PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Analisa Titik Pulang Modal(Break-even Analysis).

Posted on: Oktober 30, 2010


Analisa Titik Pulang Modal

Unit Titik Pulang Modal Bulanan: 2,555

Pendapatan Bulanan TPM Bulanan: $3,308

Keputusan:

Purata Pendapatan seunit: $1.29

Purata Kos Berubah seunit: $0.10

Purata Kos Kos Tetap Bulanan: $3,043

Sekiranya setiap pengusaha kantin, restoren atau pun apa juga bidang perniagaan amat mudah untuk menganalisa titik pulang model sekiranya anda boleh ramalkan kos pengendalian dan juga jumlah jualan. Jangan terkejut dengan perkataan analisa ini. Sesebuah syarikat restoren atau katering dikatakan berada dalam titik pulang modal atau break even margin bermaksud jumlah jualan atau jumlah pendapatan syarikat itu berada dalam jumlah perbelanjaan. (maknanya jumlah kos pengendalian sama dengan jumlah pendapatan). Keuntungan dan kerugian tidak berlaku di titik pemulangan modal. Dengan sebab inilah titik pemulangan modal itu perlu dianalisa untuk membawa keuntungan kepada syarikat. Sebelum kita langkah kepada bagaiman caranya kita perlu ketahui Titik Pulangan ini, kita perlu memahami tentang jenis-jenis kos yang terdapat dalam bidang katering dan restoren. Untuk  golongan yang berminat membuka perniagaan dalam bidang ini ia menjadi pemangkin untuk mengetahui lebih mendalam tentang perniagaan ini.

1. Penerangan Mengenai Kos .

Terdapat banyak jenis kos yang perlu diambil kira apabila melakukan analisa Titik Pemulang Modal ini. Di anatara yang paling releven ialah:

a. Kos Permulaan (Starting Cost)

Sekiranya perniagaan Restoren termasuk kos sewa, pendaftaran perniagaan, Lesen perniagaan, peralatan masak seperti bin-marrie, peti sejuk komersial,dapur stainless steel, meja dan kerusi makan, perhiasan dalaman restoren dan lain-lain. Sekiranya perniagaan katering, pendaftaran dan lesen perniagaan. Sewa tempat masak kemungkinan boleh dihindarkan kalau masak di rumah sendiri sebagai permulaan dan peralatan memasak boleh diminimumkan dengan cara menyewa bulanan. Tidak lupa dengan kos iklan yang amat perlukan dalan strategi pemasaran. Apa juga kos yang akan dihadapi oleh anda sebelum mula menjual.

b. Kos tetap (fixed cost).

Kos ini akan tetap berada dalam keadaan sama tidak berkait langsung dengan jumlah jualan anda. Ia seperti sewa premisis bulanan, gaji anda dan pekerja anda, bil letrik, air dan talipon.

c. Kos yang berubah (Variable Cost).

Kos ini adalah kos yang akan berlaku pada setiap masakan yang anda jual. Contohnya bila anda membuka sebuah restoren kemungkinan harga sekilo ayam anda beli RM5.00.  dan RM5.00 itu mewakili kos yang berubah apabila perniagaan anda maju dengan perlu mengambil pekerja tambahan dan lain-lain lagi yang termasuk dalam kos pembelian itu.

CARA TETAPKAN HARGA (PRICING METHOD).

Sekiranya anda berjaya mencipta satu jenama baru dalam pasaran anda boleh mengubah harga jenama itu, sekiranya tidak anda perlu memasuki dalam pasaran terbuka anda perlu menjajarkan harga jualan anda dengan persainagan atau pun kurangkan harga jualan dengan memberi diskaun untuk pelangan baru anda untuk menarik mereka kepada restoren atau katering anda.

Strategy yang biasa dalam penghargaan ialah berlatar-belakangkan kos (cost based pricing). Cara ini ialah berapakah jumlah kos menghasilkan satu unit dan meletakan harga dengan menambahkan dengan nila keuntungan yang telah ditetapkan.

Contohnya:

Kos untuk  menghasilkan seketul ayam goreng  ialah:

Kos ayam mentah 1 ketul RM0.90

Kos untuk goreng 1 ketul RM0.30

Jumlah kos seketul ayam RM1.20. Peratus keuntungan ditetapkan 100 peratus = RM1.20

Jualan Harga seketul Ayam Goreng ditetapkan pada Harga RM2.40.

Harga Jajaran dengan Pasaran RM2.50. Maka harga anda adalah lebih kompetitif dari harga pasaran. Harga Diskaun yang anda boleh beri pada pelangan adalah RM0.10.

Sekiranya ada persaing lain ingin merendahkan dari harga tetap anda,  masih lagi ada ruang untung yang boleh kurangkan dan anda boleh bertahan dalam pasaran.

Mencari titik pulangan model amat mudah apabila anda faham semua kos-kos tersebut di atas. Jangan bimbang dengan tiori-tiori yang melalut yang anda membaca dari buku-buku akaun anda. Ambil Kos Tetap , bahagi dengan harga yang anda tetapkan, tolak dengan kos berubah (variable kos) anda akan dapat titik Pulang anda!.

Titik Pemulangan Modal (Break-even Point) = Kos tetap BAHAGI  Harga seunit TOLAK kos berubah.

Pengiraan ini akan menerangkan kepada anda: berapakah jumlah jualan yang perlu anda jual untuk mendapatkan Titik Pemulangan Modal. Keliru lagi?. Titik pemulangan Modal akan menerangkan anda berapakah jumlah hasil jualan anda yang perlu untuk perniagaan anda berada dalam keadaan tidak untung dan tidak rugi (break-even). Kalau anda dapati hasil jualan anda dibawah titik pemulangan modal, perniagaan anda sedang rugi. Anda perlu menjual jualan harian lebih daripada titik pemulangan modal untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda tidak analisa  Titik Pulang Modal, anda begitu mudah besar kemungkinan gagal dalam perniagaan anda.

About these ads

2 Respons to "Analisa Titik Pulang Modal(Break-even Analysis)."

berdasarkan formula TPM, adakah setiap satu makanan akan dikira TPM menggunakan formula yang sama (kos tetap, dan kos berubah yang sama cuma berlainan kos seunit)?
CONTOH:
1- TPM untuk ayam goreng
2- TPM untuk sayur kangkung goreng

biasanya keuntungan kasar di kira harga jualan – kos bahan. setiap kos bahan ini kita perolehi dari kitchen Bible atau menu card dari dapur. Biasanya mamak haji letakan keuntungan kasar sesuatu menu kepada 70 peratus..kerna kos-kos yg tersembunyi dan kos overhead purata dalam 30-40%..maka keuntungan bersih cuma 25% -30%. Bagi titik pemulangan modal sesuatu menu perlu diketahui untuk kepopularitian menu itu..sekiranya menu itu tidak sampai TPM..maka diganti baru. Titik pemulangan modal cuma untuk kita mengalisa sesuatu menu yang baru..tidak mestinya kita lakukan setiap hari kerana kita sudah nilai untung kasar..wassalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,533,319 hits
Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 450 other followers

%d bloggers like this: