PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

TIP-TIP MASAKAN 4: MASAK UNTUK KENDURI.

Posted on: November 3, 2010


E-Mail dari: NormlizaNordin.

salam terima kasih pada mamak haji yang telah banyak beri tip berfaedah pada saya.saya nak tanya macam mana nak memasak nasi dalam kuantiti yang banyak contohnya untuk seribu orang dan lauk juga.saya daripada kajang mamak haji takda buat kelas memasak untuk katering ke. terima kasih.

Jawapan:

Mualaikum Salam Cik Nora,

Terima kasih kerana sudi singgah diblog mamak haji yang tak seberapa ini. Masak nasi dlm Quantiti besar selalunya mudah dari yang sedikit. Tetapi beberapa perkara perlu diambil kira seperti:
1. Dalam Perniagaan katering ini anggaran adalah paling mustahak untuk mencapai keuntungan. Bila masak nasi tidak boleh kurang dan tidak boleh berlebihan. Berlebihan akan merugikan kita. Kurang pulak kena hambat dengan tuan punya kenduri. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagai katerer selalunya anggarkan:
a. Beras untuk nasi putih berat satu kilo untuk 12 orang dewasa.
b. Kalau gunakan basmathi pulak 1 kilo anggaran 10 orang Dewasa. Kalau seribu orang maknanya cik nora kena gunakan 100 kg Berasmathi.
2. Periok yg masak perlu diambil kira, kerana nasi ini masak dengan bantuan wap yang dihasilkan oleh air tadi.(kiraan air adalah kalau satu baldi beras sama dengan 1 baldi air atau nisbah 1:1). Untuk mendapatkan wap yang baik kita perlukan ruang dalam periok. Maka cara yang lazim ialah apabila ingin masak 10 gantang beras gunakan periok saiz 10 gantang (satu gantang bersamaan dengan 6 kati. 1 kati bersamaan dengan 600gm..maka 3.2 kilo sama dengan 1 Gantang)…10 gantang sama dengan 3.2 X 10 = 32 kg atau pun 30 KG sudah memadai untuk gunakan periok saiz 10 gantang. Kalau dapat periok saiz 30 gantang…dua kali masak sudah siap. Permulaan sewa dulu periok seperti ini.
3. Api – api adalah mustahak dalam masak nasi. Kawalan api amat mustahak. Kalau pakai kayu api perlukan kemahiran dan pengalaman. Tetapi cepat masak. Kalau gunakan dapur gas gunakan dapur gas yang punyai mata enam kerana api akan serata di permukaan bawah periok.
Tentang kursus ini Mamak Haji sibuk sekali hujung tahun, insyallah Mamak Haji cuba adakan pertengahan tahun 2011 nanti. Ramai juga mohon. Kalau ada masalah jangan segan e-mail. Mamak Haji cuba membantu saudari setakat mampu. Wassalam.
About these ads

4 Respons to "TIP-TIP MASAKAN 4: MASAK UNTUK KENDURI."

salam…saya berminat dengan penulisan haji..kalau ada peluang untuk belajar dan kusus penyediaan untuk katering saya ingin terlibat sama.. untuk menambah pengetahuan. terima kasih..
azueerakasim@gmail.com
azura-cheras

menarik sungguh blog ni, penuh dengan segala info…
boleh tak mamak haji share resipi tuk buat “stok cili paste” bagi penyediaan char kueh tiaw… kalau ada resipi sos char kueh tiaw lagi bagus. sy bercadang nak jual char kueh tiaw…
ciknorhomemade@gmail,com

Salam, pes cili yang digunakan dalam char kuoy teow ini bukanlah satu yang istimewa. Pes cili ialah untuk kepedasan jadi kalau anda boleh sediakan pes cili seperti cili kering direbus, dikisar dengan bawang putih dan dua tiga biji bawang merah seperti anda lakukan untuk mee goreng biasa adalah memadai. Kalau tumis dan simpan boleh atau pakai terus pun boleh kerana kita tumis juga pes cili semasa masak char kuoy teow ini. Kalau nak sedapa lagi guna udang laut bukan udang bela dikolam. Mamak Haji rasa ia amat lazat.Oh satu lagi sebenarnya sos sotong yg mamak haji maksudkan dalam tulisan blog itu cuma jenama bagi sos ikan. kenapa mamak haji gunakan dua pembuat sos ikan yang berlainan adalah semata-mata dapatkan sos yang unik. Mamak Haji rasa sudah tiba masanya orang Melayu boleh buat sos ikan yang halal dan lebih sedap dari buatan Thai. Wassalam.

salam..nk thu mcmane plak kuantiti lauk dgn nasi…bimbang lauk xckup…atau terlebih..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,202,119 hits
November 2010
I S R K J S A
« Okt   Dis »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 403 other followers

%d bloggers like this: