TIP-TIP MASAKAN MAMAK HAJI 3: Sotong Kembang, Potatoes Wedges dan French Fries.
Posted by: Mohammad Roslan on: Januari 19, 2013
Salam, Mamak Haji dah terlalu penat dalam seminggu, dua ini. Kesihatan terganggu, mungkin terlalu penat nak fikirkan nak undi siapa?. Di Pulau Pinang ini, musim pilihanraya bertukar menjadi musim kenduri parti politik. Bila ambil pesan katering ini, kita jadi serba-salah. Kita ini nak berniaga bukan nak berpolitik. Katerer-katerer di Pulau Pinang ini pun satu, segala-serbi adunkan politik. Ada yang taksub pada politik sanggup tukar nama anak (untuk panggilan) Najib atau Anwar. Biarkanlah politik ini, kita nak berniaga perlukan negara yang aman. Mamak Haji mohon maaf kerana banyak e-mail belum tak terbalas. Kadang-kala dalam bidang masakan ini kita memang baik, kita perlu jadi lebihi baik, sementara menjadi lebih baik, kita perlu belajar untuk menjadi amat terbaik A+. Bila dah tahu jadi amat terbaik, setiap masakan itu buatlah yang amat terbaik sekali. Dalam bahasa Inggeris “bagus” / “good”, ini dikategorikan 3, pertama, “good”, kedua, “better” dan yang ketiga, “best”, maka orang putih kata, ” Do the best you can untill you know better. Then when you know better, do better”. Apa saja kita buat untuk kehidupan dunia atau pun akhirat, kita perlu buat yang paling terbaik untuk diri kita.
Kali ini mamak haji cuma dapat paparkan e-mail dari pengunjung blog. Walau pun e-mail dan soalan dan jawapan untuk peribadi, tetapi mamak haji sunting sikit supaya kita sentiasa perlu ingat, jangan suka dedahkan aib orang. Sekiranya kita tutupkan aib orang, Insyallah, di padang mahsyar nanti, Allah SWT juga tutupkan aib kita. Yang hantar email jangan pulak risau, “apa benda mamak haji siarkan saya punya e-mail.” Ilmu ini kita jangan lokek, kita kongsi bersama untuk kebaikan ummah.
1. Cara buat sotong kembang seperti berikut:
Sotong kangkong ini resepi org cina yg digelar, “Ju Her Eng Chai“ ..”ju her” = Sotong, “Eng Chai”, bermakna Kangkong. Cara buat Sotong Rendam, sotong kering semalaman dengan air biasa. Pada esoknya, tukar air sotong dengan air ais yang ditambah 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar serbuk soda. Apabila sotong kering anda bertukar saiz dua kali dari saiz asal ia bermakna sotong kembang anda telah sedia. Keluarkan sotong, buang airnya dan diganti dengan air baru. Biarkan sotong kering ini berada dalam air. Setiap 2 jam tukar airnya untuk hilangkan bahan kimia yang diguna rendam. Sebenarnya ini adalah cara paling paling selamat mamak haji berikan. Mereka jual diluar sana itu gunakan bahan kimia, “borax” sejenis bahan kimia yang tinggi alkali yang orang cina gelarkan “Pangsah”. Bahan kimia ini kebanyakan negara telah haramkan dalam masakan. Namun Mamak Haji tak tahu adakah di negara ini diharamkan atau sebaliknya. bahan kimia Borax ini senang diperolehi dari kedai ubat Cina tradisional. Tukang masak keturunan Cina gunakan ia sebagai pelembut daging. Maka jangan heranlah sekiranya ada kawan cina anda mengatakan daging lembu boleh disiatkan dengan chopstick saja. Mamak haji sarankan lebih selamat gunakan bahan yang mamak haji berikan. Untuk permulaan Cuba dlm kuatiti kecil. Sotong kembang boleh gunakan direndam dgn air abu (lye water) tetapi ia sangat corrosive (bersifat penghakis). Ada juga yang gunakan air abu pekat sedikit dan bila gunakannya ia perlu basuh sotong yang kembang itu dalam bekas air yg besar. Ini sajalah mamak haji tau. Untuk buat sotong kembang perlu ada kemahiran dan keselamatan menggunakan bahan corrosive ini adalah bahaya kepada keselamatan diri dan kalau boleh elakan. Wassalam.


- 4 biji kentang jenis russet (kentang ini mahal sikit boleh dapati di hypermarket pemilik omputih). Bersihkan kulit dan potong wedges. Belah dua memanjang ubi dan potong empat bahagian serong 45 darjah setiap separuh ubi. Satu ubi kita buat 8 bahagian. jadilah wedges.
- 3 sudu besar minyak masak kalau takut badan naik pakai minyak zaiton. mamak Haji pakai minyak Murni untuk naikan saham FElda.
- 4 siung (ulas) bawang putih, diketuk dgn parang dan cincang lumat sampai dendam kesumat anda hilang terhadap pemimpin politik kita.
- 1/2 sudu kecil daun oregano kering.
- 1/2 sudu kecil thyme kering.
- 1/2 sudu kecil serbuk cili atau paprika.
- 1/2 sudu kecil lada putih.
- 1 sudu kecil garam.
Nota: Kalau anda beli herba oregano dan thyme ini memang mahal sikit. Bagi mamak haji, kalau ke Jusco suka cari discount 50% herba ini dari beli sepaket RM1.00 (harga asal yg segar RM2.00). Bawa balik herba ini, ikat dengan benang kasar dan gantung dipenyidai baju dan jemur terik matahari. Dalam dua hari ia kering dan masukkan dalam botol dan simpan.
CARA-CARA MEMASAK:
- Anda boleh adunkan semua bahan-bahan itu, sapu minyak pada tray pembakar dan lekatkan Foil Aluminium. Susun wedges kentang dalam tray pembakar dengan bahagian kulit kebawah dan terus masukkan dalam ketuhar yang telah di panaskan sedia-kala 220 darjah centigrade atau 425 darjah F.
- Bakar selama 20 minit, kemudian terbalikan wedges kentang tadi dan bakar semula 25 – 30 minit.
7. CARA GORENG UBI KENTANG WEDGES BERTEPUNG:
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 sudu besar tepung beras. (kalu nak berniaga tambah 1 sudu besar lagi untuk kekalkan kekerasan bila sejuk).
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu kecil serbuk baking powder.
- 1 sudu kecil (tsp) herba kering mat salleh seperti di atas.
- Sedikit cili flakes atau serbuk cili pun boleh.
- Garam secukup rasa.
- Minyak untuk goreng.
CARA MENYEDIAKAN:
- Adunkan semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam sebuahbeg plastik yang berzip atau yang biasa pun boleh.
- Masukkan wedges yang telah siapkan seperti mamak haji terangkan pada awal.
- goncangkan beg palstik supaya tepungnya melekat pada wedges. Simpan di peti sejuk.
- Panaskan minyak dan goreng.
NOTA: Mamak Hjai lebih suka rebus kentang separuh masak dan buat tepung cair seperti goreng ayam berempah dan goreng macam biasa saja. Rebus kentang separuh masak mempercepatkan lagi kentang itu cukup masak dan tak perlu khuatir kentang hangus. Ini, “Mamak Style”, bukan “Gangnam style”..hahaha!.
8. RESEPI KENTANG PUTAR ATAU POTATOES MASHED.
- 6 biji kentang russet yang agak besar sedikit.
- 2 sudu besar (tbsp) butter.Jangan beli butter tiruan yang berperasa butter diperbuat dari minyak sawit. Cari pure butter. Ia agak mahal tapi sedap.
- 50ml susu, kalau dapat cream lagi sedap tapi itulah mahal!!!.
- Secubit lada hitam dan garam secukup rasa. Garam ini payah bagi sukatan ada jenis garam yang halus, kasar, yang masin kuat dan pulak ada yang kuat masin ada yang anti masin. Pandai-pandailah.
CARA- CARA MEMASAK.
- Kopek kentang, potong dadu kentang. Rebus, tos air dan lenyek.
- Masukan susu, mentega gaul rata, masukkan serbuk lada hitam dan garam. Dah siap pun.
9. CARA BUAT SOS:
- 650 ml air stock ayam. Ingat lagi cara buat sup creamer ayam. Sama juga caranya buat air stock ayam ini.( 1 liter = 4.2 cup/mangkok, 1 sudu besar (tbsp) = 15 ml., 1 cup = 23.7ml). Kalu malas pakai 2-3 kiub ayam ready made.
- Setengah biji bawang kuning (holland mai) kalau bawang biasa baunya lebih kuat dari bau stok ayam. Di ptong kiub.
- 3 sudu besar butter. butter kalau dipanaskan cepat hangus. Untuk elakan butter ini cepat hangus guna 3-4 titik minyak felda.
- 4 sudu besar tepung gandum.
- 1 sudu besar besar sos tomato.
- 1 sudu besar sos perasa tiram
- 1 sudu besar worchester sauce yang kini dihalakan JAKIM.
- 2-3 titis kicap perasa maggi.
- kalau nak kehitaman sikit boleh titis dua tiga titis kicap kramel (kalau nak black is beautiful). Tapi mamak haji suka brown girl in the rain.
- 1 sudi kecil lada hitam yang kasar sedikit.
- Garam jangan lupa pulak.
CARA MASAK SOS:
- Masukan butter dalam pan, biarkan cair, masukan bawang. jangan hangit bawang dan butter. Bawang takt layu je cukup.
- masukan tepung gandum dan kacau rata sehingga jadi warna coklat (jgn hangus).
- Masukkan air stok ayam kacau serata. masukkan air sedikit demi sedikit kalau tidak ia berkental. Mamak haji gunakan pemukul telur untuk kacau rata.
- Masukkan sos-sos yang tersebut di atas. Modify saja ikut selera anda. Tapi jangan jadi kari nasi kandar sudah!.
Setakat ini sajalah mamak haji mampu menulis. Kalau ada yang ingin berniaga masakan kentang ini sila e-mail mamak haji, sekiranya masih celaru. Posting ini panjang kerana mamak haji sihat sikit tak perlu tulis bila sakit..hahaha!. Jangan lupa e-mail mamak haji, catit dan simpan. mohd.roslan99@gmail.com
Wassalam.
1 | bayukk
Januari 31, 2013 pada 9:42 am
terima kasih
________________________________