PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Entries categorized as ‘Berita 'am’

MEE UDANG PULAU PINANG

Oktober 24, 2009 · Tinggalkan Komen

mee udangIMG_0240IMG_0242

Jamuan  dan rumah terbuka Hari Raya telah berlalu bagi tahun ini. Walau pun keadaan ekonomi global yang sedikit sebanyak telah terkena tempias ke atas negara ini ; Sambutan dan kemeriahan Hari Raya tetap meriah. Kini kadangkala lauk ayam dan lauk daging telah jemu. Maka ramai dari kita mula kembali ke hidangan-hidangan ringan seperti mee. Mamak sebagai katerer telah dah jemu hari-hari pandang daging Ayam dan Daging lembu. Mmaka pada hari ini (Sabtu) Mamak telah bercadang menjamu selera bersama staff-staff  untuk mengucapkan terima kasih bagi yang  bertungkus lumus berkerja di Hari Raya dan sepanjang bulan ramadan tanpa merungut dan menjayakan setiap pesanan pelanggan. Maka mamak mencari suatu tempat diluar Pulau  untuk menjamu selera dengan semua staff katering syarikat. Kami memilih Mee Udang Pulau Pinang sebagi menu utama untuk jamuan syarikat kali ini. Cari punya cari,  kami dapat  sebuah tempat medan makanan laut di perkampungan orang Melayu di sebuah kampung Seberang Perai yang bernama Bagan Belat.  Perkampungan ini adalah tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan dari laut sekitar Pulau Pinang. Kampung  Bagan Belat ini terletak di Pekan Padang Benggali, Teluk Air Tawar, sebuah Pekan yang terletak di jalan besar menuju ke Kepala Batas.  Persimpangan ke Bagan Belat ini terletak  5 km dari Markas besar Tentera Udara Di Raja Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. Tanda Jalan ke Perkampungan ini amat jelas. dari orang kampung  Tempat makanan laut ini diberi nama “DIN SKOT” amat popular. Walau pun medan makan ini menyajikan berbagai-bagai makanan laut seperti Ikan bakar Segar, Nasi Goreng Udang, Satay dan lain-lain  tetapi hidangan “MEE UDANG’  Pak Din skot adalah paling enak. Udang yang besar (3 ekor bersaiz XL) yang segar dari laut dan juga kuah mee udang yang asli Pulau Pinang  begitu enak dirasa. Tempat Makanan Laut ini amat popular dengan penduduk tempatan sekitar terutamanya yang berpendapatan  rendah kerana harga yang ditawarkan untuk setiap pinggan  paling berpatutan. Sepinggan mee udang ini dengan 3 ekor udang besar cuma berharga RM9.00. Keadaan tempat makan yang bersih & kreatif dan layanan ‘ala orang kampung akan memikat hati setiap pengunjung dan tempat ini dihiasi dengan koleksi ikan di akuarium dan juga seni taman yang  menyaman  menghala ke Laut.  Anda boleh lihat pemandangan keindahan bandar George Town dimalam hari dari sini.

Cuma ramai pengunjung dari luar Pulau Pinang tidak kesempatan ke sini kerana tidak ada promosi pelancungan dilakukan. Perniagaan Pak Din Skot yang bekas tentera ini walau pun dijalankan  secara ‘ala kampung tetapi terdapat seni culinary  yang cukup baik terutama penyediaan udang segar. Kawasan sekitar sini  berpotensi untuk peniaga-peniaga Melayu yang ingin mulakan perniagaan restoren ‘ala kampung ; sekiranya kerajaan negeri mengambil insiatif  dijadikan sebagai kawasan pelancungan perkampungan Melayu di Pulau Pinang. Sayangnya kerajaan negeri hanya bertumpu memajukan kawasan George Town sebagai tempat pelancungan tanpa memikirkan pelancung dari luar negara amat tertarik dengan keadaan yang masih asli negara ini. Kedai-kedai makanan Melayu dikampung  pada suatu masa yang terkenal dengan Laksa, rojak buah, Mee Udang, Mee Kuah, nasi lemak bungkus daun pisang, dengan kueh-mueh tradisonal melayu Pulau Pinang  semakin hilang dari Pulau Pinang. Dalam masakan perlu ada originality atau keaslian. Keaslian menu masakan ini hanya terdapat di kawasan yang masih asli dengan keadaan alam semula jadi masih tidak usik dengan pembangunan. Inilah tarikan untuk pelancung dari luar negara. Mereka ingin menikmati yang asli buukan di hotel-hotel yang disediakan oleh chef-chef terhandal. Tetapi di negara ini keaslian masakan dan keadaan asli selalunya tidak menitik berat. Pada masa akan datang pengunjung ingin menjamu selera akan bertukar selera mereka dari ke Restoren-Restoren kepada warung-warung kampung atau pun medan makan seperti Pak Din Skot. Orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya mempunyai tanah-tanah yang berpotensi dan berdaya maju di perkampungan sekitar Padang Benggali dan Teluk Air Tawar; terutamanya  tanah-tanah di tepi pantai. Sayangnya ia  tidak dimajukan demi meningkatkan ekonomi Melayu Pulau Pinang terutamanya Melayu di Seberang Perai dalam industri pelancungan. AKAN DATANG – SIRI RESEPI MASAKAN MEE UDANG PULAU PINANG.

Kategori: Berita 'am

Rumah Terbuka Hari Raya.

Oktober 16, 2009 · Tinggalkan Komen

IMG_0557

Daun saderi

Daun Pudina

Wah…bulan syawal yang paling sibuk bagi semua orang Islam di negara ini. Di sana sini rumah terbuka dengan berbagai-bagai hidangan yang menyelerakan. Menu utama yang amat popular seperti Nasi beriani, Laksa Pulau Pinang, Mee Kari, Mee Udang, Mee rebus, Bihoon Sup, Rendang dengan ketupat pulut, ketupat plastik dan kuah kacang (ready made), lemamg dan rendang ayam atau daging. Cukup menyelerakan cuma Mamk Penang ini terkilan jarang jumpa Ketupat daun Nyioq (Daun Kelapa) dan kuah lodeh orang Jawa. di utara ini orang tak berapa minat menu ini. Tapi ia adalah satu resepi yang paling enak.
Kesibukan katering untuk rumah terbuka mamak tak kesempatan up-datekan blog ini amat kesal.harap para pengunjung tidak hampa. Kesibukan kini rumah terbuka hari deepavali pulak. Inilah masanya pengusaha-pengusaha katering mencari rezeki lebih. yang peliknya ada juga pesanan ketupat dari penganut agama Hindu untuk rumah terbuka deepavali….hahaha…kita sedang menuju 1 Malaysia. Cita-Rasa orang malaysia ini amat mengagumkan. Ini satu yang berlainan dari negara lain. Wassalam.

Kategori: Berita 'am