PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PENIAGAAN KATERING DARI RUMAH SIRI 2: PERALATAN KATERING.

Posted on: April 25, 2012


Salam,  untuk memenuhi permintaan dari seorang pengunjung blog ini, mamak haji perlu menulis tentang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan katering dari rumah. Katering dari rumah yang mamak haji maksudkan ialah untuk permualaan pernigaan dan biasanya bersekala kecil, yang menerima tempahan dari pelangan untuk 50 – 100 orang dalam satu-satu masa. Jumlah ini adalah paling mudah untuk dikendalikan untuk katerer-katerer yang baru melangkah masuk dalam perniagaan katering. Blog ini pasti memberi keutamaan untuk golongan peniaga baru dan juga yang ingin buka perniagaan katering. Anda tak perlulah segan-silu meminta pandangan dan juga buah fikiran dari pengalaman Mamak haji. Bila niat itu sudah ada, janganlah “U” turn. Teruskan impian anda sehingga berjaya. Cabaran itu perlu ada dalam diri setiap insan. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam perjuangan hidup yang sentiasa memerlukan semangat juang yang tinggi. Cabaran orang politik bagaimana nak menang dalam pilihanraya akan datang untuk tambahkan kekayaan dari tugas sebenar untuk membantu aspirasi dan permasalahan pengundi-pengundi yang mengundi. Cabaran orang macam kita yang berniaga ialah bagaimana nak cari rezeki untuk menampung keluarga untuk teruskan hidup. Bidang Perniagaan adalah cabaran untuk majukan diri kita didunia tumpangan semenatra ini dan Iman adalah cabaran kita untuk akhirat yang kita kekal selam-lamanya. Ada kalanya hidup kita ini seperti ikut arus sungai yang deras dan untuk menyeberang ia amatlah mudah untuk lakukan. Ia umpama apa saja kita lakukan ia akan berhasil. Ada kalanya hidup kita ini seperti perlu mengharungi arus yang sentiasa berlawanan dan  terpaksa hempas pulas berenang untuk mengharungi sungai itu. Kita perlukan semangat juang yang tinggi untuk mengharungi arus yang deras,  sekiaranya kita patah semangat semasa berenang dalan sungai itu maka akan lemas dan hanyut dibawa arus deras.  Sebelum terjun ke sungai persiapkan semangat, kuatkan daya berjuang, tajamkan akal fikiran dan sediakan life jaket (pelampung kecemasan). Beginilah caranya bila kita nak mulakan berjuang dalam bidang perniagaan. Cuma yang berjaya adalah orang yang mempunyai kecekalan semangat waja.

Apa juga jenis perniagaan, kita perlukan peralatan untuk  menjalankan perniagaan. Begitu juga sekiranya ingin memasuki bidang katering dari rumah. seperti dalam posting-posting yang lepas, katering ini mempunyai banyak cabang, anda perlu memilih jenis katering yang bersesuaian untuk anda.Baca posting ini, “cara untuk mulakan perniagaan”. http://balannambiar.wordpress.com/2012/01/29/cara-untuk-mula-berniaga/

sila klik untuk memahami cara memilih jenis katering: http://balannambiar.wordpress.com/2011/12/13/perniagaan-katering-memileh-jenis-katering-yang-terbaik/

Langkah kedua : Selepas memilih jenis katering yang perlu, anda perlu memilih, Menu yang bersesuain untuk perkhidmatan katering yang anda telah pilih. Segala peralatan katering atau pun perancangan perniagaan anda perlu berkisar dalam linkungan ini. Ukur badan dulu sebelum menjahit baju. Kalau anda ingin membuat “box Lunch katering” (rujuk posting mamak haji berkenaan), kebanyakan peralatan yang perlukan sudah pun siap berada di dapur anda. Cuma anda perlukan cuma kotak untuk bekal makanan, sudu garpu plastik dan kenderaan untuk membawanya. Motor kapcai pun dengan ikat bakul dibelakang sudah memadai sekiranya kurang dari 50 bungkus.  Peralatan masak juga boleh ditambahkan mengikut keperluan semasa. Tak perlulah mencari modal dari ajensi ‘tekun’ atau bahagian ‘icu’ untuk tujuan ini. Kalau dapat alhamdulillah. kenapa perlu pulak tolak rezeki. Cuba mohon peruntukan kerajaan ini melalui ketua bahagian UMNO atau cawangan, itu pun kalau anda ada kabel yang kuat. Takat mintak pakai air lior, balik nanti pun bawa air lior juga. Ini sudah jadi kebudayaan kita sekarang. Jenis katering yang biasa ialah : Majlis keluarga seperti kenduri tahlil, doa selamat, hari jadi dan sepertinya. Katering untuk mesyuarat, katering untuk peserta kursus, dan juga jamuan makan dan pilih dan tetapkan harga dan menu anda.

Langkah 3: Memilih menu yang bersesuain dengan kemampuan.

Omputih panggil, “Jack of Trade trade”. Semua boleh. Iktizam dengan slongan “Malaysia Boleh”. Asalkan dapat pesanan kita nak serbu dengan buta tuli. Mamak haji masih ingat lagi kisah masa susah dulu. Ada satu keluarga VVIP menempah “mee goreng mamak” cuma untuk 7 orang pada pukul 11.00 malam. Pada masa itu mamak haji cuma berniaga mee goreng mamak di tepi jalan.  Untuk 7 orang mamak haji kena masukan mee gorenag itu dalam tray, asingkan cili , daun sup, bawang dan juga bawang goreng. Yang teruk mencari pinggan yang canggih untuk hidangan untuk VVIP ini..hahaha. Memang ini satu kejayaan bagi kita yang peniaga seperti kucing kurap mendapat pesanan dari keluarga VVIP, tapi implikasinya ia amat sukar untuk lakukan. Jadi Mamak Haji dengan beradab tolak pesanan keluarga itu. Esok tengah hari pulak, pekerja majlis tempatan angkut kereta sorong mamak haji dan tolak masuk dalam lori sampah untuk menempatkan di muzium negeri….hahaha!. Kadang-kala hidup dengan berprinsip ini sukar sekali.  Jadi moral cerita mamak haji ingin sampaikan, fikir secara rasional setiap tempahan yang perlu terima atau menolak. Apabila dapat tempahan fikir keupayaan kita dari segi kemampuan kewangan, kepakaran dan kemahiran menyediakan menu yang dipohon, peralatan masakan atau peralatan untuk menghidangakan, cara pembayaran pelangan, kos pengangkutan, masa untuk mula memasak dan lain-lain lagi. Sila baca posting mengenai “bila dapat pesanan tempahan katering”.

Di sini mamak haji gariskan peralatan yang membabit sedikit kos untuk memulakan perniagaan katering dari rumah. Peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan katering dari rumah (50-100 tetamu).

1. Periok nasi Gas LPG (boleh muat 5kg atau 10 kg). Periok ini amat mudahkan kerja masak apa juga jenis nasi. ia berharga sekitar RM300 – RM400).

2. Kuali bertelinga dalam ukuran 45cm – 60cm. Ia amat memudahkan masak segala jenis lauk dan kalau lauk ayam boleh muat sehingga 100 ketul. – 1 unit

3. Dapur Gas satu tunku ( Dapur rumah tidak sesuai untuk masakan yang banyak). 1 unit.

4.  Tray atau Full size Chafing dish berukuran 50cm X 30cm – sekurang-kurangnya 3-5 set (selalunya katerer gelar tray panjang). Ia untuk hidangkan lauk.

5. Tray pendek 30cm X 24cm – 5 unit.

6. Flask Nasi untuk 100 org  (50cm X 31cm)  - 1 unit.

7. Flask nasi untuk 50 org ( 35cm X 30cm) – 1 unit.

8. Bekas air plastik 100 orang – 1 unit.

9. Pingan makan* – 100 keping. (gunakan pakai buang).

10. Sudu garpu* – 100 +100. (gunakan pakai buang).

11. periok besar kalau nak hidang nasi kandar ( 3 unit).

Mamak haji rasa kalau peralatan ini ada lebih dari cukup. Tambahkan sedikit demi sedikit mengikut kemampaun anda. * itu lebih baik gunakan pingan, sudu garpu jenis pakai buang ia lagi sesuai. Kalau peralatan lain sekiaranya diperlukan dan kos pembeliannya diluar jangkauan kita,  kita pinjam di surau atau pun orang yang menyewakan peralatan. Sekiranya dapat beli barangan terpakai lagi menjimatkan kos, tetapi pastikan ia  “samak” dulu sebelum gunakan peralatan yang dibeli dari kedai-kedai bukan Islam. Tidak ada masalah membeli peralatan itu. Kalau risau juga guna Hot Line Jakim untuk pengesahan HALAL yea!.

Akhir sekali Mamak haji ingin nasihat para pengunjung blog ini, sekiranya anda ingin membeli atau menjual peralatan, boleh lah iklankan dalam kotak komen pembaca, tapi jangan gunakan sebagai platform untuk perniagaan tetapi berniatlah tolong menolong di antara saudara Islam yang terkial-kial mencari modal untuk mencapai cita-cita. Mamak haji juga akan publishkan dalam komen atau kumpul banyak-banyak buat posting khas untuk anda sama. Tetapi jangan gunakan blog mamak haji untuk mencari keuntungan peribadi. Sekiranya kita sesama kita berkerja-sama di antara kita, banyak kemudahan dam manfaat yang setiap pengunjung blog boleh dapat dari blog ini. Purata pengunjung blog mamak haji setiap hari sudah melebihi 2,000 pengunjung. Maka gunakan blog mamak haji untuk iklankan restoren atau gerai makan anda diblog ini dengan percuma, sekurang-kurangnya mamak haji berpuas hati dan bersyukur dapat membantu anda semua. Insayllah kita jayakan program ini diblog mamak haji dengan kerjasama dari anda semua. Wassalam.

About these ads

5 Respons to "PENIAGAAN KATERING DARI RUMAH SIRI 2: PERALATAN KATERING."

Assalamualaikum, saya sering mengikuti tip tip dari mamak, sekarang dah hampir 2 bulan buat lunch box delievry sekitar shah alam, alhamdulillah perniagaan semakin maju. Kekadang saya ada dapat projek katering tp kecil, buat permulaan dlm seratus pax. Apa pun terima kasih banyak banyak kerana berkongsi ilmu dengan kami semua. Kira kira sekarang dah boleh bukak nasi kandar kot kalau mamak bagi banyak ilmu lagi. Terima kasih. Nor Hishman Harun (Richman’s Catering & Food Delivery Services)

Salam,
Syukran, Alhamdulillah!.Dari Urwah bin ‘Amir r.a, Rasullullah s.a.w bersabda, “Ya Allah, tidak ada yang berkuasa mendatangkan kebaikan melainkan engkau, tidak pula dapat menolak keburukan melainkan Engkau dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganmu.” – Isnad Sahih Imam Abu dawud.Berusaha bersungguh-sungguh insyallah saudara akan berjaya. mamak Haji doakan untuk saudara berjaya dalam perniagaan diceburi..amiin. Wasalam

terima kasih byk2 mamak haji kerana x pernah kedekut untuk berkongsi segala ilmu yg ada….hanya Allah saja dpt mmbalas jase mamak haji

saya baru nak cuba bidang katering ni… bagaimana kita nak setkan menu dan harga??… tuan mamak haji ada buat kursus catering ke?.. berminat juga untuk saya ikuti.. terima kasih..

Salam sara bee,
Mamak haji ada menulis banyak tentang cara nak meletak harga diblog ini..selongkarlah pasti jumpa..di Fb pun mamak haji banyak menulis tentang ini.kalu masih keliru boleh pm atau chat dgn mamak haji di FB..atau payah sgt email mamak haji..wassalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,211,219 hits
April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 403 other followers

%d bloggers like this: