PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI BULAN RAMADAN 1: RENDANG AYAM BEREMPAH.

Posted on: Julai 25, 2012


Salam, mamak haji mohon maaf kerana kini posting diblog ini semakin perlahan. Ada juga mamak janji untuk poskan daun beriani dan jintan hitam kepada pengunjung blog ini sebelum bulan ramadan tapi masih lagi belum tunaikan permintaannya. Bahan sudah dibeli tapi nak poskan ke Langkawi belum lagi dilakukan. Mamak Haji masih kejar masa. Mamak haji rasa sedih janji poskan hari sabtu jani tinggal janji, sampai lah ini belum poskan. Mamak haji sebenarnya tak kuat lagi bawa kenderaan , harapkan anak-anak membawa, mereka kata sibuk. Kadang-kala bila umuq meningkat senja terasa diri ini tidak lagi dipedulikan oleh orang sekeliling kita. Bila kita dah tua kita inginkan orang sekeliling kita menghormati kita. Mamak haji tertanya-tanya  juga apakah orang keliling kita perlu hormat golongan tua kerana umur , pandangan atau pun jasa?. Apakah bila umur dah lanjut kita akan jadi golongan hipokrasi dan terasa diri kita lebih makan garam dari orang lain?. Kenapa hati kita sentiasa mencari sesuatu yang belum pasti perolehi. Apa sebenarnya makna sebuah kehidupan dalam usia lanjut?. Tubuh kita kepunyaan tanah tapi kita masih berlumba-lumba ingin memiliki tanah. Kita berjuang semasa muda ingin memiliki tanah berekar-ekar, tapi kita lupa akhirnya kita akan menjadi hak milik tanah 6X3X6 jua. Perlumbaan diantara tanah dan kita, kita akan mengalah kepada tanah akhirnya. Roh ini dimiliki oleh Allah SWT. Dia meniupkan roh dalam perut ibu selepas 40 hari dan hanya dia berhak menarik keluar bila sudah sampai masanya. Kedua-dua ini bukan milik kita. Milik kita cuma sebuah hati. Hati ini mencantumkan Tubuh dan Roh menjadikan kitsa hidup dan bentuk sebuah kehidupan. Kehidupan kita sebenarnya bergantung kepada hati. Hati menentukan segala-galanya. Allah SWT beri kebebasan untuk kita memiliki hati melalui pemikiran akal. kewujudan hati dan akal berlainan. Baik atau jahat seseorang ditentukan oleh hati. Maka niat atau nawaithu ditentukan hati bukkan pemikiran akal.  Maka niat  itu lebih musthak dari perbuatan itu sendiri. Allah SWT sentiasa lihat hati kita, bukan perbuatan. Maka puasa adalah pengubat hati yang terbaik. Ia membersihkan hati kita supaya kehidupan kita kelak menjadi bersih. Bila hati kita bersih segala perbuatan melalui anggota tubuh badan pun jadi bersih. Bila hati ini bersih, Hati kita mula jijik dengan perbuatan kotor dan jijik. Inilah Fitrah manusia. Keikhlasan perlu dalam segala perbuatan kita.

Sekian hari, sekian ramai pasangan suami isteri bercerai di negara kita. Masalah suami-isteri ini cuma satu saja, tiada keikhlasan dalam rumah-tangga. Suami mengharapkan sesuatu dari isteri dan si isteri pula harapkan sesuatu dari suami, bila mana tak dapat apa yang hajat maka rasa kecik hati kepada pasangannya. Si suami perlu ikhlas kepada si isteri tanpa harap sesuatu balasan dari isterinya, si isteri pula kena berikan apa saja keperluan suami tanpa harap sesuatu kembali. Dengan sebab itu mamak haji selalu peringatkan masaklah untuk suami anda dengan ikhlas nescaya masakan anda menjadi masakan paling sedap. Sentiasa praktikan memberi dari  menerima, rumah-tangga sentiasa akan damai dan tenteram. Bangsa yang selalu suka menerima akan menjadi bangsa yang pemalas. Dalam Islam kita tidak digalakan meminta-minta (peminta sedekah) walau pun pangktat atu jawatan, tapi diunjur menjadi pemberi (sedekah). Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Gunakan kesempatan bulan ramadan yang penuh barakah untuk memberi atau bersedekah  yang termampu. Ia bukan saja mendapat rahmat dari Allah SWT tapi membersihkan hati kita.

Resepi kali ini mamak berikan ini sedikit mengubah resepi kemelayuan kepada mamak…. Rempah dan Mamak sepert aur dan tebing kah?hahaha!. Bila mamak haji cuba resepi ini di kantin mami, ia telah menjadi resepi paling disukai pekerja-pekerja dari benua India seperti pekerja Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan juga Indonesia. Rasa resepi asal mamak haji kekalkan tapi tambahkan dengan rempah kari daging dan dijadikan ia berempah sedikit dan tambahkan daun salam Indonesia sebagai resepi padang atau Medan.

RESEPI RENDANG AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) di potong 10 bahagian. Bersihkan dan lumurkan dengan 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan 1/2 sudu kecil garam. Daging ayam yang dijual pasar adalah terlalu lembut dan cepat penyek atau hancur bila di masak jangka masa yang lama. Untuk elakan ini kita perlu goreng sedikit permukaan daging untuk tujuan kerasakan. Sekiranya gunakan ayam kampung, proses ini tidak perlu dilakukan kerana sememangnya daging ayam kampung keras.
  • 1 cawan santan pekat, kalau gunakan buah kelapa, 1 biji dengan 2 cawan santan diperah.
  • 1/2 cawan kerisik. Sekiranya gunakan kelapa parut, goreng kering sehingga perang dan ditumbuk denganguna  batu lesung sehingga lumat dan minyak dikeluarkan.
  • 4 helai daun salam (Indonesia)  atau 2 helai daun kunyit.
  • 1 btg serai diketuk.
  • 2 keping asam keping/gelugor.
  • 1 keping gula melaka.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk kari daging/boleh tambah 1 sudu lagi kalau ingin lebih berempah.
  • satu senduk kecil minyak masak.
  •  Garam secukup.

Bahan tumis untuk dikisar:

  • 3 biji bawang labu sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 batang serai dihiris halus.
  • 2 inci lengkuas dihiris.
  • 1 inci kunyit hidup dibuang kulit dan dihiris.
  • 15 tangkai cili kering direndam dalam air panas.
  • 10 biji cili api.

Kisar bahan-bahan di atas dengan kadar 1:1 air.

CARA MEMASAK:

1. Panasakan kuali, masukam minyak masak, bila panas masukan 1 batang serai yang telah diketuk. Masukkan bahan kisaran dan asam keping, kacau rata. Biarkan api dapur pada sederhana.  Bila perencah ini mula pecah minyak (minyak akan timbul di sekeliling tumisan), Masukkan gula melaka dan dua sudu rempah kari. Biarkan gula Melaka larut dalam tumisan (bumbu).

2. Masukkan santan dan biarkan ia masak secukup (Ini bertujuan rendang anda tidak basi dan baik dalam jangka waktu yang lama).

3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan ketulan ayam dan kecilkan api. Kerap kali kacau ayam ini supaya dipermukaan bawah tidak hangus. Sekiranya terlalu pekat anda boleh gunakan air panas untuk cairkan sedikit. Ini masakan rendang bukan kari, maka rendang yang kering dan lembab  diselaputi dengan ketulan ayam paling enak dimakan.

4. Rendang yang terbaik adalah rendang yang telah pecah minyak. Minyak perlu timbul  dan menjadi selaput yang melindungi  dari bakteria yang boleh basikan rendang ayam. Ini juga cara yang sama digunakan dalam masakan resepi nasi kandar.

Nota: Setiap masakan nasi kandar perlu ada minyak dipermukaan di atas bayangkan masa masakan. Kebelakangan ini ramai yang takutkan minyak kerana kandungan lemak. Pepatah, “kalau takutkan gelombang, jangan buat rumah ditepi pantai”….kalau takutkan minyak jangan masak masakan orang timur. Makan saja daun-daun jadi kambing atau makan saja buah-buahan, jadi monyet …hahahaha!. Mayonis dan burger McD itu lebih banyak Kolestrol dari masakan santan kita. Piiirah… Mat Salleh..arak itu lebih buruk dari minyak kelapa sawit kita. Kenapa tak ada kempen berhenti minum alkohol dinegara barat?. Sila cuba resepi ini. Oleh kerana ada yang mintak bubuh gambaq setiap masakan..mamak haji akan cuba ambil gambaq, bila masak. hahahaha.. mami, dok ketawakan mamak haji..hehehe!. Macam janggal sangat mamak haji nak  jadi kameraman. Tapi tak apa, polisi mamak haji, “customer always right”. Wassalam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,786,461 hits
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 461 other followers

%d bloggers like this: