PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Pengurusan Katering/Restoren/Kantin

Assalamualaikum para pengunjung Ke Weblog Mamak ini!

Blog ini semata-mata disediakan untuk pengetahuan berkenaan perniagaan yang berasaskan dalam bidang Katering,Restoren atau pun kantin.Pada pendapat mamak marilah kita bersama berkongsi pengetahuan dalam perniagaan ini terutama untuk orang-orang Melayu yang baru ingin mencuba dalam bidang ini.Di blog ini para peminat makanan boleh berkongsi idea dan resipi-resipi dan keseluruhan bidang penyediaan Makanan.

Perniagaan Restoren,Kafeteria Dan Katering bukan lagi bidang perniagaan kelas tiga.Kebanyakan usahawan kita masih lagi berfikiran sempit dan negative terhadap peluang-peluang begitu luas terdapat untuk merebut kekayaan dan nama dibidang ini.KFC ,Macdonel,Dan lain-lain adalah contoh yang nyata kejayaan dalam industri makanan yang berorientasikan pada layanan pelanggan.Jangan berpendapat perniagaan ini adalah untuk tempat orang yang gagal dalam perniagaan.Skop perniagaan ini perlu dipandang luas dan terbuka.Pada zaman di mana suami isteri dikehendaki berkerja untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga , perniagaan makanan membuka ruang untuk kebanyakan mereka makan di luar.Dengan menitik beratkan perniagaan yang sedang berkembang maju saya ingin memberi sedikit pengetahuan untuk menguruskan perniagaan ini secara professional dengan mengajak para usahawan yang baru dan dah lama kecimpung untuk mempelajari cara-cara yang mudah untuk menguruskan perniagaan Anda.Cara pengurusan yang ditampilkan adalah dari pengalaman penulis di bidang Kantin,Kafeteria dan Restoren.Penulis juga sedia menerima segala komen dan cadangan yang baru dari pembaca untuk mengembangkan perniagaan ini dikalangan pembaca Bahasa Melayu yang kurang mempunyai bacaan Ilmiah tentang perniagaan ini.

 

Tinggalkan Komen

0 responses so far ↓

  • Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.