PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

MUTU DAN KESELAMATAN MAKANAN

Posted on: Jun 12, 2010


Untuk menghasilkan makanan yang selamat untuk pengguna, setiap pekerja-pekerja di premisis makanan perlu diberikan latihan terlebih dahulu dalam bidang pengendalian makanan secara betul dan berkualiti. Untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan setiap pengusaha boleh pandukan pelbagai standard yang ditetapkan di bawah ISO (International Standard Organisation).

ISO 9001:2000

Ia adalah satu standard yang bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti pengurusan, perkhidmatan, produk yang diuruskan secara sistematik dan didokumenkan serta diamalkan secara konsisten bagi memenuhi kehendak pelanggan. Dalam pengertian yang mudah ISO 9001 ialah: ” Mendokumenkan apa yang dilakukan dan lakukan apa yang didokumenkan”.

HACCP (Hazard analysis critical control point)

HACCP ialah satu sistem keselamatan penyediaan makanan bersistematik dan berasaskan sains. Ia digunakan untuk mengenal pasti bahaya khusus dalam proses membuat makanan. Ia juga merupakan sisitem yang menilai semua bahaya yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan, selain daripada turut menitik-beratkan langkah pencegahan.

ISO 22000: 2005 (Sistem Pengurusan keselamatan makanan).

ISO 22000:2005 merupakan sistem pengurusan keselamatan makanan yang memerlukan sesebuah organisasi yang terlibat dalam rantaian makanan untuk menunjukkan kemampuannya dalam mengawal risiko bahaya keselamatan makanan dan memastikan bahawa makanan adalah selamat apabila dimakan.

(Artikel ini dipetik dari Buletin Pengguna Mei 2009)

Walaupun Pembuat Roti Canai - pakaian dan kebersihan sentiasa perlu dijaga.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,192,326 hits
Jun 2010
I S R K J S A
« Apr   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: