PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

MAKANAN DI RESTOREN MAMAK BERSIH & SUCI?

Posted on: Januari 19, 2009


Makanan Di Pasar Ramadhan Suci?Makanan dan minuman yang halal telah jelas dimaklumi oleh kebanyakan kita, tetapi ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa proses pembuatan atau penyediaan sesuatu makanan itu boleh menjadikan ia haram di makan. Kaedah pembersihan, ramuan masakan dan alat kegunaan memasak perlu agar menepati piawaian menurut buku “Garis panduan makanan, minuman dan bahan gunaan orang islam yang di sediakan oleh JAKIM” menyatakan bahawa sesuatu makanan yang di proses adalah halal sekiranya bahan ramuan dan kaedah pemprosesan adalah suci dari najis seperti :

1. Ia tidak terdiri daripada bahagian atau benda haiwan yang di larang umat islam memakannya atau tidak di sembelih.

2. Ia tidak mengandungi apa-apa benda yang di anggap najis mengikut hukum syarak seperti minyak babi, lemak bangkai atau jenis arak.

3. Semasa di sediakan atau diproses, alat yang di gunakan bebas dari najis seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk dan sudu.

4. Ia tidak bercampur dengan benda yang haram semasa menyedia, memproses atau menyimpannya.

Perlu dijelaskan, bersih dan suci mempunyai makna berbeza. Bersih bermaksud sesuatu benda itu boleh digunakan untuk kegunaan harian dan tidak memudaratkan, tetapi Suci, lebih dari itu kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan ibadat kepada Allah S.W.T. Sebagai contoh, kita membasuh pakaian menggunakan sabun yang berjaya membersihkan kekotoran, tetapi belum tentu menjamin kesuciannya. Pakaian hanya di anggap bersih dan suci selepas dibilas dengan air mutlak. Oleh itu sesuatu yang di anggap bersih oleh masyarakat belum tentu diiktiraf suci oleh Islam. Ini adalah kerana Islam menitikberatkan kebersihan sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.

Walau bagaimanapun, berapa ramai daripada kita yang menyedari bahawa roti tawar yang kita makan mengandungi najis. Sayur kangkung masak belacan atau masakan kailan dan ikan masin mengandungi najis. Begitu juga masakan ikan siakap masam manis. Ini adalah kerana kaedah pembersihan semua masakan tadi tidak menepati hukum syarak. Kita amat pasti bahawa telur yang di ambil oleh penebar roti canai lalu diadun menjadi roti telur tidak dibasuh. Telur itu datang dari dubur ayam yang sudah tentu najis, maka kita pun menikmatinya dengan lazat sekali.

Syarak menetapkan bahawa kaedah menyucikan sesuatu, termasuklah makanan adalah menggunakan air mutlak yang mengalir. Dalam membersihkan sayur kangkung, kailan atau ikan siakap di syaratkan agar mengalirkan air pada sayuran atau ketulan ikan yang di letakkan dalam tapisan berlubang atau mengalirkan air kepada ketulan ikan itu satu persatu sehingga najis yang terdapat padanya hilang. Fenomena yang berlaku dewasa ini dengan mencelupkan sayuran atau ikan dalam sebuah bekas besen adalah tidak menepati hukum syarak, kerana najis yang melekat pada sayuran dan ikan tadi tidak akan keluar, malah mengenai keseluruhan makanan tersebut. Situasi ini banyak berlaku di kalangan suri rumah dan di kedai-kedai makan. Malah lebih memilukan jika penyedia makanan itu adalah orang bukan Islam yang memang jahil tentang kaedah penyucian tersebut dan kita pula menjadi pelanggan tetapnya.

Islam amat menitikberatkan halal dan haram dalam makanan kerana ia akan bertandang ke dalam tubuh badan menjadi darah daging dan tenaga untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Alangkah pilunya hati kita, dalam kita bertakrub kepada Allah S.W.T., bermunajat dan memanjatkan doa, tubuh kita di selimuti segala macam yang tidak halal. Minda, rohani dan sahsiah muslim terbentuk mengikut acuan makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh. Kita amat bimbang jika segala perintah Ilahi yang kita turuti dan larangan yang kita patuhi menjadi sia-sia di sisi Allah S.W.T. sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda :

[Kemudian ia menyebutkan ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, mukanya penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: “Wahai tuhanku, wahai tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan di beri makan dengan yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu kabulkan?].

Muslimin yang di rahmati Allah,

Makanan yag baik, halal dan suci menurut peraturan syarak akan membentuk keperibadian yang mulia dan terpuji bertunjangkan kehidupan Islam. Ini adalah kerana Islam amat mementingkan kebersihan apabila berada dalam keadaan bersih, iman dan takwa akan menjadi subur. Hati lebih mudah dilentur dan dipandu ke jalan yang benar. Sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, riak’, zalim, bakhil, dusta, mungkir janji dan hasad dengki akan mudah dihindari. Manakala sifat mahmudah (terpuji) seperti benar, pemurah, sabar, tawakal, akan menjadi pakaian dalam kehidupan seharian.

Seorang ulama’, Sheikh Ali Syazali ada menyatakan: “Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya, dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya pula sesiapa yang makan benda yang tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan untuk melakukan maksiat.

Kadangkala kita juga merasa hairan, bagaimana sesetengah pengusaha makanan boleh mematuhi peraturan dunia, tetapi tidak mengambil berat peraturan Allah S.W.T . Kita akan segera membersihkan gerai atau kedai makan apabila pegawai Penguatkuasa Kementerian Kesihatan atau Majlis Perbandaran hadir membuat pemeriksaan tentang kualiti kebersihan kerana takut dikenakan kompaun, tetapi selepas mereka beredar, kita mengabaikannya sedangkan Allah sentiasa memerhatikan kita setiap waktu, dan aspek kebersihan ini mempunyai hubungkait dengan alam akhirat kita. Apakah jawapan kita dihadapan Allah jika di ajukan soalan “Kenapakah kamu memberi makanan yang tidak halal lagi tidak bersih kepada orang Islam?”.

Sebagai umat Islam yang prihatin, kita boleh menghindari perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan mengambil beberapa langkah berikut:

1. Memberi tunjuk-ajar kepada isteri kita tentang kedah menyucikan daging dan sayur dengan menggunakan air yang mengalir.

2. Meminta pengusaha roti canai, terutama roti telur, mertabak, agar membasuh telur yang akan diadun menjadi roti telur terlebih dahulu.

3. Mengelak dari makan dan minum dikedai bukan Islam, kerana konsep halal yang mereka ketahui hanyalah haiwan yang akan dimakan itu, disembelih tanpa mengetahui bahawa Islam juga menitik beratkan kesucian semasa penyediaan dan kandungan ramuan masakan tersebut.

Sebuah Hadis Rasulullah S.A.W perlu menjadi ingatan dan panduan kepada kita dalam menangani masalah ini agar tidak terjebak dengan makanan yang haram. Rasulullah S.A.W memberi peringatan keras dengan sabdanya yang bermaksud:

[Setiap daging yang tumbuh (pada jasad) daripada sesuatu yang haram, maka api neraka baginya adalah lebih utama].(Sumber http://kpdnhep.gov.my).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,949,928 hits
Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Mac »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: