PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH

Posted on: Februari 8, 2011


Ingin menceburkan perniagaan katering dari rumah?. Memulakan perniagaan perkidmatan katering dari rumah merupakan satu karier perniagaan yang amat baik untuk suri rumah yang sentiasa aktif, pandai memasak dan suka berhubung dengan orang ramai. Perkhidmatan katering dari rumah boleh buat secara kecil-kecilan atau pun bersekala besar yang merangkumi penghantaran makan tengah hari dari rumah ke rumah,  pejabat, majlis-majlis keraian hari lahir, majlis keagamaan seperti kenduri tahlil atau baca doa selamat, seminar perniagaan atau kursus-kursus, mesyuarat, dan sehingga kepada majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan. Ada juga katerer yang hanya menumpukkan majlis perkahwinan yang mencukupi untuk kesibukan anda dalam bidang perniagaan ini. Bidang katering sentiasa berkembang maju tanpa had di negara ini.

1. Langkah pertama memulakan perniagaan dalam katering ialah dengan “Perancangan Perniagaan” atau “business plan”. Rancangan perniagaan juga amat mustahak sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ini secara sekala besar atau pun kecil. Rancangan Perniagaan ini juga membantu kepada  yang ingin membuat pinjaman kewangan dari agensi-agensi kerajaan atau pun bank-bank tempatan yang mempunyai plan pinjaman untuk peniaga kecil atau sederhana. Rancangan Perniagaan juga akan membantu anda berniaga secara bersistematik dan berupaya daya maju dalam bidang ini. Banyak persoalan tentang  pentadbiran kewangan, pemasaran yang timbul dalam perniagaan ini, akan terjawab sendiri melalui rancangan perniagaan yang praktikal. Rancangan Perniagaan juga membawa dan memacu syarikat anda untuk memberi perkhidmatan secara profesional dan boleh di yakini oleh pelangan. Insyallah dalam post akan datang nanti, Mamak akan berikan tip-tip bagaimana sediakan Rancangan Perniagaan katering yang komprensif dan praktikal khusus dalam bidang katering dari rumah.

2. Sebelum anda mulakan perniagaan katering, anda perlu mendaftar syarikat anda di pejabat pendaftaran SSM. Kos daftar dan cara daftar amat murah dan mudah. Perniagaan tanpa daftar adalah satu kesalahan undang-undang. Jangan ambil mudah perkara ini. Pendaftaran ini juga akan memberi banyak kemudahan untuk diri anda dan perniagaan anda seperti dalam urusan perbankan, pinjaman dan anda akan lakukan perniagaan ini secara serius dan profesional. Selepas pendaftaran anda perlu ke majlis tempatan untuk mendapatkan suntikan mencegah penyakit menular. Suntikan ini amat perlu bagi anda sebagai pengendali makanan. Adalah satu kesalahan sekiranya anda mengendalikan makanan tanpa suntikan ini. Sebagai pengendali makanan, anda juga wajib menghadiri kursus pendek (1 hari) pengendali makanan yang dianjurkan oleh pihak Majlis berkuasa tempatan. Sekiranya anda punyai tempat masak yang berasingan untuk perniagaan katering, adalah wajib dapatkan lesen perniagaan dari majlis berkuasa tempatan. Kemungkinan dapur anda dilawati oleh pihak pejabat kesihatan tempatan untuk memberi nasihat dan teguran. Jangan ambil keputusan, jabatan kesihatan menyukarkan  diri anda dalam perniagaan tetapi ia sebagai nasihat yang berguna apabila kita mula jual makanan kita untuk makanan untuk orang ramai. Cara penyediaan dan mengendali makanan cara yang salah akan memberi kesan yang buruk kepada pelangan dan juga perniagaan anda di masa akan datang.

3. Setelah segala urusan pentadbiran dan tersedianya syarikat, anda perlu mula berfikir untuk  apakah jenis dan menu makanan akan dipertengahkan untuk pelangan. Apabila makanan dan menu telah dirancang dan putuskan, anda sekarang perlu memikirkan peralatan dan perkakas untuk memasak. Selepas memasak, bagaimana pula anda akan memindahkan makanan yang telah masak ke lokasi pelangan anda?. Perlukah anda menyediakan kenderaan khas seperti lori bonded dan ciri-ciri khas untuk memunggah makanan yang telah siap.

4. Sekiranya anda tidak punyai kemahiran masak secara kuantiti besar, anda perlu menghadiri kursus-kursus jangka pendek dalam masakan katering untuk menyediakan diri anda. Kursus-kursus yang baik akan membantu anda meringankan kekusutan dalam memasak apabila dapat terima  pesanan nanti. Jangan cuba berniaga cara, “trial in error nama syarikat dan reputasi anda akan rosak dalam pemasaran dan sukar untuk dibaiki dalam masa terdekat.

Setelah anda telah daftar syarikat, telah memenuhi segala syarat Majlis berkuasa tempatan berkenaan keselamatan makanan,  jenis menu dan masakan yang perlu, perkakas dan peralatan telah sedia ada, dada dipenuhi ilmu masakan, kini tiba pula untuk memikirkan kos (harga) menu anda untuk pelangan. Cara paling mudah untuk mengetahui kos menu ialah dengan melayari halaman web katering-katering dan juga dapatkan harga dari syarikat katering di tempat anda. Selidik kos yang ditawarkan oleh mereka. Untuk permulaan ikuti kos berkenaan. Jangan lakukan “price cutting” atau memotong harga pasaran dengan tidak munasabah. Harga tetapkan tetapi beri discount atau potongan harga. Jangan sekali merosakan pasaran harga. Bersaing dengan sihat dengan beri penumpuan pada perkhidmatan yang baik bukan dengan lawan harga. Anda akan merosakan bidang katering secara total kelak. Jana perhubungan yang baik dengan katerer yang lain di tempat anda.

5. Setelah tentukan kos menu anda, kini kerja yang paling berat ialah bagaimana anda memasuki dalam pemasaran. Strategi pemasaran tidak perlu yang hebat dan cara yang mudah ialah iklankan di surat khabar, radio, di Face Book atau melalui blog sosial. Anda juga boleh memperkenalkan perkhidmatan katering melalui mengambil bahagian dalam amalan amal jariah seperti menghantar makanan percuma ke majlis-majlis di Surau atau Mesjid. Anda juga Berhubung boleh dengan “event organizer” (syarikat pengatur-cara majlis) untuk menjemput ke tempat anda untuk “Taste Food ” /uji makanan dan perkhidmatan katering anda untuk memberi keyakinan pada mereka untuk mengambil syarikat anda sebagai rakan mereka.

6. Perniagaan katering memerlukan kerja keras dan bidang ini mampu beri kepulangan lumayan sekiranya anda sanggup berkerja kuat dan dengan cara yang betul. akhir sekali sedikit nasihat, “Don’t Do Right Thing In Wrong Time, but Must Do Right Thing In Right Time”. We provide food that customers love, day after day after day. People just want more of  it. Perfection in food business is very difficult to acheive, and perfection was what a caterer wanted in his/her business. Everything else was secondry for us.

About these ads

13 Respons to "INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH"

saya teringin sgt nk mulakan biz..skg still nga mencari..katering seperti ade potensi..harapannya saya akan berjaya..amin..

Bulan Ramadhan adalah bulan yang membawa barakah. Maka molek benar mulakan perniagaan anda pada bulan ini. Insyallah Allah SWT akan berkati saudara..amiiin.

Terima kasih diatas idea yg diberikan tapi anda boleh gabungkan bersama menjadi satu rangkaian perniagaan di setiap negeri dan di setiap daerah dengan sistem dan bantuan modal atau tips perniagaan bersama pratikalnya majukan bersama satu rumpun atau asas yang sama.Sila lihat restoran pelita samudra…Tauke lain-lain,untung sendiri-sendiri tapi produk yg sama dan prasarana ada standard….pelanggannya terlalu ramai orang islam+orang melayu.Mengapa org kita yg sangat bersetuju nak mengayakan mereka atau kita sendiri yg lupa identiti kita atau jemu dengan adat resam kita atau memang melayu sudah luput di Malaysia.Marilah sama-sama kita befikir dan bertindak untuk majukan diri kita jadikan contoh barulah kita boleh dicontohi oleh bangsa kita sendiri.Mana platform yg hakikatnya benar-benar boleh membantu.Tunjukkan dan buktikan kepada saya.Melayu sudah berubah.

saya berminat dengan perniagaan katering tapi tidak tahu dari mana mahu untuk memulakannya. sila beri tunjuk ajar.

Katering ini bermula dari rumah. Bila kita bekalkan makanan dalam bungkusan untuk anak-anak membawa ke sekolah sebenarnya perniagaan katering anda sudah bermula. Cuma ia dalam skel kecil tetapi sekiranya kita bekalkan nasi dan lauk untuk staff-staf pejabat kita bekerja perniagaan sebenar anda sudah bermula. Mana tahu satu hari nanti anda berupaya lakukan katering untuk syarikat penerbangan multi-nasional yang nilai berjuta-juta…hahaha!. Mula kecil dulu janji mula. Cuba mula dgn bekalkan nasi lemak kepada kawan-kawan…lepas itu kenduri kecil-kecil dan anda mula terokai perniagaan katering….

assalamualaikum..sy ingin bertanya..bagaimana saya ingin mengetahui cara-cara pemasangan khemah..perhiasan meja pengantin…susun atur meja bulat..pemasangan ropol-ropol…senang cerita semua tentang katering..dari segi masakan insyallah saya sudah agak mahir..cuma saya mahu tahu langkah-langkah seterusnye..ape yang saya perlu beli dahulu…minta tolong tunjuk ajar…sekarang saya tengah mencari-cari ade atau pun tidak kursus katering…dimana kursus itu akan ajar saya dari A-Z..

Mualaikum Wasalam,
Syukran alhamdulillah, anda ingin berniaga sendiri. seperti mamak haji selalunya nasihat, dalam perniagaan kita jgn terlalu ghairah ingin meloncat terus ke atas. Kita perlu naik satu demi satu tangga. Perniagaan walau pun lima atau enam tahun nampak kejayaan tetapi ia bukan kejayaan yg mutlak. Perlu sabar dan mengorak langkah ke arah kemajuan. Perniagaan biasanya seperti sebiji kek. Kek itu kita tak habis makan. Kita ambil bahagian kita dan bahagian lain kita beri pada orang lain. Ini org Cina gelarkan sama-sama cari makan. Bila kita buat katering, kita beri pasang khemah kepada kawan yg mahir dan cuma cari makan pasang khemah, hiasan kita beri pada kawan kita yang pandai hias,begitu jugalah yg lain-lain. Lain kali mereka dapat katering sama juga akan lakukan bersama. Jadi kita punyai satu pasukan yg kuat dan berdedikasi. Lama kelamaan anda akan mahir dalam pengurusan event katering dan belajar sebelok-belok setiap perniagaan disamping perniagaan utama anda. Pada masa itu anda akan ketahui bidang mana yg paling anda suka dan boleh berjaya. Sementara buat yang termampu dulu..langkah demi langkah..kita yg masuki bidang perniagaan seperti seorang bayi yang ingin berdiri sendiri. Kena bertatih, berdiri, berjalan dan berlari, melompat…jgn terus melompat kalau jatuh parah dibuatnya. Semangat itu perlu tetapi risiko perlu di ambil kira dlm perniagaan. Wassalam.

hi , saya dah memang buat katering dari rumah ,tapi i pandai cari customer. tolong tunjuk ajar saya …………………………………..SVE caterer
f-3-7 pangsapuri bukit kuda ,klang ,,,,,,,,,,,012-7192324/012-9092324
jom rasa……………………. sesiapa ingin membuat tempahan makanan harian pun boleh (HALAL),,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,10Q

Terima Kasih Kumari GKS singgah di blog Mamak Haji. Sebenar cari customer zaman sekarang paling mudah. Kalau Cik Kumari perhatikan 60% dari rakyat Malaysia tak renggang dengan Hand Phone mereka dimana saja mereka ada. Maka gunakan teknologi Hand Phone ini sebagai “Marketing Strategi”. Boleh juga guna e-mail sebagai iklan untuk sahabat-sahabat yang kenali Cik Kumari.Mamak Haji banyak tulis mengenai Marketing Strategi diposting “Box Lunch”, ada tiga siri. Kalau ada masa baca yea!. Thanks for comment. Wish you all the best. If you have any specific matter to clarification in box lunch business, do not hesitate to e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com

saya ingin menjadi sales marketing untuk perniagaan ini,tetapi,saya ingin memggabungkan setiap perkara seperti air,makan,DJ,banner dari orang yang berlainan. dalam masa yang sama saya hendak membuka syarikat atas penggabungan mereka tersebut dan di atas penggabungan mereka,mereka akan bersama-sama jika ada sesuatu majlis dengan menggunakan nama syarikat yang saya buat dan saya akan membantu mereka untuk me marketkan perniagan mereka dengan menggunakan nama syarikat yang saya buat..adakah cara ini berkesan atau baik untuk membuka perniagaan catering?

Salam..sila e-mail mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com untuk keterangan lanjut mengenai marketing katering. Wassalam.

untuk mendaftar perniagaan anda di SSM boleh pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,518,195 hits
Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 449 other followers

%d bloggers like this: