PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: NASI GORENG AYAM ‘ALA THAI.

Posted on: Mei 3, 2012


Salam, pada mulanya mamak haji memang berat nak menulis  resepi nasi goreng ini(terpaksa kotakan janji pada seorang pengunjung blog), kerana nasi goreng ini banyak versi dan bermacam-macam resepi. Setiap negara di asia yang makanan rujinya Nasi, pasti ada resepi nasi goreng masing-masing, kalau mamak yang goreng nasi digelar, “nasi goreng mamak”, kalau orang Cina yang goreng nasi, digelar, Nasi Goreng Cina”, kalau orang Thai yang goreng, “nasi goreng Thai”, kalau orang vietnam yang goreng, “nasi goreng Vietanam”. Sri Langka, Nepal, India  pun ada nasi goreng versi mereka. Nasi Goreng orang Melayu lain sikit, di panggil, “Nasi Goreng kampung”. Nasi Goreng resepi yang amat mudah dan cepat dan senang dibuat dengan kos yang murah. Ia boleh disajikan waktu sarapan, tengah hari atau makan malam. Nasi goreng atau pun gorengan seperti mee, kuoy teow atau pun bihoon jangan terlalu banyak dan berjenis-jenis rencah seperti daging, ayam atau pun makanan laut (ses-food) digunakan. ia bukan saja menjadi mual tapi rasanya hilang. Umapamanya gunakan ayam jangan pula bubuh pii, udang atau daging. Rasanya akan bertukar dan memberi rasa dan bau yang tidak enak dan cepat memualkan.

Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, ” Khao Pad Gai”. “khao” bermaksud Nasi, “Pad” bermaksud Goreng dan “Ghai” bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik untuk digunakan ialah Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru masak pun tak salah digunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi goreng butir Nasi perlu peroi sebiji-biji, tidak terlalu kering dan sederhana kembang (fluffy). Suhu dlam Peti sejuk biasanya boleh menyerapakan kelembapan dan mengeringkan nasi. Jangan salah anggap dengan sifat sejuk. kesejukan sebenarnya proses yang menyerapkan kelembabpan dalam udara dengan mengeluarkan haba. Udara mempunyai kelembapan (moisture). Sifat molikul air ini yang terdapat dalam udara, selalunya akan berkumpul pada bahagian paling sejuk. Contohnya ais dalam sebuah bekas. Anda boleh nampak titisan air terkumpul diluar bekas. Ia adalah kelembabpan yang terkumpul dari udara sekelilingnya. Maka jangan salah faham, fungsi peti sejuk atau penghawa dingin (air-cond) bukan untuk melembabkan udara tetapi menyerapkan kelembapan (moisture) yang terdapat di dalam udara disekeliling. Orang perempuan yang tidur dalam bilik berhawa dingin kalau nak jaga kulit muka pakailah “moiturize” atau krim pelembab sebelum tidur ini petua orang model, dulu petuanya pakai bedak sejuk. tepung penyerap kelembabpan. kalau ikan nak goreng nak garing, sapu sikit tepung beras. Ini terbalik yea!. Jangan pakai tepung beras kat muka tapi pakai pelembab atau timun. Kalau yang sekang mata kerana tulis posting itu pakai timun kat mata..boleh hilangan “black circle” atau kawasan mata jadi hitam. Kalu tak hilang pakai hirisan timun pakai minyak sapi (kalu tahn baunya) gerenti hilang dalam sehari saja. Maka kalau ingin menyimpan apa saja bahan makanan di peti sejuk tentukan kelembapan bahan makanan itu terpelihara terutamanya daging atau pun sayur-sayuran supaya ia segar. Pastikan bahan makanan disimpan di peti sejuk di dalam bekas atau pun beg plastik yang kedap udara.

Nasi untuk nasi goreng, sekiranya bergentel atau berketul perlu diuraikan bukan dihancurkan. Cara terbaik ialah, ambil sedikit minyak masak dan letakan di kedua tapak tangan anda dan ramas ketulan nasi supaya ia peroi kembali. Jangan masukkan nasi yang berketul-ketul kedalam kuali dan lenyekan, kerana ia akan hancurkan butir-butir nasi. Nasi kena persiapkan dahulu sebelum goreng. Nasi goreng perlu dibuat dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan) atau kuali yang perbuat dari besi padu atau “cast-iron”. Kuali besi yang biasa boleh di “castingkan” dengan panaskan kuali sehingga merah menyala dan dituang minyak dan disejukkan. Jangan gunakan berus dawai untuk membersihkan kuali yang telah “casting”. Ini cara lama yang kita amalkan dulu. Bagi suri rumah, memadai dengan membeli kuali non-stick yang boleh digunakan berbagai masakan untuk mengurangkan kegunaan minyak yang mudaratkan kesihatan. Ikutkan kuali tak melekat sudah kemestian digunakan di rumah. Bagi suri rumah, Kalau boleh elakan kegunaan peralatan dari bahan logam Aluminium yang menghasilkan aluminium oksida yang beracun bila dipanaskan.

RESEPI NASI GORENG ‘ALA THAI.

Jumlah hidangan: 5 hingga 7.

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
  • 1 keping dada ayam. Dihiris 1/4″ X 1/2″ (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
  • 3 sudu besar kicap cair.
  • 4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
  • 1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahgian lembut serai dan boleh dimakan.
  • 2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
  • 1″ bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
  • 3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
  • 2 biji telur ayam dipukul dengan ditambah 1 sudu kecil air.
  • 1 batang celery.
  • 1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.

PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:

  •  3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
  • 3 sudu besar kicap ikan.
  • 2 sudu besar kicap cair (kurang masin).
  • 1 sudu besar jus limau nipis.
  • 1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
  • 1/4 sudu keci (tsp) gula. (secubit).

CARA-CARA MENGORENG:

1. Sediakan nasi seperti saranan diatas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali dan bila mula digaulkan akan hancur. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat.

2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.

3. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali  dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan  air stok ayam 1-2 sudu besar. Masukan celery dan goreng 1-2 mini lagi.

4. Kuatkan api dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan terlalu kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakn. Masukan kacang campur dan goreng selama 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa “rasa” garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam,  pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai (nanti mamak haji bagi bagaimana sediakan sos thai dengan murah), hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat.

5. Cara mamak haji tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau tak baca betul , nampak susah sedikit tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah  dan kawalan api. Tetapi ia sebenarnya mudah dilakukan. Selamat mencuba. Wassalam.

About these ads

5 Respons to "RESEPI: NASI GORENG AYAM ‘ALA THAI."

salam mamak haji ,, jika org ghombau yg goreng mako di panggil nasik goreng ghjombau hehheheh apo tq for the posting ,,, terbaekk dari mamak haji,,

salam,
hahahaha…nasiq goreng ghombau..mai kat penang panggil nasiq goreng kandaq pulak dah…TQ.

salam..terima kasih la mamak haji sbb sudi berkongsi ilmu. dekat cara2 menggoreng yg no.1 mamak haji macam ada tertinggal sesuatu.

Salam Chek Mail,
Terima kasih kerana ingatkan, “yang tertinggal”. Hirisan daging ayam…hehe!. Maklum sajalah kalau dah tua pakai komputer. Tapi mamak haji kayuh juga. Word Press ini mamak haji suka kerana tak ada iklan, kalau blogspot depa bubuh pii iklan depa sendiri, maka nak bukak blog berat dan payah sikit. Tapi kalau nak buat posting, blogspot mudah, wordpress beri ruang yang sikit untuk menulis posting dan juga untuk menulis komen.Tapi biasalah blog free memang mcm itu.Ada kebaikan dan ada keburukan.Terima kasih sekali lagi.Wassalam.

Salam Mamak Haji,

Saya sedang membuat kajian mengenai masakan tradisional melayu dan sy amat bersyukur bila sy terjumpa blog mamak haji. Banyak benda2 yang sy belajar terutama sekali mengenai kaedah memasak yg kebanyakan buku2 resipi takkan tulis dan beritahu. Ini adalah contoh yg terbaik sy blh pelajari dan sy bersyukur bila mamak haji dengan ikhlas berkongsi rahsia2 masakan mamak haji. Cuma nak tanya kalau2 mamak haji pernah keluarkan buku atau artikel mengenai masakan mamak haji sebelum ini? Semoga usaha murni mamak haji diberkati Allah swt..amin..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,737,957 hits
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: