PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Ogos 22nd, 2009


Kredit gambar pada sajibond.blogspot.com

Kredit gambar pada sajibond.blogspot.com

AYAM MASAK MADU ini mempunyai berbagai-bagai versi dan cara masakan. Mamak terpaksa membuat rujukan dengan tukang-tukang masak sekitar Pulau Pinang dapatkan versi yang asli dari masakan ala’ Nasi Kandar. Maka pembaca yang budiman janganlah terkeliru resepi Mamak Penang ini kerana Lain padang lain belalang..lain orang lain pulak resipinya. Masakan Ayam masak madu adalah resepi yang diceduk dari negara Timur Tengah dan telah disesuaikan dengan cita rasa orang Malaysia. Masakan ini amat sesuai untuk membuka puasa kerana ia tak terlalu berempah, pedas dan juga berasa manis buah yang amat menyelerakan untuk kanak-kanak yang amat penat dalam berlatih berpuasa.

Siri2: Masakan Ramadan Mamak Penang – AYAM MASAK MADU.

Bahan-Bahan:

  • 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
  •  250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
  • 100gm buah kismis.
  •  50gm buah jagus.
  •  2 sudu besar gula pasir.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 1 susu besar Jintan putih.
  • 1 sudu besar Jintan manis.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
  • 5-7 biji pelaga, 5 kuntum cengkih, 5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.
  • 1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).
  • 2 in, halia +  2 biji bawang besari + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.
  • sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
  • 1 biji bawang besar(labu)
  • Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.
  • 2  sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,525,826 hits
Ogos 2009
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.