PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI SATAY AYAM

Posted on: Februari 15, 2011


Katering sekarang semakin mencabar. Kenduri kahwin atau Majlis-Majlis kini banyak bertumpu kepada pelbagaian menu bukan saja bertumpu kepada menu yang utama sahaja. Berbagai jenis masakanala warung (stall) perlu mengisi sesuatu majlis keramaian. Kebanyakan tawaran katering perlu menyediakan berbagai-bagai menu yang perlu disediakan di tempat pelanggan. Kalau menerima tawaran katering dari pelanggan berketurunan Cina adalah paling mencabar. Seperti sedia maklum orang Cina memang pakar merasa makanan dan tidak mengira kos tetapi janji masakan berkualiti dan sedap. Menu masakan untuk  pelangan 100 peratus tetamu dari berketurunan Cina lagi mencabar. Sudah tentu tuan rumah akan terlalu cerewet (jaga imej dan kedudukan mereka) untuk memileh katerer. Mereka tak mahu katerer yang canggih-canggih tetapi inginkan katerer yang mengekalkan originality masakan. Betul juga, kalau nak cari katerer canggih baik buat function makan kat Hotel lima bintang!. Walau pun katering seperti ini  berkeuntungan besar tetapi risikonya juga besar. Ketepatan masa dan kualiti masakan, resepi yang original perlu dititik-beratkan. Majlis perlu dibentuk seperti keadaan makan di warung…taste orang kaya original ini lain sikit. Masalah getir ialah masakan jenis stall seperti Char Keow Teow Penang, Ice kacang Penang, Cendol Mamak Penang, Teh Tarik Mamak, Roti Canai Bom berlauk kambing Cincang, Bubur Kacang Hijau Mamak Penang, Western special, Fish n Chips, Chicken Chop dan paling kritikal ialah “Satay”. Satay kalau dipesan dengan peniaga satay bukan sukar tetapi kita tidak dapat hasil yang baik terutama kualiti daging ayam segar, sais dan juga cara penyediaan dan cara bakar. Maka eloklah kadangkala  menyediakan semua jenis menu ini tanpa bantuan dari luar bukan kerana tidak yakin tetapi kualiti perkhidmatan mereka ini kadangkala kita perlu hadapai dengan berbagai-bagai masalah.

kali ini Mamak ingin buat posting “resepi satay” yang mendapat banyak pujian dari  para tetamu dan juga pengunjung blog sebagai tetamu di Malis baru-baru ini diadakan. Ramai juga meminta mamak posting resepi satay yang mudah untuk sediakan di rumah.

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
Bahan-Bahan:
– 1 kg. daging ayam / kambing (pilih yang bahagian dada).
– 3 sudu besar madu / gula merah.
– secukup kayu lidi direndam semalaman.

Bahan-Bahan Untuk peram yang perlu kisar.
– 8 biji bawang merah.
– 5 ulas bawang putih.
– 3 cm lengkuas.
– 3 batang serai dihiris- ambil bahagian putih.
– 4 cm halia.
– 3 cm kunyit hidup.
– 2 sudu besar biji jintan manis – disagai dan ditumbuk halus.
– 2 sudu besar biji jintan putih – disagai dan ditumbuk halus.
– 3 sudu besar biji ketumbar – disagai dan ditumbuk halus.
– 250gm kacang tanah, digoreng dan dikisar.
– 2 sudu besar minyak masak
– 2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub/ saiz mudah untuk cucuk. Jagan terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay nanti bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.

2. Gaul isi ayam dengan madu. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai bawang, bawang putih, dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Gaul bahan-bahan yang telah kisar bersama jintan manis, jintan putih dan ketumbar, kacang tanah dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam. Peram dan Simpan dalam peti sejuk, minima 2 jam atau yang terbaik semalaman.

3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk meleperkan sedikit isi ayam supaya senang masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus luaran daging. Air daging ini jangan buang, simpan untuk buat kuah satay.

4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh di sasar pada batang lidi di bahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila di kenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). Penyediaan minyak untuk sapu ini gunakan sebiji buah keras ditumbuk lumat, satu sudu besar gula, satu sudu besar air dan satu sudu besar minyak masak. Adunkan dalam bekas untuk sapu pada daging satay. Terbalikan satay dua atau tiga kali untuk daptkan warna dan masakan terbaik. Selamat mencuba yea.

PENYEDIAAN KUAH KACANG:

BAHAN-BAHAN.

600 gm kacang tanah di goreng, di buang kulit dan diblender kasar dan jangan lupa ambil satu cekak kacang goreng di tumbuk pecah saja – rasa crunchy.
– 5 sudu besar cili giling.
– 1 cawan gula Melaka.
– 1/2 cawan minyak.
– 1/2 cawan santan.
– 1 btg serai diketuk.
– 40 gm asam jawa dibuat jus.
– Garam dan Gula pasir secukup rasa.

Bahan-Bahan Untuk Kisar:
– 4 biji buah keras.
– 1 sudu kecil jintan putih biji di sagai dan dikisar kering.
– 1 sudu besar ketumbar biji disagai dan dikisar kering.
– 20 gm udang kering disagai sehingga keluarkan wangi.
– 5 biji bawang merah.
– 3 ulas bawang putih.
– 3 btg serai di hiris.
– 3 cm lengkuas.
– 1/2 inci belacan.

CARA MEMASAK:
1. Sebatikan 1 cawan gula melaka yang telah parut dengan 500ml air asam jawa.
2. Panaskan periok masukkan minyak, bila minyak panas masukkan serai diketuk, masukkan bahan tumisan yang telah di kisar, di ikuti dengan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bancuhan gula dan air asam jawa sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan kacang yang dikisar atau ditumbuk kasar sehingga habis.
4. Biarkan kuah ini masak di atas api dapur yang sederhana.Bila kacangnya dah masak sempurna masukkan santan.
5. Masak kuah ini sehingga minyak timbul di atas permukaan. Sekiranya kuah ini pekat sangat, masukkan air daging ayam atau daging hasil dari pemerapan untuk menyediakan daging satay.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa. Dah siap pun.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,857,464 hits
Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: