PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

KURMAK AYAM ‘ALA NASI KANDAR

Posted on: Jun 19, 2008


KURMAK AYAM

Bahan-Bahan:

1.8 kg Ayam Dibuang Kulit (Potongan 12).

1 Sudu Besar halia yang ditumbuk lumat.

5 Ulas Bawang Putih ditumbuk lumat.

4 Biji Bawang Besar dihiris halus.

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar  serbuk jintan manis.

1/2  sudu teh serbuk kunyit.

1 sudu teh serbuk lada hitam.

*  Campuran Rempah garam-masala untuk menumis ( 4 biji buah pelaga, 3 keping kayu manis panjang 2″, cengkih 4-5 biji).

3 sudu besar buah badam yang dikisar lumat (buang kulit dengan direndam dengan air panas 15 minit)

Yogurt (tairu) asli yang telah dipukul supaya cair.

100 gm perahan Santan pekat.

daun ketumbar satu pokok yang dicincang.

3-4 biji cili hijau.

Daun kari.

Garam dan minyak untuk masak.

Cara-cara memasak:

1. Bersihkan ketul-ketul ayam dan gaulkan dengan Halia, bawang putih, garam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam  dan tairu atau yogurt. Perapkan selama 2 -4 jam atau pun semalaman di peti sejuk.

2.Panaskan periok dan masukan  minyak. Bila minyak mulai panas masukkan campuran garam masala, hirisan bawang, sedikit garam, serbuk kunyit, cili hijau dan daun kari. Sehingga keluarkan bau harum dan bawang mulai tukar kuning keemasan. JANGAN hanguskan. Masukan Ketulan ayam yang telah perapkan ke dalam kuali/ periok. Kacau serata.

3. Masukan santan dan biarkan sehingga pecah minyak. Kecilkan api dapur. Tentukan ayam di dalam kuali sentiasa kacau untuk tidak hangus dipermukaan bawah. Jus dari daging ayam akan mulai keluar dan akan cairkan kuah anda. Sekiranya anda ingin kuah yang lebih boleh tambah air sedikit. Tutup masakan dengan tudung periok atau kuali.

4. Kebiasaan ayam boleh masak dalam 25 -30 minit. Tetapi tentukan setiap 10 minit buka tudungnya dan kacau sebatian kuah secara berhati-hati tidak memecahkan daging ayam yang lembut yang sedang masak supaya tidak melekat permukaan bawah bekas masakan. Amat sesuai gunakan bekas masakan non-stick pot.

5. Selepas masak rasa kemasinan dan ambah garam jika perlu. Taburkan daun koriandar/ daun ketumbar dan tutup api dan tudung.

Selamat mencuba. Hantarkan kalau ada kemusykilan dan sebarang komen. mohd.roslan99@gmail.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,399,302 hits
Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: