PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: CARA MEMBUAT CAPATI LEMBUT.

Posted on: Januari 3, 2012


Lama mamak haji nak menulis resepi ini. Resepi elok untuk menjaga kesihatan, dan juga jimatkan kos sedikit dalam keadaan sekolah baru bukak ini. Ada yang dah jemu dengan lauk ayam dan ikan nasi kandaq, eoklah kita makan roti sekali-sekala. Bercakap mengenai roti ini Mamak Haji sangat gembira kerana “Roti Gardenia” yang punyai rangkaian terbesar di negara ini telah pun menjadi hak orang Melayu Islam negara ini. Induvidu yang memiliki ini bukan saja Raja Beras, Raja Gula dan Raja pelabuhan tetapi sudah menjadi Raja Roti. Di Negara ini ada duit dan pengaruh politik boleh wujud berbagai Raja-Raja termasuk Raja Lingam…hahaha!. Bakery-Bakery orang Islam ini yang kecil-kecilan terpaksa lawan harga dengan Raja Roti ini di tender kerajaan. Segala kontrak-kontrak kerajaan mengenai Roti ini akan khaskan kepada Bakery-Bakery yang kecil Melayu akan berada dalam gengaman Raja Roti ini. Semakin hari semakin bakery Melayu yang kecil akan gulung tikar atau pun cuma laku jual kek hari jadi. Lepas ini tak percaya, ada yang katakan Kek untuk hari jadi ini haram kerana tidak sambutan dengan kek hari jadi zaman dulu..kena pakai pulut kuning pulak dah!. Apa hal kedai bakeri yang ditukar menjadi kedai kek. Biasanya dalam sistem kapitalis Barat yang memang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin. Jurang perbedzaan yang kaya dengan miskin akan bertambah luas kerana kelas pertengahan di negara ini cuma majoriti golongan yang makan gaji. Maka golongan berpendapatan pertengahan akan berada dalam keadaan tetap dan sukar menukar posisi mereka kepada golongan pendapatan tinggi. Seperti mat salleh berkata, “It’s not important what you know, but whom you know”. Maksudnya, “Tidak penting apa yang kamu tahu tetapi yang paling penting, siapa yang kamu kenali”. Biarkanlah mereka ini dengan labunya. Yang penting kita ingat pada Allah swt selalu dan setiap kali habis solat jangan lupa berdoa, “jauhkan kami dari api neraka, yang maha azab”. Rezeki Allah swt berada dimana-mana di muka bumi ini yang terbentang luas, sesungguhnya kita tahu caranya untuk mendapatkannya  dengan jalan yang diredhai Allah SWT bukan jalan yang dimurkainya.

RESEPI ROTI CAPATI

Capati ini yang  dikenali ramai ini, adalah makanan ruji penduduk di utara India bukannya di Selatan. Di Selatan India Thosai menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran Benggali, tetapi bukan “roti benggali”. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa. Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.

2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).

3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.

4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.

4. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.

Sebenarnya resepi capati ini sungguh mudah. Jangan terkejut dengan tulisan panjang lebar Mamak haji yang memberi penerangan dan tip-tip masak capati. “Practice make Perfect”. Kena cuba dulu…dan kalau ada masalah e-mail kat Mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com

About these ads

10 Respons to "RESEPI: CARA MEMBUAT CAPATI LEMBUT."

Sedapnya!!…dapat makan ngan kari kambing,memang superbbb!!

Salam, Kari kambing cincang, kuah pekat likat Tanjung..peh! memang Mamak haji masuk wad…hahaha!.Terima kasih saudara.

Assalamualaikum,
T kasih tas tip buat capati.
Saya dah uli tepung pagi ni, belum canai atas dapur lagi.
TQ tt

Salam, capati adalah makanan kesihatan yang amat baik…dari roti canai!.Selamat mencuba..wassalam.

sangat sedap !!!
I miss Malaysia so much T_____T

Wah..tak sabar nak pergi beli tepung atta ni. Nak buat capati :)

Tepung atta pun ade byk brand, mcm mana nak pilih?

Salam, memang betul kadang give-up. Yang dalam bungkus itu entah tahun berapa dibungkusnya. Di negara kita, ada juga tarikh bungkusan tahunnya belum lagi sampai tapi depa dah bungkui dah..macam back to future!.Di Pulau Pinang tak ada masalah kedai mamak banyak jual tepung atta masih kira timbang kilo. Kalau tak elok boleh baling kat muka depa..kalau anda buat aduan mengenai kilang-kilang besar ini..yang tetap untung pagawai penyiasat…hahahaha!. Anda bukak jalan untuk depa buat duit.Ini nasihat mamak, Kalau terjumpa benggali di tempat anda,tanya depa kat mana boleh dapat tepung capati baik punya..Ok.Takat brand ini mamak tak berani komen.Wassalam.

Assalamualaikum Mamak haji…Saya dah cuba resepi mamak, tapi capati saya tetap x mau lembut…pasai apa?

Salam, hahaha. Capati mungkin tak lembut kerana semasa masak ia tak bergelumbong. Ok nak capati bergelumbong atau puffy anda boleh tambahkan susu tepong 1 tbsp masa uli tepung. Capati jgn lupa di uli dgn air panas yea bukan air masak. Masa mula masukkan capati yg telah dileperkan ke atas kuali leper anda perhatikan gelumbung pertama mula nak naik. Anda perlu memberi sedikit tekanan kepada gelumbung yg mula naik dgn kain yg telah digumpal untuk memberi tekanan pada gelumbong tu..serta merta capati anda akan bergelumbong. Ini yang akan membuat capati anda akan gebu. Susu tepung digunakan untuk capati anda sentiasa lembut walau pun dalam keadaan sejuk. Biasanya org India utara gunakan minyak sapi untuk sapu dipermukaan capati untuk dapatkan wangi tetapi kebanyakan org Melayu tak berapa minat dgn bau minyak sapi yg tengit. Sila cuba kali ini dgn menggunakan tepung susu 1 tbsp dan cara tekanan perlahan kepada capati yg sedang dimasak. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,666,539 hits
Januari 2012
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 454 other followers

%d bloggers like this: