tidak bergentel. Kelembapannya perlu basah dan lembab tetapi kering. Anda boleh gunakan penapis kasar untuk lakukan ini.Ini rahsia kedua.Tip etiga jangan sekali tekan tepung masuka kedalam acuan buluh. Tepung yang dimasukkan perlu ada ronga udara untuk wap panas memasuki kesemua bahagian tepung yang berada dalam acuan buluh. Kalau anda menekan putu tidak masak.OK.Masuukan satu sudu, selepas itu masukkan gula melaka yg telah sagat dan dituriti satu sudu lagi tepung. Masak dlm 15 minit. Gerenti masak.Nak juga menu putu buluh ini. Buluh acuan putu ada acuan seperti muruku perlu ditempatkan 1/4 bhg dari tapak acuan buluh.Penerangan ini mamak haji rasa dapat memudahkan Cheq. Wassalam.

assalamualaikum uncle saya cuba buat tapi tak menjadilah…kenapa bila saya masukkan doh dalam dan putar…tak menjadi dimana doh melekat-lekat antara satu dengan lain…dan bila saya kukus jadi macam keras dan kenyal tak lembut…mungkin saya salah semasa proses menguli kot?

Salam, doh putu mayam menggunakan tepung beras perlu dikukus dahulu untuk dapatkan putu mayom yg lembut. Kadangkala tepung beras kualiti rendah tidak punyai kanji yang diperlukan. Seperti beras baru dan beras lama sangat beza sekiranya dimasak menjadi, begitu jugalah tepung beras yang tersedia jual di kedai. Mamak Haji masih ingat dulu arwah emak mamak haji sediakan tepung beras sendiri dgn rendam semalaman dan keringkan dan tumbuk menggunakan alat penumbuk kayu yg khas. Bukan saja putu mayom ini sedap tapi wanginya..subahanallah!. Zaman berubah kita nak cepat serba-serbi maka kita juga perlu bertolak ansur dlm kelazatannya. DOh putu mayom diadunkan dgn air panas (didih) perlu lembut dan lubang pada alat penekan muruku perlu bersesuain. Kita akan mahir sekiranya buat dua atau tiga kali putu mayom ini. Kalau sekali alhamdulillah tapi masak ini perlu ada kesabaran dan jgn putus asa cepat. Mamak Haji juga kalau masakan baru akan cuba dua atau tiga kali dan catitkan segala sukatan bahan yg digunakan. Pernah gagal berapa kali seperti masak nasi beriani cara Pakistan… ada juga masak nasi minyak menjadi mentah walau pun masak 30 tahun.Ini perkara biasa untuk seorang tukang masak yg praktikal.Dari masak 10 org kepada 2 ribu org lagi banyak beza. Jaga air untuk doh dan lubang pada pemutar atau penekan alat muruku. Insyallah boleh> Wassalam.

Untuk melembab tepung
seperti ini perlu dikukus
dahulu.

salam.masa nak melembap tepung berapa lama masa mengukus

Salam, kukus ikut kuatiti saudara..kalau satu paket agak 5-10 minit sudah memadai. Tepung adun dgn air panas jaga…kalu kering tambah air..kalau lembik sangat tambah tepung. Bila mula buat anda akan tahu sukatan tepat. Wassalam.

Askum…tn haji, saya nk blajar buat roti canai…saya nk niaga untk tolg suami..sya ada di beri tempat niaga yg saya rasa strategik masalah nye dia nk roti canai…boleh tn aji ajarkan…? ini email saya suharah76@gmail.com no email tn aji?

Asalam tuam haji. kt mana nk cari alat pengukus putu mayam tu. nk meniaga tp x tau kt mana nak beli…

mualaikum wasalam..selalunya kedai buat peralatan dari buluh…boleh pesan dgn kedai menjual peralatan barangan dapur..wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,863,346 hits
Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: