PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: SPAGHETTI BOLOGNESE

Posted on: April 2, 2012


Salam, jangan terkejut kerana resepi kali ini mamak haji ingin menulis tentang Resepi Spaghetti Bolognese. Resepi ini begitu terkenal sejak kebelakangan ini, mungkin disebabkan iklan di TV yang di syorkan oleh cef selibriti kita yg terkenal sekarang, berkata spaghetti bolognese amat mudah dibuat dan cuma memerlukan tiga langkah saja untuk memasak. Mungkin juga ramai anak-anak kita terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan di kaca tv itu..bila saja ke pasar raya dengan ibu-bapa mereka, memaksa ibu-bapa mereka membeli sebotol sos bolognese yang berjenama “prego” dan memaksa ibu masak spaghetti. Kadang-kala strategik pemasaran perniagaan yang dipaparkan melalui tv ini, begitu berkesan dan amat berpengaruh dalam kehidupan kita atau kanak-kanak. Betul juga Ray Kroch taukeh MacDonald’s berkata, “Restoren MacDonald’s bukan jalankan perniagaan Restoren tetapi ia adalah, Perniagaan berlandaskan “show Business”. Mcd ini membelanjakan berpuluhan juta dalam iklan bagi setahun. Minda Kanak-kanak kita dari kecil telah pun disemaikan dengan makanan ‘ala francise barata seperti, “kalau ingat makan ayam, ingat KFC!, kalau ingat makan Burger, Ingat MacDonald’s!, Kalau nak minum kopi, ingat nescafe, kalau nak berus gigi, ingat colgate. Tak rugi syarikat ubat gigi colgate berikan colgate mini kepada kanak-kanak di sekolah dan MILO diberikan minuman percuma kepada murid-murid sekolah semasa temasya sukan sekolah. Syarikat induk Nestle sebenarnya tanam modal untuk masa depan perniagaan mereka dengan bertali arus . Bila dewasa nanti kanak-kanak ini, mana nak cari ayam goreng rempah?, burger Ramli?, Indocafe?, atau ubat gigi zaiton atau safi (ada lagi kah syarikat zaiton ini?). Maka kalau ingat Spaghetti Bolognese bersos segera, kita kena cari “Prego”. Ia sama seperti Kenapa fikir kalau nak susu kena bela lembu. Jangan susahkan diri anda dengan bela lembu, anda cuma beli susu kami yang sedia ada. Cuma anda perlu membeli saja. Anak yang minum susu lembu kita, Otak anak anda bergeliga macam lembu feed lot. Cuba fikir cara orang Barat perbodohkan orang Asia. “Anak kami hanya minum susu ibu, maka anak kami jadi cerdik seperti manusia dan anak anda minum susu lembu akan cerdik seperti lembu. Bangsa Melayu ini  dulu kena dijajah orang barat dengan menggunakan bala tentera dengan perbelanjaan yang besar. Maka untuk menampong modal perbelajaan, penjajah ini akan kaut seberapa boleh hasil semula jadi negara yang dijajah. Bila  komunis Malaya melumpuhkan ekonomi penjajah dan penjajah pulak modal tak dapat kembali tetapi bila duit poket kena keluar, mereka tutup kedai dan cabut lari dengan terhormat dengan nama kemerdekaan. Kalau ada untung sapa nak tutup kedai?. Pulun sampai 24 jam. Ekonomi menjadi senjata yang paling berbisa dalam dunia politik sekarang.  Contohnya, Amerika adalah kuasa besar dunia itu, sekiranya tidak suka dengan polisi luar negara sesuatu kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat cara demokrasi, perkara yang pertama mereka lakukan ialah melumpuhkan ekonomi negara itu supaya rakyat tersiksa dan merana dengan kesempitan hidup. Maka ditiupkan agenda,  bangun menentang kerajaan yang mana mereka  mereka pilih sendiri. Ia seperti, Ambil jari sendiri, cucuk mata sendiri!. Jadi butalah kita seumur hidup. Orang Melayu kena faham natijah cara penjajahan baru ini. Jangan leka dan sentiasa berwaspada dengan kaum elite kapatalis ini yang kebanyakannya terdiri dari orang zionis. Ada juga Melayu zionis. Bukan semua Yahudi itu zionis dan bukan semua zionis itu Yahudi ada juga Melayu..hahaha!. Jangan gadaikan maruah negara. Ke Politik pulak dah Mamak haji ini…teh tarek satu..siap teh tarek satu!. Standard mamak haji cuma standard teh tarek, jangan ambil hati noo!.

Mamak haji cuma nak tumpukan kepada pembuatan sos yang seakan sama dengan sos bolognese yang yang dihasilkan oleh syarikat “Prego”. Tujuan resepi ini ialah untuk meringankan kos bahan untuk para pengusaha kantin, untuk katerer yang adakan majlis jamuan atau untuk keluarga yang agak besar. Anda juga boleh mengubah suai resepi mamak haji mengikut cita rasa anda sendiri. Spaghetti sebenarnya resepi makanan orang Italy yang asal usulnya ia adalah makanan utama untuk tentera Greek Kuno. Spaghetti diperbuat dari tepung suji atau digelar semolia. Nama Bolognese adalah menunjukkan sos yang digunakan. Sos ini berasaskan daging. Asal usul nama sos ini berasal dari nama tempat di Italy bernama “Bologna”. Ia sama seperti “mee udang sg.dua” yang berasal dari Sg.Dua Seberang Perai.

Masak Spaghetti adalah sangat mudah.

1. Masak air dalam stok pot sehingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak supaya ia tak melekat satu sama lain.

2. Gengam kuat-kuat bungkusan ditangan kiri, halakan ke air tengah didih dan ketuk kuat dengan tapak tangan kanan. Terburailah spaghetti anda kedalam air. MASA MASAK ADA DICATITKAN DI BUNGKUSAN. Biarkan ia masak mengikut masa yang ditetapkan dalam setiap bungkusan. Pilihlah saiz ketebalan yang anda sukai. Jangan risau sekiranya rebus dalam keadaan tegak kerana ada bahagian tidak ditenggalami air rebus. Spaghetti yang sedang masak akan turun sedikit demi sedikit dan memenohi dibawah paras air.

3. Masa untuk rebusan spaghetti ini bergantung kepada pembuat spaghetti itu sendiri. Anda perlu baca masa yang ditentukan yang tertera dibungkusan. Jangan lupa.

4. Setelah sampai pada jangka masa masak yang ditetapkan, keluarkan spaghetti dari rebusan dengan penapis air dan dengan segera lalukan air paip sehingga spaghetti anda betul-betul sejuk.

5. Toskan spaghetti. Panaskan kuali dengan sederhana panas dan masukkan dua sudu besar “butter”. Biarkan “butter” cair dan masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaulkan dengan butter.  terbalik-balikan spaghetti supaya butter meresapi keseluruhan bahagian spaghetti. Ini TIPS untuk elakan  spaghetti anda tidak berair semasa hidangkan di pinggan.

6. 1 minit sudah memadai untuk spaghetti berada dalam kuali. Keluarkan spaghetti anda. Spaghetti anda telah siap.

CARA MEMBUAT SOS BLOGNESE AYAM – 10 ORANG.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg. isi ayam (tanpa kulit) bahagian dada amat sesuai. Dipotong kiub 1 cm.
  • 1 kg. Tomato segar dipotong dadu.
  • 4 biji bawang besar (bersaiz sederhana 160gm) dihiris dadu.
  • 1 tin “tomato puri” 430gm.
  • 5-6  sudu besar madu atau gula pasir.
  • 8 biji bawang putih diketuk hancur.
  • 4 sudu besar pes cili kisar (cili giling) kalau nak pedas boleh tambah.
  • 3 sudu kecil serbuk cili.
  • 3 sudu kecil daun oregano kering
  • 3 sudu kecil lada hitam.
  • 1 sudu besar cuka. (Mat salleh pakai red wine..tak tahu mcm mana depa kata prego itu halal???).
  • 2 sudu kecil sos worchester buatan sendiri mamak haji.
  • 1/4 sudu kecil serbuk buah pala.
  • 3 sudu besar ‘parsley’ yang dicincang atau parrsley flake kering.
  • 2 sudu besar daun “basil” kering.
  • 1 cawan susu segar.

CARA PENYEDIAAN:

1. Kupas bawang (bawang holland) dan hiris dadu.  Masukkan minyak masak  ke dalam kuali sos (sauce pan) atau kuali biasa pun boleh juga.

2. Masukkan bawang putih dan bawang. Layukan bawang, jangan sampai garing., masukan isi ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna ke perangan, Masukan tomato puri tumis dlam 1 atau 2 minit untuk hilangkan baunya, masukkan cuka, dan semua bahan-bahan rempah,  pes cili, madu dan susu.

3. Masukkan air stok ayam sebanyak 3 liter kalau tidak rajin buat pakai stock knorr  dalam empat kiub dengan air biasa. Masukan tomato. Bila kuah mula didih , kecilkan api dan renehkan sos selama 2 jam.

4. Masukkan garam secukup. Kepekatan boleh ubah suai dengan tambahkan air. Sos bolognese anda telah siap.

Nota; Ramai yang bertanya mengenai air stok ayam. Mamak haji tak suka pakai “stok ayam yang pejal seperti Knorr atau pun maggie. Kalau kita ingin masak kadang-kala perlu belajar yang asa seperti bagaimana memaotong bawang untuk resepi nasi kandar, masakan melayu, masakan siam atau masakan Cina atau barat. Jangan suka bantai saja.Stok ayam adalah masak cara reneh bahagian ayam yang kita tak mahu digunakan. Buat dan simpan dipeti sejuk, berbagai masakan kita boleh gunakan stok ini. Kalau anda masak mee cuma gunakan air biasa, kelazatannya tak sama dengan menggunakan stok ayam atau daging. Dengan sebab itu masakan anda kadang-kala tak sedap seperti masakan kedai makan tom yam.  Stok ayam juga boleh bantu memekatkan lagi sup atau masakan anda. Belajar buat stok ayam, belajar buat madu tiruan, belajar buat mayonis, belajar buat cilli sauce, belajar buat worchestor sauce, belajar buat pes tom yam, belajar buat barbeque sauce. Jangan beli saja. Itu yang mamak haji katakan” takat masak semua orang boleh masak” Masak maggie mee pun masak juga. Kalau nak belajar masak kena belajar sauce asas bukan payah tapi kita malas!. Inilah beza resepi mamak haji yang berjela panjang dengan resepi orang lain mudah. Ikut mamak haji rempah kari pun mamak haji suruh buat sendiri. Rempah beriani, rempah garam masala, pes halia bawang putih, yogurt apa saja buat sendiri. Kalau beli yang sedia ada memang mudah tetapi satu kos dan satu lagi apa beza masakan kita dan orang lain. kenapa pelangan perlu mencari kita. Kalau yang hensem atau lawa tak apa…hahaha!. Wassalam. Seperti biasa kalau tak faham, rajinlah e-mail kat mamak haji bukan kena bayar pun. Kalau nak seribu daya kalau malas seribu dalih. Wassalam. mohd.roslan99@gmail.com

About these ads

2 Respons to "RESEPI: SPAGHETTI BOLOGNESE"

Terbaekk ,, blog Tuan Haji Mamak, ialah blog yg lilalihitaala,,,, tampa mengena kan apa apa sagu hati ,, terbaekk semoga Rabb memasukan Tuan Haji mamak ke dalam gulungan yg emndapatkan kemenangan ,,,,

Amiin. jazakallahu khairan kathiira.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,871,469 hits
April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: