PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP.

Posted on: Julai 17, 2011


AYAM GORENG YG LAZAT

Kadang-kala kita bingung tentang resepi ayam goreng ini yang ada berbagai-bagai jenis resepi dan kaedah goreng. Ramai di antara kita dengan bangga mengakui resepi kita adalah resepi rahsia yang terbaik.  Cara penyediaan tepung untuk goreng pula disediakan berbagai cara, seperti ada yang rendam dalam susu butter (butter milk) ketulan ayam  diperap semalaman dengan susu butter (butter Milk) dan ada juga dengan yogurt, sour krim dan tidak ketinggalan diadunkan dengan aroma rempah ketimuran bawang putih, halia atau bahan rempah dan juga barat. Ada juga resepi penyediaan tepung ayam gorengan (batter) dengan bahan-bahan yang haram untuk orang Islam seperti menggunakan minuman beralkohol Bir atau bahan berunsurkan alkohol untuk mendapatkan keputusan gorengan yang terbaik. Apa yang anda perlu ingat tentang semasa gorengan ayam ialah: Dalam menyediakan apa jua resepi ayam goreng,  faktor paling utama ialah “Suhu Minyak” untuk gorengan dan juga langkah-langkah yang betul semasa goreng ayam itu. Mamak pernah menulis  diblog ini tentang resepi berjudul, “Ayam Goreng Berempah Mamak Penang“. Ramai di antara pengunjung email menyatakan, keputusan ayam goreng resepi Mamak tidak sama seperti Ayam Goreng yang dijual Restoren Nasi kandar. Di sini mamak nak terangkan Ayam Goreng KFC yang di gelar,” sehingga menjilat jari”,  tak sama dengan ayam goreng McD dan ayam goreng McD pula tak sama dengan ayam goreng si Kenny. Pendek kata setiap resepi ayam goreng yang berkualiti tidak sama bentuk fizikal atau pun rasanya.

Maka apa yang kita perlu fahami ialah asas gorengan bersuhu panas atau “deep Frying“.  Tentang minyak gorengan,  Mamak telah pun terangkan panjang lebar dalam tulisan yang lepas bertajuk “cara jimatkan minyak masak”.  Suka juga mamak ingatkan dari cari resepi popular orang lain, biar reka resepi anda sendiri dan popularkan resepi anda. Resepi ini kelak akan menjadi Resepi Ayam Goreng Keluarga….

TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.

1.  Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan .

2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.

3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

TIP UNTUK  MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :

1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Biasanya ramai di antara kita bangga dengan hasil resepi mereka sekan sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Ini sama juga resepi-resepi yang Mamak tulis diblog ini sebab itu.  Mamak halakan dunia akhirat segala ilmu ini diciplak oleh penggemar nasi kandar. Tidak perlu mohon kebenaran. Blog ini adalah untuk anda semua buat apa Mamak nak buat harta dengan Ilmu dan Ilham yang dikurniakan Allah SWT. Matlamat Mamak bukan mencari duit melalui blog ini atau cari publisiti murahan. Tetapi mamak minta kat orang Islam janganlah guna blog Mamak untuk re-direct ke web-site cari makan anda . Ia satu perbuatan yang zalim pada pembaca. Ingat!, rezeki perlu dicari sendiri bukan dengan kaedah mudah dengan titik peluh orang lain. Allah tak akan restui hasil usaha kita dengan kaedah cara penipuan. Carilah Hidup yang Tenang bukan Hidup yang senang. Hidup ini bukan berkekalan didunia ini tetapi akhirat juga kekal..maka ingatlah dunia kita yang tidak ada kematian itu…OK …hehehe!. Mamk mula dah melalut. Mai kita sambung balik….

1. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya.  Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairka ais nya mungkin tidak pasti, ini mneyebabkan texture dagingnya rosak dan kadangkala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Kalau beli di pasar harian anda boleh memileh ayam yang berat 1.8kg – 2.0kg dipotong 8 atau 10 bahagian. Tukang pemotong ayam itu tahu apa yang anda maksudkan. Kalau ada masa baca posting Mamak bertajuk “cara menyimpan ayam” diblog ini. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.

2. Sediakan bahan salutan: 1 cawan susu krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya. Telur juga digunakan melekatkan tepung popia setelah diisi inti supaya popia anda tidak terbuka semasa goreng nanti. dari gunak gam tepung gunakan putih telur sebagai pelekat pada kulit popia yang telah diisi inti. Tip buat popia …hahaha?.

3. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan. Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan kadaran 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda. Masukkan perencah ke dalam tepung tersebut seperti berikut: 2 sudu kecil (tsp) garam, 1/2 tsp serbuk cili, 1 tsp serbuk bawang, 1 tsp serbuk bawang putih dan anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2  cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.

4. Sekiranya anda ingin keranggupan yang lebih, buat salutan dua kali. Ulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.

Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kari dan daun kari yang dihiris. Masukan telur yang telah dipukul sebelum celur dalam tepung yang telah dicairkan dengan air. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung.yang ditambah serbuk kunyit untuk kekeningan. Mamak tak pakai baking powder tetapi gunakan sedikit kapur makan. Tapi awas kegunaa kapur makan kerana ia memerlukan pengalaman. keputusannya sama dengan Baking Powder.  Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba. “Practice Make Perfect”. Apa pun kena cuba dulu. Catitkan resepi yang anda cuba setiap kali. Mamak Haji harap anda ketemukan resepi rahsia ayam goreng anda sendiri. Dalam mempelajari seni kulnari ini tak boleh “give-up”. Sentiasa cuba untuk dapatkan resepi yang baru. Insyallah sekiranya ada yang kurang faham tulisan mamak yang bertabur ini, sila e-mailkan pada Mamak: mohd.roslan99@gmail.com pasti mamak akan jawap setiap e-mail. Kalau tak jawap itu bermakna mamak terlupa ( umuq dah lanjut memang macam itu) sila hantaq lagi.  Jangan kecil hati nooo. Tip untuk kemuliaan hidup pulak…sesiapa yang masih  belum hutang puasa bulan ramadhan tahun lepas, jangan lupa membayar hutang puasa anda itu segera…hahaha!. Wassalam.

About these ads

12 Respons to "TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP."

terima kasih..mamak penang..semoga allah memberkati mamak sentiasa..amin

Salam, Terima kasih juga atas kunjungan dan doa saudara….Mamak juga doakan semoga Allah SWT memberkati saudara..amiin.

mamak..saya nk tanya ni..resepi ni saya dh buat, marvelous..la..sedap..satu lg ayam goreng mcm nasi kandar kt kedai, warna dia kemerah-merahan kan, dia letak apa ? terima kasih.

salam mamak, memang bestla resepi mamak bagi,,tak kedekut, mudah2an mamak trmasuk org2 yg baik..haa..mcmna yer mamak, kan di nasi kandar pelita. say slalu mkn..warna dia merah..mcmna diorg buat? nak masuk perisa apa?..mmg best….blog ni..hehe

Salam, warna merah itu sebenarnya pewarna oren. Tanya kat kedai mamak warna oren dan ia akan menjadi kemerahan. Jangan salah faham dengan ayam tandoori. Selamat mencuba,

mamu, perapan untuk ayam ni apa ye?mohon pencerahan :)

Salam, Terima kasih atas soalan itu..kadang-kala mamak haji punyai masalah nak alih bahasa Melayu cara mudah difahami masalah sedikit..”perap” atau “pemerapan”, bermaksud simpan ketulan ayam yang telah diadunkan dengan bahan-bahan perencah untuk satu waktu yang ditetapkan. Dalam bahasa english ia digelar “marinate”..ok yea!.Wassalam.

hihihih, sorry maksud saya, ‘bahan untuk perapan’ ayam tu apa dia bahan-bahanya ye?saya silap tatabahasa..sorry ye..

TQ soooo much Mamak.. May Allah bless U! semoga perniagaan Mamak makin maju..

Wah..dah lama saya blogwalking blog resepi..this is the best..saya bukanlahbnak berniaga sekadar memasak utk keluarga tercinta..dah jemu masak apa yg ada dlm kepala , try resepi mamak pulak. Emhh..makin bulat la anak2 saya..tq so much.

Assalam Mamak Haji, Semoga Mamak Haji sihat walafiat sentiasa di samping keluarga tercinta. Mamak Haji, dewasa ini tersohor plak Ayam Goreng Gunting, terasa plak nak try masukkan menu tersebut ke perniagaan sy. Mohon tips/ mintak ilmu jika boleh utk buat tepung ayam tersebut. Adakah sama dgn ayam goreng rangup ini @ lain? mohon di emailkan ke nukmansalleh@gmail.com. page bisnes sy di facebook http://www.facebook.com/RoyaleFoodStation terima kasih banyak2 Mamak Haji.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 1,433,518 hits
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: