PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Ogos 2008


Kebelakangan ini ramai Pengusaha Kafeteria  dan Restoren bersunggut dan kecewa dengan kenaikan Harga barangan asas dalam perniagaan mereka.Paling ketara kenaikan harga yang melambung ialah Beras.Dimana-mana perniagaan berlandaskan Makanan yang paling mengutungkan ialah Nasi dengan kadar kenaikan harga dari satu guni iaitu 50Kg dari RM71.00 ke paras sekarang RM141.00 adalah sukar diramalkan.Pada kebiasaanya 1kg Beras 15% hancur yang digunakan oleh rata-rata pengusaha boleh hasilkan Nasi untuk pelanggan diantara 10-12.Kalau kegunaan beras jenis ‘Basmathi’ iaitu digunakan dalam masakan Nasi Beriani cuma boleh dikira 1kg untuk 10 orang saja!.Restoren-restoren disekitar Pulau Pinang telah naikan harga Nasi sepinggan dari RM0.70 kepada RM1.00.Nasi yang dijual telah dikurangkan dari kebiasaan kepada 1kg – 15 orang.Bayangkan betapa sedikitnya nasi putih yang dibekalkan untuk pelanggan.Perkara ini akan merumitkan lagi penjualan dan daya ketahanan perniagaan itu sendiri.Pelanggan semakin hari semakin berkurangan.Pada dasarnya kenaikan harga ini boleh diterima tapi pendekatan untuk mengambil menaikan harga barang jualan tak secara langgsung akan merosotkan perniagaan yang diceburi.

Pendekatan mudah untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini diletakan di atas bahu pelanggan dengan menaikan harga jualan masakan  adalah satu pendekatan sikap ambil mudah.Memang diakui dalam sesuatu perniagaan keuntungan adalah dasar perniagaan tersebut.Keuntungan yang dikatakan bukanlah hanya dikira harga jualan masakan saja.Keuntungan perniagaan lazimnya dikira dari hasil pendapatan jualan dan ditolak dengan jumlah perbelanjaan dari semua aspek dan tambah harga stok yang masih dalam simpanan.Perbelanjaan sesuatu perniagaan Kafetria atau restoren adalah unik yang terlalu sukar untuk dikawal seleenggara.Menu masakan yang popular adalah masalah besar yang perlu ditanggani.Kerana masakan yang popular ini selalunya sukar nak dinaikan harga pada keadaan sekarang.Pengusaha terpaks mengawal kos untuk menghasilkan menu ini tanpa menggangu kesedapan asli menu ini.

Cara-cara Mengawal kos Masakan.

1.Dari pengalaman apabila kos pembelian barangan naik,dan sukar nak bendung.Perniagaan akan mengalami kemerosatan dengan pembeli cuba mengawal perbelanjaan harian mereka.Ini cuma satu faktor pemikiran para pembeli sebenarnya adalah tidak betul setiap kali kos bahan mentah naik harga jualan pun turut dinaikan.Ia adalah suatu perbuatan tidak wajar.Contonya kalau tepung dinaikan hanya dua puluh peratus bukan bererti naikan sekeping roti canai 20% juga ke?.Pada kebiasaannya satu kilo tepung boleh kita perolehi 20-25 bebola roti canai.Anggaran kos membuat sekeping roti canai cuma 0.20 sen saja!.Harga tepung dan kos pembuatan cuma 0.10 sen saja.Sekeping roti canai harga asalnya dalah 0.30 sen.Kalau dijual harganya 0.60 sen keuntungan adalah 100%!.Kebanyakan pengusaha tidak langgsung membuat kiraan kos  anggaran pembuatan dan suka mengambil pendekatan mengikut harga jualan Restoren-restoren besar dimana kosnya pembuatan dan pengendalian yang amat tinggi.

2.Kos Buruh/Pekerja.

Kos pekerja adalah kos yang digunakan untuk membayar gaji kepada pekerja-pekerja dari keuntungan bersih perniagaan.Kita boleh mengurangkan sedikit jumlah pekerja dan kerja mereka boleh diagihkan kepada pekerja lain dengan memberi sedikit Imbuhan dari gaji pekerja yang telah diberhentikan.Contoh nya sekiranya kita berhentikan 3pekerja dengan gaji harian mereka RM30.00 X 3=RM90.00.kita beri imbuhan kepada pekrja kekal tambahan RM5.00 sehari ini bermakana kita telah mengurangkan kos  RM25.00 sehari dan pekerja yang tinggal akan berkerja bersungguh-sungguh dan rajin lagi.

3.Pembelian bahan-bahan Masakan terus.

Pengusaha terpaksa membeli barangan terus dari pengedar tanpa orang tengah.Komisen orang tengah perlu dipintas.Dengan ini sekurang-kurangnya boleh megurangkan sedikit harga barang makan tersebut.

4.Reka Cipta Menu yang Kurang kos

Reka cipta menu yang kurang menggunakan perencah masakan dan sedap.Ia juga perlu senang dan cepat dimasak.

Advertisements

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,266,107 hits
Ogos 2008
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.