PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 2008


Bahan-Bahan:

1 kg Beras Basmathi.

2 sudu besar Minyak Sapi.

2 sudu besar Minyak Masak.

2 ulas bawang labu sederhana besar dihiris halus.

1 keping kulit kayu manis yang besar.

3 biji buah pelaga.

2 kuntum bunga lawa.

5-6 kuntum cengkih.

5-8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.

2 helai daun pandan disimpulkan.

Daun ketumbar dan bawang goreng untuk ditaburkan diatas nasi.

2 cili merah hidup dibelah dua memanjang.

1/2 tin sup tomato kimball

2  sudu besar tomato puree.

1 tin susu sejat.

Bahan untuk dikisar:

3 biji bawang labu sederhana besar.

5-6 ulas bawang putih + 1 inci halia* sila rujuk posting cara penyediaan pes halia bawang ptih. Gunakan 1 sudu besar pes ini.

1 sudu besar gula pasir. Terbaik adalah gula batu* kerana gula batu tidak mudah hanguskan nasi dibawah.

2 sudu besar (tbsp) REMPAH BERIANI.

Garam secukup rasa.

CARA-CARA MASAK:

  1. Sukat beras dengan menggunakan cawan. Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan  aka air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan masak nasi nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
  2. Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah. Beras ini perlu rendam 1-2 jam dalam air. Tetapi mamak suka  rendam beras yang telah dibasuh ini 5-7 minit dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik. Jangan lupa toskan dengan menggunakan penapis.
  3. Hidupkan api dapur atau rice cooker. Apabila mula panas, masukan minyak masak diikuti dengan Minyak sapi. Ia bertujuan minyak sapi tidak terbakar (Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan masak beriyani ini tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu dengan  minyak masak.
  4. Bila minyak mula panas masukan rempah kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang, cengkih, daun dan serai.Masukan bawang dihiris dan goreng sehingga warna keemasan, masukkan biji jangus dan kismis, diikuti dengan, pes halia bawang putih dan cili merah. Bila semua bahan ini mula pecah minyak, masukkan air bawang yang telah kisar. Biarkan aair bawang ini sejat sedikit. Akhir sekali masukkan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini. Jangan sampai rempah ini hangus. Beri perhatian kawalan api dapur.
  5. Apabila gorengan mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukan air yang telah disukat awal kedalam adunan rempah ini.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup. Masukkan gula dan garam secukup. Tutup  tudung periok dan perlu tunggu untuk air mendidih. Bila air mendidih, masukan beras yang telah tos kedalamnya. Kacau rata-rata  dengan cermat supaya butiran beras tidak hancur. Tutup tudung periok rapat supaya wap nasi dapat disekat.
  6. Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap mula keluar akan menandakan nasi dah mula sejat. Buka tudung dan titiskan perwarna (serbuk) oren merah di tempat yang mengeluarkan gelumbung wap (supaya warna akan menyerap ke permukaan bawah nasi). Titiskan pewarna tiga atau empat tempat sudah memadai untuk mendapatkan butir nasi yang berwarna. Dengan menggunakan sudip terbalikan nasi permukaan diatas kebawah supaya nasi masak sama rata.
  7. Ini adalah peringkat terakhir nasi beriani anda masak, maka api dapur perlu dikawal dengan baik (kecilkan) untuk mengelak dari nasi akan hangus. Tutup tudung periok rapat atau gunakan daun pisang untuk menutup bahagian atas permukaan nasi supaya keharuman dan wap disekat untuk nasi itu masak sempurna. Nasi yang hangus dipermukaan bawah menghilangkan keharuman rempah. Biar lamabat asal selamat nasi beriyani anda. Hidangkan dengan taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.

Nota:

Beras 1 kg ini Anggaran untuk 10 orang dewasa. Masa Masakan 45 minit.  Sekiranya anda ingin nasi beriyani anda rasa ayam, masukkan 2 atau tiga ketul ayam kedalam periok semasa air dimasukan. Ia akan memberi kelazatan. Cara masak beriyani ini adalah mudah, kerana lauk ayam kita boleh pilih. Nasi beriayani yang asli adalah perlukan kemahiran tinggi, mamak akan postingkan cara masak yang ori  diposting akan datang. Selamat mencuba!.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,850,190 hits
September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.