TIP-TIP NASIHAT PERNIAGAAN KATERING DAN RESTOREN
Posted on: Januari 12, 2011
- Dalam: TIP-TIP PENGALAMAN MASAK
- 18 Komen
Salam,
Mamak amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana masih lagi mampu meneruskn penulisan dalam blog ini tahun 2011 dengan lebih banyak post-post yang memberi manfaat pada pengunjung. Niat Mamak nak berkongsi Ilmu dalam perniagaan katering ini semakin mendapat sambutan dari para pengunjung blog tanpa berhenti. Pada masa Mamak mulakan blog ini tiga tahun yang lepas, Mamak nak buat blog tidak tahu menahu maka seorang sahabat pakar IT sa kata, “ Mamak don’t worry you take this password and user name and just write whatever you want write“. Inilah sebab blog mamak sehingga kini menggunakan nama asal beliau nambiahttp://balannambiar.wordpress.com. Mamak sehingga kini tidak menukar nama blog yang baru. Kini Mamak cuma duduk di rumah dan tidak lagi kecimpung dalam perniagaan ini. Kelapangan ini Mamak gunakan untuk berblogging untuk memberi manfaat kepada peminat masakan Nasi kandar dan kepada yang mahu memulakan perniagaan ini secara profesional. Kali ini Mamak ingin poskan e-mail dari pengunjung blog ini yang dahagakan Ilmu Perniagaan. Mamak harap penghantar e-mail jangan kecil hati pulak kerana Mamak mempamirkan e-mail anda dan sudah semestinya mamak akan rahsiakan semua nama dan alamat e-mail anda.
e-mail dari Wan, Kula Lumpur:
MualaikumWa Salam anak Zhafran,
Mamak Haji terasa gembira kerana blog Mamak dapat meyakinkan anak muda untuk memulakan perniagaan walau masih dalam IPT. Alhamdullilah syukran. kalaulah anak muda Melayu yang terpelajar memasuki bidang perniagaan kecil-kecilan insyallah perniagaan ini akan maju di negara kita. Berniaga di pasar malam adalah masa yang singkat ia itu dari 6:00ptg ke 10:00 mlm. Dan masa kemuncak adalah dari 5:00 ptg kepada 7:00 ptg. Anda kalau ingin berniaga inilah masa yang perlu dikejar. Tapak Pasar Malam juga mainkan peranan utama. Tapak perlulah bersesuain dgn Jualan Nasi kita. Sebelum anda mulakan perniagaan cuba buat survey ke pasar malam itu. Biasanya pii duk kat tempat orang jual nasi yang paling popular di pasar malam itu dan lihat ragam pelanggan.catat seperti berikut..masa yang paling ramai pelangan beli nasi, cara peniaga itu menjual, seperti lay-out meja dan lauk, jenis lauk popular, cara pembungkusan (polistrine atau kertas), dan lain-lain. Catitkan kekurangan dan kelebihan peniaga. Adakah perlu ambil pembantu?. kerana pelangan perlukan kecepatan dalam jualan makanan. The Hungry man is an angry man. ok. Apabila anak mulakan perniagaan nasi kandar perlu ada identiti nasi kandar itu sendiri. Paling mustahak bagaimana anda memberi identiti jualan anda adalah Nasi kandar. Kalau Mamak jual sudah pasti ia adalah nasi kandar.Identiti nasi kandar ialah periok besar perlu ada didepan. Sekurang-kurangnya 5 periok. Lauk utama dalam periok itu ialah Ayam masak merah, ayam masak madu, Daging masak itam, ayam masak kurmak ayam kari ikan bawal atau pilihan yang lain seperti kari ayam dan Dalca. Lauk ini adalah warna lauk yang akan memikat para pelangan. Lauk sampingan seperti satu kemestian ialah sotong masak nasi kandar, telur dadar, telur rebus, sayur kobis masak kuning, kerabu timun. Lauk seperti ini perlu diletakan dalam tray yang nipis. Tak perlu kuantiti yg banyak. ia adalah lauk yang pembuka selera. tujuan utama kita untuk keuntungan perniagaan adalah lauk dalam periok. Kita perlu habiskan lauk itu. Kalau pelangan ambil telur dadar dan kuah je…kita nak untung apa?. Mamak cadangkan buat lauk melayu sedikit seperti rendang, ikan bawal goreng, ikan belah belakang dan lain-lain yang kita dapati dari survey. Ini tentang Ayam Goreng Nasi kandar. Ayam goreng perlu panas semasa hidangan. maka ayam yang telah peram dgn rempah perlu goreng di sana. Kuatiti kita boleh kawal. Rahsia nasi kandar ialah hidangan yang panas. ingat itu. Ini cara kalau kita ingin berniaga besar-besaran…hahaha!.
Tetapi untuk berniaga dengan modal kecil..anak cuba jual nasi yang telah sedia dibungkus dan pamerkan dengan cantik..seperti bungkusan nasi polistrine dibuka penutupnya dan dihias daun salad, potongan tomato, timun dan daun pudina. Buat nasi masak tomato dalam anggaran dalam 50 bungkus dan naikan sampai 100 bungkus. Nasi beriani kos yang tinggi dan keuntungan kurang kerana harga berasmathi sekarang mencecah 5 kg dalam RM35.00 dlm pasaran. Nasi tomato gunakan beras yg kandungan hancur 5% sudah memadai. Ayam beli seekor dalam berat anggaran 1.6 kg (jgn melebihi berat ini atau kurang dari 1.5 kg) suruh penjual ayam itu potong dua belas ketul ‘ala nasi kandar. Goreng ayam menggunakan tepung seperti ayam goreng rempah tetapi cair sedikit tepung supaya nampak ketulan ayam anda besar bila dipamirkan. Kuah ayam masak merah asingkan dan jangan masak ayam sekali..cuma tuang kuah yang pekat untuk mengerlipkan ayam itu.bahagian kulit ayam itu akan kembang dan mempamirkan saiz yg besar dari yang asal. Ayam yang dipamirkan itu sentiasa perlu basahkan untuk dilihat seperti baru. Gunakan dua jenis masakan yang yang sesuai untuk nasi tomato adalah ayam masak madu. Madu tak perlu dibeli ..masak gula seperti sirap dan hanguskan sedikit untuk menjadi perang. Masukan air lemon atau limau. Gula akan menjadi seperti madu dan gual tidak akan menjadi keras. Madu yang dijual pasar malam sebenarnya madu yg dibuat cara begini..cuma dimasak dengan sarang lebah sekali untuk dapatkan wax. Ini rahsia, jangan beritahu orang. Ayam masak madu anda akan lebih hebat dari masakan mamak hahahaha!. Di samping itu anak juga boleh jual Mee Udang mengikut resepi mamak. Goreng udang dgn minyak supaya kulit menjadi merah menyala..beli udang yang berharga sekilo RM13.50 – RM15.00. (jumlah lebih kurang 40-50 ekor) Bungkusan plastic perlu adalah 6X9 yang jenis kilat. Udang yg telah goreng luruskan badan dgn mematahkan sedikit badannya. Pamerkan diluar mee bukannya di atas..udang ini akan menarik perhatian pelangan. di atas mee hidangkan dgn tiga warna…salad, ubi rebus dan cabai merah ..pasti laku gile. anggaran dalam 20 pada permulaan dan naikan setiap minggu tapi jgn dibawah ini. kalau tak laku pertama kali jgn putus asa..buat dalam 3X kalau masih tak laku juga ubah resepi lain.
Yang lain perkaks untuk niaga anda sedia maklum…meja pasar malam, payung, punca letrik, duit syling dan wang kecil yang mencukupi, kenderaan, peralatan bungkus. Walau pun kecil mamak fikir modal permulaan niaga dalam anggaran RM800-RM1000. Barang harga tinggi sekarang..persaingan pun hebat. Serahkan semua kepada Allah s.w.t dan mulakan niaga. Jangan terlalu negatif. Pengalaman niaga sehari seperti pengalaman belajar 100 hari. Kalau tak mula sekarang bila lagi… Jgn dengar nasihat negatif dari org luar..nanti mcm-mcm juru perunding akan beri nasihat…oleh kerana selalu nasihat itu kita charge..free…yang keluar modal kita…yg tanggung rugi kita…tak perlukan banyak nasihat cuma akan membantutkan usaha dan niat suci…niaga adalah seperti perjudian tetapi niaga telah dikira risiko adalah terbaik. Zhafran boleh buat…yakin dan doa..alalh s.w.t tak keciwakan hambanya..insyallah mamak iringi dgn doa untuk anak Zafran berjaya…amiiin.
18 Respons to "TIP-TIP NASIHAT PERNIAGAAN KATERING DAN RESTOREN"
Salam mamak haji….saya baru mengikuti blog mamak haji ini….dan apa yang saya dapati atikel-atikel yang dimuatkan amat berguna dan berfaedah kepada bakal bakal peniaga dan juga pengusaha-pengusaha restoran yand ada…Terimakasih di atas nasihat dan ilmu-ilmu yang berfaedah itu…
Bulan Ramadhan yang mulia akan menjelang tidak lama lagi…saya dan isteri bercita-cita untuk berniaga kecil-kecilan di bazaar Ramadhan nanti, tetapi kami tiada pengalaman langsung dalam bab bab perniagaan ini…kami bercadang menjual nasi tomato dengan ayam masak merah dan daging masak hitam dan sedikit acar timun dan nenas…
Saya harap dapatlah mamak haji memberi sedikit panduan dan tips tips serta nasihat sebagai permulaan kepada peniagaan ini….sekiranya anggaran antara 30 hingga 50 bungkus contohnya, berapakah modal kasar yang harus disediakan bagi membeli beras, ayam berapa ekur dan daging berapa kilo serta timun dan nenas….bagitu jugak dengan keperluan perkakas masak yang lain dan juga cadangan harga sebungkus nasi tomato…
Sekali lagi saya mengucapkan terimakasih di atas nasihat dan tips tips panduan untuk saya dan isteri memulakan perniagaan kecil ini….
Semoga Allah murahkan lagi rezeki untuk kita semua disamping kita menjalani kewajipan kita terhadapNya….
Terimakasih..
Pakabu Jitra, Kedah Darulaman
a
Assalamualaikom Tuan Hj. Mamak saya selalu mengikuti tulisan mamak ni,sangat bagus, haji ada banyak kemahiran berniaga,dan memasak. Saya ada pengalaman memasak selama lebih dua puluh tahun (makan gaji),ada diploma pengurusan hotel,sijil catering, sijil kemahiran malaysia, umur didalam 45 tahun,saya ingin memasuki bidang perniagaan makanan,tetapi bila nak mula saya rasa down,boleh kiranya tuan hj mamak beri sikit tips dan galakkan..
ass’kum mamak hj..saya begitu tertarik dengan semua artikel yang mamak hj tulis..saya seorang surirumah..almaklumlah untuk tambah pendapatan keluarga saya nak buat bisness katering kecil-kecilan…saya nak minta tip-tip untuk mulakan perniagaan ..dari segi modal awalan,pusingan,cara2 terbaik nak beli perkakas steel seperti tray hidangan dsbnya..boleh mamak hj berikan tip2
assalamualaikum…saya rahim merupakan kakitangan awam di salah sebuah jabatan kerajaan d salah sebuah jabatan kerajaan. apa yang ingin saya bertanya saya baru berniaga kepak ayam bakar 2 bulan di kawaswan puchong utama…segala rempah,sambal cecah dan ayam saya uruskan seorang diri namun saya baru dalam ilmu berniaga alhamdulillah dari 5-8kg seminggu kini saya boleh menambah jualan sehingga 15-25 kg setiap minggu. masalah yang saya hadapi kini ialah saya tidak mahir dan tidak tahu bagaimana untuk mengira kos bagi setiap bahan yang saya gnkan antaranya rempah, sambal cecah dan pengguanaan bahan api, plastik berbanding kos untuk setiap kepak ayam…mohon bantuan daripada Mamak……
Assalamualaikum Mamak Hj…sy dah selalu mengikuti blog mamak ni & rentetan dr itu sy berazam utk membuka kafe yg dikenali dgn nama Melati Cafe & Catering…kami baru 10 hari beroperasi, alhamdulillah sambutan agak menggalakkan & adakalanya x menang tangan melayan pelanggan yang dtg. Resepi perencah mee mamak juga sy ambik dr blog mamak, alhamdulillah…ada sambutan bg penggemar mee mamak…& Insya Allah, kafe kami akan memulakan konsep BBG, Grill & Steamboat pd sebelah mlm memandangkan belum ada peniaga Islam dlm konsep sebegini…
assalamualaikum mamak haji.saye bgitu trtarik membace blog mamak hai ini..di sini sy ingin meminta pandangan atau nasihat mamak haji bagaimana untuk memulakan bisnes restauran…kalau nk ikot kan pngalaman tu ade la sikit2,,krn sblm ini saye pernah mmbantu makcik sy di sbuah gerai makanan scraa kcilan..sya ingin mminta mamak haji nyatakan angagaran atau kos permulaan.utk pgetahuan mamak haji sy ingin mmbuka sbuah restauran ki kwasan industri perkilangan..mamak haji tlng nyatakan anggran kos dari peralatan mmsak,meja d krusi,bahan2 msakan prmulaan…sy trllu brharap sngt mamak haji dpt brkongsi sdikit ilmu brsama sy..utk pgetahuan mamak sy bgtu brmnat skali dlm bisnes restauran.skian trima ksih.
1 | Rahman Ali Noordin
Jun 9, 2011 pada 8:39 pm
salam..
saya dan beberapa orang rakan ingin membuka satu perniagaan katering untuk mengubah nasib kami..apabila saya membaca tip-tip untuk membuka syarikat katering,rupa-rupanya banyak jugak perkara yang kami perlu belajar..tatapi dalam keadaan kami yang sibuk hampir setiap hari..dapatkah kami membuka perniagaan ini..saya sebagai pemberi idea dan diaggap sebagai ketua dalam perniagaan ini hampir putus asa untuk membuka perniagaan ketering ini..Dikalangan rakan – rakan saya adalah tukang masak restoran besar,restoran manager k.f.c,dan tukang masak masakan western…adakah dengan ilmu yang kami ada ini boleh memberi satu combinasi yang berguna dalam peryediaan menu katering nanti…??
Mohammad Roslan
Jun 21, 2011 pada 2:52 pm
Salam Saudara Rahman,
Semoga Allah SWT berkati niat murni tuan dan makbulkan doa saudara..amiin. Niat berniaga adalah amat murni, apatah lagi kalau berkongsi ilmu kepandaian duniawi yg ada dgn kaum muslimin yang lain. Ia lebih merapatkan ukwah persaudaraan sesama orang Islam demi agama yg kita cintai.
Perniagaan sebenarnya tidak memerlukan hanya ilmu pengetahuan dlm bidang itu 100 peratus. Ramai yang di luar sana yang berpengetahuan luas yang bertahun -tahun berpengalaman masih lagi tak mampu atau masih ragu lagi memulakan perniagaan sendiri. Kadangkala apabila kita semakin mendalami sesuatu ilmu akan datang satu perasaan yang kita masih banyak lagi yang kita tidak ketahui tentang ilmu itu. Dengan ini keberaniaan untuk membuka perniagaan sendiri akan menghadapi banyak fakta negatif. Blog mamak ini cuma beri penekanan kepada orang biasa yang cuma tahu masak dua tiga resepi tetapi boleh menghasilkan hasil lumayan dlm perniagaan.
Pada pendapat mamak, sekiranya saudara punyai rangkaian dan kenalan sahabat-sahabat yang profesional dlm bidang food service, molek cuba buka syarikat katering yang professional. Bidang katering semakin hari semakin canggih dan memerlukan perkhidmatan yang lebih efisyen dan profesional.Cara lama kendalikan perkhidmatan katering sudah lapuk dan mungkin akan ketinggalan dlm masyarakat kita. Kita perlu anjakan pradigma. Mungkin saudara dan sahabat-sahabat yg lain boleh lakukan. Walau bagaimana pun Mamak cuma nasihatkan ingat!, “Too Many Cook Spoil The Soup”. Makananya jangan terlalu banyak cerdik pandai dlm satu syarikat..sukar nak kawal dan juga berbagai-bagai masalah perlu dihadapi. Anda juga kurang dapat komitmen dari mereka yang seperti ini kerana mereka senang dapat pekerjaan dgn gaji yang lumayan. Cuba kontek mamak sekiranya saudara rasa “down” dan “kurang semangat” untuk melangkah ke alam perniagaan..insyallah Mamak cuba beri semangat. Ingat!, McDonald bukan diperkembangkan serata dunia oleh tukang masak yang paling hebat tetapi oleh “Kroch” yang cuma seorang salesman yg menjual peralatan dapur. Invotif dlm katering adalah kunci kejayaan….wassalam.
Mohd.Roslan, Pulau Pinang.