PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 5th, 2009


?????????????

  • 1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
  • 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
  • 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
  • 1/2 Tin Susu cair/sejat.
  • 1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.
  • 2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
  • 2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
  • 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
  • 1 sudu kecil garam masala.
  • 2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
  • Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
  • 100gm santan pekat tidak kemestian.
  • 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
  • Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

  • 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
  • 1 batang karot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang labu besar.
  • 1 inci Halia.
  • 5 ulas bawang putih
  • 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • *Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.

8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Nota:

1.Fuuuh, banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama. Bagi pengetahuan saudara-saudari masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya. Sekiranya and nakkan cair bolehlah tambah airnya.Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap kerana kuahnya likat melekat…sebab itu mamak haji tambah karot dan biji badam dlm resepi ini. kalau ayam masak merah ditambah cili sos dan tomato sos..untuk kelikatan hasil dari tepung jagung yg digunakan utk buat kedua-dua sos ini. Kelikatan  kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau.Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti. Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga. kerana tetangga semua tertanya-tanya apakah hidangan yang anda sedang dimasak…hehehe… Kalau sekali tak jadi cuba lagi perbetulkan resepi sendiri. Selamat Mencuba…tunggu SIRI4…AYAM MASAK KAPITAN…Kalau resipi ini masih ada masalah bolehlah e-mail kepada Mamak : mohd.roslan99@gmail.com.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,379,263 hits
September 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.