Posted by: Mohammad Roslan on: Februari 11, 2012
Salam, kali ini Mamak Haji posting resepi, “Rasam”. Bagi kaum India di Malaysia ini, “Rasam” seperti hidangan yang sukar dipisahkan dalam menu hidangan mereka. Biar apa statusnya, kaya atau miskin satu hidangan yang tidak ketinggalan adalah “rasam”. Begitu sinonim hidangan rasam ini dalam masyarakat Tamil di negara ini.
Hidangan “Rasam” ini sebenarnya berasal dari Selatan India. Rasam juga terkenal dalam kumpulan resepi antara bangsa dengan nama, ” Indian Clarified Herbal Consomme’ “atau sup herba yang terbaik. Hidangan rasam mengandungi ramuan rempah herba yang boleh memberi manfa’at kepada tubuh badan. Rasam bukan saja boleh jamu dengan nasi putih panas, papadam dan juga acar (pickles) tetapi ia juga boleh diminum begitu saja. Rasam mempunyai nilai perubatan untuk merawat demam selesma yang ringan, batuk akibat kepanasan yang lampau dan juga menjaga kesihatan dalam sistem penghadaman makanan. Rasam adalah hidangan paling mudah untuk masak dengan kos yang paling minima. Bagi katerer-katerer kantin perusahan yang mempunyai pelangan-pelangan etnik India. Cuba buat hidangan rasam ini pada hari Jumaat (hari suci bagi penganut Hindu) dengan papadam. Insyallah anda akan disayangi pelangan-pelangan ini kerana anda seorang katerer yang sentiasa ambil berat dengan keperluan dan cita-rasa pelangan anda (empathy). Untuk suri rumah, setiap bulan cuba praktikan jamuan istimewa untuk suami yang tersayang dan anak-anak yang paling kasihi pada setiap hujung minggu apabila ada masa kelapangan. Mengubah resepi-resepi biasa harian yang anda sajikan kepada sesuatu menu yang istimewa dari berbagai etnik masyarakat di Malaysia. Mungkin hari ini (Ahad) anda boleh mulakan dengan masakn etnik masyarakat India. Sarapan , “putu mayom” atau “Tosai” dan makan tengah hari boleh mula dengan berat sedikit, kari kambing atau kari ayam bersama rasam, dan papadam. Makan malam nanti perlu ringan sedikit dengan resepi Capati atau Tortilla yang lazat makan dengan kari tengah hari. Ini bukan saja mendedahkan anak-anak kita kepada masakan masyarakat majmuk negara ini, tetapi mengingatkan mereka, makanan juga boleh bantu menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini untuk bangunkan negara ini sebagai negara yang maju dan berdinamik. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Janganlah sekali-kali meracuni pemikiran anak muda generasi ini dengan api permusuhan perkauman. Tinggalkan dasar perkauman yang lampau atau di panggil rasis ini. Maksud rasis adalah satu ideology yang memberi keteranagan mitos berkenaan kehebatan sesuatu etnik atau menilai rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan mengaggap diri mereka lebih tinggi martabat dari kumpulan etnik yang tersebut dengan alasan sejarah lampau, status sosial, kebudayaan dan kuasa politik yang cuma berpihak kepada satu kumpulan etnik besar dalam masyarakatnya. Islam dan bangsa Melayu tidak mengajar kita bersifat rasis. Sila rujuk Surah Al-mumtahanah:8
Bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama(kamu) dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.
Bila Rasullulah s.a.w telah berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda mendapati penduduk Madinah terdiri dari berbilang agama dan kabilah. Rasullulah s.a.w bukan saja menerima penduduk berbilang kaum ini tetapi membuat perjanjian dengan agama asing dan kabilah di Madinah yang amat terkenal dalam sejarah ilmu politik ia itu, ” Misaq al Madinah”. Orang Islam dan bukan Islam mempunyai hak dan tinggal aman dan damai dari bahaya dalaman dan luar. Cara berganding bahu atau bergabung dengan etnik bukan Islam dalam memerintah negara digelar, “tahaluf siasi” , yang perkara utamanya tanpa mengadai prinsip-prinsip asal Islam itu sendiri. Ramai di antara kita sekarang mempunyai, “Herd Mentality”. Bermaksud, membiarkan diri kita di manipulasikan oleh sesuatu kumpulan politik yang ingin megekalkan kuasa politiknya. Mengawal manusia bukan mudah, tetapi manusia boleh dikawal dua cara. Satu, takutkan mereka dengan berbagai perkara yang palsu dan sengaja diada-adakan. Kedua, dengan mengawal pemikiran mereka. Paling mudah, cara mengawal pemikiran ialah dengan bantuan “media” yang dikawal melalui kuasa politik. Politik sekarang ini bukan payah sangat, “dengan duit kita boleh dapatkan kuasa, dengan kuasa kita akan dapatkan duit berlipat kali ganda”. …hahahaha!. Biaq pii lah!.
RESEPI RASAM MAMAK PENANG.
BAHAN-BAHAN:
Nota: Rempah yang bertanda * perlu digoreng kering dan dikisar halus. kalau malas, tumbuk saja gunakan lesong. Serbuk seperti ini boleh buat lebih dan disimpan dalam botol yang kedap udara. Rempah-rempah ini sentiasa akan digunakan dalam siri resepi mamak haji.
CARA-CARA:
1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air.
2. Masukkan 4 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato dan bawang putih dan bawang yang telah dihiris. Mendidihkan air.
3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk, masukan gula dan air asam. Pastikan rasam tidak lagi mendidih tetapi cuma dalam keadaan “simmering” iaitu mengelegak amat perlahan. Biarkan dalam keadaan ini selama 15 minit.
4. Sediakan tumis darat dengan ambil kuali, panaskan dan masukkan minyak masak. Bila minyak panas masukkan halba campur. Bila rempah halba campur ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan rasa nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit.
5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan dalam bekas rasam. Masukan garam masala. Tutup api dapur.
6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.
7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat. Rahsia cara buat rasam ialah, “jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah”. Cara masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahgian atas rasam yang mengelegak dengan api dapur yang kecil. Selamat mencuba. Wassalam.
Arwah ayah selalu buat resepi ni tapi saya tak berapa suka sebab tak mencuba tetapi apabila saya dah berkahwin saya yang suka memasak ni cuba ingatkan kembali cara-cara arwah saya memasak resepi ni yntuk diperkenalkan kepada anak-anak saya. Hasilnya WOW..,anak-anak suka dan saya pula rasa menyesal kerana tak mencuba masa arwah ayah buat masakan ni…
1 | Normk Kassim
Februari 12, 2012 pada 1:05 am
Untuk pulihkan tenaga dan diet pun boleh!!! Saya suka.. ^_^