PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

ASAM LAKSA TANJUNG (PULAU PINANG).

Posted on: Disember 14, 2010


Laksa adalah makanan ringan yang paling diminati oleh rakyat berbilang bangsa di negara ini.  Ia telah menjadi makanan rasmi rakyat Malaysia. Asal usul Laksa ini dipercayai dari negara Indonesia. “Laksa” bermaksud dalam bahsa Indonesia “sepuluh ribu“. Perkataan “laksa” ini adalah dari cedukan dari bahasa sanskrit yang dipercayai peninggalan keseinambungan zaman kerajaan Majapahit, di Indonesia sekarang.

Kunci masakan Laksa ialah “Daun Kesum atau orang utara gelar “Daun cenohom” , nama saintifiknya ” Polygonum Hydropiper”. Ramuan belacan atau pes udang menjadi rahsia untuk menyelerakan dan satu kemestian dalam penyediaan masakan laksa ini. Terdapat berbagai jenis masakan Laksa di negara ini seperti: Laksa Asam Penang, Laksa Sarawak, Laksa Johor, Laksa Lemak Singapura, Laksa Bali, Laksa Nyonya Melaka, Laksam Kelantan, Laksa Tom Yam dan lain-lain. Kali ini Mamak Haji cuma mahu pertengahkan Laksa Asam yang paling popular di utara semenanjung sehingga setiap kenduri kahwin seperti satu kemestian untuk  dihidangkan untuk para tetamu.

ASAM LAKSA PENANG

BAHAN-BAHAN:

2 liter air.

1 kg ikan kembong (temenung).

1 kg laksa basah atau mee laksa (kering).

50  gm asam keping (gelugur) atau 5 keping.

100 gm asam jawa diperah dan ditapis airnya.

1 kutum bunga kantan dibelah dua.

2 sudu pes udang tak dimestikan- pilihan antara belacan bakar.

100 gm daum kesum / cenohom. (secekak)

garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.

BAHAN KISARAN (PES):

15 tangkai cili kering dibuang biji. (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus.

1 ulas bawang putih.

150 gm bawang besar – dibersihkan kulit dan potong empat.

2 cm keratan lengkuas

2 cm kunyit hidup

3 batang serai dihiris halus.

2 cm belacan bakar.

Kisar sehingga jadikan pes. Semasa mengisar jangan menggunakan air yang banyak. Tentukan kisaran anda menjadi pes. Sekiranya tak cekap gunakan pengisar elok gunakan batu lesong.

BAHAN HIASAN:

6 tangkai daun pudina. – dihiris.

1/2 biji nenas – dihiris.

2 biji cili merah – dihiris.

1 biji timun – dihiris.

3 biji limau nipis dipotong sipi untuk menambah kemasaman.

1 labu bawang besar – dihiris halus.

1/2 kuntum bunga kantan – dihiris halus.

1 pokok daun salad – dihiris halus.

4 biji telur masak – dibelah dua.

1. Didihkan air masukan ikan kembong dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan masak dan ambil isinya dan buang tulang dan kepala . Isi perlu ditumbuk atau di kisar halus.

2. Air rebusan ikan tadi ditapis dan disimpan untuk membuat kuahnya.

3. Masukan air dalam sebuah periok bersama dengan isi ikan, bunga kantan, daun kesum, asam keping, garam, gula dan perasa makanan dan panaskan sehingga 10-15 minit bila airnya mula mendidih masukkan pes kisaran dan air asam jawa. Kecilkan api kecil untuk mendidihkan kuah. sekiranya pekat tambahkan sedikit air.

4. Anda boleh keluarkan daun kesum atau bunga kantan dari kuah tersebut. Secara biasa memang tak keluarkan daun kesum dan bunga kantan, cuma diceduk kuahnya dalam bekas yang berasingan. Sekiaranya anda ingin tambahkan pes udang masukkan dua sudu dalam kuah yang sedang mendidih. Sekiranya tidak mahu rasa pes udang yang kuat aroma gunakan belacan bakar.

5. Hias hidangan laksa anda atau biarkan dihidangkan di bekas hidangan untuk tetamu memilihnya.

Nota: Kalau anda gunakan laksa basah tidak perlu direbus cuma toskan segera dgn air panas sudah memadai. Sekiranya anda gunakan Laksa mee yang kering, perlu direndam 20 minit dalam air,  sebelum mula rebus. Rebus dalam air mendidih bergaram (seperti rebus spageti). Tentukan mee laksa anda masak sempurna dgn mencuba memicitnya. Selepas rebus toskan dan basuh dengan air biasa dan toskan ia kembali. Simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa mee itu stok yang lama.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,858,886 hits
Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: