PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: SOS CILI

Posted on: Februari 27, 2011


Harga Barangan Makanan semakin hari semakin meningkat tanpa kesudahan. Pengusaha Makanan semakin hari semakin pening dan cemas. Paling parah adalah pengusaha Kantin yang terikat dengan harga yang telah ditetapkan dengan pengurusan kilang atau sekolah dengan harga yang lama. Kalau anda ingin berhentikan perkhidmatan, keadaan serba-salah. Hutang anda di luar sudah semakin meningkat, kita tidak ada pilihan hendak atau tak mahu, perlu juga terus kayuh melawan arus kenaikan harga bahan makanan mentah ini. Kalau anda tak mahu,  ramai di luar sana sedang beratur menunggu peluang untuk ambil alih perniagaan anda dengan harga makanan masakan yang lebih murah. Peniaga jenis ini tak tahu risiko pakai redah saja janji cita-cita jadi usahawan mereka tercapai. Akhirnya selepas enam bulan nasib yang sama akan menimpa mereka apabila modal lesap, hutang melonjak keuntungan di bawah sifar. Akhirnya mereka juga lari dan giliran orang baru pulak. Ini tidak akan berubah pendirian pelangan yang berkeras mahu faktor “harga murah” dari yang katerer. Keadaan menang-menang tidak akan perolehi. Akhir mutu kantin akan jatuh ke paras seperti makanan di cook house kem tentera kita. Persaingan luar yang hebat memang baik untuk pelangan. Masalahnya bukan cemburu tetapi adakala katerer sendiri yang kurang berpengalaman merosakkan pasaran perniagaan, rosakan diri mereka dan orang lain. Kenapa golongan katerer kita ini mengalami keadaan sedemkian. Ini berlaku kerana kita kurang muafakat dalam perniagaan seperti kaum peniaga cina. Kita lebih ke arah politik. Suka pada  parti politik. Tidak berminat dalam persatuan-persatuan perniagaan. Kalau ada pun jenis yang suka berpolitik dari menjaga kepentingan ahli perniagaan. Inilah nasib indudstri penyedia-penyedia Industri Makanan Bumiputera di negara ini. Cop mohor yang diterima ahli perniagaan orang Melayu, “Melayu tak pandai Berniaga”. Orang Melayu bukan tak pandai tapi kurang penyatuan dalam perniagaan.  Oklah..Tak mahu mamak nak kata apa lagi….tepuk dada tanya Iman. Ambil contoh Restoren Mamak Nasi Kandar ini, gula naik dua kupang, teh tarik depa naik sekupang pulak dah. Teh ‘O’ dinaikan dua kupang. Dari tujuh kupang naik sembilan kupang. Apakah dalam satu cawan teh ‘O’ di pakai 1 kg gula?. Dalam teh tarik mana ada pakai gula?. Pakai susu pekat sekarang lebih manis dari berlemak. Susu pekat sekiranya ikut naik tiga kupang, wal hal susu itu cuma minyak kelapa sawit.  Mamak- Mamak Nasi Kandar yang pandai buat kira-kira dengan cuma tukar kualiti susu pekat yang harganya murah kurang tiga kupang. Harga secawan teh tetap naik sekupang. Pasal teh tarik ini, Mamak rindu kat kawan baik Mamak yang  suka teh tarik yang seorang  blogger di http: sekupangduas.blogspot.com.

Untuk menghadapi kenaikan harga bahan makanan, dalam blog ini banyak juga mamak tulis tentang bahan masakan yang boleh “Buat Sendiri”  seperti Rempah Beriani, Kaya Kramel, Sos Lada Hitam, Yogurt atau Tairu dan ada lagi kot?. Kali ini pulak mamak dedahkan pada pembaca bagaimana “Buat Sendiri Sos Cili”. Sekira ada pembaca rajin dan ingin berniaga sendiri, resepi-resepi ini boleh diambil untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1. Cili Kering 1 kg.

2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).

3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.

4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).

5. Tepong Ubi Kayu 400gn ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).

6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg.

7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:

1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).

2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini  semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.

About these ads

12 Respons to "RESEPI: SOS CILI"

Salam, di mana saya boleh dapat Sodium Benzoate di pulau pinang. Saya duduk di Kepala batas. Tk

Salam,
Sodium Benzoate atau nama biasa KALAMA BOT cuma boleh digunakan untuk bahan makanan seperti berikut:
1. Buah-buahan atau sayur-sayuran , minuman berkorbonat, kicap atau sos cili anggaran 0.6gm setiap 1kg.
2. Timun jeruk dan mayonis tidak melebihi 1.0gm untuk setiap kg.
3. Jem buah-buahan tidak melebihi 1.0gm untuk setiap kg.
4. Mangga tidak melebihi 0.25gm setiap kg.
5. Magerin tidak melebihi 1.0gm untuk setiap kilogram.

KEGUNAAN SODIUM BENZOATE PERLU DALAM KEADAAN ASIDIC..
FDA United States) syorkan nisbah kegunaan 0.1% dengan berat bahan makanan. Cairkan sodim benzoate dgn air biasa (tidak larut dalam air panas) dengan kadar larutan 1 gm untuk setiap 5ml air.

OK ..dapat faham?..insyallah jgn give-up. Sodium Benzoate kurang memeberi kesan kepada tubuh badan manusia sekiranya digunakan cara yg betul. WALAU BAGAIMANA PUN ANDA PERLU DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARI PAKAR KIMIA MAKANAN.Biasanya anda boleh dapatkan nasihat dari penjual bahan kimia makanan. Sodium benzoat boleh beli dikedai-kedai yang jual bahan kimia memperoses makanan. Di kepala batas mamak haji tak tahu dimana, tetapi di BM mamak haji beri no.telipon ini cuba try, YKL MULTI SDN.BHD,h/p: 012-4743088. ATAU E-MAIL: yklmulti@streamyx.com kedai ini dulu di No.1020, Taman Bunga Raya, Jalan Baru, BM.Tapi telipon dulu dan jumpa chemist dia minta nasihat lanjut. Wassalam.

salam..kalau buat sos cili dengan cili merah (biasa) boleh tak ? dan di mana saya boleh dapat Sodium Benzoate di Perak. Saya duduk di Teluk Intan. T.kasih

Dengan cili merah itu..sos pencicah Thai atau digelar Thai dipping sauce. Untuk perniagaan elok gunakan cili kering..murah dan serangan kulat boleh dikurangkan. Cuba dikedai-kedai menjual bahan-bahan kek. Wassalam.

Dengan cili merah itu..sos pencicah Thai atau digelar Thai dipping sauce. Untuk perniagaan elok gunakan cili kering..murah dan serangan kulat boleh dikurangkan. Cuba dikedai-kedai menjual bahan-bahan kek. Wassalam.

klau gna untuk pencicah aym goreng ok x?

Sakam, Boleh ia kebih sedap dari sos cili yang dibeli dikedai.Wassalam.

masukkan pengawet tu waktu sos tengah mendidih boleh tak?

Salam, penggunaan pengawet dalam makanan perlu teliti dan dapatkan nasihat dari bhg.Teknology makanan MARDI.Mamak haji cuma memberi penjelasan untuk maklumat para pengunjung. Untuk pengetahuan juga, satu gram sodium benzoate boleh larut 2 ml air. Biasanya sodium benzoate ini dijual dalam bentuk serbuk dan perlu larutkan untuk diguna. Kita boleh sediakan stok larutan ini dengan larutkan satu pound (Ib) dengan satu gallon air. Kepekatan ialah 0.1 peratus. Sikiranya 100gm kita larutkan dengan suhu berikut kita akan dapat 62.5 @ 15C, 62.9 @30C, 63.1 @ 50C, 64.@ 60C, 70.2 @ 88C, dan 73.3 @ 97C. Maksud lebih panas cecair lebih tinggi sodium benzaote akan larut. Jawapannya boleh. Tapi ingat sodium benzaote digunakan dalam bentuk larutan. Dalam air suhu panasa serbuk sodium benzoate tidak akan larut. Sodium benzoate adalah adalah sesuai digunakan untuk ajen anti-microbial dalam makanan dan minuman. Ia bertindak dalam keadaan asid 4.5% ke atas.Ia perlu digunakan semasa keadaan tiada organisma dlm makanan ia itu semasa panas. NOTA: SEBARANG MAKLUMAT TENTANG PENGAWET INI CUMA PENERANGAN ‘AM. SILA RUJUK PAKAR BIDANG TEKNOLOGY MAKANAN UNTUK KEPASTIAN DAN MAKLUMAT TEPAT. PENULIS BLOG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB TERHADAP SEGALA MAKLUMAT TENTANG PENGGUNAAN PENGAWET DALAM MAKANAN. BACA SEBAGAI INFORMASI SAJA.

tima kasih mamak haji…nanti saya belanja mamak haji nasi arab kat kepala batas..

tahu tak berapa kadar gram asid benzoate untuk 1 liter jus kurma?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,870,776 hits
Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: