PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: KARI PARPU.

Posted on: Jun 3, 2012


KEPEKATAN KARI PARUPU TERGANTUNG KEPADA PARUPU.

Salam. Jangan nak ketawa pasal tajuk kari parpu ini. Dan bukannya, “PARPU KARI”. “Parupu kari”, adalah blogger yang sensasi dengan video-video lucah ahli politik dan  salah seorang yang paling istimewa dapat masuk dalam kapal selam TLDM dan mengambil gambar dalam kapal selam tersebut. Blogger terbilang UMNO ini lebih cukup hebat kerana anggota-anggota TLDM yang bukanya crew kapal selam tidak dapat menjejaki kedalam ruang kapal selam. Bayangkan keistimewaan seorang blogger dan orang awam yang begitu dipercayai oleh kerajaan Malaysia, demi keselamatan negara. Mamak Haji  tak ada kena -mengena dengan bloger sensasi UMNO ini.

Resepi kari parupu yang mamak haji ingin memepertengahkan ialah, Kari yang paling diminati di India dan juga rakyat keturunan Tamil di negara ini. Parpu atau namanya terkenal di India sebagai, ‘Toor Dhal‘, atau dalam bahasa tamil digelar, “Thuavaram Parupu”, adalah diet protein utama untuk orang-orang yang mengamalkan diet sayuran atau vegetarian diet. Penganut agama Hindu adalah golongan yang amalkan diet vegetarian. Maka Parupu ini menjadi makanan utama bagi mereka ini untuk sumber Protein. Di negara kita kari parpu ini di minati oleh segala golongan masyrakat kerana ia adalah kari pencicah yang menambahkan kelazatan bagi Roti Canai. Kesedapan Set Roti Canai yang sedap bukan saja bergantung kepada pembikinan rotinya  tetapi kari parpu juga memainkan peranan utama untuk melazatkan hidangan roti canai ini. Mamak haji kali ini menulis tentang resepi ini untuk memenuhi permintaan seorang katerer kilang perusahaan yang membekalkan makanan kepada pekerja Bangla dan Nepal. Resepi parpu adalah resepi menu “benggali” yang paling masyor. Kita sebagai katerer alaf baru ini, dimana kini pekerja asing berlambak-lambak beruata di kilang perusahaan kita, maka penting juga menimba sedikit ilmu masakan antara-bangsa untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan kita yang berbilang bangsa. Bagi peniaga-peniaga roti canai, resepi parpu ini akan membantu anda untuk melariskan lagi roti canai anda.

RESEPI KARI PARPU/DAL.

Resepi Kari Parpu yang mamak haji yang ingin perkenalkan ialah resepi variasi Benggali yang yang bersesuain untuk orang Malaysia dan juga pekerja-pekerja asing dari benua kecil India. Ia bukan resepi masyarakat keturunan India di negara kita yang sering digelar, “Parpu  Sambar”. Parpu sambar ia berlainanan sedikit kerana sering gunakan sejenis adunan rempah yang digelar, “parpu podi”. Seluruh keenakan masakan kari parpu ini bergantung kepada cara masak kacang parupu. Kacang parupu yang terdapat dalam negara kita biasanya ada tiga jenis. Jenis pertama kacang parupu yang berwarna kuningan dan leper yang diimpot dari Negara India. Ia lebih leper sedikit dan nipis dan cepat masak. Jenis kedua dari negara Australia atau pun orang India gelarkan ‘Paruppu Australia”. Parpu jenis ini bersaiz besar dan tebal sedikit dari paruppu dari India. Ia murah dari parupu dari India. Biasanya parupu ini lebih sesuai untuk perniagaan dan amat sesuai buat kueh “masala vadeh” sejenis makanan ringan yang amat diminati di negara kita. Maka parupu Australia ini menjadi pilihan utama di negara ini. Parupu jenis ketiga ialah parupu jenis berwarna oren dan selalunya digelar “Parupu Mysore”. Parupu ini mempunyai keistimewaan dengan memberi rasa, haruman dan warna yang sangat terbaik. Kacang parupu ini lebih mahal dari kedua jenis parupu tadi. Ia lebih bersaiz kecil dari kedua-dua jenis parupu yang mamak haji terangkan. Paruppu ini sering digunakan dalam resepi Benggali. Satu lagi jenis seperti parupu yang mamak haji nak terangkan ialah, “Gram Dal” atau pun kita sering gelar,”kacang kuda.” Gram dal ini adalah kacang kuda yang dibuang kulit dan terbelah dua. Warna dan saiznya seakan paruppu  tetapi ia lebih mahal dari harga kacang parupu. Jangan salah pilih. Sebutan DAL itu perlu difahami. Maka inilah sebab mamak haji gunakan perkataan parupu ini lebih sesuai. Ramai juga di  negara kita gelar DAL untuk parupu. Ia akan megelirukan anda dengan resepi DAL -CA disebut. DALCA sebenarnya gunakan kacang parupu bukan gunakan kacang DAL atau GRAM DAL.

Menyediakan kari parupu, kacang parupu perlu dimasak dahulu dan diasingkan, sebelum mula masak kari parupu. Kebanyakan kari parupu orang Melayu, ialah kuah tak  pekat dan kacang parupunya pulak selalunya belum cukup masak. Ini disebabkan kari parupu disediakan kacang parupu dimasak sekali dengan rempah atau perencah rempah. Masak kari parupu bukan seperti masak kacang hijau untuk bubur kacang hijau. Parupu perlu dimasak asing. Untuk masak 1/2 kilo parupu ia mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit ke 1 jam lebih dengan api dapur biasa. Dengan sebab ini, cara terbaik masak parupu perlu menggunakan “pressure cooker” atau pun kacang parupu terlebih dahulu rendam.  Air yang digunakan untuk rebus kacang parupu perlu cukup setakat untuk masak kacangnya sehingga untuk menjaga keseluruhan  kelikatan kuah kari parupu. Biasanya sukatan air untuk masak parupu ialah 1 kali ganda dari paras air dengan paras kacang parupu. Biasanya parupu yang sedang rebus akan membuak sama seperti masak nasi. Bila masakan mula membuak,  kecilkan api dan masukan sedikit air sejuk dan rebus sehingga kacang paruppu lembut (kalau dipicit diantara dua jari ia akan hancur) Cara masak parupu ini sama dengan masak resepi  DALCA. Satu keistimewaan kari parupu ini ialah ia boleh disediakan dengan apa saja sayur-sayuran seperti labu air, kacang panjang, kentang, terung, labu ular, labu manis, carrot dan sebagainya untuk melazatkan lagi kari parupu ini. Sayur labu air dengan parupu adalah amat diminati oleh masyarakat Bangladesh atau Nepal.    Masyarakat kaum Tamil di Malaysia suka masak parupu dengan tomato, karot, bunga kobis, terung dan tidak ketinggalan dengan ubi kentang.  Anda juga boleh cuba resepi kari parupu dengan sayur-sayuran dan boleh tambah dengan daging ayam atau daging dan tukarkan menjadi DALCA yang sangat enak untuk makan dengan Nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani. Cara ini lebih komprensif dari resepi DALCA yang sebenar.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kacang parupu/dal.
  • 1 cawan santan jika dikehendaki.
  • 3 cili hijau dibelah dua.
  • 1 sudu kecil halia dicincang.
  • 3 biji cili kering.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1  sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 1/2 sudu  kecil (tsp) biji jintan manis.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) Garam Masala (sekiranya ada).
  • 1 sudu kecil (tsp) gula.
  • secubit Astafeida – tidak kemestian
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak kacang parupu dengan 2 cawan (cup) air, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasaka boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah masak secukup dan asingkan parpu yang telah masak.

2. Panaskan periok atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis. Bila minyak panas masukkan cili kering,   biji jintan putih dan manis,  sekiranya suka boleh masukkan daun kari sedikit dan halia cicang. Bila biji rempah mula meletop, masukkan cili hijau.

3. Masukkan “serbuk astofeida” sekirana suka pada baunya tapi mamak haji tak galakan orang melayu gunakan astofeida menjadi bau harum rakyat bangla…hahahaha. Jangan ambil hati yea..bergurau saja.  Astofeida ini bentuk serbuk yang diperbuat dari bawang putih dan halba. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pulak kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi kedalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah tadi.

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran (labu air), kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak secukup. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan mamak haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.

5. Masukkan santan dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki, biasanya rak yat India tidak  gunakan santan. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehinnga mendidih untuk tidak cepat basi. Keluarkan dari dapur dan hidangkan. Kari parupu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada ingin menjaga diet dalam makanan. Selamat mencuba. Sekiranya anda ingin tanya soalan khusus mengenai masakan ini boleh e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.

Mamak haji gunakan Pressure Cooker ini untuk rebus daging (masak hitam), sup mamak atau masak parupu. Ia sanagat mudah digunakan dan juga murah harganya (RM150.00) untuk lima kilo dan ada juga yang bersaiz kecil untuk satu kilo.

About these ads

12 Respons to "RESEPI: KARI PARPU."

Terima kasih Mamak Haji , saya mengikuti segala coretan mamak. Saya doakan mamak diberkati dunia akhirat atas segala perkongsian ilmu mamak …Ameen

Salam, JAZAKALLAH KHAIRAN KATSIRAN…terima kasih.

Thanks mamak haji bg resepi yg best2 kalau leh bg resepi ayam masak rose teringin sgt nk masak but xtau cara nyer :D

Salam…lupa lagi…hahahaha!.Ayam Masak Ros..telah lupa lagi. Insyallah tlg beri sedikit masa…wassalam.

time kasih mamak haji semoga Allah murahkan rezki mamak haji ;D

Salam, Jazakumullah khairan katsiran wa Jazakumullah Ahsanal Jaza…

mamak haji….kat mana boleh dapat pressure cooker tu..lama dok cari yg besar dan murah sikit…

Salam, Di Penang Street tak ada masalah. Kalu saudara inginkan satu set persssure cooker yang besar tak ada masalah mamak haji boleh bantu. Sila e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. T.Kasih. Wassalam.

Salam, kalu di Pulau Pinang boleh cari di Market Street atau Little India. Kalau tak dapat juga boleh e-mail mamak haji. Mamak haji tak berniaga tapi ingin bantu..wasslam.

salam mamak haji

resepi ni pun ceq dah cuba.Memang sedap n terima kasih krana sudi kongsi resepi.

Sempoi Mamak Haji. Memang best. Saya suka buat bagi pekat sikit. Terima kasih mamak haji untuk semua ilmu2 yang dikongsi bersama.

sedap tu sedap sagat ,,,

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,784,664 hits
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 461 other followers

%d bloggers like this: