PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: KUEH “MASALA VADAI” MAMAK PENANG.

Posted on: Mac 4, 2011


Resepi kali Mamak nak pertengahkan satu lagi resepi tradisional Mamak Penang. Resepi ini berasal dari India Selatan. Nama kueh ini berbagai gelaran seperti: Vada, Vadei, Wada, atau pun Vadai. “MASALA‘ bermaksud rempah. Maka Vadei yang berempah.  Vadei digemari sebagai makan petang dalam keadaan panas, garing, berempah lembut dan pedas sedikit. Betuk fizikalnya selalu berbentuk bulat 10-15cm bergaris pusat dan ada juga dalam bentuk bujur. Vadei di Pulau Pinang amat digemari oleh semua kaum. Penjaja Pasar Malam Melayu Pulau Pinang sudah jadikan jualan vadei ini sebagai kueh sampingan  bersama karipap atau pun popia. Kini jualan vadei, putu mayom, atau pun popia bertukar tangan dari Mamak kepada orang Melayu. Vadei atau pun Popia buatan anak tempatan Melayu lebih bagus dan lazat berbanding dengan buatan Mamak sendiri. Kalau anda perhatikan cara buat vadei oleh anak Melayu muda lebih inovatif dari buatan Mamak sendir. Mereka gunakan acuan yang mudah dan cepat dan bersih. Ini satu perkembangan yang sangat baik bagi masyarakat majmuk di negara ini. Inilah uniknya kebudayaan negara kita yng tidak terdapat di mana-mana di dunia. Perhatikan orang India dan orang Cina lebih gemar laksa dan nasi lemak dari tosai. Kalau ingin lihat perpaduan nasional di negara ini cuma kita boleh lihat dalam bidang masakan saja. Bidang yang lain, anasir Politik sudah menguasai minda rakyat negara ini. Kementerian Perpaduan Negara patut memulakan intergerasi nasional melalui masakanini  lebih baik dari ceramah atau pun aktiviti acara hiburan. Mamak juga teringin belajar masakan dari Sabah dan Sarawak. Kalau ada pengunjung blog ini dari Sabah, Sarawak, Brunei atau dari Indonesia, e-mail resepi terbaik anda. Boleh mamak test resepi untuk yukar selera dan boleh buat posting diblog ini. kita kongsi resepi anda bersama. Kalau ada blog, beri link anda. kita baca bersama. Mamak kalau celoteh tak habis…ok..Mamak faham kadangkala bosan juga blog ini banyak sangat celoteh tapi perlu tahu celoteh ini dah jadi darah daging Mamak Penang…mulut susah nak katup!. Celoteh ini sebenarnya  hidupkan suasana di Restoren bagi menhilangkan penat dan bosan. Mungkin MacDoland pun belajar dari kedai mamak agaknya lah…hahaha!. Rioh juga dapur depa. Tapi depa pakai bahasa Inggeris, “Cheese burger one”…Mamak noo speaking ingris..jadi,  ”Teh onnu..roti canai kuah banjir, taruk telur goreng mamak atas …satu”..hahaha!. “Teh Ais untuk mami comel loteh yang  hidung mancung macam pelancung… satu”… inilah meriahkan restoren anda…cuba lakukan ini..ia akan beri satu umphhh yang baru untuk warung atau kedai anda…pelangan akan suka..pekerja hilang bosan…taukeh asyik masam muka di kaunter, pelangan pun tak suka, pekerja pun ikut taukeh masam muka layan pelangan?….kena ceria selalu dan wujudkan suasana mesra di kedai anda. Ketawa adalah ubat yang terbaik dalam perniagaan. Jangan marah dan masam muka di depan pelangan, walau pun marah dengan pekerja anda. Jangan serius sangat di kedai anda…cuba hidupkan suasana meriah dan ceria. Ok lah mai kita tengok resepi kali ini:

RESEPI MASAL(A)  VADE)I:

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm. kacang dal (pilih Dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India atau di gelar paruppu). Basuh dan Rendam selama 4 jam. Selepas tempoh rendam, toskan dalam penapis. Nota: Ambil dua sudu besar (tbsp) kisar halus tanpa gunakan air dan simpan.
  • 2 tangkai cili kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
  • 1 sudu kecil (tsp) BIJI jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 1-2 batang kayu manis 2″ panjang.
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
  • Minyak untuk goreng.

CARA-CARA:

1. Masukkan dalam mesin kisar(blender) anda 2 batang kayu manis di bawah sekali dan masukan kacang dal yang telah ditoskan tanpa di tambah air semasa kisaran (blend) kalau ada chopper lagi bagus. Biar hasil kisaran anda kasar sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas.

2. Masukkan hasil kisaran halus (2 sudu besar dal), daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam dalam bekas kisaran dan gaul rata.

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda.

4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh”  untuk gorengan anda. Tentukan minyak cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana.

5. Jangan goreng terlalu banyak dalam kuali (Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan). Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing.

Mudah bukan resepi ini?. Sila cuba hari minggu ini untuk minum petang yang berlainan sedikit dari lain dengan seisi kelurga. Jangan suka makan di luar selalu. Seminggu sekali masak sendir. “Practice Make Perfect”. Kalau ada jiran orang India hadiahkan vadey anda dan tanya komennya. Pasti dia teruja dengan “vadey” anda!. Jiran patut diutamakan dari saudara mara yang jauh. kalau ada masalah seperti biasa e-mail kat Mamak kita kongsi pengalaman. mohd.roslan99@gmail.com

Nota: Kepada saudara/saudari “kecepus”…tentang promosi kedai Nasi Lemak anda, insyallah.. akan datang bila Mamak tulis tentang resepi Nasi Lemak Kukus Pulau Pinang..mamak sertakan sekali promosi untuk anda.. peluang promosi diblog Mamak ini  percuma dan secara ikhlas. Apa yang anda patut buat ialah: Hantar Resepi terbaik, Gambar-Gambar, dan alamat berserta email atau contact no untuk membuat tempahan. Katerer yang berniaga dari rumah bersaiz kecil atau ingin mulakan perniagaan, amat digalakan promosikan “Perkhidmatan katering” anda diblog Mamak. Insyallah Mamak bantu anda dalam Strategi Pemasaran. Gunakan peluang ini.

About these ads

4 Respons to "RESEPI: KUEH “MASALA VADAI” MAMAK PENANG."

Salam mamak, sy peminat dr sabah… sy nak kongsi resepi sayur campur dr sabah yg sgt2 menyelerakan. tambah lg mkn sambil dihembus angin sawah yg meralitkan. Ringkas aje…ikan bilis jenis rangup, jambak@daun kucai pon buleh, cabai putih, bunga kantan, pokok bwg dan yg specialnya tu terletak pd sejenis pokok adik bradik bunga kantan tp dia ada bau yg kuat. kami namakan dia “tuhau”.. mula2 goreng bilis, angkat. Tumis bwg putih n merah.. masukkan smua sayur2n tadi. Tambah sedikit air. Masak hingga layu. Perasakan dgn garam dan aji. Last sekali campurkan balik bilis tadi. Fuhh…terangkat..

Salam Nurnajla,
Terima Kasih atas kunjungan dan resepi yang unik. Memang betul cara Nur cakap itu memang apsti resepi memang sedap.Baca tentang resepi Nur itu mamak teringat resepi “Tempe Kering”. Memang ikan bilis kegemaran mamak haji. Ada saja mamak haji masak ikan bilis dengan kiub kentang goreng dan ditumis. Satu mamak haji minat ialah tempe goreng. Masa kerja Di Singapura selalu juga ke Johor Bahru cari tempe gooreng dicicah dgn sambal kicap…hehehehe!.Jgn pelik mamak ini suka tempe..hahaha!. Cuba resepi tempe goreng kering mamak haji ini yg paling suka. Resepi ini khas untuk Nur!.Bahan Utama: 6 keping tempe (iris kecil). satu gengam kacang tanah, satu gengam ikan bilis, 4 btg cili merah hiris nipis. Bahan tambahan: 1 tbsp air asam jawa. 2 tbsp hirisan gula melaka atau gula merah, 2 tbsp gula pasir dan sedikit air. Bahan Tumisan: 6 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas dihiris halus, garam secukup. Cara buatnya: Goreng semua bahan utama (tempe, kacang, ikan bilis dan cili merah yg telah dihiris). 2. Blender bahan tumisan sehingga halus dan tumis dgn 2tbsp minyak hingga bau haruman. 3. Masukkan air asam, gula melaka, gula pasir dan air.Adunkan dengan rata.4.Bila air gula mula berbuih, masukkan bahan utama tempe dll kedalam dan adun rata.Siap resepi ini. Resepi ini hadiah dari mamak haji kerana kongsi resepi.Menantu Mamak haji dari sandakan..bila dia berkunjung nanti bolehlah mamak haji try resepi dari Nur. Terima kasih nur. Wassalam.

Assalamualaikum. Terima kasih Mamak Haji atas perkongsian ilmu yang saya percaya tulus ikhlas dari hati, semoga memberi manafaat kepada ramai orang dan mendapat kerberkatanNYA. Amin…
Pertama kali saya terjumpa blog hebat ini semasa sedang mencari resipi Rasam. Ada sahabat yang suka betul makan Rasam kat kedai mamak, saya pula tengok pon tak pernah! hahaha (yerla dah kalau gi kedai mamak yang saya selalu order teh tarik ais dengan roti canai kosong saja.. hihihihi). Selepas membaca resipi Rasam tersebut, barulah saya ‘jalan2′ membaca coretan Mamak Haji. Sampai satu tahap terasa, aduh seronok pulak berniaga makanan nih rase macam nak bukak restoren satu lah! Hehehe Saya tidaklah pandai memasak tapi suka mencuba resipi2 baru.. Kadang yang tak pernah saya makan pon, tapi asal ada resipi meletop pastu tengok orang dok sibuk show-off hasil air tangan mereka kita nie pon gigih la cari resipi di internet dan buat juga (terjebak dengan Macaron dan Durian Crepe hihihi)..
Owh lupa pula sebenarnya saya nak tanya Mamak Haji, boleh tak kalau saya guna serbuk kayu manis menggantikan batang kayu manis dalam resipi kuih vadai nee? Atau sememangnya mesti menggunakan batang kayu manis?
Terima kasih ya Mamak Haji, InsyaAllah semoga Allah SWT menggandakan lagi nikmat yang dikurniakanNYA kepada Mamak Haji.. Wassalam…

Salam, terima kasih singgah diblog dan tinggalkan pesanan. “Masala” bererti campuran rempah yang diadunkan untuk sesuatu masakan. Masala yg popular adalah kari masala dan juga garam masala. Masala vadai bermakna vadai yg menggunakan masala. Serbuk kayu manis adalah salah satu dari adunan rempah. Kayu manis sebenarnya mewangikan masakn dan juga punyai ciri perubatan terbaik untuk tubuh badan kita. Sekiranya pengidap kencing manis (diabetes) sukar nak turunkan paras gula dalam tubuh badan..ambil dua tiga kayu manis dan direndamkan dalam air panas dan diminum, paras gula akan turun. Bila mana gunakan kayu manis dalam masakan “kuantiti” gunaan perlu diambil kira. Terlalu banyak rasa kayu manis akan “pahitkan” masakan anda. Begitu juga dalam “masala vadai” boleh digunakan serbuk kayu manis tapi awas kuantiti kegunaannya.Sebarang pertanyaan lanjut sila e-mailkan mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 1,430,820 hits
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: