PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: MEE GORENG MAMAK

Posted on: Oktober 29, 2011


Mamak kalau boleh tidak mahu menulis mengenai resepi-resepi masakan ini. Resepi seperti ini memang banyak terdapat dalam website. Menulis resepi pula perlu ada kepakaran yang tersendiri seperti menguji berkali-kali untuk membetulkan menjadikan resepi yang sempurna. Tetapi ada masa Mamak terpaksa menulisnya kerana memenuhi permintaan oleh pengunjung blog yang ingin memulakan perniagaan baru. Perasaan peniaga ingin membuka perniagaan baru, Mamak Haji memang memahami perasaan yang seribu tanda tanya dalam pemikiran. Salah satunya resepi-resepi yang dipersembahkan kepada pelangan diterima atau pun tidak. Sekiranya kita ingin tahu semua resepi masakan dan baru nak mulakan perniagaan, memang tak jadi berniaga ini. Semangat untuk berniaga itu timbul apabila mempunyai keyakinan diri dan ingin mengubah kehidupan yang sekarang kepada yang lebih baik. Kebanyakan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang berniaga ini, bukanlah hanya bergantung kepada masakan mereka. Kadangkala karipap yang dijual oleh peniaga baru, klim karipap pun lintang pukang dan menu masakan kari seperti masak lemak tetapi mereka ini punyai keyakinan diri dan semangat berniaga itu yang kita kagumkan. Kalau perhatikan, seorang tukang masak handal atau cef sukar sekali melibatkan diri dalam perniagaan makanan kerana mereka rasa diri mereka belum cukup lagi ilmu masakan. Mereka ini semangat dan keyakinan diri amat kurang. Berniaga makanan ini paling mudah, buat apa yang kita tahu masak dan cuba menjual. Buat dan jual ini amat berbeza sekali. Buat ini siapa-siapa boleh buat tetapi kemahiran berniaga adalah bagaimana kita nak jual. Mamak haji ceritakan kisah seorang anak muda Melayu yang bijak lama bersama Mamak. Dia ini tidak tahu masak atau apa pun hal-hal dapur. Dia minta kerja dengan Mamak Haji sebagai pembantu dapur. Mamak Haji tak nampak sebarang bakat dia dalam memasak dan dia dipindahkan dari dapur ke counter depan. Apabila diberada front desk kecekapan dia mula menyerlah. Dia ini punyai perhubungan yang unik dengan pelangan. Dia cepat mesra dan boleh dikatakan semua pelangan kenali dia. Memang dia menjadi anak emas pelangan dan bagi Mamak Haji di Restoren. Satu hari dia datang jumpa Mamak Haji, “Mamak Haji saya bercadang nak berhenti dan berniagalah”, Mamak Haji memang memahami hasratnya dan tahu dia akan lebih berjaya sekiranya libat diri dalam berniaga. Mamak Haji tanya dia, “kamu nak berniaga apa?”. ” Mamak haji kalau boleh mamak haji tolong saya beri diskaun untuk nasi bungkus, saya ambil seratus bungkus sehari dengan harga RM2.50. Menunya Nasi, Ayam dan sayur. Mamak haji saya nak jual satu bungkus RM3.50 kepada pelangan saya pekerja kilang yang buat overtime”. Hahahaa…memang bijak budak ini, Mamak yang membuat cuma untung satu bungkus 0.50 sen saja dan dia pulak untung satu kali ganda seringgit. Kalau seratus bungkus sehari untung bersih RM100.00 X 20 hari = RM2,000.00. Pendapatan bulanan dia RM2,000.00 dengan cuma berkerja ambi dan hantar 1 hingga 2 jam. Akhirnya Mamak Haji salam tangan dia, “OK .. deal on!”. Inilah dikatakan peniaga yang berinnovasi. Sampai kini Mamak Haji amat sayang dia..kerana dia yakin dengan mulut bukan dengan pisau dengan kuali. Seperti seorang ejen insurance yang bermodalkan mulut. Siapa yang kata kita perlukan modal besar untuk berniaga makanan ini. Kini budak ini sudah jadi, “event organizer” dan kerap kali Mamak Haji pulak kerja untuk dia untuk membuat katering untuk majlis-majlis. Semangat dan keyakinan diri mendorong kita mencebur diri dalam perniagaan. Kebanyakan peniaga yang berjaya dalam bidang makanan bukanlah terdiri dari tukang-tukang masak handal tetapi orang punyai kemahiran pentadbiran perniagaan dan bersemangat dan bercita-cita. Kemahiran dalam masak cuma satu kelebihan dalam perniagaan makanan bukan kemestian.

Tetapi apabila kita sebut peniaga kecil atau orang yang berkerja sendiri anda perlu ingat, anda juga tuang masak,pekerja dan boss. Dengan itu anda memerlukan kemahiran dalam semua lapangan untuk maju. tanpa kemahiran anda tidak dapat bekerja sendiri. Inilah golongan sasaran Mamak Haji dalam blog ini. Dengan ini terpaksalah Mamak Haji memenuhi apa saja permintaan golongan peniaga seperti ini memahirkan mereka dalam masakan mengikut perpektif perniagaan. kadangkala kita perlukan satu dua resepi untuk merangkaikan perniagaan yang diceburi untuk memperbanyakan menu.  Baik Mamak Haji cuba huraikan apa kah itu, “rangkaian masakan”. Sekiranya anda ingin berniaga masakan mamak seperti nasi kandar anda perlu tahu sekurang-kurangnya atau  mahir dalam masakan asas nasi kandar. Resepi nasi kandar asas ialah: Nasi Putih, Dua jenis kari (kari ayam dan kari ikan), dua jenis gorengan ‘ala Mamak (ikan dan ayam), Daging (masak itam). Sayur (kobis/ Kacang Panjang). Inilah asas lauk nasi kandar yang meniaga secara mengandar menu-menu masakan ini di dalam bakul diperbuat dari rotan oleh peniaga asal nasi kandar. Tetapi Nasi kandar ini digemari ramai,  maka wujudlah kedai makan Nasi kandar dengan lauk-lauk sampingan untuk  menambahkan lagi hidangan asas itu. Nasi (dalca/beriani/tomato), Ayam (ayam masak merah/ madu/kurma/bawang/kapitan) dan ikan  (ikan masak masala) , lauk sampingan telur rebus/telur masin/telur bawang/ telur ikan/ telur sotong) kambing (kurmak/dan perut kambing). Bila orang yang berada mula berkunjung, tambahan lauk (sotong putih/udang besar/ ketam/ ayam tandoori) mula diperkenalkan dalam resepi nasi kandar. Kini Restoren nasi kandar ada menu Barat dan TomYam sekali. Peniaga perlu majukan perniagaan mengikut selera dan permintaan dan suasana kemajuan iklim ekonomi pelangan. Begitu juga dengan perniagaan Mee. Maka wujudlah versi mee rebus, mee goreng, dan rojak mamak. Sekiranya ingin berniaga cucur udang saja memang kurang perniagaan kita akan sama selepas berpuluh tahun. Majukan perniagaan kita, perlu berniaga mee dan passembor atau rojak sekali. Kenapa perlu anda berniaga mee dan passembor sekali. Cucur udang adalah bahan asas dalam ketiga-tiga perniagaan ini sama juga kentang rebus goreng atau pun lain-lain bahan perencah. Ia berkait mengai dengan satu sama lain. Kita buat mee mamak jangan pulak gunakan daging ayam atau daging kerana ia adalah kos tambahan. Bahan masakan ini dirangkaikan satu sama dengan yang lain. Ini dikatakan menu berangkai. Cipta menu rangkaian ini untuk mengawal kos bahan masakan.  Sebenarnya apa yang menjadi perencah dalam mee goreng mamak adalah bahan sampingan menu yang lain. Dalam mee goreng Mamak anda akan dapati cucur udang, tauhu goreng dan juga kentang rebus digoreng. Bahan-bahan ini sekiranya kita sediakan untuk mee goreng saja tak pulang modal. Masa yang diambil untuk penyediaan bahan perencah pula ambil masa. Inilah kejayaan rahsia perniagaan Mamak-Mamak ini di Pulau Pinang.  Kalau anda kurang yakin kajilah menu-menu restoren Melayu dan Restoren Mamak. Dengan sebab itulah Mamak menulis tentang resepi cucur udang dan juga selitkan kegunaan cucur udang ini. Kalau ingin cucur udang ini rangup ‘kruk- krak’ untuk kegunaan passembor tambahkan sedikit kapur masakan. Caranya sama seperti tepung pisang goreng. Kalau nak berniaga tak akan pii cari tepung siap pisang goreng?. Belajar buat sendirilah tepung itu. Bukan nak buat roket bukan?. Mudah cuma perlu berminat untuk belajar. Oklah banyak songel pulak Mamak haji ini. Tulis tajuk resepi..dia pukul keliling..tapi, pii..pii mai..tang itu ja!. Tak apa bagi can kat orang tua.. Mami kata makin tua Mamak haji makin kuat sembang…dah jadi darah daging. kalau tak sembang macam tak seronok pulak.OK…..OK!.

Mamak Haji kepenatan tetapi hari ini Mamak Haji terima e-mail yang kali kedua dari pengirim sama yang memohon resepi Mee Goreng Mamak. Ingat resepi mamak ini berkait. Tak perlulah mamak tulis resepi perlu terangkan satu persatu tentang penyediaan bahan asas.

Seperti Mamak Haji katakan tiada resepi khas untuk resepi mee goreng mamak ini. Mamak Haji layar web untuk resepi “mee goreng mamak” , secara rambang tetapi kebanyakannya resepi tidak memahami rangkaian masakan Mamak ini dan juga rsepi mee goreng mamak. Kalaulah mee goreng mamak tak ada cucur dan rasa kacang ia bukan mee goreng mamak tetapi ia mee goreng ‘ala Mamak yea. Jangan keliru seperti mee rebus mamak pakai kicap jadikan ia hitam, kononnya ikut warna mamak ini berkulit gelap…hahahaha!. Rahsia mee goreng Mamak tak sama dengan mee goreng lain-lain kerana ia menggunakan perencah untuk senang digoreng seperti mee segera. Pes atau perencah ini yang membezakan mee goreng mamak dengan yang lain. Perencah ini perlu disediakan dulu. Pes ini pulak kalau tak habis boleh disimpan dan tak rugi. Cara goreng Mee goreng Mamak sama seperti mee gorang resepi lain-lain. Tetapi gunakan api keras supaya mee tak lembik. Cara mengambil mee untuk satu hidangan adalah mencekak satu genggam sudah mencukupi. 500 gm mee anda perlu berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 6-8 pinggan. Kuantiti mesti sama. Memang anda rasa ini mustahil tetapi disinilah peranan sayur taugeh mainkan peranan. Sayur sawi cuma cantikan hidangan. Sayur taugeh sayur yang paling murah tetapi sekarang mahal sedikit. Sekarang anda tahu rahsia taugeh dalam goreng mee atau kuoy teow???. hahaha..”Mamak, Mee goreng satu taugeh tak mahu tarok”..mamak kelam-kabut tambah mee sikit lagi..hahahaha!. Hampa jangan bagi tahu mamak itu ada mamak bukak rahsia nooo…ini penderhakaan kepada perniagaan namanya. Ini rahsia khas untuk peniaga saja.

RESEPI MEE GORENG MAMAK:

Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 150 gm cili kering
  • 100 gm udang kering geragau/ kepal
  • 1 gengam kacang dhal (paruppu)
1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.
  • 1 cekak mee kuning.
  • 1cekak tuageh.
  • 1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1″.
  • 1 biji telur.
  • 1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
  • 2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
  • 1 sudu kecil kicap cair.
  • air garam yang dilarutkan dalam botol.
  • Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
  1. Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis…hahaha).
  2. Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
  3. Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
Nota: Untuk peniaga mee goreng Mamak, jangan lupa ketuk kuali dengan sudip sampai orang lalu-lalang dengar sampai satu Km, untuk ambil perhatian pelangan. Kalau tak ketuk kuali itu bukan Mee Goreng Mamak…(gurau saja) hehehehe!. kalau anak dara yang goreng mee mamak jangan ketuk kuali yea!. orang kata, nanti dapat suami tua gayut…hahahaha!. OK…kalau ada yang ada masalah membuat pes/perencah mee goreng Mamak ini atau lain-lain perkara ini sila e-mail kat Mamak. Kalau anda ingin berniaga menu makanan mamak beritahu mamak haji supaya boleh Mamak layan cepat masalah anda. Untuk saudara yang bertanyakan tentang perniagaan masakan asas nasi kandar mamak telah selitkan dalam atikal ini. Kepada pengirim e-mail yang atas mamak mohon maaf kerana lupa  dan banyak sangat e-mail yang perlukan perhatian segera. Wassalam.
e-mail mamak haji:  mohd.roslan99@gmail.com
About these ads

7 Respons to "RESEPI: MEE GORENG MAMAK"

Assalamualaikum Mamak Haji,
Terimakasih bebanyak kerana Mamak sudi singgah kat blog cheq tempohari, besaq sangat rasa hati Cheq. Mee goreng mamak ni memang menjadi favourite cheq tp agak lama juga tak makan, Dulu kecik2 masa tinggal kat Kg Jawa (skrg ni Taman Selat) Butterworth selalu jugak makan, tp la ni payah nak cari mee goreng yg betul2 resepi mamak, nanti nak cuba resepi Mamak Haji ni, lepas cuba sy letak dlm n3, jgn lupa singgah blog sy lg ya. Tkasih. http://wattieshomemadecakes.blogspot.com//

Salam Watie,
Terima Kasih juga kerana sudi singgah kat blog Mamak haji. Blog watie memang baik sekali. Masakan dan resepi yang bagus. Tentang Mee Goreng Mamak ini sekarang dah berubah berbagai wana, cara dan juga rasa. Mungkin juga Mamak-Mamak yang pernah jual mee goreng dah kaya raya sekarang…Minggu lepas Mamak cuba mee goreng Mamak kat warung Pasar Seberang Jaya. hahahaha..passembur dia dgn mee goreng mamak alahai …no komen. Malukan geng Mamak je!. Ada juga yang kata Mee goreng Pokok ceri sedap tetapi Mamak tak suka warna oren itu..dan sotong kering. Watie tak cuba Mee Goreng Restoren Astaka?. Mee Goreng Mamak kesedapan letak pada “kuah”nya atau bumbu. Sila cuba dan bagi feedback melalui e-mail Mamak Haji: mohd.roslan99@gmail.com. Mamak haji gembira jumpa org kampung..hahaha!. Sembahkan Salam hormat untuk suami watie. Wassalam.

Salam Mamak Haji,
Terima kasih pada Mamak Haji kerana memberikan resepi ini sbb sy
mmg cari resepi mee goreng mamak yg REAL iaitu mesti ada kacang tanah!
Cari punya cari baru nilah jumpa.
Tak sabar nak cuba!!
Terima kasih sbb tak lokek ilmu.
Wasalam

Assalam..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang memang favourite saya dari kecil =) izinan saya copy resipi ni untuk tambat hati bakal mak mertua saya..

salam sy faiz, 23, sy ade bkk kedai makn.. dan ingin mengenalkn mee mamak, sbbnya kat tempat sy xde mee mamak yang ori cm sy makan dlu… sy kurang pasti pasal kicap cair tu, nk ambik yang masin ke oo yang manis brand pe yang disyorkan…

thanks pakcik haji… blog pakcik byk membuatkn sy terhutang budi..

salam, kicap masin ini kalau berniaga beli yang kramel dan campur garam dan gula sedikit ikut selera dan bancuh dgn air suam. Masukkan dalam botol yg bertudung yg dibuat lubang (dua atau tiga). Renjis semasa goreng mee. Ia bukan saja elak guna garam terus tetapi rasa tohyu kicap lebih menyedapkan. Anda kena buat experimen dulu untuk melatih renjisan ..hehehe!. Wassalam.

Assalamualaikum Mamak Haji,

Saya cukup suka baca blog dan resepi Haji, lebih-lebih lagi niat Haji nak bantu depa-depa yang mula nak belajar berniaga makanan.

Saya ada cafe Western kat SP Plaza, Sungai Petani, Kedah….saya nak jemput sgt2 tuan Haji kalau terlencong ke Sg. Petani mai singgah cafe saya…saya nak belanja Haji berjamu selera dengan Burger Bakaq Sos 1000 Rasa resepi saya, Chicken Chop Grill dan Spaghetti Meatballs, sos -sos dan meatball saya masak sendiri…lepas tu saya nak minta komen dan tips-tips dari Haji pasal bisnez saya ni….org kat sedap, Mat Salleh pun kat nice,nice…tapi bisnez tak memberangsang sebagaimana yang diidamkan…..

Wasallam,

Idris

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,200,959 hits
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 403 other followers

%d bloggers like this: