PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PERLUKAH PERKHIDMATAN KANTIN DI KILANG?.

Posted on: November 11, 2011


Kantin kilang pada kebiasaanya di bawah pengurusan bahagian sumber manusia (Human resources department). Di kilang-kilang di Malaysia ini, cuma bahagian inilah majoritinya terdiri dari pengurus-pengurus dikalangan orang Melayu untuk memudahkan pentadbiran pekerja yang majoritinya adalah pekerja Melayu dikilang-kilang. Sebagai pengurus sumber manusia bukanlah satu kerja dan tugas yang mudah untuk dipikul, pengalaman dan pengetahuan amat diperlukan untuk tugas ini. Apa yang mengejutkan kebelakangan ini ialah, Mamak Haji banyak terima tempahan katering dari kilang-kilang yang tidak mempunyai kemudahan perkhidmatan kantin di kilang mereka. Fenomena seperti ini amat memeranjatkan Mamak. Pada awal tahun 90-an perkara seperti ini jarang kita dengar dan walau pun kilang-kilang hanya mempunyai kurang daripada 200 pekerja, pengurusan kilang di Malaysia masih berminat mencari katerer untuk kantin kilang mereka. Tetapi kini telah ubah kantin kilang semakin berkurangan. Apa yang sedang berlaku sekarang ini kemungkinan disebabkan kebanjiran pekeja-pekerja asing dari negara luar yang telah mengambil-alih tempat pekerja-pekerja tempatan. Kebanyakan pengurusan kilang tempatan tidak lagi ambil peduli tentang kebajikan pekerjanya terutama sekali tentang tempat rehat dan penyediaan kantin di kilang mereka atau disebabkan pekerja asing tidak mampu membeli makanan dari kantin kilang. Makan adalah perkara kedua bagi pekerja asing yang utama adalah menghantar wang ke negara asal seberapa yang boleh. Justeru itu mereka membawa bekalan makanan yang telah sedia dari rumah atau asrama. Bagi setengah pengusaha kilang tempatan yang mahu keuntungan maksima tidak lagi pedulikan Kebajikan pekerjanya dan memandang kebajikan sebagai bebanan kepada kewangan syarikat dan bolehkan mereka mengaut keuntungan seberapa yang boleh. Keadaan ini juga membuatkan pekerja tempatan tidak lagi berminat berkerja di kilang-kilang yang mempunyai pejerja asing yang ramai. Bagi Mamak adalah sangat salah menuduh pekerja tempatan dicop malas dan tak mahu berkerja keras seperti pekerja asing. Sikap pengusaha kilang, “kera dihutan disusukan, anak sendiri kelaparan di rumah”, menjadikan perkerjaan di kilang tidak lagi menjadi pilihan rakyat tempatan. Siapa yang peduli tentang ini?. Polisi kerajaan diolah dan disesuaikan untuk ahli koperat dan untuk golongan kapitalis bukannya untuk kaum pekerja. Kaum pekerja adalah golongan yang tidak dibela dengan sempurna dalam sistem kapatalis. Ini bukan hanya berlaku di negara ini saja tetapi kebanyakan dalam negara yang amalkan sistem kapatalis akan merasai keadaan seperti ini. Kerajaan feudal, kerajaan autokrasi, kerajaan fasis, kerajaan komunis dan kerajaan demokratik liberalisma telah gagal memerintah rakyatnya. Kita cuma ada satu lagi pilihan yang terakhir kembali pada, “kerajaan Islam”. Hanya Islam boleh selamatkan bumi ini dan penghuni yang menumpangnya ke arah kesejahteraan didunia dan di akhirat kelak. Inilah harapan orang Islam.

Kekurangan perkhidmatan kantin di kilang-kilang sederhana besar yang pekerjanya berjumlah 100 – 300 pekerja mungkin juga di sebabkan oleh pengurus-pengurus kilang yang muda dan baru ini tidak berani atau tidak mempunyai kemahiran yang secukup untuk mampu menguruskan kantin di kilang mereka. Tidak berani selalunya berkait dengan kurang berpengalaman. Menguruskan kantin kilang perlu berhadapan dengan banyak cabaran faktor dalaman dan juga faktor luaran. pengurusannya sendiri. Faktor dalaman ialah, perlu mencari jawapan, “adakah perkhidmatan kantin yang dimaksudkan itu keperluan untuk para pekrja dikilang?”.  Untuk ini seorang pengurus perlu mencari jawapannya. Dengn ini apabila perkhidmatan kantin dimulakan penglibatan total dan kerjasama dari pekerja-pekerja menjayakan perkhidmtan akan diperolehi. Faktor luaran yang sering mencabar seorang pengurus seperti memohon perlesenan dari Majlis Tempatan dan perlu sering menghadapi agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan kesihatan. Kerenah-kerenah protokol Majlis Tempatan untuk dapatkan lesen yang sah akan amat menduka-citakan pemohon. Paling serik ialah bagaimana kendalikan pegawai-pegawai Majlis yang licik dan akan menggunakan berbagai cara yang halus berupa ugutan  yang sukar difahami tujuan oleh pengurus-pengurus muda ini akan mengecewakan pada akhirnya. Cara ugutan halus pegawai-pegawai ini amat mudah difahami,  mereka ini akan mencari kesalahan dari hujung rambut ke hujung kaki dan sentiasa akan beri arahan baru setiap kali lakuukan lawatan ke premis kantin dengan jarang sekali luluskan pada lawatan pertama. Arahan baru dikelurkan ini dan itu tak betul. Walau pun anda cuba mematuhi segala arahan pertama tetapi lawatan kali kedua lain pula kesalahan mematuhi peraturan lain akan timbul.  Sehingga, anda terpaksa merayu dan mempelawa mereka ini menjamah,  “daging busuk”.  Selepas apa yang dihajati diperolehi, anda akan dapat satu jawapan positif dari mereka jenis ini, “bukan saya meminta, tapi awak yang nak beri”, tapi saya terima mengambil risiko kerana kesiankan awak”. Biasa biasa dengar dialog seperti ini bukan?. Mungkin disebabkan inilah ramai pengurus muda, tawar hati dan tidak lagi mahu adakan kemudahan kantin di kilang mereka. Untuk pengurus muda seperti ini, Universiti kita perlu juga selitkan dan mengajar satu mata pelajaran khas untuk pengurus muda-muda dalam pembelajaran perniagaan ini untuk mahirkan diri mereka untuk mempelajari “seni huluq” ini sebelum menjawat jawatan pengurus, selain dari itu di luar patut adakan kursus khas ini untuk usahawan menghadapi masalah dengan sesetengah pegawai kerajaan seperti ini. Ceh…Sudah hancur negara ini, kerana biawak-biawak yang suka makan bangkai ini. Cuma kita doakan Allah swt selamatkan negara ini dari manusia-manusia seprti ini diberi hidayah dan inayah. Apa yang anda dan amamak boleh buat?. Dengan siapa kita boleh mengadu? SPRM?…hahahaha!. Nak berniaga atau pun nak berpolitik?. Tujuan Mamak  menulis itu dan ini ialah kerana inilah senorio yang Mamak pernah menempuh dan bukannya Mamak ini seorang akademik yang tahu menahu tentang tiori perniagaan ini dan itu seperti seorang pakar dalam bidang pengurusan perniagaan. MBA Mamak ini cuma membawa makna, “Mamak Boleh Aksi”, cuma dalam dapur. Dengan itu Mamak ingin kongsi pendapat dari sudut seorang katerer untuk memperluaskan peluang perniagaan katering untuk katerer-katerer yang memiliki MBA ini supaya perniagaan ini tidak berkuncup dan hilang begitu saja.

Apakah peranan dan fungsi kantin kepada yang dikatakan kebajikan pekerja?. Makna Kebajikan Pekerja ialah , “seorang pengusha atau majikan yang berperihatin berusaha memberikan kehidupan yang bernilai kepada pekerja”. Kenapa perlu adakan kebajikan untuk pekrja anda?. Kebajikan kepada pekerja dapat memenangi kesetiaan pkerja terhadap organisasi, mengurangkan desakan dan tekanan kesatuan pekrja, dapat menstabilkan kehadiran pekerja untuk bekerja, membina keupayaan dan produktiviti organisasi, mengurangkan konflik diantara pekerja dan majikan, dan kebajikan adalah faktor utama untuk merekrutkan pekerja baru untuk kilang anda. Maka apakah majikan rugi menjaga kepentingan kebajikan kepada pekerja?.

Kegunaan kantin di kilang dalam erti kata kebajikan pekerja dan menjaga kesihatan pekerja itu. Seorang pekerja yang berkerja tungkus-lumus untuk majikannya perlukan rehat yang bernilai dan juga makanan yang terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh badannya. Sekiranya kantin di kilang di selia dengan cara betul, kedua-dua perkara yang tersebut boleh banyak membantu pihak majikan. Kantin merupakan tempat yang sesuai untuk pekerja-pekerja ini dapat berehat dan menjamu selera di tempat yang bersih dan sempurna. Makanan yang dijual di kantin kilang pula perlu berkualiti, sedap dan berharga berpatutan. Maka kantin kilang tidak dianggap pekerja, tempat yang memerah wang pekerja dengan memberi perkhidmatan yang buruk seperti kedai makan di tepi jalan yang tidak mempunyai sebarang penyeliaan harga, kualiti makanan dan kebersihan. Hasil dari perkhidmatan kantin yang baik, majikan sudah tentu boleh menaikan moral pekerjanya dan secara tak langsung meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran organisasi. Siapa kata rugi sekiranya adakan perkhidmatan kantin di kilang?. Orang yang kata seperti ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang fungsi makanan kepada manusia. Seorang pengurus pekerja perlu memahami pengetahuan asas mengenai makanan, kontiminasi makanan, makanan kesihatan dan kebersihan diri pengendali makanan dan juga kaedah dan cara menyiapakan makanan yang telah masak perlu difahami dan diketahui oleh seseorang pengurus kilang yang menyelia Kantin di Kilangnya.

Kawasan kerja tidak boleh diambil kira sebagai kawasan rehat untuk pekerja. Tempat rehat untuk pekerja perlu disediakan oleh pihak pengurusan. Pekerja yang lakuakan kerja manual dan berdiri hampir empat jam perlukan rehat. Tempat rehat ini perlu disediakan kerusi yang boleh sandar dan juga meja untuk menjamu makanan. Di tempat rehat ini juga pekerja perlukan tempat basuh tangan dan juga dapatkan minuman yang bersih panas atau sejuk. Kantin juga boleh diadakan ditempat rehat ini. Apakah mengadakan kantin ini satu bebanan kepada pihak pengurusan?. Sudah tentu tidak bukan?. Pekerja tidak boleh dipaksa membeli makanan dari kantin. Pekerja perlu diberi pilihan. Dari kebanyakan analisa berkenaan cuti sakit pekerja adalah didapati cuti sakit berkurangan di kilang-kilang yang mempunyai kantin dari kilang yang tidak mempunyai kemudahan kantin. Kemalangan Jalan raya juga boleh dielakan sekiranya pekerja tidak perlu keluar dan mencari makanan diluar kilang pada waktu makan yang singkat. Pekerja yang menghadapi Kesuntukan masa untuk rehat akan mengabaikan keselamatan jalan raya. Pengabaian ini akan mengundang kepada kecelakaan kepada pekerja yang gopah-gapah dalam perjalanan pergi dan balik dari makan diluar untuk masuk kerja. Dari alasan-alasan yang mamak diberikan, Mamak Haji ingin tanya kepada pengurus kilang yang tidak mengadakan perkhidmatan kantin di kilang mereka, Perlukah Perkhidmatan kantin di kilang anda?. Wassalam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,661,245 hits
November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 454 other followers

%d bloggers like this: