PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN


Salam. Posting kali ini mamak haji pilih resepi Murtabak untuk memenuhi permintaan ramai pengunjung blog. Ramai juga yang minta resepi melalui e-mail bagi masakan yang unik India tetapi maklum sajalah mamak haji sukar memenuhi permintaan tuan puan sekalian kerana kesihatan mamak haji kebelakangan ini tidak beberapa baik. Tapi jangalah  hampa dengan permintaan itu, bila mamak haji ada kelapangan dan sihat insyallah mamak haji akan tunaikan permintaan anda semua melalui posting dalam blog. Kadang-kala permintaan anda semua memberi inspirasi dan semangat untuk mamak haji terus menulis dalam blog ini. Bagi pengunjung yang baru singgah blog mamak haji mungkin janggal dan pelik sikit untuk mengikutinya kerana resepi yang mamak haji tulis ini berbentuk berperingkat. Pada awalnya mamak haji tulis yang asas tetapi bila dah lama mamak haji ubah kepada cara masakan mahir. Contohnya seperti  pes halia bawang putih. Mamak haji tidak menulis kuanti halia atau bawang putih dalam masakan tetapi terus kepada pes halia bawang putih kerana mamak haji sudah pun keluarkan resepi bagaimana anda boleh menyediakan pes ini. Ia seperti anda gunakan mayonis tak perlulah mamak haji terangkan bagaimana cara buat mayonis.  Tetapi terus kepada kegunaan mayonis. Resepi-resepi masakan yang menggunakan Garam Masala atau pun stok ayam atau daging, perlu membaca cara penyediaannya dan tak perlulah membeli dengan harga yang mahal. Mamak Haji juga terangkan mengenai  rempah dan kegunaan dalam masakan mamak. Ada  juga keliru masih keliru mana satu jintan putih atau jintan manis, daun salam India atau daun beriani, daun salam kita atau Indonesia, Kenal daun sup dan daun ketumbar. Ini mustahak untuk mengikuti resepi mamak haji akan datang. Sekiranya ada pengunjung kurang memahami atau ingin mengetahui, atau keliru dengan resepi, jangan segan hantaq mai e-mail. Mempelajari perkara-perkara  seperti ini biasanya memahirkan anda dalam masakan, khususnya masakan mamak penang.

Resepi kali ini amat terkenal digelar Martabak /Murtabak atau pun dalam bahasa Arab digelar, “Mutabbaq”, biasanya paling popular terutamanya di Arab Saudi, Yemen, Indonesia, Thailand, Brunei Darul Salam, Singapura dan di Negara kita. “Mutabbaq”, membawa maksud, “lipat” dalam Bahasa Arab. Rakyat Indonesia pula gelar Murtabak ini,Martabak. Martabak Indonesia ada dua versi, satu yang manis dan satu lagi yang berempah seperti murtabak kita. Murtabak ini sebenarnya berasal dari negeri Arab dan dibawa masuk ke negara ini melalui pedagang-pedagang India Muslim ke Negera Asia Tenggara melalui benua kecil India. Maka janganlah terkejut dengan resepi murtabak ini punyai banyak versi mengikut selera orang tempatan dan negara. Versi resepi mamak haji mungkin berlainan sedikit terutamanya masakan mamak ini biasanya menitik-beratkan adunan yang kaya denganrempah. Sekiranya anda tak berminat dengan rempah, anda boleh kurangkan rempah. Bila mamak haji tulis mengenai satu-satu resepi, ingin anda memahami tujuan kegunaan semua bahan-bahan utama dalam resepi itu dan bukan sekadar ikuti apa saja ditulis oleh mamak haji. Resepi perlu difahami sebelum mula mencuba masak. Maka dengan sebab itulah mamak haji tulis satu-satu resepi dengan panjang berjela-jela. Mamak haji bukan chef  dan tidak pandai menulis resepi secara cef-cef profesional yang terkenal. Mamak Haji cuma berpengalaman sebagai penjaja makanan tepi jalan yang berpengalaman bertahun-tahun sehingga kulit mamak haji jadi gelab dibakar dek cahaya matahari yang menyinarkan kehidupan mamak haji. Syukuran dan Alhamdullillah. Pengalaman itulah yang mamak haji ingin berkongsi dengan para pembaca blog ini. Sekiranya anda faham resepi mamak haji yang ditulis ini, mamak haji gerenti anda boleh mula berniaga. Anda juga perlu sentiasa cuba dan ubah resepi-resepi ini mengikut selera pelangan dan jadikan resepi yang baru itu milik anda. Bila mamak haji kata innovasi atau mengubah sesuatu resepi, janganlah sampai “kek harijadi diubahkan menjadi “kek Najis’ dan hadiahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinanag. hahahaha, ini bukan inovasi dalam masakan mamak tetapi kurang oksigen kat otak kerana dah terlalu taksub dengan berpolitik..hehehee!. Bila baca resepi berjela panjang, Jangan ingat mamak haji mengajar anda, tetapi ia cuma berkongsi pengalaman. Biasanya belajar dari pengajar yang mengajar, otak kita sukar diterima. Contoh terbaik ialah di zaman persekolahan, apa saja guru kita ajar masuk dalam otak, sudah pasti mamak haji dan ramai dari anda sudah masuk universiti dan digelar “master chef” sekarang. Sistem mengajar dan belajar ini biasanya gagal. Manusia suka belajar sendiri mengikut minatnya dalam sesuatu bidang dari kanak-kanak lagi. Kita tak boleh paksa seorang kanak-kanak untuk belajar  untuk mendapatkan 5A, 10A atau 18A untuk membuktikan kita ibu-bapa yang terror. Setahu mamak haji gred-gred ini cuma untuk daging ayam atau telur yang punyai gred A, B, C atau D seperti itu. Otak manusia bukan seperti telur ayam dinamakan mengikut saiz fizikal. Kita ibu-bapa  terlalau ego untuk bangga dengan jiran sebelah rumah atau saudara-mara dengan kecapaian kecemerlangan anak kita. Sama juga kerajaan yang ingin populariti dikalangan pengundi mengatakan saban tahun mutu pelajaran kita bertamabah baik dengan mengumumkan setiap keputusan di kaca tv. Cuma yang diumumkan peratus kelulusan cemerlang tetapi lupa nak umumkan peratus yang gagal. Guru yang terbaik bukan mengajar anak yang pandai untuk dapatkan 20A, tetapi kejayaan sesorang guru adalah menjadikan seorang pelajar yang teruk dan yang dianggap bodoh oleh pelajar lain itu dijadikan pandai dapat cemerlang dalam peperiksaan. Biasanya kita suka beri lampu kepada orang buta untuk jalan dimalam hari. Tugas guru adalah membantu seorang murid yang telah tercicir dalam pelajaran kepada seorang murid yang paling cemerlang dalam pelajaran. Inilah tugas mulia seorang pendidik, pelajar yang cerdik cuma perlukan panduan tetapi pelajar  yang dianggap bodoh dan cicir itu perlukan segala kemahiran yang ada pada guru untuk dijadikan pelajar yang cemerlang. Bill Gates Microssoft tidak sambung belajar di Harvard kerana ingin berniaga sendiri dan dianggap sekarang orang yang paling terkaya alam idunia.  Albert Einstein gurunya kata, seorang pelajar yang  bodoh, tetapi sebenarnya siapa yang bodoh?,  apabila Thomas  Edison  yang mencipta lampu letrik dan terangkan malam hari segala sudut dibumi ini dengan cuma petik suis. Kolonel Sanders pengasas KFC  berjaya membuka restoren rantaian yang kedua terbesar didunia sekarang, cuma mula buka perniagaan dengan ayam goreng, apabila pencen (bekas tentera berpangkat rendah) yang diterima olehnya tidak mencukupi menyara hidup dalam hari tua. Umur dengan pelajaran tidak membawa makna dalam bidang perniagaan, ini khasnya mamak haji tujukan kepada bekas-bekas  perajurit kita yang terima pencen. Janganlah anggap diri anda telah tidak bermaya untuk mulakan perniagaan. Maka rajinlah belajar sendiri pasti anda akan berjaya. Pelajaran amat perlu bagi kita. Maksud orang terpelajar ialah,seseorang yang boleh berfikir dan bertindak  dengan pemikirannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak luar. Dia boleh buat keputusan sendiri berpandukan pemikirannya dan bukan dengan pengaruh pihak yang lain. Pelajaran masa kini sekarang tidak memberi jaminan apa-apa untuk anda hidup senang dan berkerja dapat pendapatan tinggi seperti dulu. Sebenarnya sistem pelajaran kita sudah tersasar untuk mengwujudkan insan terpelajar tetapi cuma wujudkan tenaga kerja untuk golongan elit kapatalist yang mengongkong ekonomi negara dan kehidupan seharian kita. Kita ini boleh bina bangunan tertinggi dunia melalui kepintaran orang lain dengan duit minyak yang kita ada tetapi dengan duit yang sama kita tak dapat wujudkan seorang saintis atau sasterawan yang dicalonkan untuk terima hadiah nobel . Ooooops! dari murtabak, mamak haji dah putaq naik beca ke padang kota pulak dah ke dasar pelajaran negara.hahahahha!.

Resepi Murtabak yang mamak haji berikan ini cuma yang paling mudah untuk membuat oleh semua orang. Ia di gelar “Murtabak Mini”. Murtabak ini paling sesuai untuk seisi keluarga dan mudah boleh disediakan oleh semua suri rumah. Murtabak ini tidak memerlukan kemahiran untuk “tebar” roti seperti peniaga murtabak yang pro. Tebar roti tepung roti canai memerlukan latihan dan kemahiran. Maka mamak haji harap suri rumah boleh sediakan resepi ini untuk keluarga. Dalam menyediakan Murtabak ini ada tiga bahagian. 1. Penyediaan tepung roti canai. 2. Penyediaan inti murtabak. 3. Penyediaan pencicah murtabak – bawang cincang masam manis. Dalam posting ini mamak haji akan menulis tentang cara penyediaan ini mengikut tiga posting. Harap jangan meloya untuk dibaca.

1. RESEPI CARA MENYEDIAKAN TEPUNG/DOH ROTI CANAI:

BAHAN-BAHAN:

1 kg. tepung gandum (tepung gandum atau multi-pupose flour ini ada dua jenis. Yang pertama tepung jenis kandungan protien yang tinggi dan satu lagi tepung gandum biasa yang kurang kandungan protien. Biasanya untuk perniagaan kita gunakan tepung gandum yang kurang protien kerana harganya lebih murah dari tepung gandum berprotein tinggi. Bagi kegunaan rumah mamak haji syorkan anda gunakan tepung gandum yang berprotien tinggi seperti jenama blue key atau cap sauh atau cop wau. 1 kg tepung gandum biasanya boleh hasilkan 20-25 bebola roti canai bersaiz biasa. Bayangkan keuntungan meniaga roti canai ini…hahaha!. Untuk murtabak mini ini kita cuma gunakan 1/2 dari size tepung roti canai 25 X 2 = 50 kpg . murtabak mini boleh dihasilkan. Jadi dgn cuma 250gm tepung anda boleh hasilkan 6-8 murtabak mini).

2 cawan air biasa. Sekirnya tidak gunakan telur 1 biji, kurang sedikit airnya.

1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.

1/2 cawan majerin.

Sedikit minyak masak untuk ulian dan goreng roti.

Nota: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai. Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai, maka awaslah penggunaannya. Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, “PRATA”. Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu, masakan India ini tak lari dari gunakan “minyak sapi” atau “ghee”. Maka kalau anda ingat roti prata yang zaman dulu yang bulat dan tebal, itulah dinamakan “prata ori”. Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang berbentuk empat segi yang nipis. Kegunaan minyak sapi dihindarkan dengan majerin murah dan juga minyak masak kelapa sawit. Untuk suri rumah yang ingin cuba prata ori boleh gunakan  300gm tepung gandum, 1/2 cawan minyak sapi,1/2 cawan air dan garam secukup.Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.

CARA MEMBUAT ROTI CANAI:

1. Roti yang sedap ialah sentiasa rapuh dan garing walau pun sejuk atau panas. Kesedapan roti canai terletak pada car ulian tepung roti canai tersebut. Garing atau rapuh ini biasanya bersangku paut dengan cara mengorengnya tetapi jangan lupa pada tepung roticanai yang telah diuli perlu wujudkan keadaan, “keanjalan/kenjal (elasticity)” tepung yang kita uli. Bagaimana kita boleh bentuk keanjalan ini terjadi didalam tepung?. Tepung gandum mempunyai kandungan protein utama yang digelar, “glutenin dan gliadin”. Apabila tepung ini diadunkan dengan air, kedua-dua protein ini akan disambungkan (dilinkan)  dengan molikul Air dan apabila kita mula uli tepung dengan air penyambungan ini akan dikuatkan. Semakin lama kita uli tepung itu semakin kuatlah penyambungan ini sehingga terbentuklah  ”gluten” . Gluten inilah yang membentukan keanjalan (elasticity) doh kita. Cara memeriksa doh yang sempurana ialah dengan lakukan cubit pada bahagian  doh itu dan tarek. Bila menarik, tepung yang ditarek itu mengwujudkan keping lapisan yang nipis tanpa putus-putus. Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak. Anda perlu ingat ini bila sediakan apa saja doh untuk resepi. Resepi seperti pau, roti, karipap dan lain-lain perlu uji cara ini sebelum diisi dan jadikan kueh. Semasa ulian ini sekiranya tepung melekit ditangan anda gunakan sedikit tepung ditangan anda sapukan dikedua belah tangan sehingga tepung yang melekit tertanggal. Biasanya guna minyak sapu dikedua tangan tetapi mamak haji syorkan kurangkan minyak setakat yang boleh dalam roti canai ini.

2. Ulian doh roti melalui tangan adalah cara terbaik. Uli dalam 10 minit dan rehat 5 limit untuk pembentukan gluten dan diikuti lagi dengan ulian terakhir selama 10-15minit. Ulian terakhir perlu bersertakan dengan satu sudu majerin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak mengerutu.

3. Membentukan doh ini menjadi bebola adalahsatu lagi cabaran bagi yang baru. Cara bentukan bebola roti canai yang mudah ialah dengan mengambil sedikit doh ditangan anda dan bentukan bebola, tekan semua jejari anda bebola itu supaya tepung itu naik ke atas dibahagian atas tangan (sambil membuuka sedikit ruangan jari-jari ibu dan penunjuk untuk dapatkan saiznya). Ada juga suka jolok keatas tepung yang digengam. Bila tepung itu terbentuk bulat, putarkan dengan tangan lain sehingga terputus. Bulatkan doh kembali dikedua tapak tangan, Sapu majerin diluar permukaan doh dan simpan sekurang-kurang 4 jam sebelum tebar. Pastikan tepung bebola ini ditutup dengan helain plastik atau pun kain yang lembab supaya permulkaannya tidak kering.

4. Tebar roti canai ini perlukan kemahiran. Untuk murtabak ini tak perlu tebar kalau pandai tebar ia mempercepatkan penyediaan. Ambil bebola roti canai yang telah disediakan, leperkan diatas kedua tangan dan letakan diatas papan penguli dan uli sehinggga senipis yang boleh. Selepas itu tarik sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat senipis yang boleh tetapi jangan sampai koyak, kerana kita perlu isi intinya. Sekiranya kita ingin membakar sebagai  roti canai tak perlu risau bahagian yang koyak.

5. Untuk penyediaan murtabak mini anda,  perlu potong dua bahagian tepung ini untuk jadikan dua keping murtabak mini.

Untuk seterusnya resepi murtabak ini mamak haji sambung dalam bahgian 2 , cara menyediakan inti murtabak  dan resepi pencicah bawang masam manis nanti.Wassalam

Label:

Salam, Jangan terkejut mamak haji kali ini menulis resepi nasi atau digelar “Bukhari”. Nasi bukhari ini ada yang kata berasal dari Uzbekistan kemungkinan nama nasi ini mirip nama Imam Bukhari Rahimullah yang berasal dari Bukhara, Uzebekistan. Kemungkinan juga nama Imam Bukahari rahimullah ini lebih terkenal dari nama negara asalnya sendiri. Walau bagaimana pun nasi bukhari ini amat terkenal di Saudi, Afganistan dan Pakistan. Cara masaknya berbagai-bagai versi. Ada versi rasanya kurang berempah dan ada yang rasa rempah yang kuat. Versi modifikasinya juga banyak. Mamak haji menulis resepi ini kerana menunaikan permintaan saudara melalui e-mail. Ramai juga mohon resepi, mamak haji harap bersabar tetap mamak haji tunaikan. Yang mohon rempah dengan mamak haji masih lagi mamak haji tak dapat tunaikan kerana kesihatan dan kesuntukan masa tak mengizinkan. tapi tetap mamak haji tunaikan permintaan sekalian.Insyallah. Maka mamak haji olahkan (modify) resepi ini mengikut cita-rasa orang Penang. Orang Penang ini lebih gemar lauk yang berempah berbanding dengan negeri-negeri lain. Ia sama seperti orang Melaka dan orang Negeri suka pedas. Minat orang Melaka dengan pedas ini sehingga orang gelar sejenis cili, sangat pedas dengan nama “Cili Melaka”. Banyak kali mamak haji masak nasi bukhari ini, tetapi setiap kali mamak haji masak nasi bukhari ini selalu saja lebih ke arah resepi nasi beriyani. Tangan mamak haji sukar nak kawal untuk guna kelebihan rempah,bila cuba kurangkan rempah dan dirasa seperti ada saja kekurangan. Bagi pengunjung blog yang ingin cuba resepi mamak haji, pandai-pandailah adjust kuantiti rempah bila ingin masak nasi bukhari ini atau resepi lain. Seluruh skil masak resepi nasi bukhari ini terletak pada cara masak nasi dan kawalan api dapur. Cara ini memang perlukan kemahiran tinggi. Kalau sekali tak berjaya, jangan putus asa untuk cuba lagi, pasti anda tahu kesilapan yang lepas dan boleh mahir dan menjadi pakar dalam masakan apa jua masakan jenis beriyani. Penerangan mamak haji mungkin panjang lebar dan tidak sesuai untuk guna semasa masak. Apa yang mamak haji sarankan ambil catatan untuk bahan-bahan yang perlu digunakan dan jumlahnya saja.  Ia akan pandu semasa masak. Seperti anda tahu cara menulis resepi mamak haji berlainan dari orang lain, mamak haji rasa tanpa tip dan kenapa kita buat begini dan begitu sukar untuk kita memahami resepi itu sendiri. Mamak haji ingin anda mahir dan cipta resepi mengikut cita rasa sendiri. Hak milik resepi baru yang anda cipta itu supaya apabila anda dipuji  oleh ahli keluarga atau tetamu anda akan rasa segala penat lelah anda akan hilang, Pujian yang diterima sudah pasti milik anda dan bukan milik mamak haji. Ini lah tujuan mamak haji menulis resepi berjela-jela panjang.

RESEPI NASI BUKHARI ALA MAMAK PENANG.

Nasi Bukhari ini kalau disediakan dengan daging kambing memang amat lazat. Tetapi harga daging kambing dalam pasaran agak tinggi seperti masakan eksklusif dan masa mengambil untuk memasaknya agak lama dan ramai kalangan orang Melayu tidak minat pada daging kambing kerana kolestrol dan juga baunya,  maka mamak haji lebih suka guna resepi ayam. Mamak Haji juga mengolah sedikit resepi ini kepada lebih berasa rempah dan kurangkan kemasaman terutamanya tidak gunakan yogurt, pes buah tomato segar dan juga sedikit perubahan seperti masakan ‘ala mamak penang. Cara masak nasi ini adalah sama seperti masak nasi beriyani udang. Mamak haji kalau kuantiti kecil lebih gemar masak dengan “pressure cooker” kerana ia cepat dan hasilnya sangat memuaskan. Cuba anda dapatkan sebuah periok pressure cooker buatan India, Ia lebih murah dan sangat sesuai untuk segala masakan.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek.  Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam. Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

Bahan-Bahan untuk Tumis Ketulan Ayam:

2 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.

1 biji karot besar disagat atau dipotong bulat/ kacang campur frozen.

1 sudu besar pes hali bawang putih.

1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar.

1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.

1 keping kulit kayu manis.

10 biji buah pelaga.

10 kuntum bunga cengkih.

1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.

1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.

1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.

3 sudu besar tomato puree.

1/2 tin tomato sup kimball.

1/2 tin susu sejat.

CARA PENYEDIAAN:

1. Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak/ atau kacang campur hijngga layu.

2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, dan garam masala dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam masak 1/2.

3. Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, sup tomato dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuahnya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.

4. Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan  1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini.

Penyediaan Nasi:

1 kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus tapiskan air untuk mempercepatkan proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).

4. Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar  dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip.  Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.

5. Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.

Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurmak atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Mamak haji tak mahu ia terlalu masam nasi ini. Rempah di atas sebenarnya rempah kurma yang sedia dijual. Beri mamak feedback tentang masakan ini melalui e.mail mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. Mamak haji harap sangat peminat blog mamak haji di Tanah Arab beri komen. Wassalam.


Salam,

Pertama sekali mamak haji mohon maaf kerana tak kemas kinikan blog sepanjang bulan puasa tahun ini. Bila usia semakin senja, mamak haji terpaksa menumpukan mengumpul modal untuk ke alam yang akan menjadi tempat penginapan tetap. Bila inginkan berjaya dalam perniagaan kita perlu ketahui tiga perkara. Perkara Pertama kita perlu ada kekuatan diri kendiri. Kekuatan diri ini terbina oleh kuasa dalaman dan juga melalui orang lain yang dekat dengan kita yang bangkitkan semangat dalaman kita. Inilah mamak haji sering lakukan dalam penulisan dalam blog ini atau pun melalui e-mail peribadi kepada pembaca sekelian. Alhamdullillah setakat ini ramai juga yang dapat suntikan semangat ini telah membuka perniagaan sendiri. Anda juga perlu adakan orang sekeliling anda yang sentiasa suntik semangat untuk membina kekuatan ini. Sekiranya ada yang suka melemahkan semangat anda, jauhkan diri anda dari golongan jenis ini.

Perkara kedua untuk berjaya dalam dunia perniagaan, ialah anda perlu ketahui keupayaan diri anda sendiri. Keupayaan ini bukanlah satu perkara yang tetap ia boleh berubah mengikut pembelajaran, pengalaman dan juga peringkat umur atau pengalaman. Sudah pasti keupayaan kita sepuluh tahun lalu dan kini telah berubah. Keupayaan fikir juga akan berubah bila kita semakin tua.

Perkara ketiga yang mamak haji ingin beritahu khas untuk orang Islam ialah memahami segala usaha yang kita taburkan demi kejayaan merupakan kekuasaan Allah, “QADAR”.  Qadar atau takdir termasuk qudrat dan kekuasan-Nya yang menyeluruh, di samping itu, qadar adalah rahsia Allah  yang tersembunyi, tak ada seorangpun yang dapat mengetahuinya kecuali Dia, tertulis di lauh mahfuzh dan tak ada seorangpun yang dapat melihatnya. Kita tidak tahu, takdir baik atau buruk yang telah ditentukan untuk kita maupun untuk makhluk lain – Imam Ahmad r.a.

Mamak Haji ingin terangkan sedikit tentang qadar yang sering salah ertikan sebahagian orang Islam kita dalam lapangan perniagaan.  Apa yang mendorong mamak haji menulis tentang perkara qadar ini adalah untuk diri mamak haji dan juga  sahabat-sahabat mamak haji yang sudah putus harapan dalam perniagaan dewasa ini. Semoga sedikit penerangan yang mamak haji ambil petikan dari kitab QADHA DAN QADAR karya MUHAMMAD BIN SHALEH AL-‘UTSAIMIN  memberi sedikit pengertian mengenainya. Dalam perkara tafsirkan atau kefahaman mengenai qadar atau takdir ini umat Islam pecah kepada tiga kumpulan.

Kumpulan Pertama: Mereka yang fanatik dalam menetapkan qadar dan menolak adanya kehendak dan kemampuan makhluk. Mereka berpendapat bahawa manusia sama sekali tidak mempunyai kemampuan dan keinginan, dia hanya dikemudikan dan tidak mempunyai pilihan, laksana bulu yang ditiup angin. Mereka ini tidak membezakan antara perbuatan manusia yang terjadi atas kehendaknya dan perbuatan yang terjadi diluar kehendaknya, Sudah pasti mereka ini keliru dan sesat, kerana sudah jelas menurut agama, akal dan fitrah manusia boleh membezakan antara perbuatan yang di ingini dan perbuatan yang terpaksa.

Kumpulan Kedua: Mereka ini terlalu fanatik dalam menetapkan kemampuan dan kehendak makhluk sehingga mereka menolak bahwa apa yang dilakukan manusia adalah karena kehendak dan keinginan Allah SWT serta diciptakan oleh-Nya. Menurut mereka, manusia memiliki kebebasan atas perbuatannya. Bahkan ada diantara mereka yang mengatakan bahwa Allah SWT tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh manusia kecuali setelah ia terjadi. Maka mereka ini juga sangat fanatik dalam menetapkan kemampuan dan kehendak makhluk. Fahaman seperti ini sering dikaitkan fahaman sekular dan menjauhi tauhid.

Kumpulan Ketiga: Mereka yang beriman, sehingga diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menemukan kebenaran yang telah diperselisihkan. Mereka ini adalah Ahlussunnah Wal Jamaah. Dalam masalah ini mereka menempuh jalan tengah dengan berl di atas dalil syar’i dan dalil aqli. Mereka berpendapat bahwa perbuatan yang dijadikan Allah SWT di alam semesta ini terbahagi atas dua jenis:

1- Perbuatan yang dilakukan oleh Allah SWT terhadap makhluk-Nya. Dalam hal ini tak ada kekuasaan dan pilihan bagi siapapun. Seperti turunnya hujan,
tumbuhnya tanaman, kehidupan, kematian, sakit, sihat dan banyak contoh lainnya yang dapat disaksikan pada makhluk Allah SWT. Dalam perkara  seperti ini, tentu saja tak ada kekuasaan dan kehendak siapa pun kecuali Kekuasaan Allah SWT yang maha Esa dan maha berkuasa

2- Perbuatan yang dilakukan oleh semua makhluk yang mempunyai kehendak. Perbuatan ini terjadi atas dasar keinginan dan kemahuan pelakunya sendiri; karena Allah SWT menjadikannya untuk mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT: MaksudNya: “Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.” (At-Takwir:28).

Manusia boleh membezakan antara perbuatan yang terjadi karena kehendaknya sendiri dan yang terjadi karena terpaksa. Sebagai contoh, orang yang dengan sedar turun dari atap rumah melalui tangga, ia tahu kalau perbuatannya atas dasar pilihan dan kehendaknya sendiri. Lain halnya kalau ia terjatuh dari atap rumah, ia tahu bahwa hal tersebut bukan karena kehendaknya. Dia dapat membezakan antara kedua perbuatan ini, yang pertama atas dasar kehendaknya dan yang kedua diluar kehendaknya. Dan siapapun mengetahui perbezaan ini. Begitu juga orang yang menderita sakit pundi kencing ,dia tahu kalau air kencingnya keluar tanpa kemahuannya. Tetapi apabila ia sudah sembuh, ia sedar bahwa air kencingnya keluar atas kehendaknya. Dia mengetahui perbezaan diantara kedua hal ini dan tak ada seorangpun yang dapat menolak adanya perbezaan tersebut. Demikian segala hal yang terjadi pada diri manusia, dia mengetahui, perbezaan diantara mana yang terjadi dengan kemahuannya dan mana yang tidak. Akan tetapi, karena kasih sayang Allah SWT, ada diantara perbuatan manusia yang terjadi atas kemahuannya namun tidak dinyatakan sebagai perbuatannya. Seperti perbuatan orang yang terlupa, dan orang yang sedang tidur. Firman Allah  dalam kisah Ashabul kahfi:

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri;”.. (Al- Kahf: 18).

Padahal mereka sendiri yang sebenarnya berbalik ke kanan dan berbalik ke kiri, tetapi Allah SWT menyatakan bahawa Dialah yang membalik–balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sebab orang yang sedang tidur tidak mempunyai keinginan dan pilihan serta tidak mendapatkan hukuman atas perbuatannya. Maka perbuatan tersebut di nisbatkan kepada Allah SWT. Dan sabda Nabi Muhammad saw: “Barang siapa yang lupa ketika dalam keadaan berpuasa, lalu makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, karena Allah SWT yang memberinya makan dan minum.” Dinyatakan dalam hadits ini, bahawa yang memberi makan dan minum adalah Allah SWT, karena perbuatan orang tersebut terjadi tanpa sedar, maka seakan–akan terjadi tanpa kemahuannya.

Sebagaimana kita semua tahu bahwa manusia telah ditentukan untuknya rezeki yang diperuntuk bagiannya. Namun demikian dia tetap berusaha untuk mencari rezeki ke sana dan kemari. Tidak hanya duduk di rumah saja dengan berkata: “kalau sudah ditakdirkan untukku rezekiku tentu ia akan datang dengan sendirinya”. Bahkan dia akan berusaha untuk mencari rezeki tersebut. Padahal rezeki ini disebutkan bersamaan dengan amal perbuatan, sebagaimana di sebutkan dalam hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a: “Sesungguhnya kalian ini dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibu selama empat puluh hari berupa air mani, kemudian berubah menjadi segumpal darah selama empat puluh hari pula, kemudian berubah menjadi segumpal daging selama empat puluh hari pula, lalu Allah mengutus seorang malaikat yang diberi tugas untuk mencatat empat perkara, yaitu rezekinya, ajalnya, amalan dan apakah ia termasuk orang celaka atau bahagia”. Jadi rezeki inipun telah tercatat seperti halnya amal perbuatan, baik ataupun buruk, juga telah tercatat. ” Kalau begitu, mengapa anda pergi ke sana dan kemari untuk mencari rezeki dunia tetapi tidak berbuat kebaikan untuk mencari rezeki akhirat dan mendapatkan Qadha dan Qadar kebahagiaan surga? padahal kedua-duanya adalah sama, tidak ada perbedaannya.

Jika anda mahu berusaha untuk mencari rezki dan untuk mempertahankan untuk kehidupan seharian anda, bila anda jatuh sakit, anda perlu mencari doktor  untuk mengubati penyakit anda, padahal anda tahu kalau ajal telah ditentukan, tidak akan dapat bertambah dan tidak berkurang. Anda tidak akan bersikap pasrah sambil berkata: “sudahlah aku tetap tinggal di rumah saja meski pun perlu menderita sakit, karena kalau aku di takdirkan panjang umur aku akan tetap hidup”. Bahkan anda berusaha sekuat tenaga untuk mencari doktor yang pakar untuk menyembuhkan penyakit anda, yang dapat menyembuhkan penyakit anda dengan takdir Allah. Jika demikian, mengapa usaha anda di jalan akhirat dan dalam amal saleh tidak seperti usaha anda untuk kepentingan duniawi?
Sebagaimana telah  kemukakan bahwa masalah qadar adalah rahasia Allah SWT yang tersembunyi, tak mungkin anda dapat mengetahuinya. Sekarang anda di antara dua jalan: jalan yang membawa anda kepada keselamatan, kebahagiaan, kedamaian dan kemuliaan; dan jalan yang dapat membawa anda kepada kehancuran, penyesalan, dan kehinaan. Sekarang anda sedang berdiri di antara di hujung kedua jalan tersebut dan bebas untuk memilih, tak ada seorangpun yang akan merintangi anda untuk melalui jalan yang kanan atau jalan yang kiri. Anda dapat pergi kemanapun sesuka hati anda. Lalu mengapa anda memilih jalan kiri (sesat) kemudian berdalih bahwa “itu sudah takdirku”? bukankah lebih patut jika anda Qadha dan Qadar memilih jalan kanan dan mengatakan bahwa “itu takdirku” ?

Untuk lebih jelasnya, apabila anda mahu menuju ke suatu tempat dan dihadapan anda ada dua jalan. Yang satu mulus, lebih pendek dan lebih aman; sedang yang kedua rusak, lebih panjang dan mengerikan. Tentu saja anda akan memilih jalan yang mulus, yang lebih pendek dan lebih aman, tidak memilih jalan yang tidak mulus, tidak pendek dan tidak aman. Ini berkenaan dengan jalan yang visual, begitu juga dengan yang non
visual, sama saja dan tidak ada bezanya. Namun kadangkala hawa nafsulah yang berperanan dan menguasai akal. Padahal, sebagai seorang mu’min semoleknya akalnyalah yang harus lebih berperanan dan menguasai hawa nafsunya. Jika orang menggunakan akalnya, maka akal itu menurut pengertian yang sebenarnya akan melindungi pemiliknya dari yang membahayakan dan membawanya kepada yang bermanfaat dan membahagiakan. Dengan demikian jelaslah bagi kita bahwa manusia mempunyai kehendak dan pilihan dalam perbuatan yang dilakukannya secara sadar, bukan terpaksa. Kalau manusia berbuat dengan kehendak dan pilihannya untuk kepentingan dunia, maka iapun seharusnya begitu pula dalam usahanya menuju akhirat. Bahkan jalan menuju akhirat lebih jelas. Karena Allah Ytelah menjelaskannya dalam Al-Qur’an dan melalui sabda Rasul-Nya r, maka jalan menuju akhirat tentu saja lebih jelas dan lebih terang daripada jalan untuk kepentingan dunia. Maka pengertian rezeki dunia dan akhirat sama penting untuk kehidupan kita. Wassalam.

Label:

Salam, Kali ini mamak haji ingin menulis tentang resepi nasi briayani udang. Nasi beriyani ini berasal dari masakan yang diperkenalkan zaman pemerintahan kerajaan Islam India Mughal. Asal usulnya resepi ini dikatakan tukang masak istana telah mengubahsuaikan lauk-lauk yang berlebihan yang terbuang dari jamuan Di Raja kepada sebuah resepi nasi beriyani yang sangat lazat . Cara masak beriyani ini perlukan kemahiran masak nasi yang tinggi terutama dalam mengawal api dan juga masakan. Seperti mamak haji katakan, resepi nasi beriani ini dicipta oleh tukang-tukang masak Istana Raja Moghul. Tukang masak untuk istana monghul ini adalah tukang masak-tukang yang paling terbaik di seluruh India dan Timur Tengah. Di katakan juga semasa pemerintahan Sultan Akhbar Khan, Dapur istana dianggap sebagai sebuah kementerian dan ketua dapur sama tarafnya dengan jawatan menteri kabinet kerajaan Raja Akhbar yang paling berkuasa di Asia satu masa dulu..hahahaha. Bayangkan raja-raja beragama Islam  ini joli harta rakyat!.  Saidina Umar al-Khatab Amirul Mukmin dan khalifah bagi jajahan takluk empayar Islam, Pada waktu mlam sekiranya di pejabat, mengaji Al-Quran guna cahaya bulan diluar pejabat, takut menggunakan lampu minyak di pejabat, minyak lampu yang digunakan adalah harta rakyat yang diamanahkan digunakan untuk kegunaan peribadi. Ini sambut hari jadi guna wang kerajaan  atau wang rakyat. Bayangkanlah pemimpin-pemimpin seperti ini. Harta kekayaan bukan dikumpul untuk anak beranak tetapi dikumpul untuk tujuh keturunan celaka mereka. Orang-orang Islam seperti inilah kita cium tangan dan angkat mereka menjadi Imam kita untuk dipimpin ummah. Sudah tentu mereka ini dilaknati Allah SWT tapi kita yang pilih dan sokong apa saja perbuatan pemimpin seperti ini akan terpalit juga laknat Allah SWT. Maka anda lihat sendiri satu persatu negara Islam dalam kontravasi perang saudara sesama saudara Islam. Inilah mat salleh ketawakan dengan sebutan “Arab Spring”. Spring maknanya dua, satu spring yang melantun dan satu lagi musim bunga untuk pemimpin kafir musuh Islam. Baru-baru ini Negara Syria. Ini adalah peringatan Allah SWT kepada ummah Islam. Kalau tak sedar juga lagi kita di negara ini, lepas solat terawih, pergilah hantuk kepala ke dinding mesjid. Semoga Allah memberkati dan membuka mata dan hati untuk kita semua berpatah balik ke tuntutan agama Islam yang sebenar di negara ini. Semoga Allah berkati kita semua sebelum pemimpin seperti ini timbang kati kita. Amiin.

Resepi Nasi beriyani yang mudah masak dengan asingkan nasi dan lauk seperti kebanyakan masakan nasi beriani di negara kita. Ini cara terbaik untuk perniagaan. Kaedah resepi yang betul masak beriyani ialah masak lauk dan nasi sekali. Ini cakap senang tapi nak masak..hahaha, tak tahu nak kata. Kalau sekilo oklah tapi kalau 100kg?. Pernah baca tulisan mamak haji tentang cara-cara masak nasi kandar?. Perkakas untuk masak beriani terutamanya periok  yang dibawah dilapis dua atau double bottom paling mustahak. Kalau nasi hangus, habis nasi beriayani punya bau harum. Ok, ingat dalam masak nasi beriyani yang ori yang mustahaknya ialah: 1. kualiti berasmathi 2. kualiti minyak sapi (kalau dlm internet resepi beriayani ditulis oleh chef dari Pakistan atau India “butter” itu bermaksud minyak sapi bukan butter mat salleh), penyediaan rempah beriani, periok yang sesuai, dan kawalan api (kalau pakai dapur api gas pastikan dapur yang punyai  api yang kembang atau mata dapur enam atau lapan), guna dapur kayu, mudah tapi sekarang Jabatan alam sekitar akan menyaman anda kerana melakukan pembakaran dedah..hahahaha!. Jerebu semakiin buruk di Pulau Pinang sekarang. Cara masak mudah masak nasi beriani sila baca posting mamak, tajuk beriani ayam ia itu masak nasi beriani berasingan dengan lauknya. Mamak haji tak berapa minat nak menulis tentang resepi nasi beriyani walau resepi dah lama dalam draft. Ini kerana takat nak masak 1 kilo beras lebih baik jimat belanja, beli saja dua atau tiga bungkus kat bazar ramadan. Tapi nak kata masakan di bazar ramadan, maaf nak katalah, hidangan yang jual tidak punyai mutu sebenar. Ini berlaku bukan sebab peniaga itu tidak pandai masak tetapi masalah, persaingan HARGA.  Agak-agak berapa nasi beriani sebungkus kalau kualitinya masakan yang terbaik boleh dijual?. Takat RM5.00 tidak dapat jual, kalau RM9.99 boleh?. Terlalu mahal kata pelangan. Ada beras basmathi yg murah begitu juga minyak sapi dan lain-lain bahan.  Kalau nak makan sedap buat sendiri, puas hati. Atau sekiranya tempat kita tak ada nasi beriyani dan terasa ingin nak buat sendiri buat saja. Di sini mamak haji berikan resepi untuk keluarga 5 atau 6 orang. Mamak haji jumpa resepi nasi beriani udang dari sahabat bloger. Dia ini memang cekap, dan chef handal. Dia tanya mamak haji berkenaan masak nasi beriayani udang ini tapi tunggu punya tunggu resepi mamak haji dia kayuh beca dulu. Tulisan mengenai masakan beriani sungguh mudah. Dalam bulan posa ini mamak haji tak mahu celarukan otak pembaca cara masak nasi beriayani mamak original tapi setakat belajar cara chef ini sudah cukup afdal ilmu beriyani ini. Cuma mamak haji modify sikit resepinya seperti kita beli engin kereta dari Jepun buat body dan namakan proton saga…terima kasih blogger supper chef D5  dilink ini http://delimazamrud79.blogspot.com/2012/07/briyani-udang-org-bujang.html mamak haji ucapkan terima kasih. Blog ini mempunyai masakan ala barat yang klasik, Pasti anda tak rugi berkinjung dan habiskan sedikit masa. Blog seperti ini baik untuk yang mula berjinak dengan dapur, kuali atau periok. Blog mamak haji ini anda perlu ikut dari awal lagi. Kalau mamak haji tulis garam masala pasti yang tanya bagaimana nak buat garam masala, kalau tulis pes halia bawang putih  mula dah blurr dan cepat-cepat undur ke google balik. Pandangan mamak haji lain sikit, kalau nak stok ayam mamak haji tak beli buat sendiri. nak pes tom yam mamak haji tak pakai pes segera, Ini beza sedikit. Kalau buat kurmak mamak haji tak pakai serbuk kurma adabi, walau pun kualiti rempah adabi bagi pandangan mamak haji baik dari segi rasa. Ini nak buat beriani kalau mamak tulis guna 1 sudu besar rempah beriani?. Mana pulak kat Sabah ini saya nak cari rempah ini. Tapi bagi yang lama ikut mamak haji dalam blog depa dah ada rempah-rempah ini. Bagi pengunjung dah lama dengan mamak haji kalau ada yang nak rempah-rempah seperti garam masala, rempah beriani, rempah kari, pes halia bawang putih, pes char kuoy teow, sos cili, kaya atau lain-lain buat dan jual. Mamak Haji halalkan dunia akhirat. Kalau pandai lagi buat pes basah untuk tom yam, daging masak hitam, yogurt dan lain-lain jual saja. Pendapatan yang perolehi itu belajar resepi baru atau ubah suaikan resepi mamak haji..hehehe!. Kalau ada yang ingin ikut mamak haji melalui tweeter addkan mamak haji : mohd.roslan99 atau  @mohdroslan. Setiap posting baru ada diposkan dalam tweeter.

RESEPI NASI BERIYANI MASAK UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmathi ( di cuci )
  • 500gm  udang besar ( bersihkan misai dan tanduk tajam dgn mengunting (kepala jangan buang). Kopek kulit tengah badan dan belah belakang buang urat.
Bahan-bahan untuk peram udang:
  • 1 biji limau nipis atai 1/2 biji lemon perah jusnya.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • garam secukup rasa.
4 biji bawang besar dihiris halus. Bahagikan sama rata kuantiti bawang hirisan ini kepada 3 bahagian.
1 helai daun pandan ( disimpul ),
3 biji tomoto di potong kiub kecil.
Bahan-bahan untuk menyediakan rempah/ masal kering.
  • 4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 1 sudu besar biji kas-kas.
  • 2 inci kayu manis.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.

Kesemua rempah di atas panaskan kuali dan masukkan. Goreng kering  sehiingga sedikit kehitaman dan asap mula dikeluarkan oleh rempah. Jangan sampai hangus. Buah pelaga itu kopek kulit, cuma mabil bijinya. kulit buang. Kisar semua rempah ini diblender kecil atau coffee blender sehingga halus.  Kta jangan pulak guna rempah beriani kerana udang dan daging atau ayam lain pula jenis rempahnya. Kalau beli rempah tersedia seperti baba’s atau adabi tentukan anda beli jenis  serbuk kari untuk daging atau ayam lain dengan ikan atau masakan kari hasil laut.

Bahan-bahan untuk menyediakan masala atau rempah basah:

  • 2 batang cili hijau.
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus.
  • 1/2 cawan daun pudina.
  • 1 sudu besar (tbsp) safron strands atau dalam bahasa kita stigma bunga kum-kum. Safron ini sangat mahal dan berikan rasa yang sangat pesona dengan warna yang ghairah, Kalu payah nak cari gunakan warna oren merah sedikit.
  • 3-5 sudu besar (tbsp) susu panas.
  • 5-7 sudu besar miinyak masak untuk goreng.
  • Sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

PENYEDIIAAN BERAS BASMATHI:

1. Basuh beras cuma sekalii atau dua. Toskan dan masukkan ke dalam air panas. Rendam selama 15-20 minit. Toskan dan simpan tepi dalam penapis.

2. Masak beras dalam periok nasi seperti biasa (kadar nisbah air dan beras 1:1) dengan masukkan sedkit garam dan 1/2 sudu kecil gula bersama dengan satu sudu kecil (tsp) minyak sapi. Masukkan susu bersama denga safron atau warna oren merah. Mamak haji ingin jadikan nasi beriani berwarna oren merah. Tetapi nasi beriayani tidak perlu diwarnakan cuma safron sudah cukup.

3.Masak nasi ini perlu takat masak nasi cukup masak saja. Bila switch rice cooker tendang terus matikan suisnya. Tak perlu ia ditanak sehingga kering keluarkan nasi yang masih berair itu dan tapiskan.Maksudnya ia cuma masak dalam lebih sedikit 3/4 bahagian beras.

PENYEDIAAN UDANG MASALA UNTUK NASI BERIYANI:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng udang dalam suhu panas untuk dapatkan warna kemerahan kulit udang. Tujuannya ia lah sekiranaya kita masukkan begitu saja udang, warna kulit udang cuma putih atau kuning dan tdak menarik. Selama 3 minit sudah mencukupi. Keluarkan udang yang telah goreng dan simpan.

2. Panaskan periok, goreng satu bahagian bawang hirisan dari tiga bahagian tadi. Goreng sehingga bawang ranggup dan kuning keemasan. Keluarkan kesemua bawang goreng dan tapiskanminyak dan diletakan diatas kertas tuala dapur. Minyak gorengan bawang kita perlu gunakan kembali. Bawang goreng rangup untuk hiasan diatas hidangan nasi beriyani kelak nanti.

3. Dengan minyak gorengan bawang tadi, masukkan lagi 1 bahagian lagi bawang hirisan. kali ini kita layukan saja bawang ini.

4. Masukkan rempah basah bersama dengan daun pandan. Goreng sehingga pecah minyak.

5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi kedalam periok. Masukkan sekali rempah kerng yang telah disediakan. Goreng sehingga udang anda masaqk cukup. Jangan terlalu lama nanti udang anda jadi kecut, kerana dalam ansi pun udang ini pasti masak lagi. dalam 4-5 minit cukup.

PENYEDIAAN TERAKHIR HIDANGAN NASI BERIYANI UDANG:

1. Sapukan minyak sapi sekeling perik bahagian dalam (mamak haji katakan periok kalau tebal dibahagian bawah amat sesuai seperti periok pressure cooker). Masukkan separuh dari nasi yang telah disediakan, dikuti dengan hidangan masala dan diatas sekali kembali nasi separuh yang lagi.

2. Masak nasi ini perlu berhati-hati, kita perluakan  setiap wap dihasilkan untuk masak nasi kali terakhir dengan sempurna. Maka anda perlu tutupkan setiap rongga dengan gam tepung. Inilah dipanggil nasi beriani gam. Ambil kain yang panjang , rendamkan dalam air tepung gandum yang pekat dan salut tudung diatas periok.

3, Sekiranya takut nasi jadi hangit kerana api kecil dapur gas adalah mungkin keras bagi masak nasi beriani ini, lapikan dengan kuali leper dibawah periok anda. Bagi peniaga yang punyai Baine Mary boleh masak nasi ini dengan guna tray di atas pemanas makanan ini. Kalau payah juga gunakan ketuhar / oven masak nasi ini dalam suhu pemanas makanan 60-70 C.

Akhir selamat mencuba dengan sabar…hahaha!. kalau ada soalan khusus mengenai boleh email mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. Mamak haji dah penat!. Wassalam.


Salam, mamak haji mohon maaf kerana kini posting diblog ini semakin perlahan. Ada juga mamak janji untuk poskan daun beriani dan jintan hitam kepada pengunjung blog ini sebelum bulan ramadan tapi masih lagi belum tunaikan permintaannya. Bahan sudah dibeli tapi nak poskan ke Langkawi belum lagi dilakukan. Mamak Haji masih kejar masa. Mamak haji rasa sedih janji poskan hari sabtu jani tinggal janji, sampai lah ini belum poskan. Mamak haji sebenarnya tak kuat lagi bawa kenderaan , harapkan anak-anak membawa, mereka kata sibuk. Kadang-kala bila umuq meningkat senja terasa diri ini tidak lagi dipedulikan oleh orang sekeliling kita. Bila kita dah tua kita inginkan orang sekeliling kita menghormati kita. Mamak haji tertanya-tanya  juga apakah orang keliling kita perlu hormat golongan tua kerana umur , pandangan atau pun jasa?. Apakah bila umur dah lanjut kita akan jadi golongan hipokrasi dan terasa diri kita lebih makan garam dari orang lain?. Kenapa hati kita sentiasa mencari sesuatu yang belum pasti perolehi. Apa sebenarnya makna sebuah kehidupan dalam usia lanjut?. Tubuh kita kepunyaan tanah tapi kita masih berlumba-lumba ingin memiliki tanah. Kita berjuang semasa muda ingin memiliki tanah berekar-ekar, tapi kita lupa akhirnya kita akan menjadi hak milik tanah 6X3X6 jua. Perlumbaan diantara tanah dan kita, kita akan mengalah kepada tanah akhirnya. Roh ini dimiliki oleh Allah SWT. Dia meniupkan roh dalam perut ibu selepas 40 hari dan hanya dia berhak menarik keluar bila sudah sampai masanya. Kedua-dua ini bukan milik kita. Milik kita cuma sebuah hati. Hati ini mencantumkan Tubuh dan Roh menjadikan kitsa hidup dan bentuk sebuah kehidupan. Kehidupan kita sebenarnya bergantung kepada hati. Hati menentukan segala-galanya. Allah SWT beri kebebasan untuk kita memiliki hati melalui pemikiran akal. kewujudan hati dan akal berlainan. Baik atau jahat seseorang ditentukan oleh hati. Maka niat atau nawaithu ditentukan hati bukkan pemikiran akal.  Maka niat  itu lebih musthak dari perbuatan itu sendiri. Allah SWT sentiasa lihat hati kita, bukan perbuatan. Maka puasa adalah pengubat hati yang terbaik. Ia membersihkan hati kita supaya kehidupan kita kelak menjadi bersih. Bila hati kita bersih segala perbuatan melalui anggota tubuh badan pun jadi bersih. Bila hati ini bersih, Hati kita mula jijik dengan perbuatan kotor dan jijik. Inilah Fitrah manusia. Keikhlasan perlu dalam segala perbuatan kita.

Sekian hari, sekian ramai pasangan suami isteri bercerai di negara kita. Masalah suami-isteri ini cuma satu saja, tiada keikhlasan dalam rumah-tangga. Suami mengharapkan sesuatu dari isteri dan si isteri pula harapkan sesuatu dari suami, bila mana tak dapat apa yang hajat maka rasa kecik hati kepada pasangannya. Si suami perlu ikhlas kepada si isteri tanpa harap sesuatu balasan dari isterinya, si isteri pula kena berikan apa saja keperluan suami tanpa harap sesuatu kembali. Dengan sebab itu mamak haji selalu peringatkan masaklah untuk suami anda dengan ikhlas nescaya masakan anda menjadi masakan paling sedap. Sentiasa praktikan memberi dari  menerima, rumah-tangga sentiasa akan damai dan tenteram. Bangsa yang selalu suka menerima akan menjadi bangsa yang pemalas. Dalam Islam kita tidak digalakan meminta-minta (peminta sedekah) walau pun pangktat atu jawatan, tapi diunjur menjadi pemberi (sedekah). Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Gunakan kesempatan bulan ramadan yang penuh barakah untuk memberi atau bersedekah  yang termampu. Ia bukan saja mendapat rahmat dari Allah SWT tapi membersihkan hati kita.

Resepi kali ini mamak berikan ini sedikit mengubah resepi kemelayuan kepada mamak…. Rempah dan Mamak sepert aur dan tebing kah?hahaha!. Bila mamak haji cuba resepi ini di kantin mami, ia telah menjadi resepi paling disukai pekerja-pekerja dari benua India seperti pekerja Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan juga Indonesia. Rasa resepi asal mamak haji kekalkan tapi tambahkan dengan rempah kari daging dan dijadikan ia berempah sedikit dan tambahkan daun salam Indonesia sebagai resepi padang atau Medan.

RESEPI RENDANG AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) di potong 10 bahagian. Bersihkan dan lumurkan dengan 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan 1/2 sudu kecil garam. Daging ayam yang dijual pasar adalah terlalu lembut dan cepat penyek atau hancur bila di masak jangka masa yang lama. Untuk elakan ini kita perlu goreng sedikit permukaan daging untuk tujuan kerasakan. Sekiranya gunakan ayam kampung, proses ini tidak perlu dilakukan kerana sememangnya daging ayam kampung keras.
  • 1 cawan santan pekat, kalau gunakan buah kelapa, 1 biji dengan 2 cawan santan diperah.
  • 1/2 cawan kerisik. Sekiranya gunakan kelapa parut, goreng kering sehingga perang dan ditumbuk denganguna  batu lesung sehingga lumat dan minyak dikeluarkan.
  • 4 helai daun salam (Indonesia)  atau 2 helai daun kunyit.
  • 1 btg serai diketuk.
  • 2 keping asam keping/gelugor.
  • 1 keping gula melaka.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk kari daging/boleh tambah 1 sudu lagi kalau ingin lebih berempah.
  • satu senduk kecil minyak masak.
  •  Garam secukup.

Bahan tumis untuk dikisar:

  • 3 biji bawang labu sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 batang serai dihiris halus.
  • 2 inci lengkuas dihiris.
  • 1 inci kunyit hidup dibuang kulit dan dihiris.
  • 15 tangkai cili kering direndam dalam air panas.
  • 10 biji cili api.

Kisar bahan-bahan di atas dengan kadar 1:1 air.

CARA MEMASAK:

1. Panasakan kuali, masukam minyak masak, bila panas masukan 1 batang serai yang telah diketuk. Masukkan bahan kisaran dan asam keping, kacau rata. Biarkan api dapur pada sederhana.  Bila perencah ini mula pecah minyak (minyak akan timbul di sekeliling tumisan), Masukkan gula melaka dan dua sudu rempah kari. Biarkan gula Melaka larut dalam tumisan (bumbu).

2. Masukkan santan dan biarkan ia masak secukup (Ini bertujuan rendang anda tidak basi dan baik dalam jangka waktu yang lama).

3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan ketulan ayam dan kecilkan api. Kerap kali kacau ayam ini supaya dipermukaan bawah tidak hangus. Sekiranya terlalu pekat anda boleh gunakan air panas untuk cairkan sedikit. Ini masakan rendang bukan kari, maka rendang yang kering dan lembab  diselaputi dengan ketulan ayam paling enak dimakan.

4. Rendang yang terbaik adalah rendang yang telah pecah minyak. Minyak perlu timbul  dan menjadi selaput yang melindungi  dari bakteria yang boleh basikan rendang ayam. Ini juga cara yang sama digunakan dalam masakan resepi nasi kandar.

Nota: Setiap masakan nasi kandar perlu ada minyak dipermukaan di atas bayangkan masa masakan. Kebelakangan ini ramai yang takutkan minyak kerana kandungan lemak. Pepatah, “kalau takutkan gelombang, jangan buat rumah ditepi pantai”….kalau takutkan minyak jangan masak masakan orang timur. Makan saja daun-daun jadi kambing atau makan saja buah-buahan, jadi monyet …hahahaha!. Mayonis dan burger McD itu lebih banyak Kolestrol dari masakan santan kita. Piiirah… Mat Salleh..arak itu lebih buruk dari minyak kelapa sawit kita. Kenapa tak ada kempen berhenti minum alkohol dinegara barat?. Sila cuba resepi ini. Oleh kerana ada yang mintak bubuh gambaq setiap masakan..mamak haji akan cuba ambil gambaq, bila masak. hahahaha.. mami, dok ketawakan mamak haji..hehehe!. Macam janggal sangat mamak haji nak  jadi kameraman. Tapi tak apa, polisi mamak haji, “customer always right”. Wassalam.


salam, sebenarnya mamak haji berat nak beri ucapan ‘selamat berpuasa’. Apa yang sebenarnya ‘selamat’ itu yang mamak haji masih lagi

Buah kurma ‘Ajwa

kurang faham. Sebelum kita memberi ucapan selamat berpuasa, kita perlu hayati pengertian berpuasa ini.Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Ramai ingat puasa itu menahan dari makan dan minum. Ini yang difahami rakyat bukan Islam di negara ini tentang umat Islam mula berpuasa dalam bulan Ramadhan dan juga segelintir orang islam di negara ini, yang aneh lagi selepas waktu asar dalam bulan ramadhan, suasana bertukar menjadi pesta makananan di setiap pelusuk negara. Dan waktu malam pula bertukar menjadi suasana berhimpun di mesjid untuk solat sunat tarawih.Pada permulaan minggu pertama Setiap ruang mesjid akan penuh, di minggu kedua 3/4 dan minggu terakhir cuma 1/4 ruang mesjid di isi. Mungkin ramai balik kampung untuk hari raya aidil fitri. Mamak haji minat tentang tajuk puasa ini kerana ia membabitkan bidang masakan bukan mamak haji handal dalam bidang agama dan pandai merumuskan puasa ini. skop puasa amat luas. jadi mamak haji cuma sentuh mengenai bab makanan dan perniagaan dalam bepuasa Ramadhan ini.

Makna Puasa: Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.”
Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”. – dari blog: http://www.ustazshauqi.com.

Makna Ramadhan: Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata, assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.

Sebelum teruskan resepi-resepi masakan bulan ramdhan tahun ini, mamak haji ingin menceritakan perihal “Buah Kurma” yang telah sebati dengan musim berpuasa di negara ini. Tanpa buah kurma atau tamar seperti tidak cukup syarat semasa buka puasa. Makan buah kurma semasa buka puasa adalah amalan Nabi besar s.a.w. Maka apa juga perlakuan nabi s.a.w dituruti dapat ‘bonus’ pahala. Buah kurma mendapat perhatian khusus nabi mohammad s.a.w kerana kerana Allah SWT menyebut kurma di surah Al-Raad ayat : 4 dan juga di surah Maryam ayat:26. Buah kurma yang terbaik ialah:
1. Selaput luarnya atau kulit buahnya tidak rosak dan masih kelihatan segar,
2. Kadang-kala buah kurma ini untuk menguntungkan perniagaan dipetik muda dan dilumurkan dengan gula. Buah kurma yang tua berwarna coklat dan kemerahan kuning, tanda boleh dilihat tangkainya ditanggal dari tandu buah dengan mudah mudah terlepas.
3. bila pilih buah kurma, pilih buahnya bersaiz besar dan juga dibungkus rapi untuk menjaga kesegeran buahnya.

Setiap buah kurma mempunyai kandungan 50-57 peratus “glukos”. glukos yang terdapat dalam buah kurma boleh terus diresap kedalam darah dan boleh memberi tenaga terus menerus. Wal hal buah-buahan lain cuma mengandungi gula yang dipanggil fruktos, di mana ia perlu ditukarkan kepada glukos dibantu oleh enzim-enzim.Maka gula jenis ini memakan masa untuk memperolehi tenaga.Umat Islam disarankan mengambil buah kurma semasa buka puasa untuk mendapatkan tenaga serta-merta cukup untuk melakukan solat Maghrib dan juga solat sunat terawih. Jika kita memakan makanan yang berlebihan semasa buka puasa, ia akan menjadikan tubuh badan semakin kepenatan dan sukar untuk menjalankan kewajiban ibadah solat.

Bila kita sebut mengenai buah kurma, tak cukup sayrat jika tidak sebut mengenai jenis kurma yang ajaib yang digelar, “Kurma nabi atau kurma ajwa”. Mengenai khasiat istimewa buah kurma ini di riwayatkan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir Bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabada: ” Barang siapa memakan 7 biji tamar ‘Ajwa, dia akan terkawal daripada perbuatan syaitan dan sihir. Sahih muslim 153:2046 dan sahih al-Bukhari 5445,5768,5769,5779. Kisah asal usul kurma nabi ini yang dikatakan selepas Nabi Muhammad s.a.w menceritakan sendiri. diceritakan pada suatu hari rasulullah s.a.w sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda. Malaikat Jibrail yang melihat keadaan Rasulullah s.a.w sedemikian merasa sedih lalu memohon kepada Allah SWT yang sememangnya maha mengetahui segala, memenuhi permintaan malaikat jIbrail dan berikan buah kurma Ajwa ini untuk Rasulullah membuka puasa. setelah selesai iftar, biji kurma tersebut kemudian ditanam oleh rasulullah s.a.w. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok korma Ajwa ini memebesar dikawasan Madina. Yang peliknya pokok korma ‘Ajawa ini tidak akan hidup dikawasan lain selain Madinah. Mohammad Bin Ali al husayin meceritakan buah korma ‘Ajawa ini berasal dari syurga.

Buah korma ‘Ajwa adalah salah satu jenis buah korma yang paling mahal dari Madinah Munawarah. Buah kurma ‘ajwah ini bersaiz kecil,Kehitaman, dan isi buahnya lembut bila dijamah. Buah kurma ini amat sesuai untuk dimakan oleh pesakit kronik seperti penghidap diabetes (kencing manis) dan kanser klon. Di dunia moden yang mengejar wang ringgit, jangan lupa pada penipuan dilakukan terhadap pelangan dengan menjual buah kurma ‘Ajwa yang palsu. Untuk mengetahui buah kurma ‘Ajwa yang tulin, perhatikan permukaan kulit buah ‘Ajwa. Anda akan dapat lihat urat-urat yang berwarna putih wujud di permukaan kulit buah kurma tersebut. Wassalam.


Salam, Sebelum kita ke resepi serunding ‘ala Indonesia ini, mamak haji ingin menyentuh sedikit perniagaan bazar ramadhan dan harga jualan hidangan. Masih tinggal sembilan hari lagi akan berkunjung tiba bulan yang besar dan sangat bererti ia itu Bulan Ramadhan Al-Barakah bagi tahun ini. Tahun lepas mamak haji pernah buat posting-posting mengenai Bazar Ramadhan dalam blog ini. Saban tahun dalam bulan ramadhan, akan munculah ramai peniaga Melayu amat menarik perhatian mamak haji. Melihat kepada jumlah orang Melayu berniaga di pasar dan bazar Ramadan di merata tempat, memberi harapan kepada kita bahawa semakin ramai Melayu berani dan mampu menjadi usahawan, walau pun kecil-kecilan. Namun apabila ditinjau, sebahagian besar peniaga Ramadan sebenarnya daripada golongan peniaga tetap yang punyai perniagaan. Peniaga baru amat sedikit sekali jumlahnya untuk bertarung dalam perniagaan Bazar Ramadhan. Baca di link ini  http://wp.me/pf5pQ-5U  dan juga mengenai , Tip-tip perniagaan di bulan ramadhan di link ini http://wp.me/pf5pQ-g2Mamak Haji seperti peniaga lain memang menunggu bulan Ramdhan Al-Barakah ini. Tetapi tahun ini mamak haji tak larat untuk berniaga, walau pun dalam jiwa ini bazar Ramadhan sudah sebati. Berniaga dalam bulan ramadhan ini bukan saja amat menguntungkan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai satu ibadah dan  fardu kifayah sekiranya betul cara berniaga mengikut Islam. Tak semestinya mendapat untung di dunia tetapi jika diizinkan pahala dari Allah SWT tetap milik kita. Sebagai peniaga muslimin dan muslimat janganlah kita cuma mengejar keuntungan dunia semata-mata yang tidak kekal dengan mengabaikan dunia akhirat yang kekal. Perniagaan dalam bulan ramadhan bukan saja semata-mata mencari keuntungan tetapi perlu di ambil kira pahala sedekah yang terkandung dalamnya. Peniaga -penjual di pasar bulan Ramadhan bukan saja mendapat ganjaran keuntungan lumayan dari menjual makanan untuk umat yang berpuasa dan dijamah semasa membuka puasa tetapi sekiranya diperhalusi dengan iman dan taqwa ia bukan sekadar menjual dan membeli atau keuntungan semata-mata. Bulan ramadhan inilah peniaga perlu latih diri kembali kepada cara perniagaan sebenar yang dianjurkan oleh Islam. Dalam blog ini telah banyak mamak haji menulis tentang perniagaan mengikut perpektif Islam. Perkara penting sekali anda sebagai peniaga perlu lakukan ialah, tawarkanlah harga yang paling berpatutan dan juga segala penyediaan makanan dilakukan dengan mengikut garis panduan syariat Islam. Bulan puasa ini kita bagi diskaun harga jualan. Boleh kah ???hahahaha!. Bulan posa ini hampa balun naik lagi harga tinggi ada noo?.

Mamak Haji tertarik dengan e-mail ini dari seorang pembaca, sebab itulah mamak haji membebel tentang harga ini, hahahahaha!. e-mail seperti ini memang banyak mamak haji terima tapi ini kali pertama sebelum bulan posa. Dalam blog ini banyak mamak haji menulis tentang bagaimana menetapkan harga jualan. Tak apa nanti mamak haji tetap akan membalas e-mailnya.  “Salam Tuan Hj, Saya bercadang untuk meniaga di bazar ramadhan. Ingatkan nak cuba jual nasi beriani dan nasi tomato. Soalan saya, berapakah harga yang patut/minima untuk set nasi beriani ? . Terima kasih. Wsalam.”  Kalau boleh mamak haji minta jasa baik pengunjung blog beri pendapat untuk saudara kita ini dalam ruang komen. Mamak haji akan beri komen nanti, bagaimana harga perlu di kira dan juga lain-lain perkara yang bersangkutan ini. OK kita ke Resepi kali ini…

Dalam menyediakan masakan katering, biasanya banyak hidangan lauk-pauk tetap terbuang kerana tersasar buget tetamu oleh tuan rumah. Adat Melayu melayani tetamu adalah salah satu satu adat  yang perlu dipertahankan dan perlu dipuji seperti cara anak-anak melintas di depan orang tua. Sikap melayan tetamu orang Melayu ini jarang terdapat pada bangsa-bangsa lain. Dari pengalaman sebagai katerer, dari 85 peratus dari jumlah pelangan mamak haji layan dalam sepanjang karier ini boleh dikatakan divakhir setiap perjanjian katering, tuan rumah akan berkata satu perkara yang sama saja, “biar seratus ketul ayam terbuang, tapi jangan seorang tetamu balik dengan perut kosong dalam majlis”. Maknanya dalam setiap pesanan katering 20-30 peratus hidangan tetap akan berlebihan yang akan ditempah oleh pelangan. Tempahan berlebihan ini kadang-kala mencecah ke 45 peratus pun ada. Nak kata ini satu pembaziran , mamak haji rasa bukan, tetapi mungkin inilah dikatakan pepatah orang melayu, “Biar mati anak, tapi adat jangan mati”. Kadang-kala mamak haji terima perkara seperti ini dalam dunia perniagaan sebagai positif. Lah ini kita semakin maju, kita mula lupakan adat turun-temuran ini dan suka ikut adat orang barat yang bukan saja menjajah negara kita tetapi dijajah minda kita sekali. Kebanyakan majlis sekarang diadakan di hotel-hotel lima bintang. Tetamu yang hadir perlu menunjukkan kad jemputan dari tuan punya majlis. Sekiranya anda tertinggal kad itu, terpakasa balik rumah atau mencari restoren. Mamak haji melencong lagi. OK lah ceritanya senang, kita buat serunding ayam dengan lauk ayam yang berlebihan yang biasanya terbuang. Full Stop.

RESEPI SERUNDING AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm isi ayam. Basuh dan bersihkan ketulan ayam. Didihkan dengan api sederhana  untuk menjaga kualiti isi ayam (membunuh bakteria merbahaya kerana masakan sudah lebih dari enam jam).  Carik-carekan  isi-isi ayam menjadi halus.

BAHAN TUMIS:

  • 2 Sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 150 ml santan.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 2 cm kunyit hidup yang telah panggang.
  • 2 cm lengkuas yang telah panggang.
  • 1 helai daun salam (Indonesian Bay Leaf).
  • 10 gm asam jawa.
  • 3 butir bawang merah (kecil).
  • 1/2 sudu kecil (tsp) garam.
  • 150 gm gula merah/hitam.
  • 1 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar yg telah goreng kering.

CARA-CARA MEMASAK:

1. Seperti mamak haji katakan di atas ketulan ayam yang berlebihan perlu dibasuh dan di rebus dengan api yang sederhana sehingga isi ayam lembut. Hindarkan kulit ayam. Carek halus isi ayam.

2. Kunyit hidup dan Lengkuas yang telah panggang, bawang, buah keras, biji rempah ketumbar dan bawang putih perlu ditumbuk halus.

3. Larutkan 10gm asam jawa dalam 10 sudu besar stok ayam. Cuma gunakan 1 sudu besar air asam jawa untuk masakan ini.

4. Panaskan kuali bersama minyak. Bila minyak panas masukkan semua perencah yang telah ditumbuk halus bersama dengan lada hitam dan daun salam.

5. Bila perencah naik bau harum masukkan daging ayam yang telah carek. Masukkan gula merah dan santan.

6. Masak sehingga semua bahan-bahan ini resap dalam daging ayam.

7. Keluarkan dari kuali dan ratakan dalam bekas (tray) ketuhar (oven). Bakar daging ayam ini di ketuhar dalam suhu 80 darjah C. selama 30 min sehingga warna serunding anda bertukar kepada keperangan dan kering.

8. Kleuarkan dari ketuhar dan sejukkan dalam suhu dapur. Masukkan serunding ini kedalam bekas kedap udara. Anda simpan sehingga 7-14 hari. Selamat mencuba. Lain kali ketulan daging atau ayam dalam lauk yang habis jangan dibuang, sebelum basi cepat-capat basuh dan simpan dalam peti sejuk. Aneka masakan boleh dibuat seperti serunding di atas, begedel dal posting mamak haji, inti karipap dan banyak lagi. Lain kali mamak haji tulis resepi masakan untuk nasi putih yang berlebihan selain dari nasi goreng. Wassalam.

TIP-TIP KATERING 1: CARA BASUH PERIOK NASI YG. BERKERAK.

Membasuh periok nasi gunakan gas LPG adalah masalah besar. Lebih-lebih lagi kerak  nasi. Biasanya permukaan periok nasi ini diselaputi dengan semburan bahan yang tidak melekat permukaannya. Tetapi lama-kelamaan bahan selaput ini akan terhaus kerana gunakan berus dawai keluli atau pun bahan aktif sabun. Oleh kerana periok ini diperbuat dari aluminium jangan sekali-kali gunakan alat pengikis untuk kikis kerak dibuat dari bahan lebih keras dari aluminium seperti scripper. Rendamkan kuali selama 30 minit. GFunakan TUDUNG BEKAS SABUN BASUH PINGAN MANGKOK  seperti tudung sabun axion untuk membersihkan periok anda. Letakan tudung itu di tapak tangan anda dan terus gosok. Semua kerak nasi akan terkeluar sendiri. Untuk membasuh flask nasi juga boleh gunakan kaedah ini. Guna tudng ini selamat, mudah dan cepat. WASSALAM.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 1,434,443 hits
Mei 2013
I S R K J S A
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers