PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

CARA MULAKAN PERNIAGAAN KATERING TANPA MODAL?.

Posted on: Mac 20, 2011


MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DI RUMAH TANPA MODAL:

Bila Mamak mula menulis tentang, “ingin mulakan perniagaan katering dari rumah”, perniagaan  katering yang dimaksudkan adalah khas untuk suri-suri rumah yang sepenuh masa yang  menganggap masak sebagai hobi dan ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.  Ia juga maksud untuk meringankan tanggungan hutang rumah tangga yang semakin meningkat. Hutang dalam rumah tangga dalam negara kita khas golongan pendapatan rendah dan pertengahan telah menjadi sangat kritikal dan membimbangkan di negara ini. Bank Negara sendiri akui kebimbangan ini. Hutang keseluruhan kredit kad rakyat saja sudah melebihi 30 Billion. Bank Negara juga telah mula gunakan garis panduan baru untuk pelanggan baru kad kredit. Kalau hutang dalam rumah tangga dalam negara ini tidak dapat kawal lagi, kemungkinan ramai keluarga akan bankerap dulu diikuti dengan  negara bakal jadi bangkerap. Ada asas  juga amaran Datuk Idris Jala itu. Suami-Isteri sekarang perlu kerja dan berganding bahu melangsaikan hutang rumah tangga. Suami bayar hutang rumah, si Isteri pula kena bayar hutang kereta. Kita sekarang hidup dengan hutang. Tengok rumah ingat hutang ansuran rumah, petik lampu ingatkan bil TNB, buka pili air untuk mandi ingatkan hutang bil air, rehat nak tengok tv, ingatkan hutang tv plasma 42 inci, tengok muka anak, ingatkan yuran sekolah dan belanja sekolah. Di luar tengok kereta ingatkan hutang ansuran kereta, duduk dalam kereta terpandang  cukai jalan teringatkan insuran kereta beribu, tengok meter tanki minyak, perlu isi minyak…aduuuh apa nak jadi?. Kenapa kita jadi begini?. Hutang sudah pengaruhi hidup kita. Bagaimana kita kita harus lari dari cengkaman hutang ini?. Jawap sendirilah…pasal hutang ini.

Catitan kali ini adalah e-mail dari  seorang suri rumah dari Kedah yang ingin mencebur diri dalam membantu suami dan keluarga. satu niat yang murni. Sedih mamak baca kisah kesempitan kewangan kelurganya. Bahagian yang sedih itu mamak delete. yang Mamak menarik dengan e-mailnya ialah:

“cheq nak cari pendapatan sampingan xtau macam mana cara.dulu ada buat macam-macam tapi tak menjadi. la ni tak buat apa dah.suami saja kerja sorang..gaji alhamdulillah setakat rm1500..nak mintak pandangan mamak haji,oghang yang macam cheq ni,xdak modal langsung nak berniaga tapi nak tambah pendapatan..tu nak tanya mamak haji apa yang cheq patut buat?.”

Jawapan Mamak:

Kebanyakan perniagaan kecil yang paling berjaya bermula sebagai hobi dari rumah dan dimajukan dan diperkembangkan dari titik permulaan dari kegiatan hobi. Memulakan perniagaan dari rumah sebenarnya  tidaklah memerlukan modal yang besar beribu ringgit cuma perlukan modal yang sedikit. Modal yang maksudkan dalam katering ialah biasanya dalam penyediaan makanan yang dipesan pelangan dikira sebagai sudah pasti telah jual. Kebiasaaannya kita boleh mengambil wang pendahaluan (deposit 50%) dari pelangan sebelum sesuatu majlis dan selepas majlis selalunya dilangsaikan bayaran penuh.

Mamak ingin menceritakan kisah benar seorang sahabat Mamak yang menjalankan katerer dari rumah. Dia punyai kontrak-kontrak membekalkan nasi bungkus sekitar 100 bungkus sehari yang berharga RM3.50  kepada sebuah kilang di Mak Mandin untuk pekerja-pekerja yang lakukan kerja lebih masa yang dibekalkan oleh majikan kilang secara percuma. Kaedah bekal nasi bungkus kawan mamak ini amat mudah dan menunya cuma Nasi Putih, Ayam dan Sayur.  Secara kasar keuntungan dari sebungkus adalah RM1.00 – RM1.50.  Katakanlah sehari 100 bungkus, untung bersih dalam sebulan adalah RM150.00 X 20hari= RM3,000.00. hahaha!. Patutlah sahabat mamak ini ke sana ke mari pakai van buruk tapi anak dia pakai Honda Accord baru. Ini cuma kilang yang mamak tahu. Yang tak tahu?. Ini satu contoh cara berkatering dari rumah. Di luar sana beratus pelangan menunggu anda. Cara meniaga nasi bungkus jangan pandang rendah. Katering dari rumah kita tak perlukan dapur dan peralatan khas masakan dan sewa tempat khas untuk memasak atau pun pekerja profesional. Modal perniagaan apa yang kita perlukan?. Cuma tahu masak nasi, goreng ayam, kuah dan sayur kangkong dan bayam. Tak perlu berkursus membelanjakan beratus ringgit. Tak perlu belajar jadi chef dua tahun di kolej dengan perbelanjaan belajar  sekitar RM25 Ribu. Modal cuma RAJIN dan tak malu cari rezeki HALAL.  Katakanlah Kalau kita kembangkan perniagaan seperti kisah sahabat Mamak itu kepada 5 tempat. Sehari 500 ratus bungkus nasi, RM3,000 X 5 = ???. Berapa pendapatan anda sebulan?. Kenapa kita perlu jadi operator di kilang untuk gaji RM700/= sebulan. Pukul 5 pagi kelaur rumah lepas maghrib balik rumah?. Katakanlah anda punyai dua orang anak yang perlukan penjagaan. Upah jaga anak saja hampir 300 – 400 ringgit. Berapa baki pendapatan bulan anda yang tinggal?. Belum  dipotong kwsp, sosco dll. Kenapa anda tak mahu cebur dalam bidang katering?.

Ada juga mengadu kat Mamak, “bagaimana orang kenali saya sebagai seorang katerer”. Bagaimana anda boleh iklankan diri anda?. Sebenarnya ia amat mudah. Beritahu kepada sesiapa saja anda kenali atau berjumpa “saya seorang katerer”. Sediakan kad nama. Untuk dapatkan kad nama, 300 kad cuma dalam harga RM30.00. Beri kepada orang pengaruh dan orang yang berpotensi boleh kenalkan anda kepada ramai berpotensi sebagai pelangan. Kalau bertandang ke rumah saudara atau kawan, bawa contoh makanan contoh menu katering kepada mereka. Mereka akan perkenalkan diri anda kepada kawan-kawan mereka. Pendek kata cara ikutlah “Direct Selling” macam Amway!. Jangan malu dengan perniagaan HALAL anda. Kenapa patut malu?. Perniagaan adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Anda jangan sekali membuat keputusan untuk orang lain. Tugas anda cuma memperkenalkan produk anda. Ikut cara orang jualan terus. Sesiapa juga ingin tahu karier anda terangkan. Kadangkala orang yang tanya itu akan jadi pelangan potensi masa akan datang. Dengan ini mulakan iklan anda dari hari ini. Jangan tangguhkan perkara yang baik. Syaitan selalu mengoda hati kita dengan diisi was-was!. Sekali kehadapan jangan undur atau rehat. Kejayaan terletak di tangan anda sendiri. Keputusan hari ini adalah kejayaan masa hadapan anda. Kenapa orang lain perlu buat keputusan untuk anda?. Allah SWT akan membantu orang ingin bantu diri sendiri dan orang lain. Mengenyangkan orang yang lapar sangat besar pahala dari Allah SWT. Ketabahan, cara kendalikan perniagaan adalah kunci kejayaan katering dari rumah. Hubungi Mamak Haji melalui e-mail: mohd.roslan99@gmail.com sekiranya ada masalah atau mula lentur semangat. Kita akan kongsi pendapat. Blog ini adalah medan perjuangan untuk anda semua dalam bidang katering. Perjuangan adalah kasih sayang antara kita yang  ingin mencapai kejayaan sebagai ummah Nabi Mohammad s.a.w.  di dunia dan di akhirat. Insyallah anda akan berjaya!!!.

About these ads

8 Respons to "CARA MULAKAN PERNIAGAAN KATERING TANPA MODAL?."

Seronoklah baca statement mamak Haji, rasa motvasi naik ke paras maksimum….untuk pengetahuan mamak, saya mula berjinak2 nak jadi caterer, setakat ni dah mula ‘mencipta nama’ apabila serorang demi seorang pelanggan menempah ‘killer menu’ yg saya waris dari arwah ayah iaitu Kurma Kambing. Biasanya tempahan untuk kenduri akikah.Yang seronoknya promosi percuma datang dari pelanggan itu sendiri yg menyampaikan dari mulut ke mulut tentang menu ini. Alhamduillah setakat ni kualiti rasa Kurma Kambing tidak mengecewakan. Tiba2 bila baca ceriter mamak timbul pulak idea nak bukak stall Kurma Kambing kat tepi jalan, berniaga sambian Sabtu dan Ahad sebab sy ada kerja tetap…apa pandangan mamak?

mcamana mula start ni.. bagi tau kat orang ker? boleh share tak abah ameer?

saya ingin menjalankan pernaigaan katering tuan

best betul baca tips dari haji mamak ni berkobar semangat.. tapi saya kena hilangkan perasaan takut dan malu.. mcmana nih… tapi mmg kena buat dah bisness ni.. memandangkan usia semakin meningkat ..

rase bsmagat bace tips at ats nie….walaupun saya masih muda tapi niat nak membuka katering tu memang dah ade….dengan nasihat mamak yang ada nie boleh la memberi harapan sikit…hihihihihih

Salam, Insayallah boleh hubungi mamak haji dgn e-mail bila semangat mula nak lentur..tapi itu pun kena janji tahan bebelan mamak haji…hahaha. TQ. wassalam.

SAYA PUN BARU BERJINAK2 KATERING KECILAN2 (LEBIH PD MAKANAN DALAM BUNGKUSAN) SEJAK2 SUAMI SAYA DI BERENTI KAN KERJA INI SAHAJA LAH YG DAPAT SAYA BANTU .. MEMASAK DAN SUAMI SAYA MENJUAL (MENDAPAT BANTUAN KAWAN2 BEKAL MAKANAN UTK ASNAF DI ZAKAT) CUMA MASALAH SAYA SEKARANG BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN MASA… SAYA RASA X SEMPAT DAN TERKEJAR2, CTH MAKAN PG PERLU DI HANTAR PD PKL 6.30 PG (PKL BERAPA YG SESUAI YER MAMAK HAJI PERLU SAYA MASAK DAN TERMASUK JUGA PROSES PEMBUNGKUSAN) BEGITU JUGA UTK MAKAN TENGAHARI, MAKANAN PERLU DIHANTAR PD PUKUL 11.30 PG DAN PETANG PD PKL 2.30 PTG .. SAYA RASA SANGAT TERKEJAR2.. MUNGKIN TIME MANAGEMENT SAYA X BETUL, MAKLUMLAH INI KALI PERTAMA SAYA CEBURI BDG INI.. KALAU IKUTKAN SAYA MAKAN TENGAHARI TU SAYA NAK MASAK MALAM SEBELUMNYER TP TAKUT PULA X FRESH BILA DAH SAMPAI KE PELANGGAN (mintak tolong yer email nasihat mamak haji yer di mayang77@gmail.com

Bismillah…assalamualaikum mamak haji, sya baru dalam perancangan dalam kepala saya untuk memulakan perniagaan katering. Sya ada kebolehan memasak masakan tempatan seperti nasi dagang…yg biasanya orang yg makan akan kata sedap…ada yg bagi idea untuk jual….bertanya mengapa tidak jual…saya tak tahu nak mulakan dari mana..mampukah saya…saya ada kerja tetap yg bermula tengahri sehingga lewat petang…seharusnya saya mula pada hari minggu sja kah ? Please bantu saya…saya sgt perlukan wang tambahan ….terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,902,534 hits
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 473 other followers

%d bloggers like this: