PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

INGIN MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN RAKAN KONGSI?.

Posted on: Jun 10, 2012


Salam, minggu ini mamak haji kurang sihat, bila umur dah senja memang perlu menghadapi ujian-ujian yang sangat getir dari empunya diri. Hidup kita cuma pinjaman bukan hak kita menentukan bila kita sanggup tak sanggup meninggalkan dunia ini dan berhijrah ke alam yang kekal. Dunia perniagaan ini penuh dengan cabaran. Setiap hari kita akan hadapi cabaran baru. Ini yang membuatkan mamak haji sangat sayang pada karier perniagaan ini.  Di akhir setiap cabaran ini ada ganjaran yang tidak ternilai. Bidang perniagaan amat sesuai untuk orang yang inginkan cabaran dalam hidup. Ia seperti mendaki gunung, bila sampai dipuncak gunung tersebut kita rasa kita telah menawan keseluruhan gunung tersebut walau pun hanya menjejak kaki di puncak gunung tersebut. Inilah kepuasan yang terdapat dalam dunia perniagaan ini. Seperti kita ingin mendaki dan menguasai gunung kita perlukan Ilmu mendaki, begitu juga dalam dunia perniagaan kita perlukan Ilmu perniagaan untuk mengorak langkah. Tanpa Ilmu kita tidak akan kemana-mana. Mamak haji harap sesiapa ingin menceburkan dalam dunia perniagaan persiapkan diri anda dengan segenap Ilmu yang ada di sekeliling anda. Jangan membuta tuli ingin mendaki puncak gunung yang anda tidak memahami risiko, persediaan mental dan fizikal atau lupa membawa bekalan makanan, peralatan yang cukup untuk mendakinya. Anda akan kecewa dan penat. Penat yang tidak berbaloi untuk diri dan kelaurga yang bergantung kepada anda. Cuma semangat dan cita-cita tidak akan boleh membawa kemana-mana tetapi persediaan yang secukup dalam setiap langkah untuk mendaki kejayaan akan memberi keyakinan diri dan sudah semestinya anda akan berjaya. Masa dan hayat hidup bergerak dengan pantas di zaman yang erlumba kejar-mengejar masa, jika anda lambat, anda akan ketinggalan bas untuk ke destinasi yang anda ingin sampai. Setiap langkah menuju kejayaan dalam perniagaan harus sedia tempuh kesukaran. Seperti sasterawan Usman Awang berkata,  “Perjalanan penuh dengan onak dan duri”,  kejayaan cuma untuk anda yang sanggup memikul kepayahan-kepayahan dan kesukaran ini. Kejayaan tidak akan golek didepan mata anda. Kejayaan yang datang dari bantuan orang lain tidak kekal dan anda tidak boleh bangga dengan kejayaan itu kerana kepuasan kejayaan adalah perlu hasil usaha sendiri. Bila kita berjaya jangan lupa rasa syukur pada Allah SWT dengan sendirinya akan muncul sikap rendah diri dan peribadi yang mulia.  Kemegahan (pride) dan kehormatan diri (dignity) pasti kepunyaan kita. Bila usia kita lanjut, inginkan kehormatan diri (dignity) dalam menempuhi di akhir-akhir hayat ia tidak perlu pinta atau mohon. Inilah sebabnya warga negara usianya menjangkau 60 tahun digelar warga emas. Mamak Haji kadang-kala terfikir juga apakah layak kita inginkan kehormatan diri tanpa lakukan sesuatu untuk orang lain?. Apa kah sumbangan kita pada orang lain sehingga kita perlu dihormati..mungkin inilah anak-anak mamak haji kata, “Mamak Haji Nyanyok, main blog di usia tua senja begini”. hahaha, biarkan apa saja tanggapan mereka tapi tanggapan mamak haji tak semestinya sama dengan orang lain. Kita berhak mempunyai pendapat sendiri..bukan begitu?. Sebelum mamak haji melalut kesana kesini mai kita baca e-mail yang dikirim oleh seorang pengunjung blog.

e-mail:

Salam,
Maaf jika e-mail in menggangu mamak beristirehat, apabila membaca blog mamak membuatkan sy teruja untuk memulakan perniagaan. sememangnya cita2 sy ingin mempunyai sebuah restoren sendiri. Begini mamak, sy ingin memulakan perniagaan sebuah restoran masakan ala thai yang mana kompetitor sy disini hanya 3 buah yang mana dikendalikan oleh org muslim-dan masakannya ala kadar rasa. untuk makluman mamak, sy di sabah. kerana ramai orang asemenanjung di sini, sy rasa target customer adalah org2 semenanjung yg dhagakan masakan ala-semenanjung yng mereka dahagakn di sini.
sy tidak punyai modal yg cukup. sy ada seorang rakan kongsi yang mana kami contribute rm35k seorang,,,jadi ingin pendapat bagai mana harus bermula….
e-mail ini dari seorang pembaca blog yang ingin membuka perniagaan sendiri untuk mencapai cita-cita yang murni. Walau pun beliau ini seorang yang makan gaji (mungkin lumayan) tetapi jiwanya lebih tertumpu ingin berdikari dan ingin berniaga dan capai cita-citanya. Semangat orang seperti ini bukan mudah untuk padam. Semakin hari, semakin jiwanya ingin ke arah bidang perniagaan. Tetapi kalau perhatikan isi e-mailnya dibawah sekali beliau mengatakan beliau ingin berkongsi berniaga. Kemungkinan api semangat yang membara dalam jiwanya tidak boleh lagi dibendung. Beliau nak bergerak cepat. Walau pun nasihat yang di pinta itu bukannya tentang “Rakan Kongsi”, tetapi mamak haji rasa masalah utama beliau akan datang dalam perniagaan ialah “rakan Kongsi“. Definasi rakan kongsi membawa makna: “Perhubungan yang diwujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan (S3 (1), Akta Perkongsian 1961). Perjanjian perkongsian boleh dibentuk secara bertulis.
Biasanya memulakan perniagaan dengan rakan kongsi memberi banyak manfaat, kalau tidak pun ia pasti memberi manfaat secara tidak langsung pun tetapi sekurang-kurangnya kita punyai seseorang rakan yang boleh kongsi suka duka dalam menjalankan perniagaan. Kebanyakan rakan kongsi dalam perniagaan yang kita pilih adalah sahabat karib yang kita kenali. Bila mula berniaga dengan rakan kongsi dalam perniagaan sering kali kita tidak teliti dan takut membuat perjanjian bertulis bersama kerana dikhuatiri menyinggung perasaan sahabat baik kita. Keadaan akan terjadi ialah , “Nak telan mati bapak, nak luah mati emak“. Kalau kita dapat keraskan hati pun sahabat kita akan kata, “tak akan engkau tak percaya persahabatan kita selama ini?, Kita kawan bukan baru setahun dua?.” Cuba anda bayangkan perasaan yang akan mempengaruhi akal fikiran dan kita jauhi asas perniagaan. Inilah sebab kita sering tidak teliti dalam memilih rakan kongsi perniagaan yang dari kalangan saudara mara, sahabat karib atau orang yang memepunyai kedudukan tiunggi dari kita. Rakan kongsi dalam perniagaan seperti sebuah hubungan perkahwinan. Walau pun sebelum kita berkahwin, bercinta berberapa tahun, berbagai-bagai perjanjian manis dimulut diluahkan oleh kedua pihak tetapi luahan ini bukan jaminan untuk kita tidak akan bercerai. Bila bercerai, semua janji-janji mulut seperti janji air lior saja, tidak boleh pakai. Inilah sebab Undang-undang keluarga Islam meletakan syarat-syarat dalam perkahwinan secara bertulis. Selepas akad nikah setiap pasangan lelaki diwajibkan tanda tangan surat perjanjian perkahwinan ini. Banyak kali mamak haji terangkan perjanjian yang terwujud diantara dua pihak mengikut perpektif Islam perlu ditulis. Perkara ini Allah SWT telah perintahkan dalam Al-Quran. Segala yang kita luahkan adalah diertikan sebagai perjanjian membuka perniagan bersama rakan kongsi adalah pejanjian. Perjanjian ini perlu ditulis dan disahkan oleh seorang yang lantik menjadi saksi segala perjanjian dibuat secara sukerela ini. (sekiranya boleh, dapatkan perkhidmatan peguam). Ini penting dalam menjalakan perniagaan secara rakan kongsi. Kita bukan apa, masa mula berniaga keuntungan mungkin sedikit dan selalunya duit yang kecil kita boleh kawal tetapi katakanlah restoren anda meletop seperti restoren nasi kandaq di Pulau Pinang, sehari jualan mencecah kepada 25K. Masa itu duit banyak…duit ini akan kawal kita. Mulalah berbagai masalah melalui orang ketiga terutamanya dari keluarga terdekat akan timbul. Kita juga tak mahu satu hari nanti isteri atau anak rakan kongsi kita akan masuk campur hal perniagaan kita. Buat perjanjian awal-awal lagi sebelum mulakan perniagaan. Insyallah ia kan jadi yang terbaik.
Kebaikan rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut:
  • Membantu mengurangkan kos permulaan perniagaan (start-up cost).
  • Mudah untuk menguruskan perniagaan seperti tanggung-jawan dan juga kerja pengurusan.
  • Risiko yang akan dihadapi boleh dibahagi sama rata dengan rakan kongsi.
  • Rakan kongsi anda akan menjadi pembekal semangan motivasi untuk perniagaan.
Biasanya omputih kata, ” One Man Control Business is the best Business In The World”. Keburukan atau kontra rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut.
  • Anda tidak punyai hak mutlak dalam syarikat.
  • Keuntungan yang diperolehi perlu dibahagi sama rata.
  • Apa saja tindakan rakan kongsi anda, anda juga terbabit.
Mungkin ramai yang keliru apa yang mamak haji katakan “Perjanjian” itu. Ada juga akan memberi jawapan daftar syarikat sendirian berhad akan menyelesaikan masalah rakan kongsi. Sendirian Berhad dilindungi oleh akta syarikat negara. Perjanjian yang mamak haji katakan ialah perjanjian persefahaman yang dipersetujui di antara rakan niaga. Perjanjian Persefahaman yang dilindungi Hak dan tugas rakan kongsi dalam perniagaan. Didalam perjanjian persefahaman (Mutual Aggrement) ini diterangkan terperinci hak rakan kongsi dan obligasi di antara anda dan rakan kongsi. Perjanjian perkongsian dibentuk secara bertulis. Perjanjian perkongsian biasanya mengandungi perkara-perkara berikut: Pihak-Pihak kepada perjanjian (pekongsi), nama syarikat, tempoh perkongsian, cara-cara pembubaran, cara mengendali harta perkongsian dan modal perkongsian, bahagian syer, dan cara pengurusan perniagaan. Ia termasuk juga kuasa-kuasa dan hak rakan kongsi, liabiliti dan tanggungan rakan kongsi dan  lain-lainnya. Perjanjian ini adalah secara ‘am. maksud Mamak haji ialah membuat satu “perjanjian Bersama” diluar dari skop yang terdapat dalam tubuhkan syarikat perkongsian. Anda tak perlu membuka syarikat sdn.bhd yang berharga ribu tetapi boleh dibuat hanya dengan syarikat enterprise berkongsi tetapi mempunyai set perjanjian yang terbaik. Di bawah ini mamak haji memberi sedikit penerangan tentang perjanajian bersama yang disebutkan.
  1. Setiap ahli rakan kongsi mempunyai hak mengambil bahagian aktif dalam pengurusan dan adiminastrasi syarikat.
  2. Buku akaun syarikat perlu disimpan di pejabat operasi syarikat dan setiap rakan kongsi mempunyai hak akses untuk melihat atau memeriksa akaun sayrikat dan rakan kongsi boleh dapatkan bila-bila masa salinannya.
  3. Setiap rakan kongsi berhak berhenti  menjadi rakan kongsi dengan hanya dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi yang lain.
  4. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk kongsi bersama keuntungan dan juga kerugian.
  5. Sekiranya untuk mencukupkan aliran tunai syarikat, sekiranya ada rakan kongsi memberi pendahluan atau memberi pinjaman , dia berhak memperolehi kembali pinjamannya berserta denga jumlah tambahan yang telah dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi.
  6. Setiap rakan kongsi punyai hak untuk melarang ahli rakan kongsi baru dan juga menghalang dari persaraan rakan kongsi yang tersedia ada.
  7. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk saman di makamah untuk mencairkan syarikat (dissolution) disebabkan kegagalan dalam perniagaan. Perkara ini cuma boleh dilakukan apabila dalam keadaan kecemasan dimana dari syarikat menanggung hutan yang lebih berat.
  8. Semua rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan yang sama operasinya atau menggunakan nama syarikat .

Berikut adalah tugas-tugas yang dipertanggung-jawapkan kepada setiap rakan-rakan kongsi:

1. Setiap rakan kongsi perlu bertanggung-jawab untuk memajukan perniagaan yang disertainya.

2. Setiap rakan kongsi perlu berkerja bersungguh-sungguh mengikut kemampuannya untuk menjalankan perniagaan.

3. Setiap rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan sendiri atau pun mengambil peluang mencuri pelangan atau pun pekerja syarikat bagi menjalankan perniagaan persendirian yang akan memudaratkan syarikatnya.

4. Buku akaun sayrikat perlu sentiasa dikemas kinikan untuk paparan semua rakan kongsi.

5. Semua rakan kongsi bukan saja mempunyai hak keuntungan tetapi segala hutang yang ditanggung syarikat juga perlu dibahagi sama-rata.

6. Setiap rakan kongsi dilarang menggunakan harta sayrikat untuk kegunaan peribadi.

7. Setiap rakan kongsi perlu ikhlas, tawakal pada Allah SWT, bertanggung jawab pada kemasyarakatan dalam menjalankan perniagaan.

Penjelasan di atas cuma adalah contoh yang perlu terdapat dalam surat perjanjian bersama (Mutual Aggrement) sebelum anada mula menjalankan perniagaan. Anda boleh tambahkan atau buang apa saja dari perbincangan dengan rakan kongsi. Perjanjian bersama ini bukan saja memberi kebaikan kepada syarikat, untuk anda dan rakan kongsi anad lebih yakin dengan syarikat yang anda bakal tubuhkan. Wassalam.

About these ads

9 Respons to "INGIN MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN RAKAN KONGSI?."

salam, encik roslan, sy ingin mencari pelabur didalam bisnes bazar ramadhan yang bakal menjelang ini bagi menampung modal permulaan.
bolehkah encik roslan berikan sy sedikit tunjuk ajar bagi mencari pelabur serta kaedah tepat bagi mencari pelabur dalam bisnes bazar ramadhan sy.

ini emel sy..irfan_dashination@yahoo.com

Salam, cara yang terbaik mencari modal permulaan ialah melalui saudara mara dan rakan. Apa yg penting perlu ingat dalam bazar ramadhan ialah “titik Pulangan Modal” atau break-even point.Katakan anda cuma menjual cuma mee goreng yang satu bungkus berharga RM1.00. Modal yang dikeluarkkan. Sewa tapak RM300.00 sebulan.sehari RM10.00. gaji anda RM40.00. modal kos bahan masakan RM50.00. Jumlah adalah RM100.00. Maka anda perlu dan mesti menjual seratus bungkus dari pukul 4.00ptg hingga 7.00 ptg untuk mendapatkan cuma modal saja.Sekiranya anda ingin untung 40 peratus maka anda perlu menjual 140 bungkus.Inilah fakta yg selalunya peniaga lupa. Pada awal 4-5 hari perniagaan pasar ramadhan akan kurang kerana masing-masing masak sendiri. diakhir seminggu sebelum akhir puasa..mulai orang balik kampung.Cuba fikirkan hari berniaga purata cuma 20 hari saja.Jadi pemilihan menu jualan amat perlu dikaji.

Mamak haji memang berniata ingin menulis sebuah atikal tentang perniagaan Bazar Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan ini. tentang pelabur yang terbaik ialah ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.Ceritakan strategi perniagaan, pemulangan modal dan yakinkan mereka insyallah siap juga ingin melabur sekiranya mendapat pemulangan yang baik.Biasanya mendapat pulangan lebihi 20 peratus adalah pemulangan terbaik. Bank tempatan cuma memberi 3.5 peratus untuk setahun atau pun ASB cuma 13 peratus untuk setahun. Ini untuk sebulan 20 peratus siapa tak nak?. 20 peratus lagi untuk anda termasuk gaji. Cukup lumayan bukan?.Mulakan rancangan perniagaan dan mula mencari pelabur ikut kemampuan. Sekiranya anda perlukan RM1000. cari pelabur 5 orang setiap seorang RM200 termasuk anda. Cara ini mungkin mudah dari mencari pelabur cuma seorang RM1000.00

Salam, cara yang terbaik mencari modal permulaan ialah melalui saudara mara dan rakan. Apa yg penting perlu ingat dalam bazar ramadhan ialah “titik Pulangan Modal” atau break-even point.Katakan anda cuma menjual cuma mee goreng yang satu bungkus berharga RM1.00. Modal yang dikeluarkkan. Sewa tapak RM300.00 sebulan.sehari RM10.00. gaji anda RM40.00. modal kos bahan masakan RM50.00. Jumlah adalah RM100.00. Maka anda perlu dan mesti menjual seratus bungkus dari pukul 4.00ptg hingga 7.00 ptg untuk mendapatkan cuma modal saja.Sekiranya anda ingin untung 40 peratus maka anda perlu menjual 140 bungkus.Inilah fakta yg selalunya peniaga lupa. Pada awal 4-5 hari perniagaan pasar ramadhan akan kurang kerana masing-masing masak sendiri. diakhir seminggu sebelum akhir puasa..mulai orang balik kampung.Cuba fikirkan hari berniaga purata cuma 20 hari saja.Jadi pemilihan menu jualan amat perlu dikaji.

Mamak haji memang berniata ingin menulis sebuah atikal tentang perniagaan Bazar Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan ini. tentang pelabur yang terbaik ialah ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.Ceritakan strategi perniagaan, pemulangan modal dan yakinkan mereka insyallah siap juga ingin melabur sekiranya mendapat pemulangan yang baik.Biasanya mendapat pulangan lebihi 20 peratus adalah pemulangan terbaik. Bank tempatan cuma memberi 3.5 peratus untuk setahun atau pun ASB cuma 13 peratus untuk setahun. Ini untuk sebulan 20 peratus siapa tak nak?. 20 peratus lagi untuk anda termasuk gaji. Cukup lumayan bukan?.Mulakan rancangan perniagaan dan mula mencari pelabur ikut kemampuan. Sekiranya anda perlukan RM1000. cari pelabur 5 orang setiap seorang RM200 termasuk anda. Cara ini mungkin mudah dari mencari pelabur cuma seorang RM1000.00

salam mamak aji. sedih baca blog kali ni. terima kasih kerana nota break even tu. selama nana berniaga, nana buat mcm tu cuma tak tahu org panggil tu break even point. pengajaran nana dpt dr berkongsi berniaga ni, satu dgn 2 org pak haji, kedua dgn adik sendiri… memang benar kata mamak aji, “One Man Control Business is the best Business In The World”. dgn pak aji berdua tu, sorang senyap2 tarik diri bila bini larang menyumbang wang, cuma kudrat saja yg boleh. sorang lagi sumbang wang 1/7 tapi dr jumlah modal dan kudrat 1/3 dr total urusan restoran. nana yg janda ni, kerja sepenuh masa atas anggapan mereka lapaq duit, melarat, pulun 80% modal dan operasi restoran. tapi bila malam, pak haji kedua, ambik semua duit sale atas alasan nk bank in, bini dia pagi2 mai check, nana masuk kerja pkl berapa, berapa sale, sapa ambik duit plus, cerita kt semua staff nana buka restoran share dgn laki dia sbb nak rebut harta depa! full stop. yg tu sampai mati dan memang kalau boleh, hari ni juga rasa nk tabur abu org mati depan kedai depa! dengan adik lagi ngilu. beria2 push nana ambik tawaran food court. bila nana kata tadak modal, dia bagi 300.5000 lg nana punya. janji jaga secara bergilir dgn pekerja sorang. tp hari kedua pekerja dah panjang tgn. mak masuk jaga duit. sepatutnya. tp end up mak jaga kedai siang malam. adik entah ke mana. duit hilang sbb dah bedak awal2 sblm tuan sempat kira. la ni mak dan adik bermusuh dgn nana. kedai pun nana tutup dah. sakit duit hilang, sakit lagi hati yg kecewa. sekarang lost money lost family. sumpah lps ni nana takkan buka kedai dgn sapa sapa dah. it will be One Man Control Business!

Salam nana,
Betul apa yang nama kata, sedih juga membacanya. Terima kasih atas kisah begitu touching. Mamak Haji juga ada sebuah kisah bagi peniaga-peniaga yang ingin membukan perniagaan perkongsian 50-50. Walau pun sendirian berhad cara terbaik untuk membuka perniagaan tetapi bila syer syarikat 50-50 banyak menimbulkan masalah. Ini kisah Mr.Nathan dan Ahmad membuka sebuah restoren dengan syer ekuitinya 50-50. Mr.Nathan dan Ahmad adalah sahabat karib dari zaman kanak-kanaklagi. Walau pun Mr.Nathan ini seorang bukan Islam tetapi pandai mengaji dan juga tahu sebelok-belok adat resam Melayu. Mereka berdua memasuki tentera dan selepas perkhidmatan 13 tahun berhenti dari tentera.Biasanya tentera berkhidmat selama 13 tahun tidak ada pencen tetapi mereka dapat sejumlah wang yang besar dari Tabung Angkatan Tentera seperti juga wang simpanan KWSP. Dengan niat dan semangat berkobar ingin membuka restoren kedua mereka menceburkan diri dlm perniagaan restoren dengan modal permulaan berniaga RM30,000 masing-masing dengan 50% masing-masing. Ahmad adalah orang utama menjalankan perniagaan. Mr. Nathan ditugaskan sebagai menjaga akauan syarikat. Maka amatlah maju sayrikat mereka. Mr.Nathan dengan Ahmad persahabatan mereka semakin rapat dan ramai kataka mereka ini seperti adik-beradik.Oleh kerana mereka berdua tidak berkerja mereka cadang mengambil gaji dari sayrikat RM2,000 sebulan. Ahmad menjalankan semua tugas-tugas sebagai pengurus restoren kerja tungkus lumus..tetapi oleh kerana Mr.Nathan ini bukan Islam di tidak menjalankan sebarang tugas-tugas di Restoren. Semakin hari semakin majulah restoren mereka. sehingga simpanan tetap mereka di bank mencecah kepada hampir 1/2 juta tunai. Maka mulalah ketidak puas hatian wujud di antara mereka kerna Ahmad mohon gaji dia dinaikan kepada RM5,000.00 sebulan. Mr.Nathan juga hendak gaji yang sama.Ahmad tidak puas hati terhadap Mr.Nathan goyang kaki saja dapat 5K sebulan wal hal Ahmad hempas pulas berkerja. Pada mulanya bermula sebagai syarikat adik beradik kini menjadi musuh ketat. Bila ahmad tanda tangan cek, Mr.Nathan enggan tanda tangan. Bila Mr.Nathan memerlukan tanda tangan, Ahamad pulak enggan tanda tangan. Semakin lama semakin permusuhan mereka menjadi teruk. Sehingga cek gaji pekerja selama dua bulan mereka enggan tanda tangan. Sehingga kes ini dibawa ke pejabat buruh dan makamah buruh. Restoren sudah lumpuh, perniagaan ditutup kerana merebutkan wang tunai dibank 1/2 juta.Masing-masing tak mahu bahagi sama rata 50-50. kerana Ahmad tidak mahu Mr.Nathan memperolehi 50% dari wang tunai di Bank, kerana dalam fikiran dia, gaji dan elaun selama dua tahun ini, dia telah pun perolehi lebih dari sejuta dengan hanya modalkan 30 ribu.Maka Mr.Nathan ini membawa kes ini ke Makamah untuk menyingkirkan Ahmad sebagai pengarah syarikat. Kes berlanjutan di makmah selama emapat tahun. Wang simpanan 1.2 juta tunai tidak memberi apa-apa manfaat. Akhirnya Mr.Nathan mengupah seorang peguam yg handal..kemenangan bagi pihaknya. Ahmad kehilangan segala-galanya dari perniagaan, rumah-tangga yang haru biru dan kini beliau berkerja sebagai tukang masak. Mr.Nathan yang tamak dan haloba selepas memperolehi setengah juta dari usaha kawan rapat tak sempat menghabiskan duit dan meninggal dunia disebabkan kanser kolon yang serius. Keluarganya mengatakan Ahmad telah sihirkan Mr.Natahan…Mamak Haji rasa bukan disuhir tetapi hati yang tak tenteram kerana kesalahan yang dilakukan terhadap Ahmad telah menghantui dia. Inilah kisah dua sahabat yang membuka perniagaan restoren menjadi jutawan dan kaya tetapi hancur lebur kerana perkongsian yang tidk bertulis dengan baik. Wassalam.

Assalamualaikum wbt tuan haji..

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam bagi nabi junjungan Muhammad saw. Selamat malam dan selamat meneruskan perjuangan dalam penulisan blog ini yang sangat2 bermanfaat bagi para usahawan baru seperti saya. Saya berdoa agar Allah merahmati dan memberkati segala usaha dan penat lelah tuan dalam perkongsian maklumat tentang dunia perniagaan makanan ini.

Sebelum saya meminta pandangan tuan berkaitan perniagaan yang akan kami jalankan, izinkan saya berkongsi pengalaman hidup dan pengalaman perniagaan yang sangat sedikit. Setinggi-tinggi syukur pada Allah swt kerana memberi peluang pada saya untuk menghafaz Kalam-Nya dengan baik walaupun diuji pelbagai cabaran hebat diantaranya ialah pemergian ibu dan ayah ketika masih dalam proses menghafaz Al-Quran pada umur 15 tahun. Ketika menyambung pelajaran di kolej saya dihimpit masalah kewangan yang mendorong saya berniaga seperti menjual burger, char kuey teow, nasi lemak, kereta sewa dll.

Alhamdulillah kini saya mempunyai pekerjaan. Namun dalam pada itu saya dan sahabat bercita-cita untuk membuka pusat pengajian tahfiz. Oleh itu kami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan restoran yang diberi nama ‘Al Huffaz Kitchen’ bagi menjana dana untuk membina sebuah Madrasah Tahfiz atas sebidang tanah milik arwah ibu dan ayah saya. Perancangan konsep restoran kami ialah ala food court. Kami bercadang menyediakan masakan panas, minuman dan masakan celup tepung seperti ikan, sotong, udang, keropok lekor dll. Kami juga merancang menyewakan sebahagian tapak restoran kami untuk makanan lain seperti western, roti canai, sate, burger dan char kuey teow. Disamping itu kami juga ingin menyediakan sudut bacaan dan info2 berkaitan Islam seperti Hadith, sejarah dll.

Oleh itu kami amat berharap agar tuan dapat memberi pandangan dari segenap aspek seperti perjanjian perkongsian perniagaan antara saya dan rakan, perjanjian sewa tapak, konsep hiasan kedai, operasi perniagaan, konsep info Islam dan apa jua pandangan yang berkaitan perniagaan yang bakal kami jalankan.

Semoga Allah membalas jasa tuan dalam kesediaan memberi nasihat dan pandangan yang bernas.

Jazakallahu khairaljazak… :-)

Salam..Ini satu usaha yang murni. Boleh tak e-mail mamak haji tentanmg rancangan saudara. Bagi mamak haji banyak perkara perlu fikirkan untuk membuka food court seperti saudara bercadang itu. Apa yang mamak haji perhatikan “Food court orang Cina semakin maju” tetapi foodcourt yang orang Melayu buka semakin kebelakang. Mamak Haji belum buat penyelidikan terperinci perniagaan seperti saudara cadangkan itu.Apa yang mamak haji risaukan ialah mengikut “murphy law” tentang ekonomi…”Anything Go Wrong, Will Go Wrong”. Dalam bidang perniagaan apa saja perniagaan yang ingin melabur perlu ada, Market Entry Strategy.Ia adalah satu rancangan yang membimbing syrikat bagaimana memberi perkhidmatan, kepada pemasaran yang kita sasarkan.Faktor yang memberi kesan kepada pemasaran baru yang kita sasarkan seperti berikut.Produk atau perkhidmatan, resources, persaingan, polisi dan cara pelaksanaan, Pemasaran dan promosi, saluran pengagihan dan juga harga.Dan banyak lagi yang perlu kita buat analisa. Kesuruhan analisa ini bergantung kepada 6W+1H..when, where , which, who, why and how. Mamak haji sarankan anda mulai kaji tentang “Consumer behavior” atau “Sifat-Sifat pengguna”. e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.

salam sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan perkongsian bolehlah mintak khidmat saya utk wat agreement…email nh_iezla90@yahoo.com

salam tuan haji. saya sekarang dalam delima kerana rakan kongsi telah tarik diri dalam perniagaan restoran.masaalahnya sekarang dia meminta modal yang dilabur sewaktu mula-mula kita membuat perniagaan ini sebanyak 20 peratus.masaalahnya saya tak ade wang yang di minta.saya cuma nak pandangan dari tuan haji bagaimana kiraan sebenar untuk saya membayar kepada rakan saya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,868,455 hits
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 470 other followers

%d bloggers like this: