PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI AYAM GORENG PANDAN.

Posted on: Disember 29, 2012


Penyediaan untuk digoreng

Penyediaan untuk digoreng

Setelah digoreng

Setelah digoreng

Salam untuk semua pembaca yang budiman, lama tak buat posting dalam blog ini. Harap maaf. Bulan Disember ini memanglah bulan yang paling sibuk untuk katerer macam mamak haji ini. Musim cuti sekolah yang akhir ini memang banyak kenduri. “ada air, adalah ikan”. Rezeki kita sebagai katerer tak menentu. Mungkin tahun ini , tahun terakhir untuk Mami berniaga kot?. Mamak Haji tak mahu mami berniaga lagi tahun depan. Cukuplah apa yang Allah kurniakan itu. Mamak haji lama dah berhenti berniaga kerana kesihatan mamak haji tak izinkan  Kadang-kala Mami berniaga tak sampai hati pulak mamak haji dia berkontang-konting seorang kerana tidak cukup pekerja yang boleh harapkan. Maka inilah sebab  mamak haji sibuk sangat, bila siang penat, malam pulak mengantuk cepat dan tidur. Mamak haji pulak terpaksa membantu mami kerana anak lelaki yang jadi orang kuat kiri dan kanannya mengalami kemalangan. Seorang patah kaki dalam kemalangan jalan raya dan seorang lagi kemalangan di tangan yang mana urat tangan pergelangan hampir putus di dapur. Maka mamak haji kena turun padang, biasanya mamak haji cuma jaga di dapur, dan membebel untuk menunjukkan kehadiran..hahaha!. Sebenarnya bila kita dah tua ini telah menjadi “perfectionist”. Perfectionist adalah satu jenis penyakit mental. Kita mahu semuanya terbaik. Tidak ada cacat-cela dalam segala perkara. Tidak ada perasaan tolak ansur dengan kesilapan didepan mata. penyakit ini bahaya. Pantang anak, isteri sahabat buat salah, terus tegur tanpa pentingkan perasaan orang lain. Inilah mamak haji cuba elakan dalam kehidupan seharian. Pepatah Melayu, “Gayung tua, Gayung Pemutus” atau “banyak makan Garam”, sudah tidak boleh pakai-guna lagi pada generasi muda. Kadang-kala sampai takut mamak haji nak makan di kedai bukan tidak ada wang tapi nanti tertegur empunya taukeh kedai makan. Contohnya mamak haji ke kedai makan semalam di Perda, Bukit Mertajam dan teringin makan bubur nasi. Kalau nak buat bubur nasi memakan masa sekurang-kurang 45 minit hingga 1 jam. Beras jadi nasi dan nasi perlu jadi bubur. Untuk jadi bubur nasi yg sedang masak itu sentiasa kena kacau supaya hancur dan api perlu kecil setelah masak kerana bubur perlu sentiasa panas, kalau tidak akan beku dipemukaan atas jadi lempeng nasi. Kalau nak buat untuk seorang ia adalah pembaziran. Bubur nasi ini digelar “Congee” dalam bahasa inggeris. Congee adalah perkataan pinjaman dari India, zaman empayar British. Bubur nasi ini perlu masak dengan stok ayam yang segar. kalau stok ayam pun tak tahu buat, dan cuma buat sup nasi ayam dan tuang dalam bubur, itu bukan bubur nasi. Banyak kali mamak haji terangkan tentang buat stok segar ayam sangat mudah dan boleh disimpan di peti sejuk untuk berbagai gunaan masakan. Semasa bersihkan ayam untuk masak lauk, simpan bahagian-bahagian ayam tak perlukan seperti kepak. leher, kaki, lemak di bahagian belakang dan lemak ayam yang berlebihan. Cara masak stok ayam pulak, masukkan air dalam periok stok dan rebus. Tambahkan karot, bawang besar, halia, daun saderi/celery. kalau ingin wangi boleh masukan daun herba Inggeris seperti rose merry atau taragon. Bila sup anda mula mendidih, kecilkan api dapur, tutup periok dan reneh lagi dalam 30 minit. Tentang cara reneh ini mamak haji banyak terangkan dalam posting resepi kurmak, sup kambing dan lain-lain.Sejukan sup tadi dan simpan peti sejuk. Lemak ayam akan beku di permukaan atas sup, ceduk dan buangkan lemak ini atau boleh simpan untuk masak nasi ayam atau sayur sebagai minyak. Tapi hindarkan lemak seperti ini. Sekarang anda punyai stok ayam yang segar dan paling terbaik dirumah. Ini guna stok ayam maggilah atau knorrlah buat apa?. MSG banyak itu..bila MSG banyak dan di didihkan semasa masakn, reaksi kimia akan berlaku dan bahan sebatian kimia baru ini akan rosakan sel otak mati. Bila anak kita tak pandai dalam sekolah, salahkan diri anda dulu kerana pemakanan yang anda sediakan untuk anak-anak dan suami tersayang banyak yang tak betul. Mamak Haji cakap saja , anak-anak mamak haji pun kong-kalikong jugaklah.  Kalau tegur mami, masak jangan guna minyak banyak..mami akan tunjuk perasaan dengan buat masakan rebusan saja nanti. Kalau dah tue-bangka memang sukar nak kisah sanagat pasal pemakanan kesihatan untuk keluarga ini, elok mamak haji tulis diblog untuk golongan muda yang ingin jaga kesihatan.

Pemakanan yang betul amat perlu dititik beratkan dalam keluarga. Anda tahu kenapa keturunan Yahudi ini pandai dan bijak?. Adalah dari kajian kata, 100 anak Yahudi diuji IQ,  90 dari mereka adalah IQ tahap yang paling tinggi dari bangsa lain di dunia.  Ini bukan kebetulan atau sebab genetik tetapi pemakanan yang telah dirancang oleh bangsa Yahudi yang turun temurun. Ini dipanggil, “Regulation of Kashrut” atau “kosher” Yahudi.   Bangsa Yahudi ini amat menitik-beratkan undang-undang pemakanan “Halakha”. Kita di negara ini pun ada juga undang-undang Halal, undang-undang halal kita beri lesen Halal untuk peniaga makanan bukan Islam. Orang bukan Islam kalau masak dan niaga untuk orang Islam akan menjadi halal sekiranya yang buakan Islam dikedainya tampal logo halal. Apa punya samdoollah kita semua  ini?. Kita ini, macam tak kerja lain, pii halalkan masakan dimasak oleh bukan Islam. Kita perlu jana ekonomi orang islam tapi di negara ini orang Islam dalam ekonomi sudahlah tercorot tapi kita yang pegang tampok kuasa politik pii bantu sangat dalam segala aspek orang bukan Islam menjana ekonomi. Lama kerajaan dah bantu ekonomi orang bukan Islam di negara ini sehinggakan ramai yang telah amat berjaya. Bila dah berjaya pii lah negara lain bawa balik duit untuk negara yang bantu kamu. Ini tidak , kalau boleh nak kikis licin di negara ini. Yang kita pulak satu hal asyik megah buat demontrasi kononnya menjaga kesucian Islam, nak bikin negara Islam baru, nak tunjuk siapa terlebih Islamik dengan pakaian, dan kalu boleh buang kereta, pakai unta dan kuda. Ada pulak orang dah buat bangunan sekolah-sekolah yang terbaik nak pii duduk kat pondok yang jamban nak berak pun tak ada, tak lama lagi gua-gua di banjaran titiwangsa penuh dengan golongan ini. Alahai, Makanan pun kita tak mampu jaga kesucian Islam, apatah lagi undang-undang negara, politik, ekonomi dan lain-lain yang paling mencabar untuk laksanakan mengikut Islam?. Berapa kali pernah anda mendengar khutubah tentang pemakanan Islam di khutubah Jumaat. Ada kah?. mamak haji dah umuq 60 tahun , tak pernah  dengar?. Nabi Mohammad saw banyak bersabda tentang makanan dan kesihatan ummah untuk menjadikan ummah ini yang terbaik di dunia ini. Kalau mamak haji tulis tentang makanan Islam ini diblog, yang bacanya cuma satu atau dua orang saja..hahaha!. Biarlah kita dengan nasi kandar dan sambal belacan dan budu, tempoyak, pasti ramai yang ingin baca resepi kita. Mai kita sama-sama jadi samdol untuk wujudkan negara Islam ini terhebat di dunia. Mamak Haji teringin nak buat rekod Guiness dunia, masakan nasi kandar dalam periok terbesar didunia? kerana  masakan “lemang” terpanjang didunia orang Melayu sudah tercipta di negara ini. Ada juga yang ingin buat peram budu, cicalok dan tempoyak dalam bekas terbesar di dunia. Agar kita doa ummah di negara ini berjaya hendaknya.

RESEPI AYAM GORENG PANDAN:

BAHAN-BAHAN:

  • 8 – 10 ketul ayam yang telah dibersihkan.
  • 3 batang serai diketuk hancur.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).

Perencah dikisar untuk peram:

  • 5 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia. 
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inchi lengkuas.
  • 1 sudu besar ketumbar.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 15 biji cili padi/api.
  • 100gm santan pekat.
  • 1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
  • 1 sudu besar sos perasa tiram.
  • Garam dan minyak masak.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam.

2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik.

3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayan dengan lidi pembersih gigi (tooth pick).

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.

5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.

About these ads

6 Respons to "RESEPI AYAM GORENG PANDAN."

salam tuan haji..tuan haji nk minta penjelasan.lada hitam tu 1/2 sudu ka @ 1/2 kilo haha..

2012/12/29 PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

> ** > Mohammad Roslan posted: ” Penyediaan untuk digoreng Setelah > digoreng Salam untuk semua pembaca yang budiman, lama tak buat > posting d”

Salam yasmie …hahaha..1/2 sudu kecil lah..dah nyanyuk mcm inilah. T.kasih beritahu. Lama senyap je…marah kah apa dgn mamak haji?.

Assalamualaikum mamak haji,
Suka sangat baca coretan mamak haji. Tk kerna share knowledge ygm ada. Memang betul cakap mamak haji tu. Bila usia dah semakin meningkat, kita bersikap perfectionisist. Saya rasalah orang penang memang cerewet kot …! Sebab sy pun orang Penang jati. Mak pun cerewet dan sy pun agak cerewet. Ada saja yang x betul.Lagi satu pasal isu halal tu sy sokong 100 percent. Di kl ni asal ada logo halal semua orang akan masuk makan, walaupun dah sah di depan mata cashier nya bukan orang Islam.
Teringin nak face 2 face dgn mamak roslan dan mami bila balik penang nanti . Mamak tinggal kat penang area mana ?

Salam..hahaha, orang penang memang fussy..suka gabra!. Insyallah, Mamak haji biasanya kat Tanjung..tapi kebelakangan Ke Bukit mertajam selalu kerana rindu kat cucu…hehehe!. Nanti e-mail mamak haji kalau ke Tanjung. mohd.roslan99@gmail.com

Salam mamak haji lama mamak haji tak update resepi ehheh rindu D5 ngan resepi terbaek mamak haji.. Terima Kasih byk2 Mamak haji kongsi resepi ayam goreng pandan nie fuhhh mmg pebret D5 tu… 1 Lg je resepi mamak haji yg D5 teringin sgt2 hehhe dah lama D5 tunggu resepi ayam masak rose.. Harap nnt Mamak haji boleh kongsi ek. Mekasih byk2 atas resepi yg di beri..

Salam D5, Mamak Haji selalu juga singgah blog D5, Tentang ayam masak ros ini mamak haji dah poskan ayam masak merah. kebanyakan kenduri kahwin orang Melayu, mamak haji dapati ayam masak merah masakan Melayu beza masakan dari ayam masak merah cara masak mamak penang. Masakan mamak penang ayam masak merah kita gunakan, serbuk cili sebagai asas kepedasan tetapi masakan cara melayu gunakan cili kering kisar, dan mamak gunakan tomato puri dan sup tomato (kimball) tetapi chef Melayu gunakan sos cili dan tomoto. Ini yg membezakan ayam masak merah dan ayam masak ros. Sebenarnya nama ayam masak ros tidak ada, mamak restoren ubahkan namanya kerana resepi asal orang Melayu ayam masak merah. Sebenarnya ayam masak merah mamak penang yg mamak tulis dlm blog itu adalah ayam masak ros kerana warnanya pudar kerana gunakan cili merah hidup dan karot. Dengan sebab inilah mamak haji menulis resepi gunakan “Ayam Masak Merah Mamak Penang”.Jadi kita kekal resepi Masakan Melayu “ayam masak merah”. KIta tak boleh ubah nama resepi ikut sesuka hati, seperti mamak-mamak penang ini suka gelar diri mereka Melayu. Walau pun apa jua asal usul kita tetap perlu dikekalkan kecuali kita gunakan org Malaysia. Warga negara boleh ubah bukan keturunan. Mamak haji kadang sedih kat Penang ini..mamak-mamak ini lakukan etnik cleansing org Melayu…hahaha. Masakan Melayu banyak diubah-ubah oleh mamak dan jadikan resepi hak mereka. Seperti mee rebus itu asal dari orang Jawa. Di India mana ada mee rebus?..hahaha!. Seperti roti prata jadi roti canai. Char kuoy Teow masakan cina jadi masakan melayu..dan banyak lagi. Cuba anda bayangkan kalau kita ubah Speggeti Bolognoise itu kepada speggeti Padang Kota…ganjilkan. Bolognoise juga nama tempat begitu juga padang kota…tapi boleh kita terima?. Kerana spegeti itu makanan tradisi org Itali…mana ada mamak penang makan spegeti?.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,536,965 hits
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 450 other followers

%d bloggers like this: