PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SIRI 3 : RESPI: AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG.

Posted on: September 5, 2009


?????????????

  • 1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
  • 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
  • 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
  • 1/2 Tin Susu cair/sejat.
  • 1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.
  • 2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
  • 2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
  • 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
  • 1 sudu kecil garam masala.
  • 2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
  • Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
  • 100gm santan pekat tidak kemestian.
  • 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
  • Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

  • 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
  • 1 batang karot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang labu besar.
  • 1 inci Halia.
  • 5 ulas bawang putih
  • 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • *Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.

8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Nota:

1.Fuuuh, banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama. Bagi pengetahuan saudara-saudari masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya. Sekiranya and nakkan cair bolehlah tambah airnya.Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap kerana kuahnya likat melekat…sebab itu mamak haji tambah karot dan biji badam dlm resepi ini. kalau ayam masak merah ditambah cili sos dan tomato sos..untuk kelikatan hasil dari tepung jagung yg digunakan utk buat kedua-dua sos ini. Kelikatan  kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau.Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti. Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga. kerana tetangga semua tertanya-tanya apakah hidangan yang anda sedang dimasak…hehehe… Kalau sekali tak jadi cuba lagi perbetulkan resepi sendiri. Selamat Mencuba…tunggu SIRI4…AYAM MASAK KAPITAN…Kalau resipi ini masih ada masalah bolehlah e-mail kepada Mamak : mohd.roslan99@gmail.com.

4 Respons to "SIRI 3 : RESPI: AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG."

Assalamualakum Mamak Haji,

Saya dah cuba masak semalam ayam masak merah mamak Penang ini. Sedapnye…. marvelous! Saya guna cili kering instead of cili merah. Cuma dari segi cara-cara menyediakannya saya olah mengikut kefahaman saya. Saya tambahkan juga madu. Kalau mamak haji kelapangan jengok-jengoklah blog Sajian Dapur Bonda kat link di bawah. Terima kasih kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini. Semua resepi dalam laman ni sedap-sedap belaka.
http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2013/11/ayam-masak-merah-mamak-ada-kelainan.html

Assalamualaikum wmwbt, terima kasih berkongsi resepi ini cuma saya nak tanya ttg pewarna merah oren yg Mamak Haji guna ni jenis pewarna apa ya dan kat mana nak cari? :-) hehehe

Mualaikumwasalam..dulu biasanya cuma jual di kedai mamak..sekarang di Pulau Pinang ini dikedai runcit biasa pun dah jual..harganya murah dlm RM2.00 je..pencinta kat negeri mana yea..wassalam

Al-HamduliLLah kini sy dah bertemu dgn pewarna merah oren hat yg dlm botoi bulat kecik tu dan reganya cuma RM1.50 ja, smenjak sy guna pewarna tu ayam goreng sy sgguh menyerlah skali… utk mklmn Mamak Haji sy ni berlokasi di Ipoh, baru2 blajaq meniaga sndiri di tepi2 jln… Sy mmg ikuti blog Mamak Haji ni scara diam2, cuma bbrapa prkara yg sy sgguh2 nk tau baru la bertanya dlm ruangan komen ni, lg pun boleh kata hampir 70% tips masakan mmg sy proleh dari blog Mamak Haji… kini masakan sy pun hampir menyamai dgn masakan restoran nasi kandaq yg lain…

Sy ucapkan ribuan jutaan terima kasih pd Mamak Haji ataih perkongsian tips masakan ala nasi kandaq ni.. hanya ALLAH SWT saja yg dpt membalaih jasa Mamak Haji ni

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,213 hits
September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: