PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for April 2010


Contoh Jualan Harian

Kita harus faham walau apa saja kita lakukan dalam perniagaan matlamatnya satu ia itu “Untung” niaga. Untung inilah menjadi aspirasi untuk diri kita dan kita boleh kekal dalam perniagaan yang diceburi. Tanpa keuntungan Perniagaan kita cuma menjalankan kerja kebajikan.  Kriteria dalam perniagaan penyediaan makanan punyai masalah yang sukar untuk mencari keuntungan. Dalam satu hal kita mahu kekalkan kualiti makanan dan dalam hal lain pula kita harus jaga hati pelanggan. Maka mencari untung dalam perniagaan penyediaan makanan adalah suatu perkara yang amat sukar untuk seorang pengusaha Restoren atau Kantin/ Kafeteria. Setiap menu makanan punyai kos belian bahan mentah, kos penyediaan, kos  risiko sebagai bahan tidak dan kos sembunyi. Maka jualan kasar pada setiap hari perlu di beri perhatian. Dicatat dan dianalisa. Seperti faktor menyebabkan kejatuhan jualan dan fator kenaikan jualan.

Penyediaan penyata jualan harian bukanlah mudah untuk pengendali makanan yang tak mampu mengambil pekerja akaun. Ini akan mengurangkan keuntungan perniagaannya. Maka satu sistem Kompresif dan mudah perlu disediakan untuk pekrja atau pengurus mengendalikan penyata jualan harian dengan tepat dan mudah.  Di sini saya sertakan cara yang paling mudah untuk menyediakan penyata jualan harian untuk di analisa. Penyata ini perlu diisi oleh pekerja “cashier” dan Pengurus yang bertugas. Tanpa tambah kos pekerja untuk mengendalikan.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,113,590 hits
April 2010
I S R K J S A
« Feb   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.